Sunday, May 26, 2024

KEK PISANG, KERTEH, KENYIR, KUALA TERENGGANU

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

FROM THE RIVER TO THE SEA, 
PALESTINE WILL BE FREE. 


Breakfast di KUALA KERTEH


Balik dari Pjaya, lama tinggal rumah, jumpa Pisang beku dalam freezer. Plan nak ke Kerteh pagi Rabu, Selasa kita kerjakan.

KEK PISANG BLEND

BAHAN A (DIKISAR)
3 biji telur ayam
1 cawan minyak jagung atau minyak masak
5 biji pisang berangan
1 cawan gula perang
2 sudu teh susu pekat
2 sudu teh susu tepung
Esen vanila secukupnya
Secubit garam

BAHAN B (DIAYAK)
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

CARA MEMBUAT
1. Satukan BAHAN A dalam bekas besar.
2. Ayak BAHAN B. Masukkan bahan ini ke dalam bekas BAHAN A tadi.
3. Gaul adunan sehingga semuanya sebati. Guna loyang 10 inci.
4. Bakar pada suhu 170 darjah selama 50 minit atau bergantung pada oven masing-masing. 

Resepi dari rasa dot my. Klik --->> RESEPI KEK PISANG 


Sebelum masuk oven. Badam dan chocolate chips ada dalam fridge so tabur2 je lah.


Selepas keluar oven.


Berpagian Rabu di Kerteh.


Cuaca mendung.


Seawal pagi memancing.


Hubby pergi menyelam dengan kawan2 sambil cari ikan, ada yang test camera underwater baru. Besar dah anak sahabat baik di Kerteh ni. 


Hubby dengan kawan2, kita pun panggil kawan2.


Keluar camping chair dan meja dll. Kawan2 pun bawa sama2. Ada bawa Mee Goreng Mamak Special, Kuetiaw Sup. Kuih2 hubby beli sebelum menyelam. Kek Pisang dan biskut Raya bawa dari Kuantan hehe.


Alhamdulillah suami diorang semua understanding sangat, walaupun Rabu tu cuti Wesak. Seronok makan sama borak2.


Laksam hubby beli.


Pukul 11 hubby call kata jumpa di SALTWATER KOPITIAM Kerteh pukul 12. Ikan yang ditangkap, siap dimasak 3 rasa. Ehh sweet sour kot. 


Siap makan, kami terus kan perjalanan. Hubby cuti Khamis.


Ajak lepak di TASIK KENYIR.


Sambung picnic. Nak survey boat house untuk event gathering nanti.


Cuaca memang mendung je.


Lepak sampai sunset.




Subhanallah cantiknya.






Dah gelap, berangkat kemas lah. Check in somewhere untuk tidur. Story later lah. 


Hubby brisk walk Subuh sepi'e. 


Subhanallah cantik nya.


Suka spot ni, singgah sebelum balik.


Boat house dah gerak. Ada orang book tu.


Next, ke KUALA TERENGGANU. Nak cari NASI DAGANG tempat biasa dalam pasar tapi dah habis. Makan je tempat lain, lapar lupa snap foto.


Jalan2 cuci mata di PASAR PAYANG.


Teman hubby cari seluar cotton loose tu. Sedap pakai katanya. 



Macam berkenan tapi mood membeli tak ada.



Beli ni, KUIH KEPAL. Favorite.



Beli HASIDAH ni jugak. Sedap kurang manis.


JAMBU GOLOK


Jumaat pagi. Breakfast dengan blogger PENDRAGON.
Alhamdulillah dapat panggilan Haji, nak berangkat Selasa nanti. Asalnya kenal di blog lama dulu, kemudian dia pindah ke Kerteh, ke Qatar dan sekarang di Kuantan. Moga dipermudah kan semua urusan dan beroleh HAJI YANG MABRUR, Aamiin.


Isnin baru ni rasanya. Cari ikan dalam freezer, ikan hubby tangkap. Garlic, halia, carrot, daun sup, sos tiram, kicap, minyak bijan, lada putih. Lumur semua dan kukus. 


Alhamdulillah ada nasi frozen, boleh makan sekali. Ni ikan merah kot. 

36 comments:

  1. Hiush menarik trip ke Terengganu ni. Dengan kelengkapan untuk duduk healing2, memang inspiring. Gambar2 pun cantik2. Subhanallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, memang best short trip ni. Walaupun dekat 100km tp kadang masa tak izinkan. Ada kerusi camping dan meja, senang nak angkut mana2

      Delete
  2. cantiknya kejadian kek pisang tu..teringin juga nak buat kek pisang tu,loyang saiz brp tu kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah elok jadi. Senang je sbb blend semua. Baru edit guna loyang 10inci :)

      Delete
  3. gambar semua cantik2 laa..yg 1st pic pun i dh impressed sgt2...mcm gmbr kat magazine/poskad heheheh bestnya dpt jln2 tuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks MZ. Alhamdulillah walaupun mendung tapi seronok. Alaaa snap byk angle pastu pilih je foto berkenan haha.

      Delete
  4. Nampak mcm senang je Akk baking, kalau Sy mesti terkial² 😅
    Subhanallah cantik sungguh view sunset tu... Tenangnya tengok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la sbb resepi kek ni senang, blend je. Memang cantik view walaupun mendung Subhanallah.

      Delete
  5. syok ni! lepak lepak healing2 sambil mkn sedap2 ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang syok 😍

      Delete
  6. pasar payang dah makin cantik ya...
    harga masih sama tak mcm dulu?
    hahahaha
    semestinya tidak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangunan baru Pasar Payang belum buka. Ni yang sementara. Harga hhmmmm lonjak semua.

      Delete
  7. Hubby kak Mulan minat mancing erk..bleh geng ngan abah SA...ni lama dah dia x pi mancing...subhanallah cantiknya pemandangan akak share...berkenan plak kat bag mengkuang tu...cantik kalau buat bag telekung kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh PZ suka memancing ya. Subhanallah memang cantik view semua. Memang lawa berkenan jugak beg mengkuang tu

      Delete
  8. Rindunya kat Kenyir
    Dulu2 awal tahun 80an wak kerja buat Kenyir ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wowww terbaik pengalaman Wak. Boleh share nanti Wak.

      Delete
  9. Alhamdulilah panggilan haji dari Allah tu.....rezeki.....bestnya lepak tepi tasik macam tu.....nak kena buat jugak la....tenang je sambil makan-makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat panggilan Haji. Memang best healing tepi tasik sambil makan minum

      Delete
  10. Bahagianya dapat lepak tengok sunset cantik tu.
    Jambu golok tu buah gajus kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang seronok tengok sunset. Betul jambu golok tu sama buah gajus

      Delete
  11. Ya Allah..lawa bebenor sunsetnya..duduk tengok sambil minum kopi memang syahdu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Subhanallah sambil hirip kopi

      Delete
  12. cantik kejadian keknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah buat la senang je

      Delete
  13. menyelam sambil cari ikan? Pakai harpoon ke tu?

    ReplyDelete
  14. Rindu pantai kerteh, aritu masa balik kg tak dan lepak situ.... cantik semua gambar akak ambil tu... bestnya menikmati keindahan alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah ada Taman Awam Kuala Kerteh, boleh riadah banyak parking. Cantik dah, tp tak sempat singgah situ

      Delete
  15. Cantiknya set camping tu.. Kerusi meja dengan khemah satu set ke. Nanti review la nak cari satu untuk bawak family picnic.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dan Alhamdulillah. Kami beli satu2 kat shopee. Memang senang nak lepak mana2 bila ada kerusi meja camping. Macam2 jenis dan saiz ada di shopee, tiktok dll

      Delete
  16. Husband pernh juga p mancing kt kenyir dgn cousin smp takde coverage bila Kita nk cal..risau ...cantiknya view sunset tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ramai memancing. Betul kadang coverage tak ada tapi better dari dulu. View sunset memang cantik Subhanallah

      Delete
  17. Kek pisang nya pakai irisan almond pula yaa 😍😍😍😍. Sedap tuh kak. Saya paling sukaaa kek pisang. Makanya kek ini termasuk yg dijual di bakery papa 😄. Favourite.

    Cantiiiiik sangat sumpahnya. Memang lah piknik di sana dengan banyak makanan lalu view outstanding pula, rasa tak nak pulang 😂. House boat itu jadi macam rumah di dalam yaa? Menarik. Pengen tahu pula sewanya 😄

    Baguuus semua gambar yg kakak ambil. Terutama sunset, memang best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang kalau buat Kek Pisang memang kakak suka letak almond dan chop chips, lagi sedap
      Picnic tepi laut atau tasik memang best, cantik.
      Houseboat itu boleh disewa, ada bilik dan bilik air.
      Terima kasih Fanny, snap2 saja foto semua ni

      Delete
  18. Mulan...
    Seronoknya lepak-lepak sambil menikmati pelbagai makanan. Rasa tenang dan nyaman. Terlepas segala yang menyesakkan dada dan beban di kepala.
    Allah.... sukanya saya tengok macam-macam makanan, gambar pun cantik dan jelas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang seronok. Tenang sangat tepi laut. Dengan macam2 jenis makanan

      Delete

Thank you for the comments. Nanti singgah lagi ya. Take care & stay safe.