Sunday, February 22, 2009

YES.... I DID IT..!!!

Hubby pi KL last Sunday ada meeting, saya & anak2 pulak naik bas pi KL petang Khamis, lepas sekolah. Excited gila budak2 ni naik bas. Apa bikin pi KL..? Zharif nak sangat buat Scuba Rangers ie scuba program for kids @ KIDSSCUBA.COM kat Maybank Training Centre, Bangi. OK je la sebab nanti boleh ikut apak dia kot. Eh eh eh, saya pun tiba2 rasa nak join la pulak, after 10 years tak pi diving. Buat refresher course lah. Yey, yey.. lepas ni boleh ngekor hubby pi diving. Takde kena tinggal lagi kan kan kan...!!! I'm a certified Open Water Diver too..

Mak sorang ni, ada lesen tapi simpan dalam muzium. Nasib tak lupa sangat dan nasib jugak Diving License ni tak de expired2 punya, valid selama-lamanya... At first tu, takut jugak ooii, takut tenggelam tak naik2. Atau pun takut terapung je, tak dapat turun2 dalam air. Diving tu kan nyelam, takkan terapung je..

Tu cikgu tengah bagi briefing.. student paling besor tu, ingat-ingat lupa kot.. Mula2 macam segan silu konon, sebab ramai gak mak bapak hantar anak2 kat situ. Tapi pas tu buat pot seposen je la, nak seribu daya, tak nak seribu dalih la konon ni..

Yes..!! Kira-kira OK lah in the water now, with the diving equipments tu.. Pasni terjun laut pun, terjun je la. Takpe kot, tak takut sangat sebab mesti ada buddy. That's the #1 Rule, never dive alone. Dah comfortable dengan diving gears tu ie breathing dengan mouthpiece, boleh equalized, kira OK la kot. He he he.. takut lepas ni saya dok atas bot je, jaga dive equipments, ha ha ha.. Jom la join, pastu boleh buat bloggers diving trip..

Monday, February 2, 2009

TERKENANG SEMASA DULU

Jeles ni, jeles sangat2 si Mawi & Ekin pi honeymoon kat Korea. Rindu menusuk kalbu kat negara ''Winter Sonata'' & ''Autumn In My Heart'' tu. Kami pernah menetap 10 bulan di Seoul, September 2000 hingga June 2001. Memang lah indah negara tu, negara 4 musim. Round2 la jugak, hampir ke border Korea Utara. Nak tempek gambar, tapi takleh la pulak. Alsebab nya, masa tu pakai camera yg guna filem tu, kena cuci2 gambor tu. Alkisah nya takde scanner lagi utk sewaktu ini, so takde lah dapat menempek gambar2 di sinun itu. Nanti ada scanner la kot..

Belek2 dapur, jumpa ''kim'' ni. Seasoned seaweed laver, sedap makan camtu je.. Atau taruk dalam sup. Atau dengan ''Bibimbap'' iaitu nasi Korea panas2 dengan taburan sayurannya..

Ni seaweed utk dibuat ''Kimbap'' atau ''Sushi'' yg dikenali di negara Jepun tu. Jepun & Korea ni satu masa hari tu, ada jugak selisih faham pasal makanan ni, sebab hampir2 nak sama.. Jepun kata Korea tiru Sushi jadi Kimbap. Korea kata Jepun tiru buat Kimchi tapi kat Jepun panggil nya lain.. Awat lah gitu, makan je la. Nak gaduh jugak..

Semalam, dah pening tak tau nak masak apa utk dinner, saya tenyeh beras nasi Jepun yg masih ada utk buat Kimbap/Sushi. Senang je, bahan2 banyak jual kat Giant tu.. Beras, seaweed tu pun ada..

Dapat 5 roll cukup la.. kenyang tu..

Ingat nak tunggu hubby balik, tapi anak2 dah kelaparan.. so terpenyek2 la digulung2 nya sebab nak cepat..

Nak makan dengan Kimchi (ala2 sayur jeruk gitu) tapi dah habis pulak. Kimchi takde, saya masak sup Go-chu-jang dengan tofu dengan cendawan kurus tu lah, lupa lak nama dia. Sup ni senang je, air dengan Red Pepper Paste Korea atau Go-chu-jang namanya.. Campak la apa2 dalam sup tu, semuanya ok. Nak taruk daging ke, timun ke, kobis ke, clam ke.. apa2 aja.. Apa2 pun, makanan Korea ni banyak khasiat nya, sebab banyak sangat depa buat research (R&D) pasal makanan depa ni. Tapi makanan kita pun hebat jugak kan.. macam budu & petai tu, banyak khasiat apa, biau pun musyuk sikit.. Musyuk ke..??? Tapi best apa..!!!