Friday, October 31, 2008

PENCURI...!!!!

4.40 pagi.. tap tap tap.. bunyi tapak kaki kat atap rumah. Kuat jugak. Musang agaknya. Eiiyy, kuat betol, macam "bapak musang". Kejut hubby. Kami keluar bilik, aku takut gila, remang bulu roma. Tak pernah seumur hidup kena insiden ni. Semasa ngintai kat tingkap kecik bilik air, nampak tali terjuntai2. "Aiikk, kat sini ke depa panjat?" Hubby nak keluar, saya tak kasi, macam2 ada dalam kepala. Try call post guard, semua no talipon tak leh pakai..!! Haper ke ni, kendian call 999. Depa transfer ke KT, pastu KT nak transfer ke Kemaman, bila nak sampai Kerteh ni..??
*****
Dalam pada tu, saya call As, my close fren. Dia pun takde nombor postguard. Pastu hubby dia drive pi postguard. Laki ku tak sabar nak keluar dengan parang sexy dia yg berkilat tu. "Hahh, keluar la." Saya kunci pintu, dok dalam bilik dengan anak2 yang tengah tido. After a while, hubby As sampai dengan guard (Polis Bantuan). Cari punya cari, rupanya "bapak2 musang" nak baham wayar "copper" kat atap tu. Separuh dari wayar copper tu dah di belasahnya, separuh lagi tak sempat sebab tuan & cik puan rumah ni dah bangun. Sempat gulung je, panjang jugak tu. Copper/tembaga kan masih mahal, harga besi yang turun. Pastu guard tu bisik2 sesama sendiri, sorang naik motor & cabut. Rupanya depa dah ada suspect2, nak pi check whether ada rumah ke tak.
*****
Rupanya kes2 ni biasa sangat. Depa kata, anak2 orang sini jugak. Tak terkejut sangat sebab dah dengar banyak kali. Apa la keje, tak malu ke mak bapak kalau dapat tangkap. Polis Bantuan tu advice kami supaya report polis sebab tak mau dibiarkan berleluasa. Dah banyak tangkapan dibuat tapi kes2 tu settled camtu saja. Adus.. camna ni. Nak report polis, takut kena target dek "musang2" tu sebab depa dok sini jugak. Tapi kalau tak report, kes ni akan berulang & tiada akhirnya.
*****
Last2 hubby report jugak atas alasan keselamatan. Datang la polis penyiasat dari Kemaman petang tadi, borak2 la sikit. Depa pun macam tak terkejut. Masalahnya, sebelum ni takde orang report polis, so benda ni macam takde benda. Tak tau la apa polis tu nak buat.. Apa2 pun, kami dah report kat pengurusan sini dan juga Polis (yang betol). Doa2 takde lagi insiden ni. Ya lah, dah pandai panjat atap ikut pokok mempelam, lepas ni kalau terdesak, mesti lagi ekstrim kot. Nauzubillaah.