Taqabbalallahu minna waminkum.
Salam Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Taqabbalallahu minna waminkum.
Salam Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin.
FROM THE RIVER TO THE SEA,
PALESTINE WILL BE FREE.
Baru dapat duduk update blog. Raya di rumah mak di TAMAN GURU, KUANTAN ni je. Kemudian bermusafir ke luar negeri, petang semalam ISNIN baru sampai semula ke sarang kami.
Alhamdulillah RAYA pada hari RABU.
Mercun kami sedang2 je saiz nya. Tak tinggi macam orang lain. Malam Raya di rumah mak.
Alhamdulillah paksa kuat semangat siapkan 3 kek ni pada hari Selasa. Lemau lembap kering sungguh mood.
Mak order Rendang dengan sepupu dia, Makcik Tina. Mak tak bagi masak, takut semua balik lambat, penat nak masak. Kami order satay sikit. Lemang uncle beli kan. Adik ipar masak LONTONG. Dia memang pandai masak, mak kata tak payah nanti penat. Dia masak jugak. Best dia masak. Kami tolong2 jadi assistant.
Saya buat kek ni je. Hehe paling senang buat kek, tak renyah, bancuh2 guna mixer, masuk dalam oven. Buat LEMON CAKE, THAI MILK TEA CAKE, BROWNIES. Alhamdulillah Lemon Cake sedap, first time guna resepi baru. Thai Milk Tea pun ok, guna resepi Butter Cake tapi campur 4 sachet, 3 in 1 Thai Milk Tea beli di Bangkok hari tu. Kurangkan gula sebab dalam 3 in 1 dah ada gula. Tabur chocolate chip sikit. Brownies tu resepi lama, JOYOFBAKING dot com.
Resepi, klik LEMON CAKE SEDAP. Cuba lah sebab resepi memang sedap.
THAI MILK TEA sebelum bakar. Lemon Cake nun baru siap. Tunggu oven sejuk 1 jam baru bakar Thai Milk Tea Cake tu.
Beraya di rumah mak. TAMAN GURU, KUANTAN dengan adik no3 dan no4. Adik no2 beraya di KOTA BARU, KELANTAN.
Pagi RAYA lepas balik solat. Beratur semua paling tua hingga paling muda. Sebak time ni.
Photoshoot dalam dan luar rumah.
Siap bergambar dan makan, kami ke MEDAN TOK SIRA, Kuantan. Rumah Mak Teh Nor, sepupu mak. Wajib pergi tiap kali Raya. Ada APAM BERAS & RENDANG PARU LIMPA. Serius sedap sangat Alhamdulillah. Masa kecik2 dulu, selalu juga tidur sini.
Next, convoi lah kami, drive ke KAMPUNG PULAU JAWA, PEKAN. Ziarah sepupu2 Mak. Dulu2 masa kecil memang selalu balik sana sebab arwah Tok2 saudara ramai lagi. Seronok sangat.
Makngah Minah & adik beradik masak LAKSA PAHANG. Sedap sangat. Bukan makan saja, borak macam2 lebih 10 tahun tak jumpa. Sebab ada kala tahun, lepas beraya dengan mak, kami terus balik Perak, beraya dengan keluarga hubby.
Kemudian ke KAMPUNG LANGGAR, PEKAN. Rumah arwah moyang Khalid, adik beradik arwah moyang kami, namanya AHMAD. Arwah moyang kami meninggal awal sangat, tak sempat pun jumpa. Toklong Yam dan Tokde Nah, berkali2 ucap terima kasih sebab kami balik ziarah, tahan air mata sebak. Kami memang suka balik kampung especially time Raya. Sebab ramai saudara mara juga balik. Bawa balik anak2, tunjuk kampung tok tokki moyang semua. Bagi kenal asal usul. Kenduri kawin saudara mara pun, kami usaha sangat untuk pergi. Rumah arwah Tok dan Tokki belah mak, di kampung sebelah je, KAMPUNG PAHANG TUA. Rumah dah kosong, dah dipusakakan.
Arwah Nyang Khalid. Alhamdulillah smooth 1 Syawal, RAYA PERTAMA. Kuantan dan Pekan. Cuaca pun mendung, hujan lebat awalnya. Sejuk bumi Kuantan. Alhamdulillah.
2 Syawal di rumah mak saja. TAMAN GURU, KUANTAN.
Menanti convoi dari PUTRAJAYA dan JERANTUT, uncle aunty, sepupu2 dan anak2 saudara nak balik beraya di rumah mak. Masa arwah Tok dan Tokki masih ada, memang lagi meriah. Sebab rumah Tok dan Tokki dalam satu taman saja. Ulang alik rumah mak dan arwah Tok Tokki. Adik mak, Ngah dan Makcho pun satu taman juga.
Alhamdulillah smooth semua, meriah suasana. Beraya sekali celebrate birthday Mak awal Mei nanti dengan yang dekat2 tarikhnya. Di kala tengah ramai yang ada. Termasuk birthday anak soleh & solehah kami.
EDIT.. EDIT.. Tak tau la fikiran ke mana masa type post ni haha.
3.30pm kami berempat sekeluarga meredah LPT, KL-KARAK LEBUHRAYA UTARA SELATAN untuk balik ke TAIPING pula. Ke rumah kakak ipar. Arwah ayah dan mak mertua dah tiada. Hubby memang asal Perak.
Sesak juga jalan petang Khamis, 2 Syawal tu. Alhamdulillah lepas Tol Karak, Stesen PETRONAS Sg Dua tak sesak sangat. Isi minyak dan solat Asar. Kemudian tu kami guna jalan pintas exit Bentong, Alhamdulillah laju sikit. Tak teruk sangat traffic Khamis tu, compare to hari2 selepasnya. 8pm kami sampai IOI PUTRAJAYA.
Kami sebenarnya ke PUTRAJAYA je dulu untuk bermalam, sebelum esok nya lepas Subuh sepi'e bertolak ke TAIPING.
To be continued..........
Nanti free, nak bw. Settle kain baju dll lama tinggal rumah.
Selamat hari raya utk mulan sefamili.sedapnya kek lemon tuuuu
ReplyDeleteTaqabbalallahu minna waminkum.
DeleteSalam Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin.
Alhamdulillah memang sedap guna resepi baru ni.
selamat hari raya akak&family...maaf zahir&batin
ReplyDeleteTaqabbalallahu minna waminkum. Maaf Zahir Batin.
DeleteSalam Aidil Fitri untuk Afzan sekeluarga juga
3 biji kek..wow!
ReplyDeleteSeingatnya, saya pernah sekali rasa Laksa Pahang kat kafe Ebit Lew.
Insyaa Allah buat kek senang dari kacau Rendang hehe. Ohh Kafe Ustaz Ebit ada serve Laksa Pahang ya,
Deleteselamat hari raya untuk kak mulan sekeluarga,,
ReplyDeletemaaf zahir batin...
seronoknya pndai buat kek, tak semua ada bakat tu...
eh, kampung suami kita pun taiping juga, tepatnya Kamunting...kikiki
Taqabbalallahu minna waminkum. Maaf Zahir Batin.
DeleteSalam Aidil Fitri untuk Linda sekeluarga juga.
Kena cuba banyak kali, ikut mood jugak. Ohh Kamunting ke, dekat je Kg Boyan
aduh sampai 3 kek ye kak, senang akak kata dana ni mmg paling tak reti bt kek ehhehehe.... Semua sedap menu nya, beraya konvoi tu best, meriah jekan
ReplyDeleteInsyaa Allah Dana reti buat kek nanti, ni pun ikut mood tengok musim haha nak Raya kan. Alhamdulillah memang sedap makan2 Raya & meriah beraya
DeleteSelamat Hari Raya Kak!
ReplyDeleteDlm kata terpaksa tu pun 3 biji kek siap tu, Masha Allah 👍
Kalau Sy sebijik pun belum tentu jadi 😆
Alhamdulillah meriah raya Akk dan keluarga... Time ni la nak bawa anak² kenal saudara mara kan..
Taqabbalallahu minna waminkum. Maaf Zahir Batin.
DeleteSalam Aidil Fitri untuk PH sekeluarga juga.
Semangat buat kek bila anak2 ada rumah, sekali nak Raya. Alhamdulillah memang meriah beraya balik kampung jumpa saudara mara
Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Semoga ceria sentiasa di bulan syawal ini.
ReplyDeleteAmboi malas malas pun siap 3 jenis kek tu.. senang pulak tu dia kata hahahaha
Kita raya kali ni la paling rileks sebab beraya diluar kawasan.. tak pening apa pun hahahaha :D
Taqabbalallahu minna waminkum. Maaf Zahir Batin.
DeleteSalam Aidil Fitri untuk Aliff sekeluarga juga.
Semangat anak2 ada rumah sekali nak Raya, Alhamdulillah. Syok tu beraya di luar Negara.
bestnye kalau pandai buat kek, ldy rasa ldy nk cube la buat kek ni.. nmpk mudah.. xperlu cubit2 buh dlm oven..
ReplyDeleteMemang kena cuba berkali2 buat kek ni tapi ada kala tak jadi jugak, tapi boleh je makan. Senang sebab guna mixer, terus ruang dalam loyang hehe, ni spesis malas nak buat yg kecik2 cubit2 tu
DeleteSelamat hari raya Kak Mulan sekeluarga, maaf zahir & batin ✨ nampak sedap semua kek tu. Meriahnya raya di Kuantan ye.
ReplyDeleteTaqabbalallahu minna waminkum.
DeleteSalam Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin.
Alhamdulillah, memang meriah kami beraya.
Oh? Taman Guru ni ada di mana-mana eh? Macam ada kat tiap2 negeri pulak
ReplyDeleteKannnn, Taman Guru di mana2 hehe
DeleteMeriahnya raya di Kuantan. Untung sangat tu kalau balik tak payah masak. Tapi macam tak syok pulak kalau tak memasak nak raya ni kan. Dapat jugak tu masak lontong dan kek. Rare betul kek Thai Milk Tea tu. First time dengar nama kek tu. Seronok dapat beraya dan berjumpa saudara mara yang dah lama tak berjumpa.
ReplyDeleteAlhamdulillah memang meriah beraya dapat jumpa saudara mara. Bukan tak masak langsung, cuma main dish macam Rendang mak order sebab yang tu preparation lama hehe. Raya pertama masak Lontong, Raya kedua masak nasi lemak, Raya ketiga roti jala :)
DeleteActually macam KEK TEH TARIK. Sebab tak ada teh tarik 3in1, tu yang guna Thai Milk Tea 3in1.
sedap2nya 3 kek tu mulan mmg pandai baking
ReplyDeleteAlhamdulillah buat mana yang biasa dan keluarga suka. Tengok mood jugak hehe
Deletecantik kejadian keknya
ReplyDeleteAlhamdulillah
Deleteaiyooo, kak mulan ini memang expert bikin cakes rasanya yaaa ;).. hampir semua cakes yg dibuat tempting sangat dan bikin drooling lah... saya suka lemon cake,,, biasa ada rasa masam yg lembut tapi tetap sedap ^o^..
ReplyDeletecocok sangat buat teman minum kopi.
tadi saat baca raya ke luar negeri, dalam pikiran saya overseas.. tapi lalu teringat kalo malaysia menyebut nya luar negara, sementara negeri masih dalam kota.. hahaha saya lupa.. krn di Indonesia luar negeri ya overseas.
saya cuma lebaran pertama saja ke rumah bude (kakak mama tertua), lalu rumah sepupu. lebaran selanjutnya di rumah saja, krn asisten tak ada kan, pergi mudik.. jadi sibuuuk beres2 rumah hahahaha. tunggu dia balik mudik, baru santai lagi.
Bukan expert, cuma buat kek yang biasa buat, kesukaan family. Lemon Cake memang sedap masam manis.
DeleteHehe luar negeri masih di dalam Malaysia. Tak apa Fanny, beraya dengan saudara mara pun juga meriah kan. Ya betul Fanny, kalau memasak banyak especially ketika lebaran, punya assistant sangat menyenangkan :) betul kan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat kak Mulan dan keluarga. Meriah sungguh tengok gambar2 tu.. suka tengok.
ReplyDeleteTaqabbalallahu minna waminkum. Maaf Zahir Batin.
DeleteSalam Aidil Fitri untuk Aizamia sekeluarga juga.
Alhamdulillah meriah sangat.
sy otw ke kuantan ni
ReplyDeleteharap2 sempat laa sy merasa
thai milk tea cake tu...
gerammm je tgk🤭🤣🤣
Hehe habis sudah masuk perut 😂😂😂
Deletesampai atiiii
Deletenak merajuk laa...
tuuu diaaaa
ReplyDeleteraya sampai ke taiping
sy juga laa dr dulu raya plg jauh kg sebelah je
sbb keliling umah mmg sedara semata🤣
Syok tau beraya Timur ke Barat. Jalan2 makan2 jumpa saudara mara.
Deletekalau laa ada sedara timur dan barat lama dah sy berjalan2 hehehe
DeleteSelamat Hari Raya..ooo..husband orang Tepen rupanya...
ReplyDeleteAsal Sg Bayur tapi kakak ipar beli rumah di Tepen :)
Deletesy ada kawan Hezeri Hisyam Shamsuri yg duduk di Tmn Guru Kuantan tu. sama2 buat TESL di UM tp skrg dia jd content creator di careta.my.
ReplyDeleteKenal keluarga Hezeri memang duduk membesar satu taman dari zaman sekolah.
DeleteSelamat hari raya Mulan sekeluarga. Maaf zahir batin.
ReplyDeleteNampak padat sungguh jadual ziarah-menziarahi keluarga dan sanak saudara. Alhamdulillah, waktu raya beginilah kita ambil peluang untuk eratkan tali persaudaraan sambil menjamu selera.
Taqabbalallahu minna waminkum. Salam Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin.
DeleteMemang padat tapi seronok sangat dapat ziarah dan jumpa sanak saudara sambil menjamu selera.
Salam Lebaran 2024. Sakan beraya tu. Mesti seronok dapat jumpa saudara-mara jauh.
ReplyDeleteTaqabbalallahu minna waminkum. Maaf Zahir Batin.
DeleteSalam Aidil Fitri juga. Alhamdulillah memang sakan beraya seronok jumpa saudara mara
Meriah dpt berkumpul di hari raya..nk plak photoshoot luar & dlm rumah...pahang pn Ada laksa juga..biasa dgr laksa Penang, Klate,Kedah,Swak, Johor
ReplyDeleteMemang meriah Alhamdulillah. Betul Laksa Pahang tak ramai yang tau. Kami guna laksa chat, laksa buat sendiri bukan spaghetti.
DeleteSelamat Hari Raya Mulan...maaf zahir & batin...sedapnya laksa Pahang...tak pernah rasa, kena cari di Pahang nih...
ReplyDeleteTaqabbalallahu minna waminkum.
DeleteSalam Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin.
Laksa Pahang ni mmg sedap, payah jumpa di kedai2, renyah buat kot. Kalau jual mesti mahal sbb laksa buat sendiri, buka guna spaghetti
Selamat menyambut raya aidilfitri
ReplyDeleteSalam Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin ya Wak
DeleteSedaonya kek. Simple tanpa icing tu pun sedap.....Selamat Hari Raya!
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap jugak hehe. Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin
Delete