Wednesday, May 29, 2024

BAWA DIRI, TENGGOL, TAHU BEGEDIL, CHE SAM BO LUONG, CACTUS



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

FROM THE RIVER TO THE SEA, 
PALESTINE WILL BE FREE. 

RABU hari ni. Bye bye Malaya, bawa hati menyendiri. Dalam flight dah ni. 3 kali reschedule masa. Pukul 1pm sampai 5.30pm. First time travel sorang2 ke luar Malaya. Ehh tak, first time yang betul2, fly balik KL dulu, dari Ho Chi Minh City. nak bersalinkan anak soleh. Bawa surat doctor, 32 minggu. Rabbi yassir walaa tu assir. 


AHAD baru ni. Lama tak buat CHE SAM BO LUONG. Laicikang Vietnam. Panas2 ni sedap sangat minum sejuk2 kan.. Jumpa sebahagian bahan2 dalam peti. Guna apa yang ada. Beli sebelum Ramadhan, tapi tak buat pun. Boring sorang2 di rumah, masak la sikit. 


Foto assl : LACADEMIE DOT COM
 
Bahan2 sebenarnya atas kita je. Foto di atas ni, contoh. Tapi yang ada di dapur, LOTUS SEED, DRIED RED DATES, SEAWEED, DRIED LONGAN & DRIED GOJI BERRIES. Lotus Seed & Seaweed beli ketika trip ke Ho Chi Minh City December lepas. 


Hubby baru share foto anak soleh menyelam sama di PULAU TENGGOL. Aktiviti kelab diorang SABTU & AHAD. Kawan hubby yang snap. Jumaat lepas kerja, hubby ke KERTEH ambil anak soleh, terus ke DUNGUN. Tinggal lah mak nya sensorang weekend baru ni. Tapi tak rehat jugak sebab lama tinggal rumah, tunggu kerja repair di Pjaya minggu lepas kan. Maka nya 2 bakul baju kena gosok. Baja, trim dan siram pokok yang dah nak merajuk. Basuh porch dan macam2 lah. Alhamdulillah hubby rajin basuh dan lipat baju dia yang tak perlu gosok. 


Alhamdulillah seronok kata nya menyelam kali ni.


Besar dah anak soleh ni.


Semalam Isnin, TAHU BEGEDIL SEPARUH. Hubby tak makan berat untuk dinner. So buat lah. Filling dah ada yang frozen, buat lebih mass Ramadhan. 


Potong tahu separuh, sumbat filling. Resepi filling tu kan, gugel je lah. Bahan utama, isi ayam dan kentang rebus. Alaa BEGEDIL kan.


Sangat rajin, celup telur dan masuk AIR FRYER.


Sos instant. Chilli Garlic Oil + kicap + jus limau nipis/cuka.


Alhamdulillah habis. 


Pagi tadi Selasa, sambung manja2 belai pokok yang selalu kena tinggal. Kaktus ni dah kenapa? Ada kesan kering2 warna cokelat macam tu. Pasu ni tak tinggi tapi lebar dalam 30cm.


Pokok Kaktus arwah Tok, mak dah nak buang dulu, sebab keadaan dah nak mati sangat2. Batang2 dulu dah kering warna cokelat. Kami ambik, tukar pasu besar lagi. Tambah tanah kaktus. Alhamdulillah makin subur elok hidup. Cuma hidupnya tak stabil. Tumbuh hidupnya ke arah tepi. Tak balance, selalu pasu jatuh. Semalam letak batu besar dalam pasu, supaya tak jatuh lagi. Pasu kecik tu, dicucuk dari bahagian yang terpatah jatuh.


Yang ni pembesaran slow. Tapi tak apa lah janji ok. Semua dari rumah arwah tok.


Eh macam ada bunga merah kecik. Alhamdulillah moga tumbuh elok ya.

30 comments:

  1. rasa rasanya kalu g resto vietnam kat sini ada x laichikang tu?

    ReplyDelete
  2. sskali tgk tauhu begedil tu dah mcm engg tart pula😁

    ReplyDelete
  3. Cutenya cactus tu🤩..i suka mkn tauhu bergedil.selalu gak beli time craving cuma kdg2 yg beli tak menepati expectation laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Start jaga cactus lepas rumah arwah tok nak dijual. Suka pulak walaupun zero knowledge haha.
      Tahu begedil kalau buat sendiri memang isi sumbat banyak2 hehe

      Delete
  4. berapa jam erk flight dr klia ke vietnam nih? hehe

    ReplyDelete
  5. take care kak...selamat pergi&selamat balik

    ReplyDelete
  6. oh vietnam pn ada laicikang....syok menyelam tu...cantik la pokok kaktus tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vietnam memang ada banyak jenis laicikang.
      Bonding ayahb dgn anak masa menyelam hehe
      Alhamdulillah cuba the best jaga cactus tu.

      Delete
  7. Yes! Pernah nyelam kat Tenggol juga!

    ReplyDelete
  8. selamat berkelana...cute cactus bulat tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. In syaa Allah moga elok hidupnya cactus

      Delete
  9. Pokok kaktus linda dekat rumah melaka tu, tak tau lah jadi apa..ad 3bulan kot tak balik... Siannya dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga elok hidup cactus di Melaka tu In syaa Allah

      Delete
  10. Muncit tauhu begedil tu hehe .. buat sendiri puas hati
    Cantik kaktus tu Kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat sendiri kita sumbat2 penuh In syaa Allah
      Alhamdulillah moga elok hidupnya

      Delete
  11. Ohhh kalo di sini sebut peach gum minuman Vietnam itu kak. Dulu teman saya jual, Krn memang BGS utk imun tubuh kan. Bahan2nya super food semua 👍👍. Sukaaa saya.

    Kaktus nih dulu mama punya banyaaaaak..telaten sangat dirawat. Tp memang mama suka tanaman. Beda dengan anak2nya 😂.

    Tahu begedil nih sukaaa lah. Apalagi kalo celup ke sambal kecap kan, lagi sedap 🤤🤤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh peach gum nama di sana ya. Betul bahannya super food begitu
      Saya pun kurang masa dan minat dengan pokok tapi kawan kata tak susah jaga cactus, so saya cuba
      Tahu begedil ni favorite family dan senang buatnya so ok lah kalau ada request hehe 😍

      Delete
  12. cantik laman rumah bila dihiasi oleh pokok kaktus pelbagai bentuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah moga mood untuk jaga pokok semakin baik

      Delete
  13. Sekejap je anak soleh tu dah besar kan..esok-esok tinggal lah mak n apak dia je kat rumah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah moga amak soleh kami berjaya di dunia & di akhirat.
      Huwaaa memang berdua je sekarang

      Delete
  14. Teruja Kak Amie hendak cuba Laicikang Vietnam tu Mulan. Tq for sharing ya.
    Bahagianya tengok anak soleh menyelam di laut biru!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2. Try la buat Kak Amie.
      Alhamdulillah bonding time ayah anak menyelam sama2

      Delete
  15. SA nak buat la tauhu bergedil macam tu..cuma tunggu sihat sikit..hhehehe..teringin nak buat inti udang cincang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang kalau potong separuh tahu tu hehe ni versi orang malas. Nanti buat tau.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com