Monday, December 28, 2009

KHATAN & MONSOON RIDE..

Anak teruna dah besar.. Hehehe asalnya memang nak kasi disunat hari tu lepas cuti sekolah, tapi dia excited nak ikut adik pi sekolah masa cuti, haaaa, dah tergendala program. Alih2 baru terperasan dah nak bukak sekolah (kes iklan "potong, potong, potong"). 2-3 clinic reject sebab acara sunat dah penuh. Last2 mintak hubby slow talk dengan sorang Doc ni, geng Offroad Bike dia. Doc OK je, mintak datang Isnin pagi (so pagi tadi kami pi la). Nak amik gambar, hubby marah. Doc kata amik je la.. Zharif mula takut (tau2 je la orang lain dok citer lagu ni, lagu tu la..), pastu kitorang citer panjang, dia kata OK. Pagi tadi excited siap nyanyi potong, potong, potong...
********
Siap borak and tanya Doc itu ini. Sekali kena cucuk bius, erk... erk... erk... jugak keluar suaranya..
Dah kena bius, pasu OK katanya, tak rasa apa pun.. Tapi tang laser tu, dia OK, mak nya pulak nervous giler. Sampai takleh napas rasanya.. Macam dalam filem omputih je, potong kulit orang dengan laser tu.. Auukkkss... dah le bau hangit asap, takut je.. suspen gak sunat ngan laser ni..

Hahaaa... asyik dok pegang kain, susah betol nengoknya. Nah, ku buatkan lagu ni, senang citer.. Dok la situ tengok TV, main game & segala mala nya...dekat ngan dapur. Nak jaga pun senang, berkhemah la kita ramai2 tengah rumah.. Lunch tadi 3 beranak makan nasi putih & ikan selar bakar garam kunyit.. Ada lak tak cukup..??
******
Ni citer semalam, Ahad 27 Dec 2009, Monsoon Ride di Semuji Agro Resort, Kuantan, Pahang. Hubby ni tang2 outdoor sports, memang la suka. Takpe la, jangan suka tang lain dah le..

Dia kata, kot kayuh sampai atas bukit, rasa seronok tengok view cantik nun dari atas sana. Sini banyak trail utk offroad bicycles ni, termasuk offroad bike (motor)..

Antara yang dilalui, ladang kelapa sawit, anak sungai (kot sungai besor, camna nak hangkut sikal tu).. Dasat trail nya. Dengar citer ramai gak yg kena hangkut balik dengan pick up truck.. tak pun yg patah balik kat halfway point, malah ramai yg tarik bicycle sebab lecak giler (the day before tu hujan lebat).

Macam2 cara nak hangkut sikal kat kete.. Pagi tu henti isi petrol kat area Gambang, penuh kete dengan sikal2 masing2.. Hari hujan renyai, kata kat hubby camna nak kayuh hari hujan..? Hubby dengan kedut nya kata, nama pun Monsoon Ride, kena la ada hujan. Ya tak ya bengong nya aku ni..!!! (Gambar di atas copy paste dari gerekgunung.blogspot.. from previous trip) Camera tertinggal kat rumah utk jelajah kali ni.

Hubby kata datang amik pukul 12 lebih (tak tunggu situ pun sebab 30 minit je dari rumah mak kat Kontan tu). Hhmmm, pukul 2 baru tiba, terhenjot2 heret basikal. Maaakkk ooiiii, berselut berlumpur nya laki aku dengan sikal nya...!!!!

Udah le, salin baju jom balik.. Tak yah nak tunggu lucky draw etc.. Busuk hangat.. Tapi Doctor yang sunat Zharif tu steady, sampai awal lagi sikit.. Doctor tu citer, ada yang sampai pukul 4 lebih.. Hoooo... kesian. 30km ride, ada yg amik 8 jam nak sampai, flag off 8.30am..

Wednesday, December 23, 2009

PULAU SIPADAN

 Ini pula kisah cuti sekolah yg paling menarik... Kids Scuba Camp @ Mabul/Sipadan Island.. 



Sunday, October 25, 2009

OOOUUCCHHH....

... becoz ...
... lotsa headaches maaaa ...

Sunday, August 09, 2009

MY HECTIC DAYS..

Adus, pening kepala lately.. saya ditelefon guru.."Kak, Jab Pendidikan Negeri call sekolah, mintak sorang wakil dari Tahap 1, untuk story teling in conjunction with Science & Technology Carnival Peringkat Kebangsaan 10-13 Ogos.. kami teachers dah agree pilih Zharif.. wakil negeri terus ni kak.. Pastu kak, buat kat Perlis jugak kak, dalam seminggu je lagi.." Adooiii.. nun di utara, cerita belom dapat, hafal pon belum.. nak kata apa, nak kata tak nak ke. Hati di ulu kata tak yah la, jauh sangat, sempat ke nak hafal.. tapi hati di hilir kata, bagus untuk pengalaman dia jugak kot.. Tanya Zharif, dia kata nak cuba.. So hafal la bagai nak rak.. So far ok lah. Moga2 berjaya tapi takde harap sangat pon sebab last minute sangat.. Mulanya nak lepaskan Zharif pergi dengan cikgu nya (rasa ok je) tapi kendian, hati rasa terdetik2 sedih nak temankan.. Zharif pulak dengan drama sedih, mintak saya pergi. 9 tahun budak nya. Dah le pi dengan cikgu sorang je, takde kenkawan lain yg dikenali.. jauh pulaaakkk tuuu...!! Maknya sama2 la menghafal, rasa macam boleh naik pentas bercerita jugak.. ha ha ha..
***
Jumaat malam baru2 ni, adik saya dengan impromptu nya ajak buat kenduri tahlil di rumah nya di Bandar Botanic Klang.. (sorry tak sempat nak ajak sebab ngejut betol) "Along, saya hantar kerosi semua bikin upholstery.. kosong pulak rumah. Saya siap panggil orang cat rumah sikit sebab senang.. Jom kita buat kenduri." Saya ok je, cuma sempat buat & supply 100 muffins & 3 talam puding sebab ngejut. Ramai betol sponsor lauk, murah rezeki kalian.. amin.!! Maakkk aaiii rumah adikku, pink shocking gitu.. bior le dia sesuka hati dia...
***
Ni citer sebulan lepas.. hubby ter-accident on the way back from KL. Tak tau la camna, di KM71 Karak.. (spot yg selalu accident), kereta terlanggar divider tengah sebab licin semacam.. tapi jugak hujan renyai, dipegangnya stering kete, me-langgar kan kete ke bahagian kiri jalan.. Alhamdulillah tak melibatkan kete lain.. sementara tunggu kete tarik, 2-3 ter-langgar spot yg sama.. Camna tu ek? (Hubby kata tak laju.. tak tau la tu).. Tersembol jugak airbag tu.. Alhamdulillah dia tak apa2.. So semalam dari KL, kami singgah Temerloh, intai kete tu tengok ada progres ke tak.. Tokey tu kata 2 minggu lagi. Biar betol, macam takde apa2 repair pon..

Monday, August 03, 2009

PANDAN OHHH PANDAN..

MY ONE & ONLY PANDAN @ SCREWPINE... its been like that for 1 1/2 years semenjak mendiami rumah ni, umpama hidup segan, mati tak mau..
***
Tatkala takde keje (almaklum status "orang rumah"), saya belek2 buku resipi, terkonon nak rajinkan diri buat kuih tradisional.. maakk aaiii, banyak nya guna daun pandan.. Di Vietnam, daun pandan ditanam di keliling kawasan apartment kami je.. Halau nyamuk katanya, cantik jugak.. Sini susah nya nak cari, L-Mart pon takde jual, pasar pun tak pernah nampak.. (atau memang rabun mata ku ini..)
***
Ada se-pokok daun pandan di luar rumah tu, yang atas tu la, tapi telah ditarik beberapa helai, namun pokoknya seakan tidak akan bertambah daunnya.. Apa tak nya, tanah di sini keras juga kering.. Seorang kawan kasi idea, tanam dalam pasu. Betol jugak kan...?? Tapi sempat ke sebelum Ramadhan tiba... (konon nak buat kuih untuk bulan puasa nanti..) Moga berjaya.. (Fight-it.. Koreans suka cakap ni..)

APAKAH PERASAAN KAMU..

...TATKALA KAMU DIHUBUNGI KERANA MEREKA-MEREKA MEMERLUKAN PERTOLONGAN FIZIKAL & ASET KAMU, JUGA TATKALA MEREKA BERIA2 MEMERLUKAN IDEA DI OTAK KEPALA MU..??
***
...TETAPI KAMU DITINGGALKAN & TIDAK DIHIRAUKAN TATKALA MEREKA TIDAK MEMERLUKAN APA2 DARIPADA MU...
***
..tapi kan, saya selalu jugak mintak tolong dengan orang lain.. tapi kan, bukan tak nak call dia, tapi sibuk aaahh.. tapi kan kita ingat dia dalam hati kita jugak.. tapi kalau orang tak ingat kita, sedih jugak kan..
***
"..siapa lah aku,
tanpa dirimu.."
-jamal abdillah-

Thursday, July 30, 2009

GEMBIRA.. TAPI SEDIH..

Gembira.. gembira untuk mereka.. tapi sedih juga tak terkata.. Kawan baik di sini, Asiah, yang telah banyak membantu saya tatkala mula berpindah ke Kerteh 1 1/2 tahun yg lepas, suami nya di tukarkan ke Turkmenistan.. Gembira tak terkata untuk mereka.. setelah lama di Kerteh, bertahun2 lamanya.. Si suami akan pergi beberapa hari lagi (short notice gitu) manakala Asiah & anak2 akan tinggal kerana puteri sulung mereka akan mengahadapi PMR tahun ini.. Namun selepas itu, tiada siapa yang tahu akan keputusan mereka untuk terus menetap di sini, atau pun berhijrah ke KL, sementelaah mereka mempunyai rumah di KL.
**
Kedengaran management di sini tidak akan membenarkan keluarga yang tinggal di perumahan ini, sekiranya para suami tidak lagi bekerja di Kerteh ini (ciss, rumah berlambak kosong, nak halau orang apsal..??) Tak pikir ke, rumah kalau tak maintain, akan hancur lah jadinya... takut jadi perumahan ular2 sawa (real punya tau)..
**
Kerteh ni, sememangnya bandar yang sunyi sepi.. bandar yang kecil, bandar yang kedudukannya hanya di tepi jalan utama Kuantan ke Kuala Terengganu, tetapi dimakmurkan dengan penduduk yang majmuk, dari berbilang syarikat, berbilang industri..
**
Apa2 pun, saya doakan mereka sentiasa dimurahkan rezeki & dilindungi Allah, di mana jua mereka berada.. Sedih ni, sedih... Kami selalu kemana2 bersama.. menerima baik buruk diri masing2 seadanya.. banyak persamaan antara kami walaupun ada kala tidak sependapat, namun kami menghormati pandangan masing2.. moga persahabatan kami kekal abadi.. Harapan agar dia masih di sini.. menetap di sini..

Wednesday, July 22, 2009

Sunday, July 05, 2009

KERTEH - GRIK - PERLIS - KL JOURNEY..

Woooowww, penat lelah memandu 14 jam dari Kerteh pi Perlis berbaloi. Via Grik & Tasik Banding, Masya Allah  cantiknya..



Thursday, June 25, 2009

THE KIDS WON AGAIN..!!

The kids won again in the Action Song Competition, will represent the state of Terengganu to Perlis (National Level) from 29th June to 1st July. I drove to Besut the other day to support Zharif & friends, with my another friend & Marsha to accompany, takut terlelap. Hubby in KL ada kerja. Proud & happy BUT I'm exhausted & drained...!!!!!

Sunday, June 21, 2009

ACTION SONG COMPETITION..

Balik dari cuti, ingat nak rest. Takde ke nya nampak jalan. Bukak sekolah terus ada pertandingan "action song" untuk level2 bebudak Tahun 3. Patutnya bulan 3 dah siap, sebab peringkat kebangsaan 29 Jun nanti. Penat gila anta amik Zharif untuk latihan bagai. Keluar masuk rumah, toksah citer berapa kali sehari. Dapur tak berasap lagi ni semenjak bukak sekolah sebab takde masa langsung. Ni lah nak citer, 1st round menang, 2nd round pun menang. Ni jam lepas Zuhur hari ni, teman akan drive ke Besut, to accompany Zharif & rakan2 beserta cikgu cikgi sekali. Bas takde sebab PPD tak sempat nak approve. Esok balik le.. Hubby keje, kena pi KL lak. Nasib ada akak sorang ni pun nak pi, so dia temankan kita drive nanti... Dalam hati berkata, "biar lah kalah.." sebab tak larat dah, penat pun ya. Sebab kalau menang, nanti peringkat kebangsaan akan diadakan di Perlis. Nun di utara sana, maaakkk oooiiii...

Ni lah dia peserta2 itew.. dasat muka kena make-up..

Tu anak teman.. hah ketam biru.. putih melepak mukanya..

Aksi menang la konon..

Sempat la bergambar sebelum balik..

Amoi ni pulak, kot mata dah ngantuk, tak kira hujan ribut petir, janji ada tempat landing. Mesti nyenyak nya..!!! Sampai habis pertandingan dia tidur, sebab baru habis sekolah. Tapi jangan coba dikejutkan, nanti meletop gitu.. biar dia bangun sendiri.. atau kejutkan selepas dia nyenyak at least 30 minit. Nak angkat atau bawak kemana2 pun takpe masa dia tido, tapi jangan kejutkan dia..

Wednesday, May 20, 2009

IKEA & KL LAGI..!!!

Tak terkata seronok nya, pi KL lagi. 3 minggu berturut2 pulak tu. Hubby ada meeting hari Jumaat (sini udah wiken gitu), so Khamis malam lepas, kami ngekor la dia ke KL. Ya la, apa nak buat kat sini kalau time2 wiken gitu. Luas pemandangan, dapat keluar dari Kerteh terchenta ni.. (wiken ni tak leh aarr, budak periksa.. isshh syok pulak dapat jalan berbilang wiken)..

Bilik hotel ngadap KLCC.. baru nampak cantik amat.. Bangga jadi rakyat Malaysia. Tapi tinggi bebenor bangunan tu, seghiau jugak darah rasanya..

Best nya pagi2 kot dapat jogging sinun tu.. Sape2 yang ada property kat area ni, kus semangat seronok nya..

Dah jalan2 KL, hilang sikit stress akibat kolestrol yang mengada2 tinggi tu. Doctor kasi Lipitor tapi dasat sungguh penangan ubat ni. Badan jadi lemah longlai pening lalat.. TAPI sebab nak jalan punya pasal, ku tabah kan diri dan ku gagah kan kaki.. sebab nak ke sini. Thanx GPS, sebab bawa saya ke sini. FYI, jalan2 & simpang sior kat KL tu, memang saya fail. Tak pon as always, fill up tank & tajam kan mata tengok signboard.. and make sure HP fully charged. Nanti nak call orang sana sini tanya arah tujuan..

IKEA lagi...!!!!! Dulu mak ngomel marah kan adik yang sokmo2 nyoping entah apa2 kat IKEA tu. Habis2, dia lak yang order suruh beli mende ni.. plastic compartment tray yang amat berguna bagai tu.. Cewah gitu, tersoson la segala mala korongsang & golang2 bagai kepunyaan ku gitu.. Sebelum ni, compartment tray yang ada comes with cover. Maakk aaii, susah nya nak bukak..

Dan ku borong ini jua... tempat letak bebarang dalam but kereta.. ikan boleh, ayam kambing lembu pun boleh (yang dah semelih ler), barang plastic kan senang, kotor boleh basuh je.. Almaklum barang IKEA banyak sangat dari segi design nya, dan juga kepelbagaian kegunaan nya.. tapi ada yang kata, tang2 perabut tu, kalau dah assemble, takleh dismantle sebab nanti dah ter-herot merot.. ya ka..?? Dono meehh..
*******
Balik dari KL, terkena penangan LIPITOR lagi.. ter-jatuh demam & tersangkut pulak FLU nya.. Alhamdulillah dah OK, dah dekat 2 tahun tak demam/Flu rasanya.. Iiisshhhh, tak terkata tak sedap sungguh badan rasanya, duduk tak senang, berdiri tak senang, tido tak lena, mata tak bernyawa.. Alhamdulillah berkat doa, tawakkal dan togokan 100Plus berbotol2... saya bisa cergas & ligat semula.. tak biasa aahhh duduk diam2 ni.. tak reti..

Thursday, May 07, 2009

HAPPY BIRTHDAY ANAKKU..

Jemputan ni khas untuk kenkawan kelas 3 Naim je...

Friday, May 01, 2009

Monday, April 27, 2009

BURRITOS..

Lama tak buat Taco sebab susah nak dapat Taco shell.. So kita buat saudara Taco lah..


(Photo : Google)

Tuesday, April 21, 2009

MOM vs SON POEM...

GOT THIS VIA EMAIL..
(wahai adik2 sepupu & anak2 sedara ku.. rasa lah kamu.. he he he)
****
My son came home from school one day,
with a smirk upon his face.
He decided he was smart enough,
to put me in my place.
***
'Guess what I learned in Civics Two,
that's taught by Mr. Wright?
It's all about the laws today,
The 'Children's Bill of Rights.'
***
It says I need not clean my room,
don't have to cut my hair,
No one can tell me what to think,
or speak, or what to wear.
***
I have freedom from religion,
and regardless what you say,
I don't have to bow my head,
and I sure don't have to pray.
***
I can wear earrings if I want,
and pierce my tongue & nose,
I can read & watch just what I like,
get tattoos from head to toe.
***
And if you ever spank me,
I'll charge you with a crime
I'll back up all my charges,
with the marks on my behind.
***
Don't you ever touch me,
my body's only for my use,
not for your hugs and kisses,
that's just more child abuse.
***
Don't preach about your morals,
like your Mama did to you,
That's nothing more than mind control,
And it's illegal too!
***
Mom, I have these children's rights,
so you can't influence me,
or I'll call Children's Services Division,
better known as 'C.S.D.'
***
Mom's Reply and Thoughts..
**************************
Of course my first instinct was
to toss him out the door..
But the chance to teach him a lesson
made me think a little more..
***
I mulled it over carefully
I couldn't let this go..
A smile crept upon my face,
he's messing with a pro.
***
Next day I took him shopping
at the local Goodwill Store..
I told him, 'Pick out all you want,
there's shirts & pants galore.
***
I've called and checked with C.S.D .
who said they didn't care
if I bought you K-Mart shoes
instead of Nike Airs.
***
I've canceled that appointment
to take your driver's test.
The C.S.D. is unconcerned
so I'll decide what's best.'
***
I said 'No time to stop and eat,
or pick up stuff to munch.
And tomorrow you can start to learn
to make your own sack lunch.
***
Just save the raging appetite,
and wait till dinner time.
We're having liver and onions,
a favorite dish of mine.
***
'He asked 'Can I please rent a movie,
to watch on my VCR?'
'Sorry, but I sold your TV,
for new tires on my car.
***
I also rented out your room,
you'll take the couch instead.
The C.S.D. requires
just a roof over your head.
***
Your clothing won't be trendy now,
I'll choose what we eat.
That allowance that you used to get,
will buy me something neat.
***
I'm selling off your jet ski,
dirt-bike & roller blades.
Check out the 'Parents Bill of Rights',
It's in effect today!
***
Hey hot shot, are you crying,
why are you on your knees?
Are you asking God to help you out,
instead of C.S.D..?
***

'Send to all people that have teenagers or have already raised teenagers, or have children who will soon be teenagers or those who will be parents someday.. OR ANYONE WHO'D JUST GET A LAUGH. I love this One!!!


From a MOM (Mean Old Mother.)

Thursday, April 09, 2009

WILL BE AWAY..

Ohhh... betapa lah dalam kesibukan itu.. sampai diri tak terurus..

Thursday, April 02, 2009

BIRTHDAY & SEGALANYA..

Eeiiyyy.. banyak nak diciter tapi internet connection memang gila2 teruk lately. Ni nak kena tukar ni. Dah report pelbagai kali tapi teruk jugak. Depa tak repair, kita tukar la.. Udah le teman ni sibuk sangat lately. Apa lagi kot bukan kisah anak2 la, birthday party la, action song practice la, taekwando grading la.. nak pengsan rasa.. ke hulu hilir hari2..

Ni la permintaan Marsha, paksa jugak saya buat kek cokelat, nak topping cokelat. Nak je saya order kek yang cantik2 kat kedai tu, tapi dia tak nak. Takut jugak tak jadi (loyang 12 inci wow..), tapi sebab anak2 kecil 4-6 tahun yang akan makan, saya relax je la. Mesti depa sebat punya sebab saya taruk deco sikit2 tu.. Isshhh.. kira jadi la walaupun terdapat rekahan di surface-nya kek itu, akibat dari panahan & tiupan air cond (sebab nak keras cepat).. Padan la muka ibu mu, Marsha..

Eh eh tamak anak dara ni, ditanya pulak muffin, dipaksa jugak.. hah sempat 60 biji.. Satu rumah bau nya cokelat.. tapi lazat gila bau2 cokelat ni.. mak anak jilat mangkuk adun kek/muffin tu, lumba2 lagi..

After lunch kat sekolah, buat la party ala kadar. Cikgu2 yang rajin tolong decorate, (saya malas). Abang yang perasan, tolong sama nak potong kek..

Sama naik sibuk, jemputan Majlis Maulud Nabi di rumah rakan taulan di Kerteh. Hah, depa jamu nasi, saya masak tempoyak.. nak habiskan stok. Nanti boleh kecek dengan mertua lagi. Depa kan ada kobun doghiyan.. Campur petai, ikan bilis, santan, serai, cili api, kunyit hidup, daun kunyit (dan juga se-angkatan dedaun yang digemari) dan wajibnya tempoyak.. Quantity tu, takde peraturan. Ikut sedap selera.. sebab ada yang tak suka pekat.. Apa2 pun, tempoyak makan mentah pun, mesti "it's finger licking good" jugak.. Kita kan orang Malaysia..!! Masak la wa-imma apa lauk jua, pasti nya lazat berzat.. kan kan kan...!!!

Friday, March 20, 2009

Thursday, March 12, 2009

FRESH (BUT NOT) FOREVER...

RECEIVED VIA EMAIL EARLY THIS MORNING...
A MAID SHARED A WAY TO PRESERVE FRUITS AND VEGETABLES WHICH SHE LEARNED FROM A FAMILY WHEN SHE BABY-SAT FOR THEM IN KL. THAT FAMILY WAS USING "ALUMINUM COATED PLASTIC BAGS" TO KEEP THEIR FRUITS AND VEGETABLES FRESH FOR WEEKS!!! ITS SO AMAZING. I THOUGHT IT WAS A GOOD IDEA TO SAVE SOME UNWANTED RESOURCE WHICH MOST PEOPLE WOULD THROW AWAY WITHOUT ANY 2ND THOUGHT AND HERE I AM SHARING WITH YOU THE USEFULNESS OF THIS UNWANTED RESOURCE.
HERE IS THE TYPE OF ALUMINIUM COATED PLASTIC BAG FROM Q**K*R. YOU CAN USE ANY OTHER TYPE AS WELL AS LONG AS IT HAS THE SAME TYPE OF MATERIAL.


YOU CAN PUT PLENTY OF FRUITS AND/OR VEGETABLES IN IT..

LOOK.....AFTER 1 WEEK.....THE VEGETABLES ARE STILL FRESH! AMAZING, ISN'T IT??? NO DEHYDRATION AT ALL.

BUT DON'T FOLD OR SEAL THE OPENING OF THE BAG. JUST LEAVE THE BAG OPEN AND IT WILL DO THE MAGIC WORK FOR YOU ALREADY. .....TRY IT OUT.....YOU WOULD SURE LIKE IT VERY MUCH TOO.INSTEAD OF THROWING THESE USEFUL THINGS AWAY, RE-USE IT AGAIN AND YOU WILL BE INHERENTLY JOINING THE GROUP OF "SAVING THE MOTHER-EARTH" CAMPAIGN TOO.
******
Moga saya juga sentiasa FRESH gitu, untuk dapat beribadat kepadaNya.. untuk dapat menangkis segala dugaan yang melanda, juga kepala yang pusing dan jiwa yang pening..

Saturday, February 21, 2009

MUMMY CAN DIVE AGAIN...

 I'm a certified Open Water Diver too.. Tapi lesen gantung dah bertahun2..



Thursday, January 29, 2009

CUTI CUTI GEMBIRA..

Hubby ada meeting kat KL last Friday. So petang Khamis, lepas sekolah kami amik Zharif & drive straight to KL. Friday tu dating dengan my sis kat AEON Mall. Apa lagi keje kalu tak cari makan..

Melantak kat Fish Market.. yumm yumm...

Saturday tu kami bawak anak2 pi SKYTREX kat Taman Pertanian, Shah Alam. Ya lah, depa dah bising2 lama tak keluar dari Kerteh (2 bulan tak pi KL, sebulan tak pi Kuantan). Seronok gila budak2 tu. Marsha yg penakut tu pun 2 kali round cuba flying fox & seumpamanya di situ..

Marsha...!!!! Surprised betol kami bila dia nak cuba jugak..

Zharif... jangan terjunam dalam kolam kecik tu dah le.. sebab baju tak bawak selai pon..

Apak depa pi join adults punya tapi amak nya melepak & terlelap kat hammock2 yg selesa tu.. seronok weyyy.. Actually amak nya try jugak mula2 tu, lepas la beberapa termasuk flying fox & tarzan rope, akan tetapi, BP rendah kot. Kepala jadi fusing2, takut lak atas pokok tu nanti terbang ke bawah sorang diri biarpun badan dilingkari dengan safety harness equipment pelbagai.. Frust jugak tak dapat complete, sebab den ni suka bebenor mencuba ala2 tarzan gitu..

Petang tu terus drive balik Taiping, lama tak jumpa mertua & ipar duai. Pheeewww, traffic gila2 punya slow. KL-Taiping 7 jam..!!!! Sakit tulang rangka, se-badan ni. Lenguh bagai seluruh badan ni. First time stuck kat traffic lagu ni.. Ya lah, cuti panjang Tahun Baru Cina. Kereta dari Singapore pun punya lah banyak. Depa raya kat Malaysia kot...

3 malam di Taiping, on the way back tu kami potong jalan ikut Batang Kali & Genting Highland sebab tak singgah KL dah. Kat Taiping, tak pi mana pun sebab dok discuss pasal adik ipar nak kawin. Sementelaah ada yg balik, kami pun buat operasi ''spring cleaning''... Ya lah, nak buat kenduri nanti, sape lah nak tolong mertua clear sikit2 tu. Baik buat dulu. Nanti tak sibuk sangat..

Singgah Kuantan kejap (Selasa-dari Taiping), mak den kasi Ashura. Woowwww, sedap nya..!!! Setahun sekali kan, memang tunggu betol time Ashura ni..