Monday, August 28, 2023

FILEM MALBATT. NASI DAGANG DENGKIL. BRISK WALK KELILING KERETA KEBAL.

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga sihat ceria sentiasa.


Foto : IMDb.com

Busy anak2 ada rumah. Lewat nak post. Khamis baru ni. Anak solehah ajak tengok MALBATT MISI BASKARA. Terkejut kejap, dia kata tengok promo somewhere. Mak nya super excited. Lompat bintang.

Filem ini berdasarkan kisah benar pada tahun 1993 dan menyelami keberanian anggota 19 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (MALBATT) yang menyelamatkan askar-askar Amerika yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu, ibu negara Somalia, dalam kejadian Black Hawk Down. (Wikipedia)

Macam2 perasaan ada. Semua nya, mereka memang pahlawan dan wira negara kita. 


Tak ada poster besar la pulak first day movie ni kat GSC Kuantan. Tak apa, jadi lah yang ni pun.


Bukti kami tonton first show, first day hehe. Super awesome movie bagi saya. Syabas, abaikan CGI beberapa bahagian yang kurang kemas, tapi jalan cerita semuanya mantap.


Ahad semalam. Lepas breakfast di Dengkil, kami patah balik Putrajaya nak cari port untuk brisk walk. Ehh ada jalan tutup rupanya, ada rehearsal perbarisan Hari Merdeka. Ohhh banyak nya kereta kebal dan aset pertahanan lain. Super duper excited. Terus cari parking. Kami susur daripada kereta askar yang paling belakang, menuju pentas utama.


Macam2 bentuk, saiz dan fungsinya. Seterusnya di bawah, koleksi gambar2 semalam, first time dapat tengok dekat depan mata. Alhamdulillah. Memang saya spesis suka kenderaan tentera dll.









Dari awal mintak izin nak snap gambar, semuanya kata BOLEH. Yeyyy and diorang sporting sangat. 












Yang ni, umpama control station/center yang bergerak. 






This one kan.... Tuan Polis tu kata takkan snap gambar motor je, naik lah. Disuruh banyak kali, dengan hati berbunga2 berbintang2, naik la kan. 




Kereta Bomba lama, plet nombor T947.


Kereta Vintage.


BEDFORD lama. 



























Ke parking lot, cari kereta.

Tak jauh brisk walk dalam 3km je tapi pengalaman semalam memang super duper awesome. First time, depan mata, aset pertahanan negara berbagai rupa. Bangga dengan mereka, wira pahlawan negara.


MEKNOOR NASIK DAGANG. Last week sebelum ke Vietnam, lepak breakfast dengan kawan sekolah. Dia tapau Nasi Dagang sedap dari Dengkil katanya. So pagi semalam pukul 7 kami terus gugel cari kedai nya. 


7.30am buka terus beratur. Nasi Dagang belum siap gaul. Takpe. 


Hubby snap foto tengah beratur haha. Tunggu nasi dagang je. Yang nak makan Nasi Minyak, dah siap. 


Sedap. Tapi macam ada rasa kerisik atau extra rempah lain. Still sedap. Kuah pekat, kami suka banjir hehe.


Laksam pun sedap.


Aneka kuih muih.




Alhamdulillah. Ahad yang awesome.

28 comments:

  1. wahhh u tgk malbatt masa 1st day lagi yer...i dh tgk ari ahad lps..;) memang menyuntik semangat patriotic gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila sampai panggung baru tau first day, first show pulak tu hehe

      Delete
  2. wah...lagi best tgk full rehearsal..org x ramai siap boleh tgk dekat2 lagi...awesome!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul memang syok habis tengok full rehearsal dekat2 semua

      Delete
  3. Bestnya, dieorg rehearsal setiap hari ke? Rasa macam nak pergi tengok jugak hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure pulak, hari Ahad tu kami pun tak tau ada rehearsal tapi memang best lah

      Delete
  4. Tengok rehearsal lagi best... Kalau mintak abang askar nak posing pakai 'topi combat' pun diorang bagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, diorang suruh naik je tapi segan sebab kita je kat situ haha

      Delete
  5. Saya berharap filmnya kalo dah turun dari pawagam, bisa masuk Netflix, jadi saya bisa nonton jugaaaa 😍😍. Sukaaa sangat semua film yg based on true story. Rasanya saat menonton terasa sangat seru, sedih dan lainya.

    Oh iyaa sebentar lagi Malaysia merayakan hari kemerdekaan kan yaaa. Happy Independance day Malaysiaa ❤️. Saya ingat waktu masih sekolah di sana, tiap 31 Agust dengan uncle , owner rumah tempat saya sewa, selalu ikut berdiri sambil nyanyi lagu Negaraku 😄.

    Kereeen paradenyaa 👍👍❤️. Banayak banget semua kendaraan militer yg tampil ya kak 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Fanny mungkin nanti ada di Netflix. Oh Fanny pernah sekolah di Malaysia ya. Ya saya excited sangat dengan rehearsal parade nya. Semua dekat di depan mata

      Delete
  6. Wah…seronoknya dapat tengok depan mata pelbagai jenis aset ketenteraan. Sesekali saya dapat tengok di jalan raya tu pun dah cukup teruja 😀.

    Menarik susunan kuih muih, rasa tergoda nak ambik macam-macam 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok sangat Ujie. Excited tak terkata. Semua depan mata.

      Kuih muih tu memang tempting tengok tapi dah kenyang makan laksam & nasi dagang, amik tapai, ketayap & apam bakar je

      Delete
  7. Rezeki tu bertembung dgn rehearsal Merdeka. Bebas sikit nak bergambar kan, berbanding hari kejadiannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul mmg bebas & santai2 bergambar sbb lengang je masa rehearsal

      Delete
  8. wah! Berpeluang tengok alatan n kelengkapan ATM. Satu pengalaman yg menarik dan perlu diingati selama2nya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah peluang yang sangat berharga

      Delete
  9. Dah lama tak tengok wayang.. dulu pernah masuk panggung pun anak yang belanja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok wayang best sbb skrin besar terasa macam ada dalam movie :)

      Delete
  10. Tak rugi tonton Filem Malbatt Misi Bakara ni. Nak cuba tengok waktu siang pulak, sebelum ni tengah malam.. :)

    Part gambar2 aset kenderaan keselamatan negara kita tu sangat menarik + awesome, tak dapat pergi dapat bayangkan pun jadilah.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best filem MALBATT kan. Nak repeat nanti hehe. Bergambar dengan aset tentera memang pengalaman sangat awesome.

      Delete
  11. MALBATT MISI BASKARA....satu filem yang menarik yang belum sempat saya tengok...belum ada kesempatan lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti tengok, kami nak repeat nanti Insya Allah

      Delete
  12. Berkobar-kobar tgk Misi Balkara time merdeka ni hahahaa..
    Control Centre atas lori hitam tu gempak..
    untung abg askar sporting.. abg polis bgi naik motor :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Movie pasal negara kita ni memang sangat close dengan jiwa. Alhamdulillah memang syok dpt bergambar dekat2 dgn semua aset pertahanan. Muzium pun tak sebanyak ni. Tu la sporting sungguh polis dan askar2 ni.

      Delete
  13. menariknya gambar2 kenderaan tentera, polis, susah nak dpt peluang mcm ni, mereka pun sporting je...best tgk raptai, x ramai orang....nasik dagang, yummy!! kuih-muih pun nmpk sedap2 semuanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul masa raptai tak ramai org boleh tengok dekat2. Ada kawan yg recommend nasi dagang tu memang sedap dgn kuih2 byk jenis.

      Delete
  14. awat x try naik kenderaan kenderaan tu? mana tahu diorang benarkan hehehe... mcm2 jenis ya kenderaan yg ada. cuma kita je jarang nampak melainkan merrka yg duduk dekat kem tentera 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada yang diorang bagi tapi segan lah. Lagipun masa tu dah nak start rehearsal.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com