Thursday, May 02, 2024

MUSAFIR. MELAKA. PUTRAJAYA. KL. SHAH ALAM. SILATURRAHIM. UKHWAH.



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

FROM THE RIVER TO THE SEA, 
PALESTINE WILL BE FREE. 

.....masih lagi bermusafir ni.....

6.30am Subuh sepi'e. Jumaat lepas ke Melaka. Nak ziarah suami kawan di ICU MAHKOTA MEDICAL CENTER MELAKA. Kawan baik di Kerteh dulu. 


Pukul 7 lebih perut dah menyanyi. Ada beberapa gerai bersebelahan PETRONAS Muadzam Shah.


Banyak pilihan.






Serius semua sedap. Makan Nasi Lemak Ayam, Lontong, Kuetiaw Goreng, Air 3 jenis dan tapau 4 jenis kuih. RM25. 


Teruskan perjalanan.



Alhamdulillah sampai Melaka dalam pukul 10.30am.


Kami dah masuk dulu masa anak2 sekolah rendah.


Kami book homestay opposite hospital ni je,


Friends forever Insyaa Allah. Ada yang dah ziarah Khamis.  Bersahabat dari Kerteh. Anak2 berbagai umur, ada yang sekelas. Moga suami An cepat sembuh dan dipermudah kan semua urusan sekeluarga. Aamiin. 


CikYah kawan baik dari Kuantan ada homestay di Melaka. Bila ditanya, homestay dia  dah ada customer book. CikYah recommend homestay kawan dia. Diorang ni ada group Whatsapp untuk owner2 homestay.



Bersih kemas. RM160 untuk 5 orang.


Lepas Maghrib berdua dengan anak soleh ke MAHKOTA PARADE untuk dinner. 


Sempat makan CROFFLE biarpun dah malam, bukan selalu.


View malam dari COSTA MAHKOTA MELAKA, homestay kami.


Tenang.


Sabtu 6.20am Subuh sepi'e check out terus balik Putrajaya. Subhanallah cantik sunrise.


Suka tengok sunrise. Berdua dengan anak soleh. Hubby dah balik Kuantan semalam nya ada hal lain. Tumpang kawan.


Sabtu 11am. RUMAH ABANG JAMIL KL. Wedding anak dua pupu. Bertiga dengan anak soleh dan aunty Putrajaya.


Cantik. Cute.





Anak soleh dan aunty, adik mak.



Memang konsep outdoor RUMAH ABANG JAMIL ni rasanya,


Cuma pelamin dalam bilik khas yang ada aircond.


Banyak kerusi meja luar bilik pelamin, ada bilik khas untuk bersiap. Tandas dan surau pun ada.


Petang sikit atau malam best lepak. Less panas.


Moga mempelai bahagia hingga ke Syurga.


Wife kepada dua pupu, memang kamcing. Lama tak jumpa.


Sepupu2 Mak. Kami dua beradik je dan aunty seorang,  wakil mak sebab mak bercuti jauh dengan tiga beradik, dengan ipar, sepupu dan kawan2 pencen lain.


Dengan aunty, adik dan 3 orang dua pupu. Tema Tradisional. Alhamdulillah kebaya labuh muat lagi.


Ber-whatsapp dengan adik2 untuk ke wedding ni, adik bongsu throwback kisah lama. Tokey RUMAH ABANG JAMIL ni memang asal KUANTAN.

YA, SAYA PERNAH BERNIAGA DI PASAR RAMADHAN DULU di KUANTAN. 
February 1997.

Hehe seronok berniaga pasar Ramadhan. Hubby pun support, baru kawin kan. Belum ada kerja tetap, lepas arwah ayah meninggal. Kenangan yang manis sangat2. Ada juga saudara yang malu, sebab saya berniaga pasar RAMADHAN. Why la malu, kerja halal, jual TAHU SUMBAT dan POPIA GORENG je, buat sendiri tau. Yes, we had fun. Kiri kanan tokey gerai semua best.


Selasa kelmarin. Kak Su Z (kawan di Kerteh dulu) ada ajak beraya ke rumah nya. Sementara saya belum balik ke Kuantan. Alhamdulillah Cik Ip nak ambil, sebab saya tak ada kereta, anak soleh dah balik, duduk kejap di Putrajaya sebab nak settle beberapa hal. Ehhh yeeeyy ada jugak Kak Su L datang sama2 beraya, katanya awal pagi tak dapat join, dah nak balik Ipoh/Manong. Baru ni kami beraya di Manong, rumah dia lah. 

Rumah Kak Su L ni belakang rumah kami dulu di Kerteh, borak kat tingkap dapur biarpun jauh. Jerit pun tak ada hal, jiran2 bujang kiri kanan semua kerja. Alhamdulillah dapat jumpa walau sekejap. Kerteh Clan. Kami tak ramai di sana, susah senang sama2. Kawan2 datang dan pergi, ikut suami bekerja.


Yumm yumm. Kak Su Z beli je lauk katanya sebab last minute. Makan tak banyak mana, borak yang lebih. Sebelum datang kami dah cakap nak makan biskut Raya je. Kalau cakap awal, memang dia akan masak. 


Ikan Bakar memang favorite.


ASAM PEDAS. Alhamdulillah dapat makan sebab tak sempat makan di Melaka.


KERABU PERUT & JANTUNG PISANG. Yummilicious.


Alhamdulillah rezeki. Semua sedap.


Kami berempat. Missing yang lain2. Kak Su Z dan L ni tak semoat lagi ziarah suami An di Melaka sebab masing2 suami kerja. Berdua dengan Cik Ip, ziarah dan terjumpa di Melaka. Jumpa lagi Selasa baru ni.


Sakit pening suami kerja atau outstation, kami saling calling2. Termasuk ketika saya meronta sakit akibat batu dalam hempedu. 

Thanks singgah baca blog ni. Tak dan nak update selalu walau banyak jugak cerita nya. Ini post (macam dulu jugak haha), satu post macam2 kisah, asal ada, asal gembira nak cerita......kan :)

38 comments:

  1. cute betul nama rumah abang jamil tu!! dear mulan, tqvm for the bday wishes via email, i really appreciate it...terharu gitu..wpun hanya virtual frenship...who knows one day ada rezeki jumpa in person kan :) anyway saya ni jenis introvert jugak kalau mula2 kenal/1st time jumpa ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, cute nama tu. 😍😍 welcome, insyaa Allah boleh jumpa one fine day. Ehh sama je introvert jugak bila belum kenal.

      Delete
  2. Semoga cepat sembuh untuk kawan akak...
    Alhamdulillah, seronok ada kawan susah senang... Semoga silaturrahim berpanjangan.. Aamin2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, thanks utk doa nya. Betul memang seronok dan bersyukur ada kawan masa susah senang.

      Delete
  3. Seronoknya ke sana sini jumpa kawan.

    Eh..rumah abang Jamil madu tiga 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang seronok jumpa kawan.

      Hehe kann Abg Jamil madu tiga.

      Delete
  4. Cantiknya homestay dan harganya berbaloi la RM160 tu. Abang Jamil tu pun cantik juga tempatnya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Homestay scozy sangat dan berbaloi harganya. Rumah Abg Jamil cantik kan.

      Delete
  5. Seronok bermusafir sambil mengeratkan silaturrahim.

    ReplyDelete
  6. Rumah Abang Jamil memang concept rumah kayu dan outdoor gamaknya..rasanya tempat lain ada juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada beberapa tempat jugak Rumah Abg Jamil ni. Rasanya memang outdoor concept.

      Delete
  7. kalau sapo2 yg buat wedding reception kat rumah Abang Jamil tu ditakuti akan berpoligami kan? Gurau je.

    ReplyDelete
  8. Saya yang baca pun macam ikut merasa senang bisa bertemu banyak saudara dan teman2 ☺️❤️.

    Apalagi teman/ saudara yang dulu pernah tinggal dekat kan. Pasti banyak lah memories nya.

    Agak heran pula kalo ada saudara yg malu hanya karena kita jualan. Bukan kerja yang dilarang pun. Betul kak, yang terpenting halal kan. Malah penjual makanan terkadang income-nya lebih besar daripada staff office.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Fanny memang seronok jumpa teman2 dan saudara, apa lagi yang lama tak jumpa.

      Ya memang ada yang malu. Kalau ada keluarga dekat yang berniaga di pasar atau bazaar gerai2. Tapi kami seronok.

      Delete
  9. Bagus masing² jaga ukhuwah walaupun dah bertahun² berjauhan...
    Homestay Melaka tu nampak selesa sangat 👍
    Rumah Abg Jamil ni rasa mcm pernah dengar juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah moga ukhuwah berkekalan.
      Homestay Melaka tu memang cozy sangat.
      Rumah Abg Jamil memang ada beberapa cawangan

      Delete
  10. Alhamdulillah. Pertemuan itu rezeki. Semoga ukhuwah terus berpanjangan.
    Kuih-muih di Gerai Makan Shamsiah tu nampak sedap belaka. Mudah-mudahan kami akan sampai ke situ kalau travel di Malaya cuti akan datang. Mana tahu ada rezeki jalan-jalan ke sana. Lauk-pauk yang Kak Su beli itu pun nampak sangat menyelerakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin moga ukhuwah berkekalan, juga buat sahabat2 blogger macam Kak Amie dan lain2.
      Alhamdulillah makanan dan kuih yang kami beli memang sedap.
      Lauk pauk pun sama, semua sedap.

      Delete
  11. Singgal la Monceh... cari sayur maman!

    ReplyDelete
  12. selamat bermusafir.. ldy juga baru balik dr bermusafir Malam tadi... Semoga Mulan selamat dalam perjalanan dan selamat kembali... ameeennnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah selamat sampai semuanya

      Delete
  13. homestay tu not bad....dpt ziarah kwn sakit dr jauh alhamdulillah....tmpt wedding "Rumah Abg Jamil" tu mmg cantik tmptnya....ada tgk kwn2 pernah attend wedding kt situ....sedapnya kerabu perut tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat ziarah kawan. Homestay tu memang cozy. Rumah Abg Jamil ada beberapa cawangan sekarang.

      Delete
  14. laaa awat mai melaka x habaq?😀

    ReplyDelete
  15. syafakallah untuk sahabat yg berada kat hospital tu. mcm mna keadaannya skrg? dah discaj ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah transfer Hospital Serdang. Moga cepat sembuh nya

      Delete
  16. Tengok kuih muih orang jual terasa macam nak beli semua je kan. Semua nampak sedap. Semoga cepat sembuh suami kawan akak dan semoga persahabatan utuh terjalin. Homestay tu selesa sangat, bersih dan kemas.

    Rumah Abang Jamil tempat popular orang buat majlis kahwin. Lokasi dia pun dah merata-rata. Suka konsep klasik. Tahniah buat pengantin baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin moga kawan kami cepat sembuh.
      Betul kuih muih dah la susah buat, memang geram nak beli banyak.
      Rumah Abg Jamil dah banyak cawangan. Klasik kan.

      Delete
  17. Moga kawan en. suami cepat baik hendakNYA.

    Rambang mata tengok pelbagai kuih tu.

    Konsep rumah Abang Jamil tu nampak menarik, syukur tak hujan ye masa tu.

    Dapat berjumpa saudara, kawan, memang seronok, tanpa sedar boleh berjam-jam chit chat dengan deme.

    Walau dirangkumkan dalam satu entry tapi enjoy je membacanya. santai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin moga suami A cepat sembuh.
      Kannn kuih muih ni semua sedap
      Ya betul Alhamdulillah tak hujan memang menarik rumah Abg Jamil ni
      Memang seronok kan jumpa saudara mara dan rakan taulan

      Delete
  18. ye kak, memang konsep rumah abang jamil macam tu..standardise..sape pengantin yg buat majlis kat situ gambar will be the same..hehehe...aduhai...sedapnya makan- makan lauk simple macam tu...ikan bakar, kerabu perut..yummy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time kami ke kenduri di Rumah Abg Jamil, maybe kot konsep macam tu. Tapi menarik kan macam zaman dulu2.

      Lauk simple memang lah sedap sangat kan apalagi makan ramai2

      Delete
  19. cantik dan selesa homestay tu. rumah abg jamil tu mama pernah ternampak signboard dia. rupanya cantik sgt tempat dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang selesai. Walau dah lama tau Rumah Abg Jamil ni tapi kami first time pergi. Sebelum ni jemputan wedding di RAJ Kuanta, kami ada hal lain.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com