July 30, 2009

GEMBIRA.. TAPI SEDIH..

Gembira.. gembira untuk mereka.. tapi sedih juga tak terkata.. Kawan baik di sini, Asiah, yang telah banyak membantu saya tatkala mula berpindah ke Kerteh 1 1/2 tahun yg lepas, suami nya di tukarkan ke Turkmenistan.. Gembira tak terkata untuk mereka.. setelah lama di Kerteh, bertahun2 lamanya.. Si suami akan pergi beberapa hari lagi (short notice gitu) manakala Asiah & anak2 akan tinggal kerana puteri sulung mereka akan mengahadapi PMR tahun ini.. Namun selepas itu, tiada siapa yang tahu akan keputusan mereka untuk terus menetap di sini, atau pun berhijrah ke KL, sementelaah mereka mempunyai rumah di KL.
**
Kedengaran management di sini tidak akan membenarkan keluarga yang tinggal di perumahan ini, sekiranya para suami tidak lagi bekerja di Kerteh ini (ciss, rumah berlambak kosong, nak halau orang apsal..??) Tak pikir ke, rumah kalau tak maintain, akan hancur lah jadinya... takut jadi perumahan ular2 sawa (real punya tau)..
**
Kerteh ni, sememangnya bandar yang sunyi sepi.. bandar yang kecil, bandar yang kedudukannya hanya di tepi jalan utama Kuantan ke Kuala Terengganu, tetapi dimakmurkan dengan penduduk yang majmuk, dari berbilang syarikat, berbilang industri..
**
Apa2 pun, saya doakan mereka sentiasa dimurahkan rezeki & dilindungi Allah, di mana jua mereka berada.. Sedih ni, sedih... Kami selalu kemana2 bersama.. menerima baik buruk diri masing2 seadanya.. banyak persamaan antara kami walaupun ada kala tidak sependapat, namun kami menghormati pandangan masing2.. moga persahabatan kami kekal abadi.. Harapan agar dia masih di sini.. menetap di sini..