Thursday, January 29, 2009

CUTI CUTI GEMBIRA..

Hubby ada meeting kat KL last Friday. So petang Khamis, lepas sekolah kami amik Zharif & drive straight to KL. Friday tu dating dengan my sis kat AEON Mall. Apa lagi keje kalu tak cari makan..

Melantak kat Fish Market.. yumm yumm...

Saturday tu kami bawak anak2 pi SKYTREX kat Taman Pertanian, Shah Alam. Ya lah, depa dah bising2 lama tak keluar dari Kerteh (2 bulan tak pi KL, sebulan tak pi Kuantan). Seronok gila budak2 tu. Marsha yg penakut tu pun 2 kali round cuba flying fox & seumpamanya di situ..

Marsha...!!!! Surprised betol kami bila dia nak cuba jugak..

Zharif... jangan terjunam dalam kolam kecik tu dah le.. sebab baju tak bawak selai pon..

Apak depa pi join adults punya tapi amak nya melepak & terlelap kat hammock2 yg selesa tu.. seronok weyyy.. Actually amak nya try jugak mula2 tu, lepas la beberapa termasuk flying fox & tarzan rope, akan tetapi, BP rendah kot. Kepala jadi fusing2, takut lak atas pokok tu nanti terbang ke bawah sorang diri biarpun badan dilingkari dengan safety harness equipment pelbagai.. Frust jugak tak dapat complete, sebab den ni suka bebenor mencuba ala2 tarzan gitu..

Petang tu terus drive balik Taiping, lama tak jumpa mertua & ipar duai. Pheeewww, traffic gila2 punya slow. KL-Taiping 7 jam..!!!! Sakit tulang rangka, se-badan ni. Lenguh bagai seluruh badan ni. First time stuck kat traffic lagu ni.. Ya lah, cuti panjang Tahun Baru Cina. Kereta dari Singapore pun punya lah banyak. Depa raya kat Malaysia kot...

3 malam di Taiping, on the way back tu kami potong jalan ikut Batang Kali & Genting Highland sebab tak singgah KL dah. Kat Taiping, tak pi mana pun sebab dok discuss pasal adik ipar nak kawin. Sementelaah ada yg balik, kami pun buat operasi ''spring cleaning''... Ya lah, nak buat kenduri nanti, sape lah nak tolong mertua clear sikit2 tu. Baik buat dulu. Nanti tak sibuk sangat..

Singgah Kuantan kejap (Selasa-dari Taiping), mak den kasi Ashura. Woowwww, sedap nya..!!! Setahun sekali kan, memang tunggu betol time Ashura ni..

Wednesday, January 21, 2009

BELAJAR UNTUK PERIKSA..

Tu dia, cikgu kelas Zharif kasi jadual periksa untuk setahun ni hah, tahun 2009.. Nampaknya belajar untuk periksa je la..
Last week Zharif ada test kat sekolah, minggu ni ada lagi exam. Last week sekolah punya test, minggu ni exam TOV yang Jab Pendidikan Negeri kasi. Baru masuk sekolah 3 minggu, sampai 2 kali test. Tak tau la camna, kami cakap ''do your best je la'' Zharif...

Monday, January 12, 2009

GAZA, THE WEATHER & ME..

Lately tak de mood langsung.. nak tengok TV pun tak de mood, nak makan & minum pun tak tertelan, nak buat apa2 pun semua serba tak kena.. Mana2 pun cerita & berita mutakhir, semuanya mengenai kekejaman Zionis ke atas rakyat Paletin. Sayu & pilu, geram & tegang di jiwa, apatah lagi yang terkorban adalah kanak2 & wanita2 yang tidak berdosa. Apa yang bisa kita lakukan di sini, hanya derma & doa yang mampu kita lakukan.. dan banyak lagi sebenarnya..

''Rakyat Palestin sama2 mengusung salah satu dari jenazah 4 kanak2 yang terkorban akibat bedilan askar2 Israel.. untuk dikebumikan di Beit Lahiya, di wilayah utara Gaza..''
Cuaca di Kerteh kini masih suram & muram.. hujan lebat & renyai, hujan itu rahmat... Sayu & syahdu, saya pun layu... makan banyak mana pun, tak dapat nak recharge jiwa, raga, tenaga & seangkatannya..

Ni menu semalam, buku resipi banyak pun, anak saya gila sakan makan nasi dengan kicap & telur mata kerbau ni. Dia akan ucapkan ''millions & millions of thanx, mum...'' bila saya yang rajin kasi dia menu ni. Dan jugak kalau mereka dapat Maggi Mee.. saya akan dapat pujian & jutaan ''thanx'' dari mereka.. (Kesian... sebab itu menu amat2 lah di bawah kawalan yang ketat, penuh dengan akta2 untuk mendapatkan nya, serta atas sebab musabab tertentu & kes2 emergency sahaja..).. Almaklum, maknya makin tua, kena jaga ko-le-se-te-rol & rerambut yang semakin gugur ini..