Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
DOA BERTERUSAN BUAT PALESTINE, YEMEN dll nya.
Alhamdulillah diizinkan Ilahi, smooth vacation. Selamat sampai KLIA, Jumaat malam. Alhamdulillah dapat bercuti dan naik MAS lagi. Harga tiket berpatutan dengan masa yang sesuai untuk kami.
2/1/24. Kami bertiga dengan anak solehah, anak soleh masih dalam training.
2 boot kasut yang usianya lebih 10 tahun. Dulu2 pakai sendiri tapi sekarang dah boleh berkongsi dengan anak solehah ni. Baru2 ni jumpa shoe spa di Kuantan, hantar cuci dan bagi color cantik semula, Alhamdulillah bagus servis nya, harga pun ok. Hasrat nak let go macam sebab macam dah buruk. Alhamdulillah syukur dah cantik. Alhamdulillah jumpa shoe spa tu.
Tak tau aircraft model apa tapi seat 3-3. Maka boleh la kami bertiga duduk bersama.
Bangga nya rasa tak terkira nampak logo MH terbang di udara. View yang paling dirindui. Subhanallah cantik sangat langit biru dan awan putih.
Ada kala mendung sikit. Tetap cantik.
Nasi Lemak. Sedap. Kenyang sangat.
ETA 2.30pm.
Eh comel plane tu ada POKEMON.
Kiosk Merah tu, di luar arrival terminal, hubby ambil simcard. Dah siap beli online awal2.
Sebelum ambil simcard. Kisah beras 2kg. Hubby ni kalau travel, luggage bag memang tak boleh lebih limit. Dengan MAS ni luggage 20kg each. Bila ada 2 bag beratnya 21kg, so disuruh keluarkan beras 2kg tu. Adjust 3 bag jadi 20kg each. Kami hand carry je lah beras tu. Sampai airport baggage scanner (Taipei), pegawai nak tengok bag. Rupanya beras kena declare (or tak boleh bawak ke, lupa) sebab Taiwan negara pengeluar beras juga katanya. Tapi diorang bagi balik, cuma kena declare. Semua smooth dan cepat, baik2 pegawainya cuba explain dengan clear sebab ada sikit language barrier. Alhamdulillah hand carry, kalau dalam bag besar, mau kena bukak. Ataupun maybe lepas je kot. Tapi Alhamdulillah semua cepat dan smooth.
Settle simcard, call company sewa kereta. Diorang datang ambil, bawa ke garaj kereta. Kami sewa dengan local company je kali ni sebab yang international semua tu mahal2. Lagipun baca review, bagus2 jugak. Garaj kereta company ni, outdoor je.
Kabin biru tu, office agaknya. Sebelum sign, check condition kereta. Ambik gambar tiap angle, tengok kalau ada calar, dented ke. Tunjuk pada staff tu. Tengok sama2 supaya tak ada argument ketika pulangkan kereta. Baik staff tu walaupun kami berkomunikasi dengan gugel translator.
Sebelum fly, kalau nak drive, make sure pergi JPJ untuk buat INTERNATIONAL DRIVING PERMIT ni. Ada negara tak perlu macam Australia. This time hubby buat sorang je. Sebab Taiwan tak besar, tak jauh nak drive, dia boleh drive sorang. Valid 1 tahun.
Kereta di Taiwan, left hand drive. Awal2 tu slow2 je lah.
Airport di Taoyuan. Kami book hotel di Taipei.
Lane paling kiri untuk HOV. HIGH OCCUPANCY VEHICLE. Taiwan ni galakkan rakyat nya ber-carpool, boleh guna lane tu lah.
Di traffic light, ada petak khas untuk motor. Kereta tak boleh stop situ, kena saman nanti kot. Malaysia kan baru nak buat, kereta tak boleh stop selepas line putih. Sebab ruang depan tu untuk motor.
Hotel ni untuk check in, drive through je, lupa pulak snap foto. Unit yang ni, untuk bilik 2pax. Atas bilik, bawahnya parking lot. Macam motel di US kata hubby. Pastu parking space tu boleh ditutup, roller shutter. Senang, dekat je.
Bilik kami, jauh sikit, naik tangga 2 level tapi tak tinggi, sebab book family room. Besar, 2 king bed. Ada fridge kecik.
Ada sofabed lagi, ada massage chair wallaaa.
Bathroom.
Siap solat Zohor/Asar, rest dulu tunggu masuk Maghrib, 5.15pm. Awal sebab macam musim winter. January ni bulan paling sejuk di Taiwan.
Hubby & anak solehah dah gugel kedai halal. Drive dalam 10km.
Kedai HOTPOT.
PUMPKIN MILK HOTPOT.
Ragu2 macamana la rasa pada mula nya tapi sedap.
ORIGINAL HOTPOT. Pun sedap. Order 2 je sebab portion besar.
Pumpkin Milk Soup bila dah separuh masak.
Menu yang terpampang pada dinding. Ni la yang kami nampak macam sedap nak try.
Ada tempat solat.
Free flow corner. Ada ice cream, soft drinks, black/green tea, nasi, sos & sambal dll.
Alhamdulillah sedap dan kenyang. Jom balik. Sejuk..!!
Ketika jalan balik ke parking lot, tengok orang2 Taiwan sibuk di tepi jalan. Rupanya waktu buang sampah. Dikumpul di tepi jalan dengan kemas. Juga diasing2 kan. Siap tunggu.
Kedengaran lagu umpama motor jual ice cream di tempat kita. Kuat bunyi nya. Rupanya lagu dari lori sampah ni. Ada lori recycle, ada lori sampah biasa. Lagu ni umpama untuk notify rakyat berdekatan, lori dah nak sampai ni. Cepat la bawak turun sampah hehe.
Bersih kemas Taiwan ni. Memang bersih.
Nak sewa anytime boleh.
Sampai bilik, mandi siap2. Kita rest atas massage chair. 2 malam RM400+ tak sampai RM500. Ada breakfast yang simple. Roti dengan soya panas. Yang boleh makan lah. Ada juga pilihan lain.
Ni stok souvenir dari Malaysia, macam biasa hehe. Stok emergency kalau tak jumpa kedai halal. Pek2 Brahim & brand lain, ada nasi beriyani, nasi Arab, nasi goreng, ada lauk, ada sambal ikan bilis nasi lemak dll. Nasi putih, nasi lemak masak sendiri. Tu ada periuk nasi comel. Kettle travel kecil pun kami bawak takut ada tempat tak ada kettle. Scary weh. Bawak la extra serunding dll kalau ada. Holiday ni atas masing2. Nak enjoy tempat holiday ke, nak JJCM, nak OOTD dll, semua atas masing2. Tak ada salahnya langsung. Semua pun best. Kami pernah buang masa dekat 2 jam, drive mencari kedai halal dulu di Europe. Semenjak tu, memang kami bawak siap2, masak or prepare pagi2 then boleh stop mana2 cantik & tempat picnic, boleh makan. Sebab banyaknya kedai halal jauh dari driving route kami. Kalau betul2 tau dekat dengan hotel atau driving route, then baru lah ke kedai je.
Alhamdulillah smooth semua. Terima kasih singgah sini. Take care & stay safe.
FULL ITINERARY, KLIK DI SINI....
Oooo beras kena declare yer kat sana. xboleh sembarangan bawak..stock makanan wajib lah bawak kan in case xjmpa y halal...good sharing
ReplyDeleteTu la tapi rasanya sebab hand carry kot. Tapi tak apa sebab boleh tau yg tak tau. Angkut je food selagi boleh hehe.
DeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteSelamat kembali ke tanah air. Seronoknya dapat jalan-jalan ke Taiwan.
Alhamdulillah & terima kasih Kak Amie.
DeleteSeronoknya, moga ada rezeki saya ke sana juga :)
ReplyDeleteAlhamdulillah seronok, insya Allah Syazni sampai Taiwan nanti.
Deletewahhh taiwannnn rindunyaaaaa 'kampung' sy tuuuu
ReplyDeleteTaiwan memang best kan, nanti ass masa balik la kampung lagi hehe.
Deletehotel kat area mana tu? dekat dgn Daan Park ke?
ReplyDeleteTak duduk area Daan Park, kami kena cari hotel yang ada parking.
DeleteAlhamdulillah... xpe, nnti pergi ngn anak soleh pula :D
ReplyDeleteThanks LB, insya Allah moga ada rezeki anak soleh nanti
Deletewaaa taiwan is never in my wishlist tp bila baca entry u ni rasa mcm waaa menariknyaaaa
ReplyDeleteSama jugak actually tapi sebab nak pergi tempat tak jauh, bila gugel attractions macam best pulak tengok. Alhamdulillah
Deleteterbang lagi rupanya ye kak..patut lama sunyi je...
ReplyDeleteAlhamdulillah sementara hubby ada cuti hehe
DeleteAlhamdulillah nice vacation nampaknya Kak 👍
ReplyDeleteBagusnya sistem kutipan sampah depa...
Alhamdulillah dan terima kasih PH. Memang bagus sistem di sana, tempat pun mostly bersih sangat,
DeleteWah, satu beg penuh dgn stok makanan je. Tapi tu la, lebih baik bawak makanan sendiri daripada buang masa cari kedai halal. Lagi pun masak sendiri lebih terjamin halal kan kak.
ReplyDeleteSebab ada space so kita penuhkan lah dengan makanan haha. Jimat masa, jimat duit tapi kalau betul2 tau lokasi kedai halal yg tak jauh, simpan je la stok tu dulu hehe. Betul lebih terjamin halal kan.
DeleteUnik penginapan tu, atas bilik, bawah parking.
ReplyDeleteTaiwan ni katanya ala-ala Jepun, bersih dan orangnya sopan.
Plan saya ke Taiwan masih belum kesampaian 😄
Senang kan, boleh parking kereta dekat dengan bilik. Betul Taiwan memang bersih dan orangnya sopan dan friendly jugak. Insya Allah Ujie akan sampai Taiwan nanti.
DeleteHaha siap bawa beras 2 kg. Banyak pek makanan dibawa macam lama di Taiwan.
ReplyDeleteHaha saja2 je back up. Memang tak habis pun. Sebab musim sejuk pun ya, asyik nak makan je nanti.
DeleteTak pernah terfikir nak ke Taiwan, bila baca entry ni.. menarik juga. Moga akan ada kekuatan untuk saya ke sana satu hari nanti.
ReplyDeleteKami pun last minute pilih Taiwan. Bila baca attraction di sana memang banyak rupanya. Insya Allah Aiza akan sampai sana nanti.
DeleteTaiwan ni negara dia bersih juga. Bila pergi terkejut juga dengan kebersihan tu.
ReplyDeleteBetul memang bersih kan.
DeleteSaya belum jadi2 ke Taiwan ini. Padahal mau manfaatkan VISA US saya yg masih valid. Krn bisa free visa kalo ada visa US untuk Indonesian.
ReplyDeleteTeman yg dulu sekolah di sana sering cerita ttg cantiknya Taiwan. Dia bilang ini mirip jepang versi lebih murah 😄👍. Makanya teringin nak kesana. Hopefully THN depan bisa. THN ini dah ada planning lain pula 🤭
Memang Taiwan cantik Fanny. Banyak tempat boleh dilawati. Alam sekitar sangat cantik dan bersih. Ya mungkin seperti Jepun. Sebab saya belum sampai lagi ke Jepun 😊😊
DeleteTak sangka Taiwan tempat yang bersih juga....bp;eh wishlist ke sama suatu hari nanti
ReplyDeleteMemang cantik dan bersih Taiwan ni. Moga sampai ke sana nanti Insya Allah.
DeleteBestnyaaa.. Anak akak pegi last December. sejuk katanya. akak terus mintak dia contact balik tour guide yg dia guna. kena buat package ke sana ni Mulan. cantik2 pulak tgk
ReplyDeleteMemang best Kak Yan kena pergi Taiwan. Cantik Taiwan ni Subhanallah
Deleteoo rupanya kena declare kalau bawa beras.. bestnya ada massage chair
ReplyDeleteRasanya sebab dalam hand carry kot. Sebab nasi yang dalam check in luggage ok je hehe. Tapi tu la next time kena extra careful. First time hotel room ada massage chair dah la motel ni taraf 3 star je.
Deletetahan lama but, bila dah masuk spa, nampak mcm baru...bagus hotel mcm ni...mudah parking...sedapnya..authentic china hotpot...oo..kuah putih tu - pumpkin milk soup...selalu nmpk dalam drama China..
ReplyDeleteAlhamdulillah lepas masuk spa, kasut nampak baru.
DeleteMemang sedap pumpkin milk soup tu.
Motel tu mmg ok, siap ada massage chair sekali.
belajar dari pengalaman.. dulu masa mula2 travel kat negara korea & jepun mcm confident senang jumpa restoran halal.. hakikatnya memey jumpa tapi lenguh jalan kaki cari.. la ni apa2 sebelum kluar prepare bekal dulu.. tersama gak bawak rice cooker kecik..hehe... menarik gak taiwan ni boleh masuk dlm list travel self drive.. :)
ReplyDeleteBetul, boleh buang banyak masa nak jumpa kedai makan halal. Kita pergi bukannya lama. Baik prepare sendiri.
DeleteAssalam, saya nak pi taiwan nanti. Saya dah aware yg taiwan ni tak kasi bawak produk berdaging. Tpi bila tengok entry akak ni banyak je bawak.. sebab saya just nak bawa makanan pek kembara yg nasi briyani daging tu je. Sebenarnya boleh atau tak ya?
ReplyDeleteWa'alaikumsalam tapi ada baca somewhere boleh bawa tu sebab kami bawa. Tawakal sebanyaknya. Bawak untuk cukup2 makan In syaa Allah boleh.
DeleteSalam puan, boleh tolong share nama company kereta sewa yang puan ambil. terima kasih
ReplyDeleteWa'alaikumsalam Cik Fazz.
DeleteHubby kata sewa dari Holiday Car Rental.
Ini contact no ya +886 982-666-568 memang ber-whatsapp saja
menarik juga taiwan nih
ReplyDeleteMemang seronok travel Taiwan
Deletesalam Puan, nk tnya, di taiwan cashless ke?boleh guna wise kad ke?
ReplyDeleteSalam Izzah. Kami belum try Wise. Guna credit card & cash sebab travel ke luar bandar jugak tapi Taiwan ada card macam TnGo/Wise kot, kami tak beli.
Delete