Monday, December 28, 2009

KHATAN & MONSOON RIDE..

Anak teruna dah besar.. Hehehe asalnya memang nak kasi disunat hari tu lepas cuti sekolah, tapi dia excited nak ikut adik pi sekolah masa cuti, haaaa, dah tergendala program. Alih2 baru terperasan dah nak bukak sekolah (kes iklan "potong, potong, potong"). 2-3 clinic reject sebab acara sunat dah penuh. Last2 mintak hubby slow talk dengan sorang Doc ni, geng Offroad Bike dia. Doc OK je, mintak datang Isnin pagi (so pagi tadi kami pi la). Nak amik gambar, hubby marah. Doc kata amik je la.. Zharif mula takut (tau2 je la orang lain dok citer lagu ni, lagu tu la..), pastu kitorang citer panjang, dia kata OK. Pagi tadi excited siap nyanyi potong, potong, potong...
********
Siap borak and tanya Doc itu ini. Sekali kena cucuk bius, erk... erk... erk... jugak keluar suaranya..
Dah kena bius, pasu OK katanya, tak rasa apa pun.. Tapi tang laser tu, dia OK, mak nya pulak nervous giler. Sampai takleh napas rasanya.. Macam dalam filem omputih je, potong kulit orang dengan laser tu.. Auukkkss... dah le bau hangit asap, takut je.. suspen gak sunat ngan laser ni..

Hahaaa... asyik dok pegang kain, susah betol nengoknya. Nah, ku buatkan lagu ni, senang citer.. Dok la situ tengok TV, main game & segala mala nya...dekat ngan dapur. Nak jaga pun senang, berkhemah la kita ramai2 tengah rumah.. Lunch tadi 3 beranak makan nasi putih & ikan selar bakar garam kunyit.. Ada lak tak cukup..??
******
Ni citer semalam, Ahad 27 Dec 2009, Monsoon Ride di Semuji Agro Resort, Kuantan, Pahang. Hubby ni tang2 outdoor sports, memang la suka. Takpe la, jangan suka tang lain dah le..

Dia kata, kot kayuh sampai atas bukit, rasa seronok tengok view cantik nun dari atas sana. Sini banyak trail utk offroad bicycles ni, termasuk offroad bike (motor)..

Antara yang dilalui, ladang kelapa sawit, anak sungai (kot sungai besor, camna nak hangkut sikal tu).. Dasat trail nya. Dengar citer ramai gak yg kena hangkut balik dengan pick up truck.. tak pun yg patah balik kat halfway point, malah ramai yg tarik bicycle sebab lecak giler (the day before tu hujan lebat).

Macam2 cara nak hangkut sikal kat kete.. Pagi tu henti isi petrol kat area Gambang, penuh kete dengan sikal2 masing2.. Hari hujan renyai, kata kat hubby camna nak kayuh hari hujan..? Hubby dengan kedut nya kata, nama pun Monsoon Ride, kena la ada hujan. Ya tak ya bengong nya aku ni..!!! (Gambar di atas copy paste dari gerekgunung.blogspot.. from previous trip) Camera tertinggal kat rumah utk jelajah kali ni.

Hubby kata datang amik pukul 12 lebih (tak tunggu situ pun sebab 30 minit je dari rumah mak kat Kontan tu). Hhmmm, pukul 2 baru tiba, terhenjot2 heret basikal. Maaakkk ooiiii, berselut berlumpur nya laki aku dengan sikal nya...!!!!

Udah le, salin baju jom balik.. Tak yah nak tunggu lucky draw etc.. Busuk hangat.. Tapi Doctor yang sunat Zharif tu steady, sampai awal lagi sikit.. Doctor tu citer, ada yang sampai pukul 4 lebih.. Hoooo... kesian. 30km ride, ada yg amik 8 jam nak sampai, flag off 8.30am..

Wednesday, December 23, 2009

PULAU SIPADAN

 Ini pula kisah cuti sekolah yg paling menarik... Kids Scuba Camp @ Mabul/Sipadan Island..