Sunday, March 07, 2010

AL-FATIHAH..

Al-Fatihah to my dearest Ustaz Bunyamin.. Passed away @ Perkampungan Chau Doc, Vietnam last Tuesday. Lung cancer, stage 4. Chau Doc ialah daerah/mukim yang ramai didiami oleh umat Islam Vietnam yang digelar Cham. Ustaz mula mengajar anak2 Malaysia, Singapura & Indonesia, Al-Quran & Fardhu Ain semenjak 15 tahun atau lebih rasanya. Moga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama mukmin & orang2 soleh..


4 tahun sebelum melahirkan Zharif, saya juga mengaji bersama arwah, memenuhi masa terluang di samping berjamaah bersama arwah dengan anak2 Kak Fazidah. Saya ingat lagi bagaimana sabarnya arwah memujuk anak2 kecil untuk mengaji.. dengan soalan biasa setiap hari.. "HARI INI MAU MANGAJI BARAPA HALAI..?" Di samping ada yang mengaji di atas riba ustaz, sekecil 3 tahun.. Namun arwah sabar & melayan kerenah mereka dengan tenang sekali, walau dengan rotan sebatang di tangan. Dan setelah Zharif berusia 4 tahun, arwah pula mula mengajar Zharif mengaji Al-Quran & Fardhu Ain. Arwah juga amat tabah & bersemangat untuk menaikkan taraf hidup umat Islam di Vietnam, walau dengan cabaran yang amat getir dari pihak kerajaan (yang asalnya K*M*NIS) yang agak tegas dengan pemberian derma dari dermawan Muslim dari seluruh dunia. Semua duit harus melalui kerajaan & hasilnya.. banyaknya yang langsung tak sampai kepada muslim & muslimat ini. Vietnam, walau agak mundur sebelum ini, kos saraan hidup di sana amat mahal seperti negara dunia ke 3 yang lain. Yang murah hanya lah barangan local, yang rata2 hasil dari bumi Vietnam itu sendiri.. Moga rohnya dicucuri rahmat..
***


Lobster for lunch yesterday.. Caught @ South China Sea nearby by a group of divers (plus my hubby)... with Kerapu (small size je).. Wallaa... Plain steamed, that's the rule for fresh seafood. You get to taste the fresh meat & the sweetness laaa...



Monday, March 01, 2010

WEEKEND @ KL..

Hubby ada meeting @ KL.. Sayang nak ponteng-kan anak2.. Dia bawak kete pagi2 Rabu tu. Kitorang lak naik bus @ 2pm from Kerteh hari Khamis petang.. Omak dah tua, takut sakit tulang, nak bodek boss naik kapatubang tapi kids lagi suka naik bas.. Entah le diorang ni.. Ya pun sebab lagi spacious & sah2 takde delay2.. Pikir2 sayang duit wooo, boleh gak abis tempat lain daripada bayor ke airline tu.. (dah le dok nepon pasal insuran tu lagi.. hikk geram betol..!!)

Hari Jumaat tu daku ke Aunty Aini's, kat Nilai.. Tempat ni masuk Discovery Channel Travel & Living tau, Anthony Bourdain punya program.. Pi sini..?? Ada la agenda gempak..

Bloggers Meeting & Makan2 session.. First time jumpa setelah bertahun di alam maya.. Tu la dia Kak Ummi, Kak Lady & Kak Sya.. Thanx for your time..!!! Seronok bagai, makan, borak, makan, borak.. Nak amik gambar pun tak tersempat.. Dok potpet potpet & makan2.. Seronok betol dengar citer Kak Lady, kering gusi kitorang.. Tapi rasanya kot dapat duduk kat wakaf tu, duduk bersila, mau tak bangun kitorang.. Tak de rezeki, ada lak orang dah book wakaf tu.. Ada 2 ketol je rasanya..

Ilan, Abang & Aeez... bodyguard2 ibunda2 mereka..

Makan bagai nak rak, makan nasi, lauk Lemak Daging Salai, Lemak Kupang, Ikan dll.. alih2 ini je yg sempat nak amik.. Tangan dok pegang camera, tapi bila bercerita, tak de nyempat nak amik pon.. Tapai & ais krim je dapat amik...

Landscape cantik2 sini..

Photographer cilik.. Marsha yg rajin amik semua ni.. Omaknya entah ke mana2..

Sesudah itu, Kak Sya & Kak Anie harus pulang. Commitment dengan anakanda tak dapat ditunda. Tak dapat menyambung di Nilai Square..

Sementara tunggu hubby datang, Kak Ummi ajak tunggu kat Ice Room @ Nilai Square.. Waahhh, best ni..

Menu yg rata2 nya ice lah..

Mine & Marsha's... Stroberi Ice *** entah le namanya...

Avocado **** entah le.. lupa gak... Ada lagi, kitorang order Mushroom Soup, Durian Tempura, Fish & Chips & tak hengat dah...

AND...!!!! Dah kali ke-3 sampai Nilai. Dok cari carpet utk bilik kitorang dah lama dah. Nak cari yg color2 yg meh2 bilik kitorang la konon.. Hengat nak cream/light brown, satu color je.. tapi boss kata amik je yg ni. Haahh, boss amik 2 keping. Bior le, duit dia.. Anyway, tima la kasih.. Licin bebenor carpet ni. Kena control macho, kalu tak mau slide ke depan sinun...