Thursday, April 25, 2024

SALAM TAKZIAH. RAYA @ BANGI. DIA KE LAUT LAGI. KUIH RAYA FAVORITE.



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

FROM THE RIVER TO THE SEA, 
PALESTINE WILL BE FREE. 

Tiada kata dapat diucapkan hanya doa mengiringi semua yang terkorban, juga keluarga yang terlibat.


Biskut Raya favorite dari dulu. Tahun ni cousin orderkan, alih2 dia belanja cousin sulung dia ni. Alhamdulillah thanks Nadja. Moga sentiasa dimurahkan rezeki. Sedap Kuih Makmur ni, pernah order dulu2 dari baker lain, tapi kurang sikit rasanya. Bahaya bila dah tinggal sorang2 di rumah, anak2 balik ke tempat study/training masing2, hubby pun dah masuk office. Asyik nak mengunyah je. Memang kena sambung puasa.


Oucchhh sebelah katil..!! 


Alhamdulillah dapat juga TART NENAS favorite. Memang sedap, yang ni menantu jiran sini yang buat. Mulanya order dah tutup. 2 hari sebelum Raya dia wsap kata ada extra. Alhamdulillah. Pun bahaya, lepas habis puasa asyik ulang2 je. Dah kena sorok behind2 tu.


Balang2 yang tinggal. Beli 3-4 balang, Alhamdulillah dapat banyak dari adik2 dan kawan2. Tukar2 biskut pun ada. Mak pun suruh ambil sebab rumah dia banyak. Ehh mak, kita ni tinggal berdua je dengan hubby. Takut kena tazkirah, ambil je la. Yang disimpan, yang suka je. Yang lain kita pass2 lah. Pun masih dapat lagi, Alhamdulillah rezeki. Panjang2 kan rezeki. Nak ajak saudara mara dekat dan kawan2 datang, ramai tengah puasa 6. Maka tunggu habis Syawal lah kot. Kot ada mood. 


Sabtu baru ni. Cuaca dah elok. Air laut dah kurang gelora. Hubby dan hobby nya. Kena tinggal pun tak apa, janji balik ada habuannya, Alhamdulillah.


Juga LOBSTER 2 ekor.


Kasi beku. Buat LOBSTER PORRIDGE tunggu anak2 balik.


Dia tangkap, dia siang. Ikan besar & berat, tak tahan tangan comel gebu ni.


Simpan terus, alas2 dengan plastik supaya tak lekat.


Satu2 nya bilik air di bawah ni, kalau tetamu datang, redha la bau hanyir sebab memang bau laut semuanya. Menyelam kalau air elok, musim elok, bot elok, mood elok Insya Allah ada hasilnya.


Ahad pagi2 ke KL, hubby ada meeting Isnin. Calling2 cousin & adik2, rumah siapa yang terbuka haha. Hhmm semua slow je reply. Last2 cousin Emi kata pergi rumah Mama (dia) lah, rumah Wa, aunty kami di SG MERAB, BANGI. Rupanya Wa pun dok tertanya2 tak ada anak2 sedara yang datang beraya ke. Memang rumah Wa ni, port kami berkumpul. Impromptu je selalu tapi meriah. 


Walaupun anak saudara sulung ni yang nak datang, cannot la pergi berdua dengan hubby je. Mesti lah buat announcement kat group Whatsapp kan. Seperti biasa, POTLUCK. Biarpun plan 2-3 jam sahaja. Alhamdulillah penuh meja. Uncle ingat kami berdua je, hhmm dia macam biasa risau food tak cukup, siap rebus nasi impit tapi sebenarnya borak lagi banyak dari makan. Last2 tapau jugak.


Ni lah time berborak sebab ada few cousin dan family kami belum jumpa masa awal2 Raya.


Aunty2 membawang topik terkini haha. Anak2 sedara main gaduh gelak main gaduh gelak. 


Cousins & ipar. Dari meja makan depan ke meja paling belakang di wet kitchen. 

Moga silaturrahim keluarga besar kami anak cucu cicit Tokki Md Salleh serta keluarga sahabat2 blogger semua berpanjangan, penuh kasih sayang.

30 comments:

  1. banyak lagi biskut raya akak..kami punya dah angkut hantar asrama Pia,tinggal 2,3botol je kt rumah.Kalau ada depan mata asyik nak mengunyah je tu yang risau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kan, nak mengunyah je bila ada depan mata balang kuih ni.

      Delete
  2. Samalah kita Kak, fasa mengunyah kuih² raya, kerepek² haha...
    Bukan kaleng² hasil tangkapan en suami tu, mmg berbaloi menyelam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi tak habis memang mengunyah je kan hehe, Alhamdulillah rezeki hasil laut.

      Delete
  3. yg berita kemalangan itu sediih sangat pas lihat beritanya di sini.. selalu terasa sangat kalau berita ttg accident udara. :(

    tahun ini saya tak beli banyak kue seperti thn lalu.. thn lalu macam kalap hahahahaha. tp thn ini husband lumayan banyak dapat hampers dari kolega kantor dia, dan banyak yg kasih kue raya. jadi bertambah juga.. cuma sama seperti kakak. kue2 yg saya memang tak suka dari dulu seperti kue sagu, kue semprit, kue kacang, itu langsung saya bagikan ke asisten2 saya :D. yg saya simpan hanya yg saya suka ahahahhaha . drpd mubazir kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat sedih dengan berita kemalangan tu.

      Alhamdulillah dapat banyak kuih Raya. Ya simpan kuih yang suka especially kuih tradisional yang susah jumpa. Hanya ada pada hari Raya.

      Delete
  4. selamat hari raya utk mulan sefamili! bestnya kunyah2 biskut raya heheh kat umah MZ dh tak de sgt pun biskut2 ni...tinggal 2 balang ajer tu pun yg my boys tak suka mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya MZ..!! Kuih Raya setahun sekali kan, geram je tengok semua. Tapi makan yang suka je. Yang lain2 tu makan jugak hehe.

      Delete
  5. Salam takziah buat keluarga arwah.
    Moga mental dan fizikal family arwah kuat walau dah tak sekuat mana.

    Meriah jadinya suasana raya bila dapat berkumpul kan. Biskut makmur memang sedap tapi tahun ni tak merasa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih kan, moga keluarga yang terlibat tabah dan sabar.

      Alhamdulillah memang meriah Raya sama2 keluarga. Biskut Makmur memang favorite.

      Delete
  6. biskut raya x abis lg. nanti raya enam nak makan lg... tart nenas dah abis awal sbb sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tart nenas selalu habis cepat sbb sedap. Ada kala kuih Raya sampai Raya Haji

      Delete
  7. Bau laut tu yang berhantu.... Nanti macam dipanggil2 pulak... Lagi teruk boleh dengar bunyi bubbe lalu kat telinga!

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Raya. Oh duduk Bangi ya.

    ReplyDelete
  9. nak komen pasal hobi suami... Ya Alalh, nikmatnye la dapat ikan2 segar mcm ni kan.. kalau segar, masak ape2pun terasa lazat..

    ya Allah, Engkau merdekakanlah Palestin.. ameeennn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat ikan segar. Bakar kosong pun sedap.

      Aamiin moga Palestine merdeka secepatnya.

      Delete
  10. biskut makmur lama tk mkn...biasa dh nk ujung2 syawal biskut br nk abiskan sronok hehe...hobi mancing tu sama la husband kita tp sejak PKP lama dh dia tak pi mancing...lama tk mkn lobster...syok tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biskut Makmur ni mmg evergreen kan, favorite dari kecik. Hobby tu sat lagi datang balik tu, best dapat ikan fresh kan.

      Delete
  11. tahun ni sy x dapat rasa tart nanas...
    terliur laa pula nengok nyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada je yang jual kan, kena cari yang sedap biasa makan :)

      Delete
    2. ada. tggu raya haji nampaknya... boleh borong byk sket😁

      Delete
  12. Biskut raya Kak Amie ada sikit jew lagi. Makin sikit makin sedap pula dimakan ... ahaks!
    Rajinnya memancing, rajin bersihkan juga. Alhamdulillah dapat banyak hasil dari laut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai Raya Haji ni pun masih ada biskut nya haha.
      Kalau hubby tak cuci kan ikan tu, tak tau la macamana nak masak. Besar dan berat.
      Alhamdulillah rezeki ikan segar dari laut.

      Delete
  13. Salam takziah buat ahli keluarga mangsa. Lately banyak tragedi yang menyayat hati. Inalillahi wainailaihi rajiun...

    Tart nanas, kuih favourite saya jugak tu kak. Wahh untung ni kalau balik bawa habuannya. Rezeki dapat makan ikan dan lobster fresh. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sama2 sedih dengan trajedi tu kan.
      Tart nenas memang sedap kan. Alhamdulillah rezeki ikan fresh.

      Delete
  14. bestnya dpt ikan segar, lobster...seronok dpt berkumpul di rumah mak saudara..sambil bersembang makan2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki ikan dan lobster fresh. Memang seronok meriah kalau berkumpul.

      Delete
  15. Takziah untuk tragedi heli tu. Sedih kan?. Adik ada bagi tart nanas. Makan sekali ok tak berapa sangat, try lagi kedua eh sedap pulak sampai la alamak barisan pertama dah nak habis?? Haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 sedih dengan trajedi tu kan.
      Tart nenas kadang tak sedap tapi bila makan lagi, jadi sedap haha

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com