Tuesday, September 16, 2008

JEM NENAS & KL TRIP..

Laa.. baru la perasan bahawasanya saya sedang berpuasa di tanah air, setelah 10 tahun puasa di Vietnam sebelum ni. He he, memang la Bazaar Ramadhan tempat window shopping untuk bulan Ramadhan ni. Tengok je, beli sikit2 je. Mana nak dapat tengok kuih2 & segala jenis makanan yang colorful tu, kat Malaysia je ada. After 2 weeks puasa, minum air untuk iftar pun dah kenyang dah.

Yes..!!! Last week dah siapkan jem nenas untuk Tart Nenas. Tapi as always, rasanya siap menjelang Raya Aidil Adha kot. Sokmo2 camtu. Tapi harapan memang menggunung tinggi untuk siapkan sebelum Aidil Fitri ni.

2 jam, non stop mengacau beb..!! Habis otot2 lengan ni keras jadik nya. Isshhh, ada lah segumpal je dapat. 4 biji nenas besar tu. 10kg beratnya..

Khamis lepas ikut hubby pi KL, dia ada meeting hari Jumaat. Tu lah dia, agaknya stress selama ni disebabkan cuti weekend hubby dia telah dicuri sehari. Sini, weekend nya Jumaat & Sabtu. Almaklum kalau kena attend meeting hari Jumaat di KL, tak ke sehari weekend telah disapu bersih. Banyak pulak travel lately. First week puasa di Bangkok, the whole week before tu di KL. Pastu every Friday meeting di KL. Tak aci kan.. patut la saya rasa stress. Udah le dengan rutin yang sama setiap hari di Kerteh ni. Trip to KL last weekend kira best la though saya tido je kat apartment room tu. Puasa kan, mana mau pigi daa..? Dok kat Level 21, The Zon. Ini lah view nya, dari Living Area..

View dari Master Bedroom..

View dari dapur.. mana pigi itu langit biru, awan kelabu..?? Lepas ini saya rasa, penghuni2 bangunan pencakar langit ni boleh tukar2 kuih ikut tingkap je. Sebab dekat sangat.. betol tak?

Monday, September 08, 2008

Monday, September 01, 2008

SALAM RAMADHAN

Alhamdulillah.. mak telah selamat bertolak ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadat Umrah pagi Sabtu. Raya ke 6 baru balik. Dan saya juga telah selamat mengerjakan rumah Mak... spring cleaning!!!! Kalau dia ada, pasti kami gaduh besar. Dia dok simpan segala2 yang tak pakai. Nak buang sayang katanya. Tapi kot tak nak pakai, baik panjangkan pahala, sedekah ke orang lain. Nak sedekah tak leh la yang dah buruk2 kan!! Kot yang lama tapi elok, baik le kita sedekah. He he he.. dia dah kasi green light, tapi saya pasti dia sure ketar kaki takut saya lelong banyak barang kat rumah tu. Alaaa.. kita tau la mana yang nak kena buang/sedekah.. Gue waras lagi bu..

Ni lah dia.. kerja 2 hari 2 malam, sampai lepas sahur pagi tadi pun saya vacuum + mop rumah tu, tingkat atas & bawah. Lembik kaki tangan. 9 pg hantar hubby pi Kuantan Airport, nak fly pi Bangkok seminggu. Puasa la dia kat sana. Harapnya dapat la dia puasa mata sekali.. kuang, kuang, kuang.. Lepas tu, terus drive balik Kerteh. Zharif sekolah petang. Marsha masih cuti, Summer Break lagi. Ha ha.. balik sekolah, Zharif nak nangis.. "Mum, I dont think I can survive." Hah??? Survive apa. "I'm thirsty, I feel like dying." Ho ho ho.. lagi satu jam nak ooii...!!! Balik dari sekolah, saya suruh dia mandi & tido.. Alhamdulillah lepas sehari dia puasa. Last year kami terkejut betul, dia dapat puasa habis sebulan di Vietnam. Though kenkawan lain makan minum depan mata, dia begitu gagah bersama teman baik, Edward Rahman berpuasa sebulan. Sewaktu 6 tahun, kami minta dia puasa, tapi seawal jam 8 pagi, dia dah buat drama.. "I will die, I will die.." sebab tengok Marsha togok susu sebotol.. Heh.. sehari pun tak puasa.. takpe la, kecik lagi..

Tadi pi Pasar Ramadhan, memang saya malas & penat nak masak. Alahai untuk saya & 2 kids ni, not worth cooking & cleaning the whole kitchen. Nafsu.. nafsu.. ni lah hasilnya. Semua langsai kecuali taufufa & kuih Lompat Tikam. To be continued hari esok la. Nampak pulak akak sorang ni, dengan camera besor pi Pasar Ramadhan. Tak lain tak bukan la tu, Kak Liza sorang diri je nampaknya..

Yey yey yey... kawan baik saya di sini, As, kasi lauk Ikan Kembung Taucu. Disimpan untuk sahur. Yum yumm.. saya tak pernah masak taucu sebab hubby tak makan, tapi saya suka..