Monday, August 25, 2008

FROM KL TO KB

Yes, dari KL ke KB.. kami betol2 cuti2 Malaysia. Dari KL, kami pause trip sehari (Selasa) coz hubby kena kerja (aparaaa mat saleh dari UK nak tengok plant!!!). Then off to KB pada hari Rabu, bro in law nak pinang anak dara orang Pengkalan Chepa. Me the driver lah, from Wednesday till Saturday. Boss kena gout. Dunno lah, as always dia malas minum air.

Itinerary-free & easy.. In laws belum sampai. So, on Thursday tu Capt Mulan telah terbangkan familinya ke Rantau Panjang.. Gila ramai orang. Cuti sekolah kot..

Marsha... pening tak tau nak pilih yg mana.. murah wooo..!!! Besau2 pulak tu..

Lapar, lapar.. pekena Tomyam etc @ Noor Restaurant.. memang sedap. Lain sikit la dari yg kebiasaan kedai di Malaysia ni..

Sup Gearbox??? Mak aaiiii, gout belum baik!!! Tapi dia OK je.. Tapi memang sedap..

Heard about it many times. Roti tisu. Baru ni la dapat rasa.. nipis but too sweet. Tapi sedap. Tak cukup satu..

Pasar Malam Wakaf Che Yeh.. ramai betul manusia..

Tudung bawal tak terkata murahnya.. beli je la sehelai dua.. Jangan kata tak beli langsung. But why lah, nafsu membeli dah kureng..

2nd night check in @ Desaku Homestay. Not bad, besar & bersih.. 6 big rooms. Can accomodate up to 25 pax utk sebuah rumah. Very close to Airport, 3km je.

Our room, with 2 queen size beds. All rooms are attached with private bathroom. Ada living area (of course dengan sofa), ada kitchen (with fridge, iron, kettle etc), ada dining set..

Desaku Homestay dari luar pagar. Luas bebenor halaman dia..

Jeng jeng jeng.. dengan ini berlangsung lah majlis meminang.. bila kawin?? Discuss later la.. mudah & cepat majlis tu. Senang bebenor.. Alhamdulillah..

Tuesday, August 19, 2008

WEEKEND YANG PADAT


Kami ke KL Rabu lepas, sesudah kelas Taekwando Zharif pada jam 8pm. As always, saya lah pilotnya dulu. Kasi boss zzzzzzz dulu.. halfway lepas tu giliran saya pulak zzzzzzz.... Hubby ada meeting hari Khamis & Jumaat di KLCC, and so... ponteng la Zharif hari Khamis tu. Jumaat memang dah mula cuti sekolah.. Khamis pagi, lepas hubby pi meeting, drive pi Subang, jumpa adinda. Lunch time pi Mydin (gatai2 nak makan sana), on the way to parking lot, nampak Fish Therapy ni.. gatai2 lagi pi duduk nak try. Hah kau, mula la ke kiri ke kanan geli tak terkata.. ingatkan sakit kena gigit, rupanya geli..!! Eiiyyy, rasa nak angkat je kaki tapi terasa rugi pulak. Tapi ok la.. rasa licin je kaki lepas tu. Boleh try kat muka ke agaknya..??? Sure nanti flawless gitu..!!! Ha ha, jangan berbintik kena gigit, udah le..!!

KLCC - MOVIE & WINDOW SHOPPING

Khamis malam lepas hubby abis meeting kami nonton WALL-E kat TGV KLCC.. depa ni enjoy la tapi saya penat & lelaappppp... zzzzzz... tapi gila sejok, lupa bawak jacket.. cantik aaahhh KLCC Twin Tower.. especially view pada malam hari.. gatalan tangan nak men-try toy hubby yang baru.. eleehhh lepas ni caya lah, daku ni jugak yang kena usung benda ni. Besau nya lah..!!!! Oh I love my Sony Cybershot lagi.. so so thin one laa.. tapi haru biru nak snap indoor or malam hari, hancus..!!!

"HIGH SCHOOL MUSICAL -
THE ICE TOUR "
Next day tu Jumaat kami pi nonton High School Musical, The Ice Tour.. waaahhh memang kelas gitu performance diorang ni... hubby book ticket seawal publisiti mengenai nya.. dari filem, di drama tari kan di atas ais..

PETROSAINS


Sabtu, lepas rehearsal (hubby punya Grammy award..), kami ke Petrosains.. Zharif & Marsha ni pantang tengok KLCC, asyik2 Petrosains.. tapi memang bagus pun.. depa siap join "ice cream making" session & demo.. rupanya takde la susah pun yek, nak buat ice cream tu..

FIREWORKS @ PUTRAJAYA


Malam tu kami pi visit aunty di Putrajaya.. sambil2 nyibuk nak tengok fireworks yang di warwar kan tu.. cantik jugak tapi tak leh chelen Beijing punya (walaupun banyak tertipu..). Anyway, cantik la, ramai betol orang datang nengok fireworks tu.. ceehhh tak sangka kita pon ada gak bunga bungaan api colorful gitu..

"MALAM SEKALUNG BUDI 2008 "

Ini lah dia... malam Ahad, malam yang meraikan staff2 yang telah berkhidmat selama 15, 20, 25, 30 tahun & mereka2 yang nak bersara & telah bersara pada tahun 2007/08. Nah ini dia, Dato' Siti Nurhaliza perform beb..!!! Habis Tan Sri & Puan Sri kena berundur meja. Depa dok serbu depan stage nak amik gambar & salam dengan Siti, ada Amy Search & Jay Jay jugak.. di samping performance dari PPAG.. company punya arts group tu..

Patut la ada yang datang seawal 6pm. Dinner tu 8pm. Kami datang 7.30 je, cari meja paling ujung, dekat buffet table.. he he dapat jugak (sebab meja lain mostly occupied), senang nak soru.. banyak betol makanan tapi busy jumpa kawan2, makan sikit bebenor.. takpe, takpe.. silaturrahim lagi penting..

OTAK-OTAK CHE WAN, KEMAMAN

Semalam (Isnin) pagi hubby ada meeting lagi di KLCC.. lepas lunch kami balik Kerteh. Waahhh hujan lebat sesungguhnya. Sampai Kemaman abaout 6pm, perut krok krok.. lama tak pekena Otak2 Che Wan.. haahhh anak beranak sental sampai 5 pinggan, rasanya ada 100 cucuk kot. Akak waiter tu tanya kami ni tak makan lunch ke, terkejut beruk dia, banyak sangat kami order. Dengan keropok lekor lagi. Tu pun Marsha nak lagi.. Tempat ni memang fofular, otak-otak dia ber-rempah. Dengan ikan segar.. Kenyang..!!! Kenyang..!!!! Kena cuba tau..

Sunday, August 10, 2008

Tuesday, August 05, 2008

RIBBON EMBROIDERY

YES..!!!! Today in history..!!! Last week dok neman kan kawan, As nak belajar RE dengan Maklang. Puas Maklang & As pujuk, ajak belajar tapi saya malas, sebab keras tangan. Dok pot pet je last week tu. Cikgu disiplin kan. Hari ni sambung lagi, teruja pulak nak try. Dah berkali2 Maklang dok hulur ribbon & jarum, last2 saya pun sambut.