Tuesday, December 30, 2008

KT TRIP & FAREWELL TO A DEAR FRIEND..

SALAM MAAL HIJRAH..
MOGA KITA SEMUA DIRAHMATI ALLAH SELAMANYA..
*************************************
Cuti Maal hijrah kami ke Kuala Terengganu. Aunty kat S'pore kirim tepak sireh untuk anaknya yang nak kawin nanti. Dah lama tak pi, dah lama terperuk kat rumah je, pi la kejap untuk meleraikan pemandangan yang tertumpu pada sebelah sini saja. Tu pun, paling jauh hubby boleh pi ialah Kuantan atau KT.. 100km dari Kerteh..
Tak sah trip ke KT kalau tak pi Pasar Payang.. pi beli tepak sireh & caftan 3 helai kiriman Aunty.. lain2 tu cuci mata je, takde apa nak beli, tengok je la.. Oh, hubby pun ada appointment dengan kenkawan Budok Koleq kat Pasar tu.. Sekian lama tak berjumpa..

Dah plan nak pi playground kat Pantai Batu Burok.. ada skateboarding rink.. Zharif takde la pandai pun tapi nak try jugak, tergolek pun tak kisah la, janji depa happy.. Budak2 ni letak kat mana2 playground pun, memang depa happy gila..

Jumpa kawan baru, Anthony, a Canadian boy, just moved to KL. Came to KT for holidays..

Ni lah sambungan duka lara saya.. Sahabat baik saya (kenal dari Vietnam), Sharifah Salma yang jugak jiran kat Kerteh ni dah nak pindah ke Bintulu, ikut hubby nya. Packers start keje hari Sabtu lagi, semalam baru siap. Udah le gitu, Kak Milah kat belah penjuru kanan rumah saya ni pun baru pindah KL minggu lepas. Fyi, belah kiri rumah saya, bujang lelaki duduk, belakang rumah pulak bujang pompuan duduk, rumah depan 2 biji ni, rumah tetamu. Mau tak nya sunyi bebenor saya lepas ni. Jangan pulak lepas ni, depa kasi bujang lagi duduk rumah2 kosong ni.. haru biru saya lepas ni..

Marsha & anak2 Sharifah.. comel2 kan anak Sharifah & Tuan Sayed tu..

Zharif & 2 anak lelaki Sharifah, Waiz & Irfan... handsome2 budak2 tu..
MOGA UKHUWAH KAMI KEKAL SELAMANYA..

Tuesday, December 23, 2008

SEMALAM YANG GIRANG..

Sejak seminggu dua tiga yang lalu, saya sememangnya syahdu (bengkek) sebener nya gitu. Pasal cuti hubby tu la kan. Gotta swallow it but deep inside, grrrrrr... Semalam saya sms Maklang, tanya kabar. Maklang lak citer BIL dia nak singgah rumah from KT & ajak saya jumpa depa. Fyi, BIL Maklang & Maam nya adalah senior saya. So dengan terhegeh2 nya daku pi la dengan pipi terserong2.. Tengah masak dinner time tu, nak masak mee kari. Nak mandi tak sempat, takut badan bau kari, saya pun make up sikit2 & pakai Johnson's Baby Cologne.. anak2 punya..

Ni lah kami di meja makan tersohor Maklang. Mr. Jo aka Pakteh turun pangkat jadi junior saya semalam. Atok yang cool & sporting tu kata saya senior Pakteh. Saya biasa je tapi saya rasa itu Pakteh akan tersengeh2 sampai tahun depan kot, sure lagi panjang sengeh dia tu sampai ke pipi. Moral of the story, jangan make up kalau dah tak cukup masa tu. He he he, datang je la busuk2 pun, selekeh2 pun.. Tapi apa2 pun, saya gembira sangat2 sebab dah sekian lama saya tak bergelak ketawa. Seronok bercerita dengan family2 tersohor tu. Dok terperuk kat rumah ni hantar Marsha pi sekolah, hantar Zharif pi sekolah ugama + kenkawan semua masih bercuti + Kerteh masih sunyi, saya dah kurang sedihnya... gembira bertemu Kak Izzah & family..

Lupa nak citer, last Sunday, 1st meeting dengan The Masriyahs yang saya kenal dari fotopages nya. Hopping dari Blog & Fotopages Kak Liza yg juga tersohor tu, kami berjumpa di alam maya sebelum berjumpa bertentang mata. Kak Liza pun turut serta meeting2 di Mesra Mall, Kerteh hari tu (Giant tak bukak lagi gitu). Hubby kami pernah bekerja sebumbung dulu2. Kami ke Vietnam, mereka berkawin dan ke UK untuk PHD nya. Came back last August & based in UTP, they came to Kerteh for meeting & holiday. Moga ukhuwah berpanjangan..

Thursday, December 11, 2008

SALAM AIDIL ADHA

Salam Aidil Adha semua..!!! Oh betapa lah seronok bila ibu tercinta serta adik2 beraya bersama2 saya di Kerteh. He he.. hubby on call/duty (tapi bukan doktor ya) & tak boleh cuti. Adik2 pulak nak beraya di sini, jadi nya macam pucuk dicita ulam mendatang lah kisah nya.. (ya ke peribahasa ni..?) Kalau lah kami beraya 4 beranak di sini, mau saya burst pagi raya tu.. tapi sunyi gila kat perumahan ni..
Malam raya ber-BBQ & ber-happy birthday party untuk baby Zara yang telah berumur setahun jagung.. Birthday baby belakang cake..

Majlis Santapan di pagi raya..

Hujan selebat-lebatnya sudah 2 hari, kira grounded la tu.. kesian Muqri & Ehan.. main dalam rumah je la..
Nonton & makan, nonton & makan.. ni lah dia idea hubby dining table depa TV.. eeiiyyy, ada sikit kesusahan untuk saya di situ..

Zharif & Muqri, pantang berjumpa 2 pahlawan Malaya ni..

They came for 2 nights only.. sob sob sob.. daku yang sebak lepas semua balik..

Air muka mereka2 yang ditinggalkan..

Kesunyian yang tak terkata..
*****
Lepas semua pulang, hubby ke opisnya. Saya pun dengan kesedihan yang teramat sangat, lepak dengan anak2 depan TV. Petang tu hubby ajak pi jambatan Sg Kerteh, tempat berlakunya kemalangan kereta pacuan 4WD terbabas ke dalam sungai. Hubby ternampak kenkawan diver sibuk di lokasi kemalangan. Tapi hari dah nak malam, dapat jengok sebentar saja & balik. Mayat belum dijumpai. Hanya keesokan harinya, mayat dijumpai terapung betul2 di bawah jambatan, setelah 3 hari operasi menyelamat dilakukan.. Innalillah..

Thursday, December 4, 2008

GREAT TRIP..

Anak2 enjoy sakan, mak bapak tumpang gembira. Great trip. Weather pun sejuk. Flight balik delay disebabkan protes di Bangkok Airport, affected banyak flight seantero dunia. Stranded kat Hong Kong Int'nal Airport takpe jugak sebab airport cun. Ini lah perjalanan kami 25-30 Nov di Hong Kong..
*****
DAY 2 & 3.. (1st day sampai dah petang)
Hong Kong Disneyland.. 2 nights @ Disney Hotel, Lantau Island..
Di pintu gerebang DI-SI-NI-LAND..
Main Street, Disneyland..

To Small World.. High School Musical Parade Show..

Yang ini, kasi RM1000 pun saya takkan naik!!! Definitely muntah punya..

Kesian dia, make-up lebih se-inci.. tegang betol muka dia..

Isshhh.. keje gue amik gambar je..

Tarzan's Tree House.. tinggi jugak ni..

Tak sah lah kalau tak bergambor dengan si Minnie Mouse ni.. but Mickey's gone..

The Golden Mickey Show.. great performance..

Tomorrowland.. ada roller coaster sini. Kena tipu dengan hubby, katanya kecik je roller coaster tu. Naik jugak le sebab kena temankan Marsha. Phewww.. pening lalat 2 hari.. nasib tak muntah je.

The Lion King Performance.. great show.. colorful habis.

Disney Kingdom..

Isshhh.. nasib dapat control demand budak2 ni. Dapat sorang sebijii benda, dah la kan..
******
DAY 4 (Ocean Park Hong Kong)
3 nights @ Prudential Hotel, Nathan Road
Dolphin Show.. seronok..

Cannot ride one la..

Gebu betol panda2 tu..

Cable car ride to Bus Stop.. tak larat dah teman nak turun.. kebas otot2 asyik jalan je.. ringan tulang rangka ni..
*****
DAY 5
Science Muzium..

Space Muzium..

Harbour View..

@ Avenue of Stars.. Bruce Lee punya tu..

View malam hari.. chantek..

Lupa dah market apa but kat Hong Kong ni ada Jade Market, Temple Market, Ladies Night Market dan few more rasanya.. murah la jugak tapi macam pasar kat Vietnam je.. barang dagangan hampir kesemuanya sama.. so takde la nyopping.. saja redah traffic manusia kat pasar2 tu..
*****
DAY 6
Lepas check out & tinggal backpacks kat Concierge Hotel tu, jalan2 pulak la pi The Peak. One of the attractions di HK. Kena naik tram nak sampai The Peak tu. Betol macam kata Cat Cat.. dasat pemandangan dia, cantik gila.. Anugerah Yang Maha Esa..

@ Madame Tussauds, The Peak, HK.. sape lagi kalu tak Bruce Lee.. Zharif ni gila Kungfu laa ni..

Kan cantik.... view dari Terrace @ The Peak..

Before balik, singgah solat @ Kowloon Mosque & Islamic Centre di Nathan Road (macam Zino kata tu).. ramai betol Indonesians.. everywhere in the world.. menyemarakkan suasana ukhuwah & Islamiah.. Hotel kami dekat area ni jugak, night market pun area ni, Restoran halal pun banyak kat sini.. mainly serve Indian & Pakistan food la.. sedap jugak..

Belakang Masjid Kowloon, setiap Ahad 2.30-5.00pm, ada Kung Fu Show.. Tu dia.. artis Kung Fu pon ada...

Flight delay.. so kami berkeliaran la dalam airport tu..

Delay lebih 2 jam ni, dapat tak RM200 sorang macam di-warwar kan dalam akhbar2 seantero Malaysia ni..??? Bak balik duit kami..!!!! Tapi OK jugak la service depa ni, cuma muka2 cabin crew tu tawar sikit.. hubby kata macam ''Catwoman''... macam garang sikit, he he.. Nyesal lak dah order dinner online masa book flight, sebab naik flight mata dah takleh bukak. Depa ada buat announcement tapi semua dah berdengkur. Apa taknya, dah dekat 12 midnight... halal je la kat korang..