Tuesday, September 19, 2023

THROWBACK TRIP BULAN 8 : HO CHI MINH CITY

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga semua sihat ceria sentiasa. Nak buat part 1, part 2 tapi takut tangguh je. So roll terus lah satu post. Kak Gee, yang saya kenal since ikut hubby kerja di Vietnam 1997 dulu, ajak ke Vietnam. Dia nampak FB story throwback trip bulan Mac hari tu. Kita jadi tour guide la kali ni. Cikyah travel buddy pun nak ikut, komplen backpack beli di Vietnam banyak dah kena rembat haha. Cuti semester anak solehah, bawak dia sekali. Rindu jugak Vietnam, 1997-2007 di sana, tapi 2000-2001, 9 bulan di Seoul.


Subhanallah. Ni lah antara nya sebab suka naik flight. Tak tidur pun takpe, tenung renung ciptaan Ilahi ni. Cantik sangat2 kan. Alhamdulillah cuaca cantik di atas sana.


Sampai HCMC (Ho Chi Minh City), hujan tapi tak lebat. Dari airport ke bandar memang wajib lah lalu Masjid di Phu Nhuan ni. Ramai umat Islam Cham duduk di belakang masjid ni, antara nya Zaitun. Nanny kawan2 saya. Baik sangat, sampai sekarang kami masih berkawan.


View dari dalam lobi hotel. Hotel Sazi di Nguyen An Ninh Street. 100-200m dari Pasar Ben Thanh. Nak dekat Ben Thanh, cari lah hotel di Nguyen An Ninh Street ni. Sepanjang jalan ni, memang banyak kedai makan Halal & kedai jual telekung, kain, tudung dll. Mari mari. 


Book bilik untuk berempat terus. Dalam RM100 seorang untuk 2 malam. 2 queen bed. Ada ruang untuk solat ok lah. Bilik untuk tidur je kan, janji selesa dan bersih. Nak book hotel, cari review bagus. Selalu saya pilih review 7+. Kalau 2 bilik asing2 nanti tak boleh membawang pulak kan haha. Anak solehah ni ok, tak de hal nya sebab kawan2 mummy dia, semua boleh jadi  kawan2 dia jugak. 


Letak bag, solat dulu terus keluar. Perut dah kenyang. Flight Air Asia 11.50am so kami dah order food awal2. Ya lah kan time lunch tu, mesti lapar. Keluar pintu hotel, toleh kiri dah pasar Ben Thanh. Tu yang ramai beratur tu, tempat tukar duit.


Ni lah Nguyen An Ninh Street. Lengang sikit siang hari, tengok la malam nanti memang meriah. Kedai massage pun ada.


Memang fresh bunga dia.


Wajib cari favorite drink dulu. Air Kelapa, Kelapa + Lime, Air Pegaga (fav saya) & strawberry smoothie anak solehah.


Antara souvenir dijual.


Ni main objective kami. Cari bag. Daypack, bagpack, segala jenis bag ada. Wajib bargain ya. Ada yang original tapi reject/defect, ada yang copy. Tengok2 lah. Kami geng hantu bag jenis ni. Haha. Less than RM50 bag yang brand dalam foto ni, memang excited lah. Yang dah beli dulu2, tahan bertahun2. Beg sekolah anak2 dulu, angkut buku berat2, Alhamdulillah tahan lama.


Jajan2 impian. Juga kacang2. Ni kiriman hubby. Kami memang suka kacang2 dari HCMC sebab memang suka. Rasa lain dari tempat lain. Slightly murah. 


Memang gila jugak tengok semua ni tapi umur makin muda ni, dah kurang membeli souvenir untuk decor dll. Mata memang memerhati tapi hati paksa kaki jalan laju2.


Ni pun sama. Dah banyak beli dulu.


Jade sini memang bagus quality kalau pandai cari. Anak solehah dapat rantai & loket jade masa baby dulu. Dia kan made in Vietnam but born in Kuantan. Haha.


Adoi laa, antara yang menggetarkan jiwa. Tapi sebab hubby tak ikut, tak kuasa nak angkut. 


Keluar dari Pasar, hari dah malam haha. Dulu Ben Thanh tutup awal, 5-6pm dan tutup. Sekarang tutup lewat sikit 7-8pm atas sebab pelancungan, juga nak cover masa COVID dulu.


Halal ni sebab pulut dan Santan je. Tapi perut lapar nasi.


Kami ke Kedai Hajjah Basiroh. Dia Qariah wakil Vietnam dulu masa pertandingan tilawah Al Quran peringkat antara bangsa. Alhamdulillah Ustazah ingat kami lagi. Ustazah ajar anak2 Kak Gee mengaji dulu. Kedai ni opposite hotel je.


Perut kenyang terus laju kaki ke kedai. Haha Kak Gee dah macam toke. Tak mau beli tapi last2 macam tak cukup duit. Haha konon tak nak menyopping. Pernah kena dulu, bawak duit tak banyak last2 menyesal haha. Barang murah. HCMC ni tempat shopping saya. Shopping bagpack, kacang2, telekung, yang utama. Negara lain, jalan2 tengok bumi Ilahi. Siap shopping, pergi kedai massage. Depan hotel jugak. Siap lipat chiropractic pun ada. Diorang pandai urut, macam di Thailand jugak. Balik hotel lena tidur lepas mandi.


Isnin pagi plan nak ke Saigon Square. Pose la satu. Friendly polisnya. 


Saigon Square buka 10am. Hari masih awal so kami jalan2 dulu. 


Nun di sana patut ada statue kuda tapi diorang alihkan dulu untuk pembinaan underground train.


Nguyen Hue Street. 


Woww dah ada Takashimaya.


Fahasa bookshop. Tempat kami lepak la dulu cari buku dll.


Susah kadang nak suruh pose elok2. Ada je memek muka dia haha.



Baru bangunan ni, dulu tak ada.


Nguyen Hue ni antara jalan sesak. Jalan yang connect jalan2 di bandar terus ke jalan tepi sungai.


Bangunan Sun Wah Tower, tempat tunggu shuttle nak balik rumah di Phu My Hung dulu. Kami tinggal jauh sikit sebab nak tempat tinggal yang besar sikit tapi murah. Apartment dalam bandar ni mahal. 


Bangunan nun di hujung sana tu adalah Ho Chi Minh City Hall atau Ho Chi Minh City People's Committee Head Office.


Saigon Opera House. Designed by French Architects. Dibuka pada 1/1/1900. Antara spot u tuk pengantin bergambar.


Bagus nya kalau berjalan kaki, macam2 tempat/kedai kita lalu. Masuk kedai painting ni antara hobi kami dulu. Tolak anak2 dalam stroller, jalan je selagi larat. 



Antara hotel yang lama di HCMC.


Langsung ke Masjid Dong Du. Masjid terbesar di dalam bandar. Masjid untuk Solat Jumaat & Sembahyang Raya. Gathering dengan yang duduk jauh ie Vung Tau dll.


Halal @ Saigon. Owner asal Dr Shimi, orang Malaysia. Dah dijual katanya. Betul2 depan masjid. Chef Wan pernah ke sini.


Posing sat. Sementara menunggu Saigon Square bukak 10am.


Ni la kedai roti kami dulu2. Sedap rotinya.


Jangan abaikan lorong2 ni. Macam2 ada didalamnya. Tapi tak masuk sebab nak ke Saigon Square.


Suka nya dia dapat masuk Fahasa.


Dulu tak ada cafe2 macam ni.


Nguyen Hue facing HCMC Hall.


Nguyen Hue Street facing sungai nun di sana. Tak cukup masa nak jalan sampai sungai.


Saigon Skydeck. Kami dah balik Malaysia 2007 dulu, baru dibina.



Tak sempat nak naik. Next time la Insya Allah.


Ham Nghi ni jalan kami beli barang dapur dulu2 sebab sini banyak product susu untuk anak2. 


Antara jalan2 penting buat kami dulu, cari susu, cari roti yang elok.


Sampai dah Saigon Square yang dirindu. Saigon Square ni, kedai2 banyak dari Saigon Tax. Saigon Tax pulak asalnya kedai dari Russian Market. Russians pun ramai di Vietnam dulu. Faktor ekonomi antaranya. 


Mencari duffel bag untuk anak soleh.


Sini, kami banyak cari winter clothes. Stock up. Haha, kalau tak mau jual je, ramai menunggu nak beli. 2 helai, brand yang tertera dapat RM200 tau. Serious murah weh. Design baru2 jugak tu. Wajib tawar menawar dengan sabar. Check tau baju2 yang nak beli tu. Mostly dibuat di Vietnam, tu sebab murah kot. Macam kemeja brand Polo, memang kilang di Vietnam dulu. Sebab manager dulu, Chinese guy dari Malaysia, suami kawan kami. Semua pakat pakai Polo la dulu. Harga ratus di Malaysia, sini puluh2 je.


Sessi pilih memilih. Asalnya Kak Gee yang nak beli untuk anaknya. End up dapat satu untuk anak soleh.


Anak solehah beli 3 tak sampai RM100. Tapi design lain2, color lain2, saiz lain2.


Siap di Saigon Square, jalan balik hotel. Hantar barang, solat & makan. Lapar sangat kot. Lupa snap foto makanan haha. Beribu2 steps, definitely lebih 5000 steps. Alhamdulillah Kak Gee ok. Katanya pelan2 bawak warga emas haha tapi dia steady memang fit. Alhamdulillah.


Petang jumpa kawan lama orang Malaysia, Irene. Jumpa di Ben Thanh la tempat sohor tu kan haha. Lama sungguh Irene duduk HCMC. Lebih 30 tahun. Suami kerja di HCMC. Memang kenal sejak 1997. 


Irene bawak kami cari kopi, ke kedai kawan nya. Antara wajib kena beli, kopi.


Sementara Kak Gee & Cikyah pergi manicure pedicure, kami pergi mengopi. Masuk kedai makan Halal yang lain alaaa lupa nama. Tapi masih di area hotel. Rupanya kedai wife Encik Adam. Kawan office suami dulu2.


Kami order minuman dengan Banh Mi (Roti Daging). Hilang mana entah foto roti. Anak solehah order EGG COFFEE. Memang ada telur. Sedap sangat kopi ni. 


Dinner order PHO BO. Mee Sup Daging yang yummehh tu. Yang sedap, sos kicap & cili tu. Lain dari yang lain. Tu trademark Pho Bo. Bukan sambal cili yang berminyak.


Malam tu Makcik Phatima datang. Makcik yang jaga anak soleh sejak dilahirkan, dan jaga anak solehah sejak dalam perut saya lagi. Bersalin balik Kuantan, bawak Makcik sekali. 


Miss Percy Baliquig Copioco. Cikgu anak solehah yang pertama masa di playschool di Saigon Star School. Dari Filipina. Dah berkahwin dengan orang Vietnam. Baik sangat. Masih berhubung di FB. Lulusan university, masih mengajar di Vietnam. 


Pagi Selasa, baru la dapat snap foto makanan. Nasi Goreng. Banh Mi/Sandwich Daging. Pho Ayam/Mee Sup Ayam.


Jalan2 sebelum ke airport pukul 12. Ehhh ehh membeli bag lagi. Sibuk dalam kedai memang lupa snap foto. Kedai bag tepi tu je. Penat membeli, duduk minum Air Kelapa yang memang sedap.


Buah di Vietnam ni memang manis2. Kat Malaysia pun sama.


Last masuk pasar. Beli kacang2.


Buah durian belanda sana memang manis.


Ok till we meet again. Zaitun datang hantar Kuih Bingka Ubi yang kami order 3 loyang haha. Macam kat Malaysia takde. Cikyah tu yang nak, so kami order 3 terus. Btw, Zaitun sekarang bercuti di USA 2 bulan di rumah mak sedara nya. Ramai Vietnamese yang diterima ke USA dulu selepas perang. Antaranya ramai saudara mara Zaitun.


Alhamdulillah flight kami pergi balik on time. Alhamdulillah cukup bag 20kg seorang walaupun ada yang beg beranak sikit2 hehe.


Sebelum flight di udara, lepas tu semua Lena.


Antara view yang akan dirindui.


Subhanallah cantiknya. 


Foto2 lama anak2 soleh solehah dengan Makcik Phatima & Zaitun. 




Gambar dengan mak pun ada.


Dengan arwah Kak Mai.


Moga Makcik Phatima sihat selalu.

35 comments:

  1. Saigon Skydeck tu dah macam menara rebung TM kat depan universiti malaya tu...

    arghhh rindunya nak pergi Ben Thant lagi... rindu nak sesat barat dalam tu sebab mabuk shopping masing2 hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tak ya mcm menara rebung kan. Pergi la lagi HCMC hehe

      Delete
    2. insya allah... tp bukan dlm masa terdekat je...mungkin sekadar transit je kot? ops! ;-)

      Delete
  2. Lin Vietnam singgah transit aja, tak explore betul semua, nanti nak jugalah trip ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti plan la pergi lagi, syok jugak situ hehe

      Delete
  3. MZ pernah pergi vietnam (sekali jer) and that was many2 years ago (siap ikut trip bersama artis cik ta tuuuu hehehe sbb MZ menang contest, so MZ pergi dgn my mom)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi la lagi hehe JJCM & shopping sikit

      Delete
  4. First time pergi sini 2012. Beli kain ela, tudung dengan telekong satu kodi..berat gila..tapi masa tu masih gagah lagi..hehehehehe..sampai KL satu pun tak tinggal kat kita..redho jer la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaaa camtu kena pergi lagi la beli utk sendiri pulak hehe

      Delete
  5. gila la tgk gambar. tak puas. anak dara awak tu dah makin tinggi beno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe pergi la Kak Yan, jgn tak pergi. Ya dah makin tinggi anak solehah tu.

      Delete
  6. W'salam,
    Alahai seronok tengok sis shopping di Saigon.. Banyak juga barang-barang menarik..
    Saya baca post ni pun seronok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saigon memang syok. JJCM, shopping makanan, telekung, bag, kain dll. Murah di sana.

      Delete
  7. Kita x pernah sampai lagi tapi bila baca entry ni dengan gambar2 yg cantik ni kan terasa diri dah sampai sana pulak..tq sharing..best2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti pergi la HCMC macam2 ada hehe. Thanks singgah sini.

      Delete
  8. Saigon skydeck tu sebijik menara TM kan?

    ReplyDelete
  9. Cantik-cantik gambarnya. terkesima tengok. Orang kata Vietnam ni syurga membeli-belah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, snap mana sempat je hehe. Murah2 jugak barang sana, tengok apa yg kita nak beli.

      Delete
  10. wah! Sedapnya bisa melancong ke Vietnam. Hmmm...kena kumpul duit nak ke sana nanti la nampaknya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. In syaa Allah nanti AK akan sampai vietnam nanti.

      Delete
  11. Bila baca terasa seperti saya turut serta dalam percutian tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, hehe ikut susunan foto dlm hp 😁

      Delete
  12. Saya belum pernah ke HCM. Nampaknya kalau nak ke sana, boleh rujuk info di entri ini.
    Barangan lain saya tak minat, tapi beg dan lukisan tu sangat menarik minat saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami memang borong beg kat Ho Chi Minh City hehe. Lukisan pun dulu mmg byk beli kat sana.

      Delete
  13. Baca ini rinduuuuuu sangat hcmc 😍❤️❤️. Terakhir kesana 2010 akhir. Dah lama sangat. Berubah banyak pun hcmc dr yang trakhir saya ingat.😅

    Memang lah kak, kalau ke Vietnam tuh, kalap belanja kita dibuat. Barang2 muraaah 😍😍. Belanja bag, souvnirs dan lainnya, saya sampai beli koper baru 😅. Makanya teringin pula nak kesana lagi . Walopun sekarang saya juga tak banyak belanja kalo traveling, karena terkadang ingat maksimum bagasi 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Fanny, kawan saya pun beli bag baru sbb terlebih barang dibeli. Banyak yang murah2. Kalau free nanti pergi lah lagi 😁 memang seronok kami ke sana.

      Delete
  14. Seronoknya, mesti rasa macam balik kampung sebab pernah tinggal di Vietnam dulu kan hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang seronok. Bawak anak solehah jumpa makcik yg jaga dia & cikgu playschool dulu.

      Delete
  15. ho chi minh kalau tak ke ben ten market mmg tak sah kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajib pergi, rugi laaa kalau tak masuk 😁😁

      Delete
  16. Ha pos ni la sedikit sebanyak membantu saya plan ke HCMC 2 minggu lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah nanti boleh pergi jauh2 lagi

      Delete
  17. Saya terpikat dengan winter clothes & kacang-kacang.

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com