Tuesday, May 14, 2024

SANA SINI CERITA CERITI



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

FROM THE RIVER TO THE SEA, 
PALESTINE WILL BE FREE. 

Banyak je cerita tapi tak ada masa. 

Ahad, 5/5. 
GIGGLES & GEEKS, CYBERJAYA 

Hubby dan anak soleh dah balik Kuantan/Kerteh petang Sabtu 4/5. Tertinggal seorang sebab kerja repair bilik air anak soleh di rumah 


Dengan M, kawan dari tadika, sekolah rendah + menengah juga dengan F, kawan sekolah menengah. Bila sorang2 di Pjaya memang akan call diorang berdua ni sebab dalam radar yang boleh lepak sama2. Dia yang ajak ke GIGGLES & GEEKS ni. 


M order, semua sedap. Alhamdulillah order tak banyak, portion besar,


Sweet Potato Fries sedap sangat sebab sos dia sedap.


Isnin, 6/5 
Bermula la episod menunggu kerja repair dalam rumah kami. Setompok di siling ber-diameter lebih 2 kaki. Kesan air pada siling ni dah berbulan2. Sudah sampai masa kena repair. Sebelum makin teruk.


Tapi kontraktor lagi risau yang ni, siling boleh jatuh anytime.


Tong roro dah check in.


Gulung dan cover mana boleh. Siap nanti kita ke kedai dobi basuh cadar semua tu. Pejam sebelah mata je lah, jangan dipikir sangat, nanti stress. Rabbi yassir walaa tu assir.


Satu bilik air tingkat atas kena hack lantai nya. Bocor ke tingkat bawah. Alhamdulillah dah jumpa punca bocor. Kerja 2 hari jadi 2 minggu. 


Paip2 yang kena ditengok betul2 supaya tak bocor lagi. Na-uu zubillaahi minnzaalik. 


Selasa
Bila kontraktor siap kerja awal, kita roger2 kawan dekat2. Vroommm ke IOI Mall untuk lunch dengan Ms J, kawan baik dari Ho Chi Minh City dulu, Alhamdulillah dia duduk Cbjaya je. Senang jumpa. Food sampai lupa snap foto. Foto dengan menu je. Mesti order TAHU TELUR kalau makan di INDOASLI IOI MALL ni.


Jumaat
Break solat Jumaat vroomm ke Hospital Serdang. Visit Anie, suami masih dalam wad. Sebelum ni kami visit Anie di Melaka. Alhamdulillah jumpa geng minyak angin Kerteh yang lain jugak. Hehe, love them.


Kemudian vroomm ke Subang. Tak lapar sangat so order yang macam ni je.,


Coffee, must..!!


Ukhuwah since 2011 dulu, anak2 sekolah rendah di Kerteh. Geng mak2 lepak di sekolah tapi tak kacau cikgu. Cikgu sayang kami. Kami pun kamcing dengan cikgu.


Ms Y baru balik dari Jepun, Ms M baru balik dari UK, thanks for the souvenir girls.


Sabtu
Subuh sepi'e ke Pjaya Sentral, naik KLIA TRANSIT terus ke KLIA T1. 


Lepas 15 minit makin ramai.


Ada yang kerja, ada yang melancung. Alhamdulillah sampai Kuantan dengan selamat. 


Sampai rumah, tukar baju. Terus ke OPEN HOUSE yang dianjurkan pejabat hubby. Alhamdulillah dapat jumpa geng ngopi. Punya lama tak jumpa, F dan CP. Bermesej saja di socmed.


Kemudian vroomm ke kenduri kawin pula. Anak kawan baik hubby, kawan dari tadika dan sekolah di Kemaman dulu. Ni foto isteri2 mithali hubby dan kawan2 baiknya. Kami sambung ukhuwah bila dah kenal. 


Ahad
 Pagi, Mak datang rumah, dengan only brother yang balik tengok mak. Bawak Nasi Kerabu, Nasi Dagang dan kuih muih, makan2 MOTHER'S DAY kononnya. Hubby tak ada, masuk laut awal pagi lepas Subuh. Macam biasa cari ikan. 

Snap lah, CABIN SIZED BAG. Bukan saiz dulu. Sekarang kecil sikit.


Petang Ahad ke airport KUANTAN. Flight 7.55pm. Delay satu jam sebab KLIA hujan lebat sangat, flight tak boleh berlepas. Alhamdulillah smooth flight. Return ticket bayar RM103 sebab guna points. 


CC bagi 5-6 peket, sedap dia lain macam. Legend hehe.


Hari hari.
Tiap pagi check belakang dapur yang sekangkang kucing ni. Dah letak macam2. Cuka kayu, minyak tanah, ubat gegat, serai wangi.


Bangun pagi, ada juga setompok najis meow meow.


Kamu..!!!! Dah pasang ANTI CLIMB SPIKE ni tapi badan dia sangat kebal, sebab lemak tebal. Seposen je dia panjat. Tak berkesan langsung.


Gigih hubby pasang. Kena fikir plan lain.


Isnin
Pagi semalam, Alhamdulillah meet and greet (biar la bukan celebrity etc) 2 jiran yang belum kenal di Pjaya ni. Yang sorang tu dah kenal lama sikit. Moga ukhuwah berkekalan. 

Seperti mana yang disebut dalam Surah An-Nisa' ayat 36..... Maksudnya: 

Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.


Selasa
Alhamdulillah Cik A datang rumah, temankan kawan baik dia ni sensorang tunggu rumah di repair. Hilang migraine bila kawan baik datang bawak nasi dan sup daging dll hehe. Alhamdulillah rezeki Cik A datang. Sahabat juga jiran yang pertama kenal ketika berpindah ke Kerteh January 2008, dari Ho Chi Minh City. Mula jumpa di sekolah anak2. Moga ukhuwah berkekalan. Aamiin.

42 comments:

  1. Semoga ukhuwah terus terjalin

    ReplyDelete
  2. Busy sungguh akak ye, vrooom sana vrooom sini ahak!
    Semoga dipermudahkan urusan repair works tu ye Akak 🤲 Stress bila rumah under reno or repair kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks PH, memang stress sikit. Ada kala ok jugak busy sekali sekala, takm a boring kat rumah sorang2 hehe.

      Delete
  3. Semoga dipermudahkan urusan...bab bocor nie.. Kdg stress nak cari punca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, hack sikit sebab tak nak hack semua. Last2 hack jugak satu bilik air.

      Delete
  4. Sweet potato fries tu.....lama tak makan....

    ReplyDelete
  5. seronok dapat berkumpul, makan2 dgn kawan2...geram je tengok si bulus..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang seronok sekali sekala. Si bulus tu nak kena tau, tinggalkan hasil di rumah kita.

      Delete
  6. Moga ukhuwah kekal sehingga ke akhir hayat dan moga rutin harian dipermudahkanNYA.

    ReplyDelete
  7. GIGGLES & GEEKS, CYBERJAYA ni slalu juga tgk kt feed...tringin nk try tp tula jauh sgt....bila kt umah ada nk kena repair smp kena hack tu..mmg kena bertabah...smoga dipermudahkan segalanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap dan cantik GG ni. Asalnya sikit jadi banyak hack nya hehe memang kena tambah sangat Alhamdulillah dah ok

      Delete
  8. Kerja2 repair hacking cam ni yg paing tak tahan... HABUK!

    ReplyDelete
  9. Rajin sungguh baking..nasib laaa jadi jiran di angin lalu, kalau betul dok sebelah rumah..setiap petang nak ajak mengeteh dear..i pandai buat cucur sayur je hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhh kita dekat je, roger2 je hehe. Glad to see you back.

      Delete
  10. Semoga dipermudahkan urusan baiki kebocoran paip dalam siling tu. 2 minggu kena tahan dgn habuk, huhu... Nampak sedap pulak makanan di Giggles and Geeks, lain kali ke Cyberjaya nak try la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks, memang berhabuk tapi kontraktor ni bagus cuci lepas kerja. Nanti datang Cyberjaya try la GG tu.

      Delete
  11. pernah berlaku kebocoran paip bwh lantai tu. x dpt dikesan puncanya tu. last2 pasang btg paip di atas dinding n lantai bilik air agar mudah dikesan kat mana bocornya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kontraktor pun ada suggest kalau tak nak hack tapi tak lawa kata suami dan ada juga cons nya, entah la kita ikut kata boss je.

      Delete
  12. lama juga ya dia nak baiki bocor tu...

    wahhh best nyaaa ada kawan dari tadika gituuu dpt borak lama2 mkn sedap sama2 ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 hari jadi 2 minggu. Alhamdulillah ukhuwah kami sampai kini.

      Delete
  13. haaaa pak itam buat apa tuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari spot untuk melepas....!! Gerraammm

      Delete
  14. Semoga urusan baiki kebocoran tu berjalan lancar. Geram tengok portion food yang mula2 tu… portion besar, nampak tempting sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin dan thanks. Patut pun kawan kata jgn order banyak, rupanya portion besar.

      Delete
  15. Panjang juga ceritanya tetapi cukup menarik...terutama cerita tentang siling rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tak ada masa nak update tiap hari. Kita letak sepanjang nya cerita.

      Delete
  16. saya juga pernah mengalami kendala yang sama
    berhubungan dengan atap rumah yang rembes

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rata2 rumah memang akan ada masalah atap rumah begini kan.

      Delete
  17. wah aktviti penuh tu...seronok tgk bonding dgn kawan-kawan, lepak ngopi dan santai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala Alhamdulillah memang seronok

      Delete
  18. Uish bercinta nak bersihkan habuk lepas kerja renovasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hhmmm yeehh ummpphh haha mesti nya kena cuci

      Delete
  19. Padaaat schedule yaaa kak Mulan 😄. Sampai repair ceiling bilik air pula. Tapi memang kalo dah bocor harus tau sumbernya lah, biar bisa diperbaiki secara total kan. Apalagi kalo dah bikin noda2 di ceiling.

    Giggles and geeks itu menarik laaaah 😍😍😍. Penasaran dengan rasa sweet potato dia 😍. Harap2 june saya sempat ke sini juga. Banyak sangat restoran yg saya nak coba di KL dan sekitar padahal hanya 3 malam 🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ditangguh beberapa bulan, takut lagi merebak dan teruk. Maka terpaksa di repair juga.

      Ya Fanny memang menarik Dan sedap makanan di GG ini. Ohh bila Fanny datang KL nanti?

      Delete
  20. Semoga dipermudahkan urusan baiki kebocoran tu berjalan lancar, SA pun nak buat major renovation tahun 2026 nanti..sedang menunggu modalnya...ada la simpan sikit2...nak repair elektric DB rumah dulu...letih dah kalau hujan je xde letrik tingkat atas tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa Allah & thanks SA. Moga dipermudah kan semua urusan SA nanti Insyaa Allah.

      Delete
  21. renovation mcm ni paling tak suka adalah habukkk huwaaa T__T

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com