Wednesday, June 26, 2024

INDONESIA #5 DAN #6 - PELABUHANRATU KE JAKARTA. TILL NEXT TIME.

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

FROM THE RIVER TO THE SEA, 
PALESTINE WILL BE FREE. 

Isnin #5. Cuaca mendung dan sejuk.


Lepas Subuh bila agak terang, Ibu Tini ajak jalan2 tepi Pantai. Sejuk, katanya sebab Australia musim sejuk, maka angin sejuk itu dapat dirasai di kawasan Pelabuhanratu jugak.


Kedudukan Pelabuhanratu dari Jakarta.


Banyak rumah umpama terbiar. Kata mereka, musim COVID memang banyak mempengaruhi kesan ekonomi masing2.


Kuat angin dan ombak.


Sambil berjalan di Pantai pun, banyak hal yang Ibu Tini harus selesaikan sebelum balik ke Jakarta. One tough lady. Salute betul.


Moga dipermudah kan semua urusan Ibu Tini. Cekal dan tabah betul orangnya.


Cantik pokok2 di halaman nya.


Breakfast kami. Leftover dari semalamnya sebab banyak sangat food. Reheat je apa yang ada. Goreng Pisang tu memang sedap. Telur Dadar tu lupa hidangkan semalam haha so jadi lah untuk sarapan pagi. Ok je semua. Mangga tu super manis. 


Haaa part ni memang lucu. Segala nya nak angkut bawa balik Jakarta. Pisang Tanduk memang mahal di Jakarta.


Ibu Hanny punya.


Sambil2 pandang keliling sebelum balik ke Jakarta, berkenan betul outdoor sink ni. 


Selagi muat. Hehe. 


Jumpa lagi Bu De. Terima kasih untuk semuanya. Bu De dan suami, yang jaga rumah Ibu Tini ni. Suami nya juga ketua kerja pembinaan masjid Ibu Tini. 


Jalan pulang memang berbukit.


Pernah diadakan pertandingan WATER RAFTING peringkat antarabangsa di sini rasanya, nampak signboard.


Laju betul Pak Min drive, tak sempat nak snap foto jeram.


Antara masjid kecil di sepanjang jalan.


Sarat penuh kereta ni hehe. 


Sempat stop beli tahu goreng ni, sedap kunyah2 dalam kereta. Cili kecik ya ampun bukan lah saya yang makan.



Lawa pulak kebaya nya. Nampak dari luar.


Another lunch gathering di sini. Angkut juga se plastik Pisang Tanduk. Untuk Bu Juli.


Yumm yumm.



Sedap lauk pauk.



Saya punya. Semua sedap Alhamdulillah.


Sedap. Macam tepung pelita tapi lain sikit je.


Kami, yang lama kenal dan baru kenal. Ibu Indah yang di depan saya, bertudung biru gelap sikit, jiran di Ho Chi Minh City dulu2. Dah bercucu. Awet muda betul. 3 di depan kenalan lama, 3 di belakang kenalan baru. Semua nya baik2 dan friendly sangat. 


Senang kedai makan ni, seberang jalan ada surau.


Siap makan semua ke rumah Ibu Tini. Makan mangga sambil borak2. Mangga ni dinner kami sebab kenyang yang amat sangat. 


Seronok dengar semua berborak. Macam2 cerita. Kadang diorang tanya, faham nggak. Saya angguk dan geleng, haha semua gelak. 


Bila masing2 lama tak jumpa, memang tak habis cerita. Sebelum Maghrib, semua balik. Tinggal lah saya, Mbak Siska dan anak saudara nya Nita di rumah Ibu Tini. 


Selasa #6. Breakfast alas perut kami. Manis semuanya Alhamdulillah.


Cantik pokok liar di tembok rumah Ibu Tini ni. Pack semua barang masuk kereta. Petang nak balik Malaysia dah.


Antara monumen di Jakarta.



Kami breakfast di sini. MIE AYAM.


BUBUR AYAM. Sedap. 


MIE AYAM BAKSO


Memang sedap.


Ini kedai nya. Siap makan, tunggu GRABCAR untuk Nita, anak saudara Mbak Siska. Flight ke Batam nya, pukul 1pm.


Kemudian ke THAMRIN CITY. Mbak Siska nak shopping sebelum balik ke Jawa Timur, lupa di mana.


Kita ikut je.


Wahhh macam best ni.




Akhirnya sambar jugak sikit2 untuk adik2 dan ipar duai. Kena pulak beli beg tapi kecik je, macam beg borong tu. Naik MAS memang ada luggage free. Yang tambah ni tak sampai 10kg pun, total dengan 7kg cabin bag tu, semua 11kg. Alhamdulillah sekali dengan souvenir dari FANNY dan IBU TINI.


Dari THAMRIN CITY kami ke hotel Ibu Yayah. Sebab lagi mudah perjalanan ke airport, dari rumah Ibu Tini. 


Makan lagi. Ibu Yayah tapau dari PASAR MAYESTIK.


NASI KUNING. Yumm.


SATE PADANG. Sedap. Alhamdulillah. 

Berakhirlah gathering kami, walaupun berat hati nak balik. Alhamdulillah untuk semuanya. Moga diizinkan lagi. Punya lah macam2 pesanan terakhir dll, lupa semua untuk snap foto...!!!


Langit Jakarta ke airport.


SOEKARNO HATTA INTERNATIONAL AIRPORT 


Alhamdulillah smooth wrap bag dengan plastik di airport & drop bag kecik tu.


Lengang. Selasa kot.


Woww ada READING CORNER.


Bye bye JAKARTA. Jumpa lagi Insyaa Allah.


Dalam pada tak membeli.  Sambar jugak sikit2. Semua beli di airport, Alhamdulillah reasonable harganya. Untuk sendiri dan adik2 + closest ipar duai. Smoked Fish tu serious sedap. Sebab tak nak susahkan Ibu Tini untuk ke kedai cari jajan semua ni. Supermarket dalam THAMRIN CITY tu dah tutup rupanya. It's ok. Dah tau di airport ada jual. 

26 comments:

  1. Masyallah..semoga ukhwah terus terjalin...best betul rumah tepi pantai kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa Allah & Alhamdulillah, memang best rumah tepi pantai.

      Delete
  2. Alhamdulillah..seronok bila ada sahabat di negara orang kan kak..semoga ukhwah terus terjalin...rindu Jakarta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa Allah & Alhamdulillah memang seronok bersahabat dengan diorang. Nanti pergi la bercuti ke Jakarta lagi ya SA.

      Delete
  3. Salam kak.... baru berkesempatan komen kat sini hehe.. tauhu goreng tu mmg antara wajib beli buat kudap2 hehe soping kat thamrin so far paling best haha rasa nak repeat soping je lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam hehe tahu goreng tu memang sedap kan merata dijual. Tu lah memang nak kena repeat Jakarta ni, shopping trip pulak haha.

      Delete
  4. Subhanallah! Indah sungguh pemandangan di tepi pantai. Hempasan ombak yang menyentuh pasir yang mulus tak berjejak itu nampak sungguh mengasyikkan! Lagilah waktu pagi sebelum pancaran panas matahari. Puas rasanya menikmati segarnya angin pantai.
    Tauhu goreng dengan cili padi itu pernah saya rasa dalam perjalanan naik bas pariwisata dari Bandung menuju ke Jogjakarta. Berani makan sebiji cili sajalah... pedas!
    Geram kan kalau tengok segala jenis makanan di sana. Sudahlah pelbagai macam, cantik-cantik pula bungkusannya. Kalau tak dibeli, teringat-ingat pula apabila dah sampai rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik view tepi pantai tu kan. Dengan ombaknya. Sejuk pulak tu.
      Tahu tu saya makan camtu je Kak Amie sbb tak kuat pedas hehe.
      Betul tengok berjenis2 makanan tu memang rambang mata, cantik2 rasa nak beli semuanya.

      Delete
  5. Pasir pantai dia gelap kan?

    Tahu goreng tu makan cam tu je ke? Tak payah sos?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul pasir Pantai dia gelap.
      Ya tahu tu makan camtu atau gigit cili api, tak ada sos apa2.

      Delete
  6. Cantiknya gambar pantai tu dan pokok atas sekali tu spesis kaktus ke tu sebab nampak berduri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantai nya panjang memang cantik.
      Rasanya spesis cactus tu tak pernah jumpa yang macam tu.

      Delete
  7. Wahhh bestnya dapat berjalan negara orang. Baru follow sini. Selamat berkenalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal. Terima kasih singgah sini. Alhamdulillah diizinkan ke Jakarta.

      Delete
  8. Menarik catatan perjalanannya. Tak macam tourist sangat, macam orang tempatan sahaja. Teringin juga nak menjejakkan kaki ke Jakarta suatu masa nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, hehe jalan2 ikut kawan2 bawak. Insyaa Allah Faizal sampai sana nanti.

      Delete
  9. Seronoknya gathering dengan kawan-kawan dari negara lain. Nampak gitu santai sekali.
    Semoga ukhuwah terus berkekalan.
    Nampak pisang tanduk tu geram betul. Sedap digoreng tu 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa Allah moga ukhuwah selamanya.
      Alhamdulillah memang seronok sangat sebab lama tak jumpa.
      First time jugak tengok pisang tanduk camtu, tajam betul hujung nya.

      Delete
  10. Bila tengok gambar-gambar ni terasa macam berada di sana, lagi-lagi gambar ombak pantai tu..terasa sejuk sampai sini hehehe... sbb pagi cuaca sejuk2 sbb malam tadi hujan...kebaya tu cantik-cantik la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tq tq. Memang ralit jalan tepi pantai tengok ombak. Sejuk jugak time tu.
      Kebaya tu lawa, tapi tu lah tengok je dari luar.

      Delete
  11. Parece un genial viaje. Me dio ganas de la comida. Te mando un beso. Enamorada de las letras

    ReplyDelete
  12. saya tak pernah lagi sampai kat bumi indonesia...lps baca entries mulan, mcm teringin plak...tp saya tak de kwn mcm ibu tini tu hahahah cantik betul gmbr2 kat pantai tu...jatuh chenta!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa Allah MZ akan sampai sana nanti. Jom kita buat trip pergi Jakarta. Fanny pun ada sana kan. Pantai mostly memang semua cantik kan.

      Delete
  13. Tahu goreng itu namanya tahu Sumedang kak, memang biasa ada di pinggir jalan atau tempat" lain, makan pakai cabe rawit, soalnya rasanya sudah gurih apalagi kalau masih panas, sedaap🤤...semoga persaudaraan terus terjalin ya kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ya baru ingat namanya tahu sumedang. Memang sedap apa lagi kalau panas.
      Ya moga persaudaraan kekal abadi, Insyaa Allah

      Delete

Thank you for the comments. Thank you for dropping by.
Please email me for any inquiries -->> o-mulan@hotmail.com