Saturday, June 22, 2024

INDONESIA #3 - JAKARTA ke PELABUHANRATU



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

FROM THE RIVER TO THE SEA, 
PALESTINE WILL BE FREE. 

SABTU. Last day dengan Ibu Yayah. Ke PASAR SUBUH BLOK M lagi. Rambang mata lagi.


Seawal Subuh sepi'e kami keluar. Takut kuih habis.


Memang gelap lagi.



Bagus sini, ada lane untuk bas sahaja. 


This time Ibu Yayah nak beli bahan2 untuk masak BAKSO. Family dia nak datang ziarah sebab hujung minggu. Hari kerja kan susah nak berjumpa.


Uihhhh senang sangat ni, beli semua yang dah siap. Murah pulak tu. 


Hhmm gerammm.


Ibu Yayah memang suka KUIH NONA ni. Dibeli lagi.


Rambang mata kan.


Macam2 ada.


Tunggu Grab.


Siap makan, Ibu Yayah temankan ke rumah Ibu Tini. Kami semua kenal di Vietnam dulu. Anak2 sama kelas. Muslim tak ramai so memang cepat kenal, diorang pun baik dan friendly sangat2. 

Sebenarnya Ibu Tini tak tau Ibu Yayah ada di Jakarta. Ibu Yayah kata let's surprise Ibu  Tini. Puas jugak cari idea sebab Ibu Tini beria nak datang ambil saya di hotel Ibu Yayah haha.


Bila sampai, Ibu Tini tak perasan Ibu Yayah sebab dia bertudung. Lepas seketika baru lah tau. So kecoh lah suasana, kena marah jugak bertubi2 dengan Ibu Tini haha. Ibu Yayah kata kalau Ibu Tini tau awal, memang kami akan dipaksa tidur di rumah nya. Tapi Ibu Tini pun baru saja sampai sehari dari US, wedding dan graduation anak2 di sana. Tak nak lah kami susahkan dia.


Sessi membebel. Memang kami berdua kena lah berdas2 lah haha. Ibu Tini sangat baik orang nya, pemurah sangat. Anak2 nya di US study di sana, terus kerja. Yang sulung baru saja berkawin. Masuk rumah borak2 kejap, then Ibu Yayah kena balik. 


Dalam pukul 10 pagi dengan kereta Ibu Tini, kami gerak ke PELABUHANRATU. Memang Ibu Tini dah cakap kena pergi. Kami pergi ber 6. Dengan kawan2 Ibu Tini yang lain jugak. Meskipun baru kenal tapi semua baik2 dan friendly. Seronok. 


Sabtu. Maka macet lah sikit. Highway baru ditutup sebab ada jalan mendap sebelum Raya Puasa rasanya, so jauh lagi perjalanan nya. Tak apa. Trip ni memang ikut je mana orang bawak.


Ibu Hanny bawa KACANG BOGOR. Sedap. Kena buang kulit dulu. Direbus lama katanya.


Penuh kereta dengan makanan. Bak kata Ibu Tini, serupanya mobil perang haha. Segala nya nak dibawa makan dalam kereta. Kek tu saya beli di PASAR SUBUH BLOK M. Sedap.


Keropok ni memang sedap makan dalam kereta. Pak Min yang bawa kereta pun puas disuruh makan.


Terkejut tengok perkataan kiamat tu.


Tiba2 nampak masjid warna purple ni, terus snap. Ramai betul orang di perkarangannya. 


MASJID PERAHU SRI SOEWARTO

Gugel la jugak. Rupanya ada water park di dalam, ada tempat glamping, restoran jugak. Patut lah meriah. Baru dibina jugak masjid ni.


Ini foto dari IG Masjid Perahu Sukabumi. Cantik kan.


Perjalanan dari Jakarta ke Pelabuhanratu, jauhnya 135km.


Tag dari Caringin. 67km je tapi 2 jam 34 minit. Jauh, sebab jalan highway tak boleh guna, terpaksa guna jalan yang lain. Laluannya bukit bukau, macam ke Frasers Hill atau laluan lama Bentong ke KL. Ok je kami, borak makan lelap, seronok.


Pukul 1pm macam tu rasanya, Ibu Tini kata dah lapar. Stop di KEDAI NASI PADANG.



Macam2 lauk ada.



Alhamdulillah memang sedap. Terung berlada, ayam bakar berempah, sayur lemak. 


Perut kenyang, semua tak rasa nak stop beli jajan ole2 ni.





ALUN ALUN PALABUHANRATU

Umpama local town square. Banyak warung2 jual makanan dan tempat lepak2, riadah, main2 belon, basikal dll.


MASJID AGUNG PELABUHANRATU.

Stop untuk solat sebab takut terbabas ke sana sini tak sempat sampai rumah Ibu Tini sebelum Maghrib.


Singgah ladang lembu. Ibu Tini dan Ibu Hanny mencari lembu untuk korban tahun ni. Yang ni memang rare kan. Kemerahan warnanya. Siap ada tempat healing dalam pool untuk lembu2 ni.



Sessi menempah dan memilih lembu.


Seberangnya anak sungai kecil.


Cantik.


Sampai akhirnya ke rumah Ibu Tini di Pelabuhanratu. Besar tanah nya, dibeli pada tahun 1994. Murah sangat masa tu katanya sebab tiada yang berminat untuk beli tanah di kawasan tu dulu2.


Elok subur pokok2 dijaga.


Rumah Ibu Tini di Pelabuhanratu.


Alhamdulillah ada yang membantu untuk menjaga sebab Ibu Tini banyaknya di Jakarta.


Cuaca mendung namun suasana sangat best.


Mbak Siska dan Ibu Tini. Kedua nya tak jetlag langsung. Baru 2 hari tiba dari US.


Sabtu, weekend memang ramai pengunjung.


Air kelapa dari pokok2 yang ditanam dulu2 oleh Ibu Tini.


Simple rumah ni. Rumah percutian keluarganya. Ibu Tini memang selalu ajak saudara mara dan kawan2 ke rumah ni.


Yumm yumm. Early dinner. Semua sedap. Nama makanan tak tau, hehe.


Rendang Daging dan Lauk Cumi/Sotong. Juga tak tau nama. 


Tempe Goreng dan hhmm tak tau nama tapi ada udang kering. Semua sedap Alhamdulillah.


Ambik semua sikit2, tolak nasi. Ratah lauk2 je. Kenyang borak tidur. Share bilik dengan Ibu Hanny. Baru jumpa tapi macam kenal lama. Lena tidur malam tu.

29 comments:

  1. Ya Allah meriah kuih muih kat situ... Kalau tak jaga iman mau semua dibeli hahaha.. Kalau nak berjalan jauh mesti keluar seawal pagi sebelum matahari keluar.. kalau tak mmg mecek huhuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang meriah sangat2 kuih muih lauk pauk situ. Rasa nak beli semua.
      Betul keluar awal untuk avoid macet.

      Delete
  2. Bestnya Kak!
    Orang Indonesia sangat mengalu-alukan tetamu kan? Pernah ke Bandung buat event dulu, serba serbi dijaga dgn baik, temankan kita ke sana sini... Wonderful experience sampai skrg terkenang² kebaikan mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best Alhamdulillah kami pun lama tak jumpa.

      Delete
  3. cantik betul senibina masjid tu...peminat purple mesti dtg ke masjid ni once dah smpi indonesia😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik dan unik. Siap ada waterpark.

      Delete
  4. Wahh bestnyaaaaaa. Dilayan baik macam niii. Makanan pulak best2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best Alhamdulillah, lama kami tak jumpa

      Delete
  5. Saya pun ikut geram dengan kuih muih yang ada tu. Rasa nak beli semuaaa. Eh bagusnya lah dah siap semua bahan-bahan bakso tu. Tinggal beli dan masukkan je dalam supnya kan. Sangat memudahkan kerja masak bakso. Kejap je boleh siap. Wahh siap ada surprise lagi tu. Alhamdulillah silaturahim erat walaupun berada jauh. Bila dapat jumpa memang kecoh betul. Itu pasti. Unik pula tengok masjid tu. Patutlah ramai ada banyak tarikan di situ. Lembu pink tu sangat rare. Cantiknya rumah ibu Tini, elok dijaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang geram rambang mata tengok kuih muih tu.
      Senang kan bebola bakso dll siap dijual, balik masak sup je.
      Alhamdulillah untuk ukhuwah kami ni, walaupun jauh2.
      Memang unik masjid tu, ada waterpark tu.
      Lembu pink katanya banyak untuk majlis, mahal tu.
      Rumah Ibu Tini memang cantik, Alhamdulillah ada yg jaga.

      Delete
  6. Best betul dpt kwn2 yg baik gini.masjid pepel tu cantik sgt2.rumah percutian ibu tini pun niceeee.awesome laaaa🤩🤩🤩

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah utk ukhuwah kami.
      Masjid purple tu memang cantik unik.
      Rumah tu memang cantik, sana kan senang cari tukang.

      Delete
  7. Rindunya hendak jalan-jalan cari kuih-muih di sana. Pernah lama dulu sewaktu di Jakarta dan Bandung, kami kagum melihat kuih-muih comel cantik-cantik pelbagai jenis sewaktu sarapan pagi di hotel. Apalagi kalau pergi ke tempat jualannya... mesti tak cukup mata memandang, tak cukup tangan menjinjing kuih yang dibeli!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak Amie, geram sangat tengok kuih muih lauk pauk tu, rasa nak beli semua jenis.

      Delete
  8. enjoy ur holiday...insyallah kalau ada rezeki teringin nak pergi juga haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Insyaa Allah M3A akan sampai Jakarta nanti.

      Delete
  9. Kacang Bogor ni tak pernah jumpa kat sini... padahal banyak je makanan sana yg sampai sini...
    Uish! Uniknya masjid tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time jumpa kacang BOGOR, sedap.
      Memang unik masjid tu.

      Delete
  10. geramnya tengok kuih.lawa dan nampak cantik tersusun,bersih je. indonesia kalau hidang makanan memang cantik.suka tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang geram kan tengok kuih muih lauk pauk tu semua.
      Betul diorang bab presentation memang cantik.

      Delete
  11. waahhh rambang mata!

    ReplyDelete
  12. Lembu jenis apa tu ya? Unik pulak warnanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure jenis apa tapi memang unik dan rare kan.

      Delete
  13. Sebelum ni SA pi Jakarta tinggal di Pesona Guest House..ownernya pun sangat baik dan mengalu- alukan kedatangan SA..semua bend akalau boleh nak dijamunya...lembu tu macam jenis Albino je kak...rare tu...bestnya jadi ibu Tini...rumah ada, dusun ada, apatah lagi Masjid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang sana baik2 kan, hospitality bagus sangat.
      Lembu tu warna pink merah camtu, katanya ada disewa utk keraian. Mahal tu.
      Alhamdulillah memang impian Ibu Tini begitu. Usaha hampir 30 tahun.

      Delete
  14. Seronok tengok jalan-jalan dengan orang lokal. Nampak sangat mereka mengalu-alukan kedatangan Mulan dengan mengajak ke rumah percutian. Terus banyak tempat untuk dilalui bukan sekadar di Jakarta sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang seronok. Trip ni ikut je mana2 diorang bawak. Sebab lama tak jumpa. Sambil borak2 pasal anak2.

      Delete
  15. Awal2 liat mesjidnya, itu saya pikir mesjid Malaysia, Krn ada garis2 merah, cuma kurang warna biru 😅. Mengingatkan bendera Malaysia. Ternyata di dalam ada waterpark yaaa. Saya pun baru tahu mesjid ini . Dah lamaaaa sangat tak ke pelabuhan ratu.

    Ada banyak mitos dan legenda ttg pelabuhan ratu. Dipercaya ini tempat NYI Roro kidul berkuasa sebagai ratu pantai selatan. . Di sana menurut orang lokal juga dipercaya ada pintu ke dimensi lain.

    Bahkan ada hotel di depan pantai pelabuhan ratu, namanya Hotel Inna samudra, di sana ada 1 kamar yg khusus dikosongkan, Krn diyakini utk tempat NYI Roro kidul . Kamar nomor 308. Ini tak boleh dipakai siapapun. . Percaya tak percaya 😄. Namapun legenda 😁. Satu lagi, kalo ke pantai sana, dilarang pakai baju hijau 😁. Krn itu warna kesukaan Ratu. JD kebanyakan Orang2 yg tenggelam memakai baju itu. Dan banyak yg tak ketemu jasadnya. Saya yakin itu Krn laut di sana dalam dan berbahaya sangaattt. Wajar kalo jasad banyak tak kembali. Cuma kepercayaan mereka yakin kalo jasadnya berpindah ke alam ghaib tempat ratu berkuasa.

    ReplyDelete

Thank you for the comments. Thank you for dropping by.
Please email me for any inquiries ya -->> o-mulan@hotmail.com