Friday, November 17, 2023

6 HARI DI LUAR NEGERI, MERIAH CUTI.

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga sihat ceria gembira bahagia selamanya. 

Salam Jumaat penuh berkat. 


Alhamdulillah seronok ke luar negeri kali ni. Lama jugak 6 hari. Balik semalam baru rasa penat. Gerak Jumaat petang lepas hubby balik kerja. LPT buat masa ini, di kilometer 120 lebih, dua2 hala masih dalam kerja2 pembaikan. Bukan sehala je yang sesak. Cuti Deepavali kan. 

Jangan kita berhenti berdoa buat saudara2 di Palestine. Doa berterusan. Semua milik Allah.


Khamis petang anak soleh sampai. Kurang sihat. Jumaat pagi bawak keluar tulang daging korban. Masuk Noxxa HP45. Pes SUP SIAM tak ada. Gugel resepi sup kedai tomyam. Suka masak tapi tak suka masak yang complicated kata orang kampung kami. Yang tak renyah lah. Masuk semua dalam Noxxa, tulang, sup punjut 4, bawang besar potong besar2, bawang putih mayang, halia diketuk. Tekan HP45. Tunggu 5 minit, buka periuk dan masukkan carrot, sikit daun sup, garam gula, cuka (sebab tak ada limau nipis), sos ikan. Guna mode STIR FRY, masak sampai carrot empuk. Atau tutup periuk Noxxa, tekan HP5. Last baru tabur lagi daun sup & bawang goreng. Tambah la apa yang kurang. Alhamdulillah memang ada rasa2 sup tulang kedai tomyam.


Petang Jumaat lepas hubby balik kerja, load barang dalam kereta & drive ke KL. Memang banyak kereta especially dari arah KL, barat. Dari Kuantan, Waze arahkan kami keluar ikut Genting Sempah. Aikkk, dah gelap malam, hari hujan. Hubby kata LPT sesak tengok dalam Waze. Tawakal. Uihhh, jalan kecik, berlengkar2, hujan dan gelap. Tengok je lah map kat atas. 


First time kot lalu sini tapi mak kata masa dulu jalan ni memang antara jalan lama ke KL. Total 20km jalan macam ular kena palu ni. Alhamdulillah smooth. Selalu 2.5jam tapi malam tu, 5 jam lebih. Alhamdulillah. Kalau ikut LPT, tak sure berapa lama. Sampai KL ambil anak solehah di kolejnya. Lama dua beradik ni tak jumpa. 2 bulan camtu. Terus balik PJ. 


Sabtu pagi macam biasa dah kena kerah dengan hubby, brisk walk lepas Subuh. Jalan dari rumah ke kedai mamak untuk breakfast. Lepas tu jalan balik. Lepak kejap, kerahan tenaga basuh belakang rumah. Lama kena tinggal. 

Lunch kami keluar makan berempat. Celebrate birthday, father's day, anniversary bulan June hari tu + graduation anak soleh. Kumpul satu kali. Alhamdulillah delicious smoked bbq. Bahagian tu tak pasti, deme ni yang ngoder.


Datang dengan mashed potato & scrumptious coleslaw. Alhamdulillah.


Alhamdulillah mop ni bagus jugak. Kena racun dengan media sosial. Angkut bawa ke KL. Nampak tu air mop yang terasing bersih dan kotor.



Ahad lepas anak soleh balik naik bas, kami ke kenduri kawin anak kawan pergi Haji di Sg Merah. Ohhhmaaiii sedapnya lauk Alhamdulillah. Ada SAMBAL JAWA, ACAR KUNING MACAM BERKUAH LEMAK & MASAK LEMAK CENDAWAN HITAM. Tak sure masakan ni asal mana, JAWA ke tapi sedap sangat. Alhamdulillah.


Lepas Sg Merah, kami ke kenduri lain, anak sahabat Haji jugak. Alhamdulillah moga ukhuwah selamanya. Dari utàra, timur, selatan & barat Malaysia, datang meraikan. 


Isnin tak banyak buat apa, macam biasa brisk walk lepas Subuh terus breakfast. Keluar semula ke kedai dobi basuh baju. Ke Mydin cari barang dapur anak solehah, petang hantar dia balik ke kolej. Kami check in PNB/PERDANA di KL. Hubby ada meeting berdekatan.


Macam biasa lepas Subuh kena kerah brisk walk. Suka view pagi2 ni. Kebangsaan Malaysia.


Subhanallah.



Ohh BACHA COFFEE. Kita snap dari luar, pukul 7am belum buka. Sejarahnya bermula  dari tahun 1910, di Marrakech, Morocco. Sangat premium, mahal tapi pasti kualiti dan banyak lagi.


2 malam di PNB/Perdana. Selasa melepek dalam bilik hotel, penat, kurang sihat dan malas. Rindu anak2 soleh solehah. 


Rabu petang check in di Sunway Lagoon Hotel. Hubby ada program pada hari Khamis. Pack & unpack barang, penat jugak.


Khamis pagi lepas Subuh macam biasa. Menuju Sunway Pyramid Hotel. Tak ada park berdekatan. Keliling bangunan saja.


Waahh.


Lawa kan suasana Subuh.


Kenapa ada gajah depan Sunway Hotel ni? 2 ekor pulak tu.


Ikut saja lah. Baru lepas Sunway Medical Center.


Sampai ke Sunway University.


Laluan brisk walk. Alhamdulillah dapat 6,000 steps lebih jugak.


Ramai pelancung Timur Tengah suka ke hotel2 sini. Patut pun buffet breakfast ada makanan sana. Cukup la sepinggan ni. Semua sedap, rasa macam di Arab. Malas nak snap foto, gugel je nama menu semua tu. Alhamdulillah kenyang. Pastikan pinggan licin, jangan berlebihan. 


Anak solehah datang hotel kejap, kami ke IKEA. Dia belum breakfast.


Teman Mummy nak shopping konon lah. Alhamdulillah dapat rembat container ni RM3 satu. Ambil 10. Untuk letak barang dalam laci. Alhamdulillah damage tak sampai RM100 di IKEA. Hehe. Terus check out & ke kedai dobi berdekatan sebab ada masa. Malas bawak balik baju kotor. Sempat alter seluar dll ada kedai berdekatan. Alhamdulillah.


Siap program hubby, hantar anak solehah balik kolej. Kami pun teruskan journey balik negeri, balik Kuantan. Alhamdulillah smooth. Gilir2 drive & tidur macam biasa. 


Untuk saya.

36 comments:

  1. waaaa byk sungguh kisah dlm satu entry ;) bestnya u dpt stay hotel sambil teman ur hubby keje tu...kira staycation lah jugak tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya jugak umpams staycation :) ke sana sini tak sempat update kita compile semua hehe

      Delete
  2. eh eh beli mana mop tu? hahaha bole kena racun gak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah edit kat post nanti tengok ya or try link bawah ni :)

      https://shp.ee/cbj7eng

      Delete
  3. Padat aktiviti di KL ye. Mesti penat bila dah sampai rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul agak padat & seronok sangat. Balik rumah, pejam mata baru scan mana nak buat dulu haha

      Delete
  4. Solidarity For Palestine <3

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Balik rumah tergolek penat tapi memang best

      Delete
  6. Cantik Mafla...Palestin sangat sesuai untuk digunakan waktu pergi solat berjemaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mafla dari Turkiye dapat dari blogger buat giveaway dulu

      Delete
  7. Alhamdulillah. Meriah sepanjang perjalanan.
    Mafla tu menyentuh hati... semoga saudara seagama kita di sana terus kuat dan tabah menghadapi tekanan dari syaitonirrajim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang meriah. Aamiin moga saudara kita di sana terus tabah & dihentikan kekejaman.

      Delete
  8. Ingat luar negeri mana tadi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luar negeri Pahang kan luar negeri hehe

      Delete
  9. wahh dtg klcc makang2 jalang2 ., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lalu lepas Subuh je. Tak masuk KLCC pun kali ni.

      Delete
  10. Syok macam ni, sambil2 kerja masih boleh maintain rutin briskwalk. Dapat merasa makan arab kat hotel memang best, jarang2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tu la buffet breakfast ada makanan arab mmg best, first time ni. Brisk walk ni kena paksa jugak umur2 camni pastu makan mcm2 hehe

      Delete
  11. full. itu je nak cakap. hehehee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah also dapat bersama anak2 seronok tho balik terbungkang penat takpe hehe

      Delete
  12. Tadi pas baca judul, saya langsung mikirnya kakak ke luar negeri yang luar Malaysia 😄. Lalu saya baru ingat, kalo di sana luar negeri maksudnya masih dalam kota . Di sana pakai istilah luar negara kan ☺️. Kalk di sini travel overseas sebutnya luar negeri 😄

    Tapi seruuu baca nya.. saya bisa bayangkan tempat2, macam sunway. Dulu sering main ke sana karena teman2 saya banyak yg kuliah di sunway. Main ke themeparknya pun tak pernah bosan.

    Tapi belum pernah stay di hotel sunway tu. Pengen juga sesekali. Nantilah nak ajak anak, biar mereka pun happy main di waterpark dan themepark.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu pun kalau luar negeri maksud nya overseas tapi kini ramai menyebut luar negara tapi luar negeri masih diguna jugak hehe

      Ya nanti datang bawa anak2 boleh main di Sunway Lagoon Waterpark. Besar dan seronok tempatnya.

      Delete
  13. view lps subuh cantik ..rajin brisk walk...dpt jln2 sambil teman husband keje syok juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah. Memang suka tgk view lepas subuh. Alhamdulillah sambil2 keje dpt ke luar kawasan.

      Delete
  14. wahhh macam2 cerita dlm 1 entry
    nanti mai KL.lg roger2 laa
    sy bw g makan sate sedap😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat byk entry tak dan hehe so compile satu entry je. Wahh sate sedap ya ok In syaa Allah and Terima kasih

      Delete
  15. Syok giler macam ni...sekali boleh healing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sambil menyambil. Balik rumah tergolek penat.

      Delete
  16. bagus..setiap hari brisk walk, ada yg bagi semangat....dari KLCC ke Sunway, padat itinerary..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena semangat paksa bila ada peluang, duduk rumah pergerakan tak banyak mana hehe. Padat penat tapi seronok jumpa anak2.

      Delete
  17. Rajin dtg KL pun berjalan-jalan bris walk juga selepas subuh.. Btw cantik2 pemandangan lepas subuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena paksa rela haha, tapi yang best jugak sebab dapat tengok view cantik sunrise tu.

      Delete
  18. bagus brisk walk ni kan, ringan badan dan jadi aktif kita ni. sedap2 santapan mulan

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com