Sunday, June 30, 2024

FOOD FESTIVAL DI RUMAH & LUAR RUMAH


HAVOC FOOD FESTIVAL di TAR UMT KUANTAN.
Photo credit : FB I ❤️ Kuantan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

FROM THE RIVER TO THE SEA, 
PALESTINE WILL BE FREE. 


MIHUN SUP AYAM CAMPAK BUANG.
(Breakfast untuk hubby, nak cepat)

Celur mihun, nak cepat guna air panas.
Tumis garlic cincang. Kalau rajin campur bawang besar/merah cincang. Masuk ayam (mesti ada bahagian tulang), air, serai ketuk, sup bunjut, garam gula. Banyak mana, terpulang. Ni resepi campak buang. Sup jangan cair, baru best. Tabur daun sup/bawang & bawang goreng.

************************************************

Mula blogging dulu sewaktu masih di Vietnam. Pening fikir nak masak apa. Nak beli yang halal tak banyak, mahal berdentum pulak. Tahun2 terakhir memang boring sebab ramai kawan2 dah balik for good & transfer ke tempat lain. Bila hubby balik kerja, pinjam laptop. Gugel2 macam2. Terutamanya resepi dari blog CHEF HANIELIZA, MAT GEBU,  AZIE KITCHEN, AZLITA MASAM MANIS, DARI DAPUR MAKLANG dll. Juga baca kisah blogger2 lain, kemudian ada yang suggest start blog sendiri. Sipu2 malu. So slow2 lahirlah blog ni. 

Best part dengan blog ni, bila tak ada idea, Alhamdulillah boleh refer dan bagi idea nak masak apa bila buntu. So kita continue lagi bila mood baik haha. Post dan simpan untuk ref. 


Hubby dah start masuk laut. Kepala ikan masih ada few dalam freezer. Kena masak cepat, sarat peti nanti. 

Tumis rempah campur, daun kari & tomato buah.


Masukkan garlic dan bawang besar mayang.


Masukkan rempah kari ikan dan air. Tumis hingga peach minyak. Ulang 3 kali proses ni. Ada kawan ajar.


Masuk kepala ikan dan air. Garam gula ikut suka. Kari ni tak ada santan. Makan dengan prata frozen. Breakfast hubby. Satu rumah bau kari aiihh.


Lama tak buat KIMCHI. Kaya dengan probiotic kata nya.


Antara bahan2 untuk buat KIMCHI.


1/2 kobis panjang, potong 1"x1" @ ikut suka & basuh
4 sudu besar garam
Rendam dengan air sama paras kobis, tindihkan dengan piring, cara saya.
Rendam 3-4 jam.
Basuh dan perah dengan air 3 kali

1 carrot, hiris halus
Segenggam daun kucai, hiris 1"

Bahan kisar:
1 bawang besar
8 bawang kecil
1 epal merah
2 sudu besar cili powder
Kicap ikan, secukup rasa
Garam & Gula, secukup rasa 
1/2 cawan air, atau secukup nya macam dalam foto
Texture dia bukan cair, ngam2 sama paras sayur kimchi

Perah kobis, untuk buangkan air. Gaulkan semua. Tambah apa perlu, ikut citarasa masing2. Letak dalam bekas dan tutup, simpan dalam fridge. 


GOCHUJANG SOUP

6 garlic cincang, tumis
1 cawan air atau secukup nya 
3 sudu besar pes GOCHUJANG
Tahu lembut
Timun, hiris
Enoki mushroom 
Fish cake, hiris
Stok/kiub ikan bilis 
1/2 sudu kecil minyak bijan 
Garam Gula secukup rasa 

Tambah/kurang ikut citarasa


Dinner untuk hubby. Makan dengan Kimchi & Seaweed. Boleh makan dengan nasi jugak, semestinya.


TAHU BEGEDIL SEPARUH

Lebihan BEGEDIL, simpan dalam freezer. Bila malas, potong separuh, tahu bulat goreng tu, letak filling BEGEDIL. Celup dalam telur yang dipukul, bakar dalam air fryer je. 


MI KARI SARAPAN PAGI


1 bawang besar + 4 garlic, kisar 
2 sudu besar rempah kari ikan
Tumis semua di atas
Masukkan ayam potong kecil (tak ada)
Fish cake di hiris
Udang 
Santan secukup nya pekat ikut suka 
Stok/kiub ayam @ ikan bilis
Garam Gula secukup rasa 

Makan bersama mi kuning, sawit celur, telur rebus, tahu bulat goreng, daun sup & bawang goreng. 


Tulang lembu siap rebus dalam Noxxa HP50, buat 2 minggu sebelum ni. Letak dalam bekas2 kecil.  Simpan dalam freezer. Ceduk keluar lemak kuning2 yang sudah keras. 


Anak soleh balik Khamis malam. Nak masak MIHUN SUP TULANG untuk breakfas. Sebelum tidur, keluarkan frozen rebusan tulang. Pagi esoknya dah lembut. Panas kan, masukkan 2 sup punjut & sepeket PES SUP SIAM. Masukkan celery, potong kecil (sebab kehabisan daun sup). Boleh tambah garam dll secukup rasa.

Makan dengan mihun dll, hirisan salad & buah tomato. Foto tak sempat snap sebab lupa dan lapar.


Tinggal tulang dan sup punjut.


Ternampak crepe dalam IG baru ni. Teringat pulak breakfast, makan crepe dengan limau nipis dan gula di Lombok dulu. Sedapnya. Buat jugak pagi tu sekali menu MIHUN SUP TULANG. Crepe ni nipis lagi daripada lempeng. Saya guna 1 cawan tepung gandum, 1 telur dan 3/4 - 1 cawan air. Crepe ni memang nipis, macam kuih ketayap. Tapi nak tebal sikit pun tak apa, ikut suka.

Sekian lah food festival di rumah, hehe. 


Nampak iklan HAVOC FOOD FESTIVAL di TAR UMT KUANTAN. Anak soleh ada rumah, so lepas solat Jumaat ajak dia pergi. Beli untuk lunch berdua dan dinner bertiga. Belum ramai orang sebab hari kerja.


Antara nya. 








Beli sebekas yang campur2. Sedap.


Harga memang tak murah, tapi sebab diorang ni memang business nya ikut food festival macam ni. Baru faham jugak. Tapi kalau portion besar dan sedap, memang tak banyak soal sangat lah.


Yes..!! Beli di Taipei dulu. Antara street food yang halal di sana. Beli jugak 2 bekas. Sedap.


Ada topping chocolate, sedap.


Beli AMBUYAT. Alhamdulillah dapat jugak akhirnya. 


Beli jugak BIRRIA RAMEN ni. Sedap.


KUNAFA AIWAHH. Serius lah queue panjang sungguh. Tak beli.


Petang Jumaat belum ramai. Malam dan weekend dengar nya ramai. 


So far, kira ok lah. Food yang jarang jumpa. Harga dan portion berpatutan. Yang kami beli semua sedap. Alhamdulillah.


AMBUYAT bila sampai rumah. Scoop dengan sudu sebab nak cepat. Sedap..!!


Foto credit : Berita Harian

Sepatutnya makan macam ni dengan chopstick. Alhamdulillah akhirnya dapat rasa AMBUYAT. Suka..!!!

Penuh makanan post kali ni. Thanks singgah sini..!!

24 comments:

  1. Meriah la food festival kat rumah.sedappp la home cooked meal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah especially bila anak soleh balik.

      Delete
  2. sedapnye sup tu kak.. walaupun campak buang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tulang kan sedap buat sup

      Delete
  3. wowww meriah sgt food festival di rumah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah makan2 kat rumah

      Delete
  4. wahhh...bestnya..meriah dgn makanan entry ni...gochujang soup..lama x makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah makan2 sekeluarga. Kami pun lama tak makan hehe

      Delete
  5. wow..meriah betul food festival kat dalam rumah tu..hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah hehe makan2 keluarga

      Delete
  6. Ya allah nmpk tempting nya sup gochujang..kimchiii amomo ini yg rs nak blk kg ni muahahaj... ubi lambung first time makan ms kt hatyai.. sedap gilerrrr!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sup gochujang memang sedap. Ohh kat Hatyai pun ada ubi lambung ya memang sedap

      Delete
  7. Ambuyat boleh guna sudu garfu juga...dalam bahasa kami...ambuyat guna dikenali sebagai linut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ya ke sebab tengok ramai makan dgn chopstick

      Delete
  8. Kari kepala ikan...! Itu feveret uncle & aunty tu! Ratah sampai licin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan korek2 mata pipi ikan tu

      Delete
  9. Wah, serba-serbi menu Kak Mulan boleh masak ye. Dari India sampai ke Korea 😄 menariknya food festival tu. Ambuyat tu kalau kat Sarawak kiteorg panggil linut. Makan dgn sambal belacan dan sayur midin pun sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ni masak apa yg biasa makan je. Ohh ya ke baru tau ambuyat ni makan dgn lauk sampingan. Sedap. Di Sarawak panggil linut ya.

      Delete
  10. tuuu diaaaa selera koreaaaa

    banyak stall kat situ yg x ada kat Bukit Jalil tempoh hari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buat kimchi dulu baru best masak menu Korea.
      Oh ya ke, stall2 best jugak tengok baru ni

      Delete
  11. best nyaaa pagi2 lagi dah pekena mi kari👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kalau bahan ada, senang je buat

      Delete

Thank you for the comments. Thank you for dropping by.
Please email me for any inquiries -->> o-mulan@hotmail.com