Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga sihat ceria gembira bahagia sentiasa.
Balik dari rumah mak tadi pukul 11am, rasa macam hypo. Check darah, 4.5. Apasal ehh, makan pagi tadi dah kenyang, dengan kopi susu pagi2 memang manis tadi. Patut lah terasa lapar. Buka freezer, terus lah mencari. Jumpa nasi minyak frozen kosong. Tak ada lauk. Alhamdulillah ada ACAR IKAN MASIN DAPUR CIKIN yang cute & kelakar tu. Baru beli di Shopee. LINK SINI.
Potong timun. Goreng telur mata. Apa lagi. Makan panas2. Hujan2 ni kan. Dekat 1/2 botol acar tu nak habis dah. Yumm.
Sedap sebab tak pedas & tak manis sangat. Just nice, kata orang Kuantan sini lah.
Berita di TV, moga dipermudahkan kerja2 polis dan tertangkap cepat pembunuh arwah adik Zayn. Sangat menyayat hati.
Siap je update blog ni, jengok2 blog lain. Nampak Firdaus anak Kak Amie minum Kopi Tarik Ais. Sedap nya. Tapi sini hujan. Perut pun asyik lapar. Maka, dan dan lah buat Kopi O panas cicah biskut. Buat manis2. Dan dan jugak tambah gambar ni.
SUMBER Facebook. Dari semalam dah start hujan tapi semalam, ada juga terang langitnya. Tapi hari ni, lebat dan lama hujan. Sekarang pukul 4, dah reda Alhamdulillah.
Pagi tadi. Siap basuh kain & tuala, angkut semua masuk kereta, nak ke kedai dobi untuk dikeringkan. Tapi pusing ke rumah mak dulu, visit time hujan2 ni, belikan MEE GORENG PUTIH & NASI DAGANG D'WAN favorite mak. Air longkang dah surut mak kata. Itu lah penanda aras air naik atau tak, untuk mak. 2 kali air naik, tahun 2013 & 2021. Air masuk rumah mak. Atas lutut, lenjun karpet, sofa dan tilam mak. Ajak balik rumah kami, memang mak tak nak. Alhamdulillah, tak ada yang serius.
Air dah bertakung kat rumput. Cuaca memang sejuk.
Di traffic light masa nak balik rumah, hujan memang lebat sangat pagi tadi. Pattern banjir yang agak2 macam sebelumnya, hujan lebat non stop 3 hari berturut2, sekali dengan air pasang besar, boleh mengakibatkan banjir. Na-u-zubillahi min zaalik.
PUDING ROTI GLUTEN FREE & KOPI TURKIYE. Beberapa hari lepas. Ada balance roti hari tu, potong kiub. Telur, susu, gula sikit, butter cair sikit, raisins, serbuk cinnamon. Agak2 je resepi ni. Bakar dalam air fryer. Bila tinggal berdua, baru la mula guna air fryer untuk buat dessert, adunan sikit2. Tak payah dah nak guna oven. Sebelum ni banyak guna goreng ayam, ikan, frozen food je.
Memang buat puding ni tawar, sebab nak makan dengan chocolate sauce. Ganache yang dibuat cair. Susu, chocolate coins & butter. Bila tak letak gula, boleh makan banyak2........kan, kan. Btw, piring & cawan ni milik arwah tok. Sessi pembahagian barang2 arwah tok dan tokki dulu, tiada yang berminat set yang tak cukup ni. So kami ambik lah.
Dah habis, teringat lah pulak. Hujan2 ni kan perut asyik lapar je. Tengok makanan pun menggeletar.
Dapat free gift, beli apa entah. Ok jugak sebab senang, instant je.
Take care and stay safe. Moga sentiasa dipermudahkan semua urusan dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Mood bercelaru. Asyik bertukar2 blog header baru. Hehe.
hujan non stop dari malam tadi ni kak harap2 Kuantan tak ada tmpt yang banjir
ReplyDeletesedap ye kak acar DakCikin tu nak cuba juga la
Betul Afzan harap tak ada tempat yang banjir teruk di Kuantan dan seluruh Malaysia. Try la acar tu sedap cukup rasa.
DeleteAa.. kat JB ni hujan lebat hari ni Mulan. Pehhh.. tak pnh makan nasi minyak ngan acar ikan masin, kalau acar buah tu selalu. Memang kenalah agaknya ya.
ReplyDeleteSemalam macam satu Malaysia hujan lebat kan. Sedap jugak makan nasi minyak dgn acar ikan masin tu hehe sbb ada jeruk buah jugak dalam tu
Deletenak try jg lah acar ikan masin..tgk dia masak dlm TT, nmpak mcm best...take care, dah masuk musim hujan...di sini pun petang2 kdg2 hujan lebat...Turkish kopi..teringat rasa pahitnya..
ReplyDeleteTry la sedap acar tu. Sekarang ni musim hujan dah kan, dari pantai timur tempias ke barat. Kopi Turkiye mmg pahit sikit tp sedap, kena lebih gula hehe
DeleteAda member dekat Tg Lumpur update gak keadaan di tmpt dia pagi tadi, air naik juga cuma tak teruk la. Hujan berterusan katanya... mudah-mudahan dipermudahkan segala urusannya 🤲
ReplyDeletePuding roti tu mengancam nampaknya 😋
Alhamdulillah hujan dah reda kat sini. Puding tu makan dengan sos chocolate memang sedap, favorite sangat2
DeleteSedapnya acar ikan masin. Petang tadi saya beli ikan masin. Baru berkira-kira hendak buat acar ikan masin nak jadikan buah tangan balik kampung lusa. Entah sempat buat entah tidak. Kalau tak sempat bungkus sajalah ika masin masuk kotak.
ReplyDeleteDi sini pun hujan lebat. Kalau buat kopi panas, memang semerbaklah aromanya disebabkan udara yang terkurung dalam rumah. Nikmat betul cecah biskut dengan kopi panas manis.
Memang sedap acar ikan masin, tp Kak Amie buat mesti lagi sedap. Lama kan nak masak acar ni. Kopi O cicah biskut memang ummpphh lah, apa lagi masa hujan
Deletekat kelantan pun my mom ckp hujan non stop hari ni...kat gombak ni, hujan jugak tp on off
ReplyDeleteTengok news kat Kelantan ada dah naik air, moga semua dilindungi Allah, dipermudah semua urusan. Moga banjir tak teruk
Deletedi Kelate selalu hujan lebat. Air bertakung atas jalan. Jika nak ke pekan terpaksa redah aje la. Hujan2 ni sedap duduk diam2 dlm umah je.
ReplyDeleteMoga tak banjir di Kelate, Pahang, Tganu, semua negeri di Malaysia ni. Hujan best jugak sebab sejuk j
DeleteAcar macam tu penting bulan puasa... Buat pemangkin waktur sahur! hehehe
ReplyDeleteBetul tu uncle tapi kena simpan utk emergency jugak haha
Deletekenapa laa sy nmpk puding ni masa tengah lapooooo
ReplyDeleteHehe sorry sorry... Buat la senang je. Campak2. Boleh kukus jugak
Deletekopi dgn biskut... mmg gila laa siapa tolak time hujan2 ni🤣🤣
ReplyDeleteCombi paling win kan time2 hujan 😍😍
Deletemakan-makan time hujan memang layan
ReplyDeleteSemua sedap2 walaupun biskut kering kan
Deletesedapnyaaa tengokkk. makan time hujan ii lagi best ni. sini, penang pun hujan lebat jugak and i like the vibes. <3
ReplyDeleteThanks. Now memang musim hujan kan. Time hujan sedap yang panas2 :)
DeleteBiskut 4 segi cicah kopi heaven la , nak pula time hujan2 ni
ReplyDeleteBetul sangat2 kannnnnn hehe
Deletenampak macam sedap acar tu, tambah lagi kena pulak dengan nasi macam tu. Adeh.. lapar perut dibuatnya.
ReplyDeleteBiskut tu makan dengan kopi o memang feveret.
Risau bila dah masuk hujung tahun ni. Berdebar-debar tiap kali hujan lebat sejak kes banjir besar melanda Selangor sebelum ni. Moga rutin kita semua dipermudahkanNYA.
Memang sedap makan dgn nasi panas. Bsikut dgn Kopi O mmg combi best kan. Doa moga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah tatkala musim hujan ni & dipermudahkan segala urusan.
DeleteSekali makan sampai setengah botol habis car ikan masin tu .. confirm sedap :D
ReplyDeleteUishh banjir nak sampai atas lutut.. Allahu seram sejuk dgr.. Biasa la org tua di kalau blh nk stay jer dlm rumah. insyllah moga tahun ni semua nya baik2 sahaja amin
Botol acar kecik je. Memang tinggi air masuk tahun tu. Tu la tak mau mak duduk dengan kita.
DeleteBaca dia buat puding roti gluten tu mcm main campak2 jer tapi hasil nya .. Nampak sedap sgt.. kalau kat kedai mau RM12.99 sepotong hahahah :D
ReplyDeleteBuat lah senang je hehe. Campak2 je la nak makan sendiri. Tak jadi pun kena makan haha.
Deletelama tk buat puding roti...kl 2 hari panas..bahang btul...ptg smlm ujan lebat alhamdulillah...tp aritu kt shah alam naik juga air
ReplyDeleteSenang puding ni, tapi tu la ikut mood jugak hehe. Bukan la rajin sangat. Hujan sekarang tak tentu kan. Moga tiada hujan yg memudharatkan.
Deleteaduyai sedapnya makanan dan lauk2 tu
ReplyDeleteBuat sendiri boleh adjust ikut rasa kita :)
DeleteSaya suka beli sambal tiap kali ke KL atau Penang 😄. Dah habis stok sambal skr. Biasa beli sambal nasi lemak.
ReplyDeleteMalaysia hujan trus? Terbalik lah dengan jakarta dan pulau Jawa. Kalo pulau sumatera yg saya dengar memang hujan. Tapi Pulau Jawa kering kerontang 😭. Panaaas nya ampuuun. November tuh sempat hujan, tapi hanya sebentar. Weekend kemarin saya kluar dengan hubby, temperature dj luar kalo lihat dari dashboard mobil saya, cecah 41 dercel 🤣😭. Pantes panasnya menyengat sangaaat. Nak pingsan.
Dah tak sabar lah ini berangkat ke Belarus awal Jan, nak mendinginkan tubuh 😄🤣
Waahh 41'C memang panas tu Fanny. Take care ya. Di Pantai Timur sekarang memang musim hujan/tengkujuh. Have fun di Belarus ya, nanti share foto2 nya.
DeleteNanti datang lagi ke Malaysia boleh beli sambal. 😍😍
Sedapnya mengopi cicah biskut musim sejuk ni. Teringin nak beli acar ikan masin umie ckin ni tapi tulah belum ada rezeki nak beli lagi. Selalu je sold out. kena berebut beli juga ni macam sambal KA agaknya.
ReplyDeleteKopi O cicah biskut memang sedap. Acar Umi tu memang sesuai dgn kami sebab tak pedas sangat.
DeleteAduhai yang campak- campak tu yang selalu SA buat x menjadi...nampak sedap..terliur SA
ReplyDeleteYang campak2 tu bila leftover tak banyak. Kalau tak jadi, makan sorang2 je kita improvise letak bahan sampingan bagi sedap haha.
DeleteAcar ikan masin dengan nasi panas2 ni memang sedap la.....
ReplyDelete