Tuesday, June 18, 2024

7-10 ZULHIJJAH YANG MANIS-MANIS, ALHAMDULILLAH

Taqabbalallahu minna waminkum. 
Salam Aidil Adha. Maaf Zahir Batin. 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

FROM THE RIVER TO THE SEA,
 PALESTINE WILL BE FREE. 

Skip dulu cerita trip JAKARTA.

Alhamdulillah. 10 Zulhijjah, Raya Aidil Adha kami berempat. Mak di KL dengan adik No3 & No4. Adik No2 beraya di Kota Baru. 


Jumaat anak2 soleh solehah sampai rumah. Lama tak buat CINNAMON ROLLS favorite semua. Doh uli dalam bread maker je.


Siap doh, roll guna roller ni, senang sangat Alhamdulillah. Beli dah lama tapi lupa wujudnya di dapur.


Siap roll doh, sapu softened butter, tabur brown sugar, cinnamon powder dan chocolate chips.


Gulung doh.


Ukur untuk dapat size yang berkenan. Guna benang untuk potong supaya cantik. Guna pisau pun boleh tapi kurang cantik.


Saya potong 9. Susun dalam loyang square. Tutup loyang dan biarkan cinnamon rolls tu naik.


Dah naik, satu jam. Boleh dibakar.


Cinnamon Rolls yang siap dibakar. Yumm yumm resepi ni memang sedap.

Klik di sini --->> RESEPI CINNAMON ROLLS 


Sabtu pagi Subuh sepi'e. Penat memang penat tapi kena buat jugak sekali sekala. 


Naik jugak. Heret kaki ni slow2. Kata2 pada semua signboard ni memang bagus.


Sikit je lagi.


Daddy dan anak solehah sampai dulu.


Nun di atas sana. Anak soleh teman mummy dia heret kaki. Haha. Tapi dah suruh jalan dulu sebab ramai orang so tak lah takut sangat.


Alhamdulillah completed setelah hampir 4 bulan tak naik. Dari sebelum Ramadhan.


Alhamdulillah akhirnya pihak majlis sediakan tong sampah bertutup sebegini. Supaya tak diganggu monyet2. Kalau bukan monyet buang sampah di luar tong ni, tak tau nak cakap lah.


Intan payung 3 orang di depan ni.


Since anak2 soleh solehah balik, kita kerjakan 3 LOBSTER daddy nya dapat dari laut sebelum ni. Belah dua dulu.


Tumis bawang putih cincang dengan butter. Masukkan LOBSTER. Biarkan sebentar. Masukkan susu segar, onion powder, garlic powder, paprika, oregano, button mushroom (dalam tin), lada hitam/putih, garam gula dan apa2 lah yang you all suka. Bay leaves pun ok tapi dah habis. Last tu boleh masukkan daun sup jugak.


Dah tukar warna merah, dah masak lah rasanya.


Boleh cicah dengan roti atau makan dengan spaghetti. Kami makan dengan spaghetti. Tak sempat snap foto sebab lapar hehe. Makan belakang dapur sebab tak mau berbau udang dalam rumah :)


Pagi2 Ahad buat LEMON CAKE. Yang besar untuk surau masa program Korban, yang kecik untuk kami.


Siap bakar LEMON CAKE, buat APPLE CRUMBLE. Banyak epal hijau, anak solehah ada boleh tolong kupas epal hehe. Kemudian dipotong dadu. Sapu loyang atau dish dengan butter dulu.


Tepung, oats, gula dan butter dikisar sebentar dalam food processor. Boleh juga ditekan2 dengan garfu dalam mangkuk besar. Sampai texture jadi macam bread crumbs.


Tabur tepung, gula, serbuk cinnamon dan butter atas apple. Kemudian spread adunan tepung, oats dll tu.


Rupa APPLE CRUMBLE selepas siap dibakar.


Lepas sejam oven rehat, kita buat KUNAFA pula. Kesian hubby, lama dia mintak KUNAFA. Boleh beli KUNAFA DOH/PASTRY ni di Shopee.


Setelah digaul butter cair.


Ditepek di dalam loyang, separuh adunan doh.


Letak cheese dan cream.


Ditutup dengan 1/2 adunan doh lagi.


Bakar hingga masak. Curah air gula seperti dalam resepi. Tabur pistachio. Memang sedap resepi ni. Sebab hubby dan anak2 berulang2 makan nya.

Klik sini ---->> RESEPI KUNAFA


Petang Sabtu, hasrat nak buat CORDON BLUE yang bersalut bread crumbs tapi malas nak menggoreng. So kita pan fry dalam kuali saja lah. Dada ayam dipotong tengah2, jangan sampai bocor sebab nak isi mozzarella cheese nanti. Marinate sikit dengan garam, paprika dan oregano atau apa2 lah. 

Letak mozzarella cheese di tengah2 dada ayam. Tutup dan cucuk dengan tooth pick supaya cheese tak keluar.


Malas guna PEMANGGANG AJAIB sebab berat so guna kuali besar ni je. Api sederhana supaya tak hangus. Yang kecik2 hujung tu, hasil trim dada ayam yang terjurai2.


Anak soleh solehah buat salad dan dressing nya. Alhamdulillah untuk dinner.


APPLE CRUMBLE dengan ICE CREAM. Yumm yumm sedap. Dessert malam sekali sekala.


Sabtu lepas Maghrib, bakar MARBLE CAKE. Nak bawa ke surau lepas solat Raya.

Klik sini -->> RESEPI MARBLE CAKE


Bila kek dah masuk oven, kita merendang seekor Ayam. Masuk je semua rempah dan ayam dalam Noxxa. Entah kenapa tekan HP17. Patut HP10 je kot. Memang elok masak tapi hancur sikit2. Hubby dan anak2 kata ok je.


Potluck untuk program Korban di surau.


Lembut sangat pulak LEMON CAKE ni, berderai sikit. Galak sangat letak baking powder lebih kot. Tapi rasanya sedap. 

Klik sini -->> RESEPI LEMON CAKE


Juadah pagi AIDIL ADHA. Alhamdulillah syukur walaupun berempat saja. Satay Ayam dan Lemang Periuk Kera order sikit je. 



Lembut nombor berapa, tak pasti.


Kerja keras semuanya.


Balik rumah panas2 makan APPLE CRUMBLE dengan ICE CREAM, yummms Alhamdulillah. 

Klik sini -->> RESEPI APPLE CRUMBLE 

Anak solehah dah balik petang semalam, anak soleh balik petang ni. Sure la mummy drama nanti. 

Ya Allah, lindungi lah anak2 kami walau di mana mereka berada. 

Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

(Kita ni memang suka makan, suka masak2 juga. Yang local ke, international ke. Ketika kami dulu menetap di Kerteh 13 tahun, kedai2 makan sangat limited. Yang famous yang ada - antaranya Secret Recipe, Nandos, Pizza Hut, McD, KFC saja. Maka berusaha lah menggugel resepi, mencoba dan coba untuk buat mana suka. Tak jadi pun kami makan jugak haha. Juga 10 tahun di Vietnam sebelum tu, susah nak dapatkan makanan Halal, so kita belajar lah sikit2. Dengan menggugel resepi lah, blog ini tercipta juga)

49 comments:

  1. cantiknye kejadian kuih tu.. kemas shj..

    Makanannye sedap2 la kak.. yumm yumm yumm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Hehe kita letak foto angle cantik je.

      Delete
  2. Cinnamon Roll tu.. allahu teringat south africa huhuu.. first time makan masa tu.. sedap nya lobster tu... Sekali 3 ekor.. nasib la dpt kat laut.. kalau beli mau kira semua aset yg ada sebelum beli hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat la senang je cinnamon rolls tu.
      Lobster tu tangkap dua kali baru dapat 3 ekor Alhamdulillah 😃
      Ya kalau beli siap masak memang berganda ganda2

      Delete
  3. Macam2 makanan keluar kat sini
    Nampak sesedap belaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah buat sikit2 dgn anak2

      Delete
  4. Salam Aidil Adha Kak...
    Ada rumah kosong tak sebelah rumah akak haha...
    Semuanya sedap² tengok hasil airtangan akak ni 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taqabbalallahu minna waminkum.
      Salam Aidil Adha. Maaf Zahir Batin.
      Hehe kita pun nak duduk sebelah rumah PH tau 😋
      Alhamdulillah makan dengan anak2

      Delete
  5. Salam Aidiladha dear..hmm rasa nak potong-potong je skrin laptop tang lobster and lemon cake tu, sedak do'oh hehe. Btw ni yg tak sabar nak pindah Kuantan ni, nak pi brisk walk kat Tmn Rekreasi Bkt Pelindung...:) - Lady Windsor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taqabbalallahu minna waminkum.
      Salam Aidil Adha. Maaf Zahir Batin.
      You buat pun sedap tau. Mai la kita bake sama2.
      Lepas makan kita naik Bukit Pelindung

      Delete
  6. selamat hari raya aidiladha
    sedapnya semua menu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taqabbalallahu minna waminkum.
      Salam Aidil Adha. Maaf Zahir Batin.
      Alhamdulillah makan dengan anak2

      Delete
  7. impressed sgt dgn ur cooking esp dessert2 tu semua!!! terbaek laaa...terliur i tgk mcm2 gmbr kat entry ni!!! esp cinnamon rolls dan lemon cake!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah masak dengan anak2 mood tu up2 berkobar2.
      Sshhh foto tu snap angle lawa2 je haha..

      Delete
  8. lupa nak ucap salam eidul adha to u and ur family!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taqabbalallahu minna waminkum.
      Salam Aidil Adha. Maaf Zahir Batin.

      Delete
  9. Ya Allah, menggoda sungguh gambar2 makanan tu semua. Tiba2 terasa nak try buat apple crumble jugak hehe. Selamat Hari Raya Aidiladha Kak Mulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah hehe snap foto angle lawa2 je tu.
      Buat la apple crumble tu, senang je. Campak2.

      Taqabbalallahu minna waminkum.
      Salam Aidil Adha. Maaf Zahir Batin.

      Delete
  10. Ya Allah sis, sedap bebenor nampak kek2 tu semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah untuk makan dengan anak2

      Delete
  11. Terliur tengok cinnamon roll . Nak sikit .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat la senang je. Hehe dah habis la sorry.

      Delete
  12. Singgah sini tengok Cinnamon Roll Mulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tq tq. Buat la senang je.

      Delete
  13. Oih! Tema All Blacks! Salam AidilAdha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taqabbalallahu minna waminkum.
      Salam Aidil Adha. Maaf Zahir Batin.

      Hehe yessss All Black 😃

      Delete
  14. Salam Aidil Adha...sedap2 semua menu..lobsterrrr...yummy!! dulu2 potong kuih lopes guna benang, mmg elok jadinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taqabbalallahu minna waminkum.
      Salam Aidil Adha. Maaf Zahir Batin.

      Alhamdulillah makan dengan anak2. Betul kan potong dengan benang lagi cantik.

      Delete
  15. Masuk sini terus lapar jadinya Mulan uii..
    Meriah aidiladha Mulan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taqabbalallahu minna waminkum.
      Salam Aidil Adha. Maaf Zahir Batin.

      Alhamdulillah bila anak2 balik mood jadi meriah hehe.

      Delete
  16. Salam aidiladha...
    Wah..banyak makanan sedap2 ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taqabbalallahu minna waminkum.
      Salam Aidil Adha. Maaf Zahir Batin.

      Alhamdulillah makan dgn anak2:)

      Delete
  17. Cantiknya semua kejadian masakan akak! Boleh bukak kedai ni!
    Salam aidiladha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taqabbalallahu minna waminkum.
      Salam Aidil Adha. Maaf Zahir Batin.

      Alhamdulillah ni masak makan2 bila anak2 balik rumah hehe

      Delete
  18. waduhhh waduhhh
    kenapa laaa sy ternampak cinnamon rolls niiiiiii...
    kan dah terliurrrrrr
    hahaha

    ReplyDelete
  19. jom laa kita buka restoran kunafa
    asik2 kunafa dari arab je
    hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat laa senang je bahan2 tu hehe

      Delete
  20. sedap2 semua menu yg dihidangkan. kecur air liur dibuatnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah makan anak beranak

      Delete
  21. Memang lah tiap lihat kue2 kak Mulan, langsung terbayang rasanya 😍😍😄.cinnamon rolls itu pasti sedaaaap dan wangi kan. Dulu sebelum pandemi saya ada teman yg pandai buat juga dan dijual. Tapi selepas pandemi menghilang tanpa kabar dia. Ntahlah baik2 saja atau tak. Jadi belum ketemu lagi cinnamon rolls yg saya suka.

    Sukaaa lah baca tulisan2 di signboard itu. Macam bagi semangat 😄👍

    Lobster creamy seperti itu memang sedaap 😍😍😄. Saya biasa makan lobster kalo sedang di Jogja, Krn di sana lobster murah, langsung dari nelayan. Kalo makan di restoran, dah laah, bisa berjuta harganya🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cinnamon rolls memang favorite family. Belajar buat sampai jadi Alhamdulillah boleh lah makan dgn family. Hehe masak2 yang family suka, baru diorang makan.

      Betul signboard tu bagi semangat supaya semua terus kuat 😍😍

      Iyaaa kan Fanny lobster mana2 pun memang mahal kan. Kalau boleh dapat yang fresh, beli yang fresh pun murah lagi compare to kalau makan di luar yang sudah masak. Ohhhhh sangat mahal.

      Delete
  22. Salam Aidiladha akak dan keluarga. Maaf zahir batin.
    Taqabbalallahu Minna Wa Minkum.

    Kalau lama tinggal aktiviti begini pasti macam semput sikit. Tapi takpe, yang penting usaha kita. Seret kaki pun seret lah. Usaha tangga kejayaan. Well done kak berjaya.

    Sedapnya lobster. Kalau dah lapar memang tak ingat dah memotretkan. hihi...Semua pemanis mulut sedap-sedap ni kak. Untung pandai masak semua ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taqabbalallahu minna waminkum.
      Salam Aidil Adha. Maaf Zahir Batin.

      Memang seret kaki lah masa tu tapi Alhamdulillah sampai atas juga hehe.
      Alhamdulillah makan dengan anak2 semua jadi sedap.

      Delete
  23. Memang sungguh manis belaka paparan 7-10 Zulhijjah.
    Mulan... Kak Amie terpaut selera dengan apple crumble! Sampai LD aromanya huhuhuuuuu.
    Alhamdulillah, Mula dianugerahi tangan ajaib. Semua hasil air tangannya cukup menggoda selera!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ya Kak Amie semua manis2 masa tu tapi buat sendiri boleh control gula nya.
      Bau apple crumble memang sedap kan.
      Alhamdulillah buat ikut resepi yang biasa buat, yang suami dan anak2 suka.
      Kak Amie pun masak semua sedap tau.

      Delete
  24. meriah aidiladha dgn menu manis2...buat sendiri puas makan...sedapnya tgk lobster tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah makan anak beranak masak sama2. Lobster fresh Alhamdulillah memang sedap.

      Delete
  25. Kalau berjiran dengan Kak Mulan best ni...boleh buat muka x malu hulur piring..nak buat x pandai kan...cinnamon rolls tu..aduhai...semua sekali la...sedap betul nampak dan cantik betul kejadiannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai laaa tu tengok mood jugak. Tapi bila anak2 ada memang mencanak mood nya Alhamdulillah. Hehe.

      Delete

Thank you for the comments. Thank you for dropping by.
Please email me for any inquiries -->> o-mulan@hotmail.com