Thursday, March 06, 2025

YANG LAMA TAK BUAT.



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Moga amal ibadah kita diterima Allah swt di bulan Ramadhan ini.


Kuetiaw Cantonese Style. 
Asalnya nak buat Kuetiaw Tomyam. Kemudian tukar nak buat Char Kuetiaw, pun tak jadi. 

Bawang putih cincang, ayam, udang, shiitake mushroom, carrot, oyster sauce, minyak bijan, lada putih, sos ikan few drops, tepung jagung + air untuk pekatkan, last2 tu sebelum angkat, pecahkan  telur dan kacau2. Tabur daun sup cincang. Cara saya.


Kuetiaw Cantonese Style, Soya Cincau, Tahu Begedil, 
Pengat (Bubur) Keledek + Cha Cha.

Pergi kedai runcit, macam biasa list dah ada, tapi termesti ada extra extra beliannya. 2-3 je sebab terjumpa. Jumpa Cincau, so kena lah beli soya. Baru ngam kan.


Jumpa juga bubur caca dan keledek agak elok. Alhamdulillah. Sebelum ni terbeli yang buruk di dalam. Maka terjadi lah Bubur Keledek Cha Cha. Lama betul tak buat.


Pelakon utama di dapur. Tadi beli 10 terus. Sekali masak untuk 2-3 orang, senang kan. Sekali guna.


Bubur Cha Cha siap direbus. 


Keledek sedang direbus.


Jumpa tahu goreng bulat yang besar2 sikit. Minced chicken Ramly ada dalam freezer. Rebus kentang, tumis bawang besar cincang dan masak kering minced chicken + serbuk ketumbar & jintan. Tambah garam, lada putih, bawang goreng dan daun sup cincang. Nak cepat, ayam dan kentang tak dilecek halus tapi saya suka rasa berketul2 sikit. Ada balance adunan ni, simpan dalam freezer boleh buat Begedil biasa, makan dengan Soto dll. 


 Tahu bulat goreng tu dipotong 1/2. Senang bite size je. Sumbatkan adunan ayam + kentang. Celup dalam telur yang dipukul. Bakar sebentar dalam air fryer. Senang tak perlu jaga seperti kalau digoreng. Set masa, nanti stop sendiri. 180'C dalam 10-15 minit. Yang atas ni belum masuk air fryer.

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.
>>>> Selamat Berpuasa <<<<

34 comments:

  1. Pelakon utama tu susah nak cari sekarang...harga pun mahal..demand betul dia sekarang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami jarang guna dan berdua je selalu. Bila ada, ambil banyak sikit lah.

      Delete
  2. Macam2 kejadian di dapur yang semuanya sedap2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah guna apa di dapur dan tambah sikit2.

      Delete
  3. Mahal skrg pelakon utama tu sejak dah glamour ni .. awal² dulu 1-1.05 je dekat sini, now dah 1.70-1.85. Baik beli yg kotak besar sikit tu, baru 3.00 camtu
    Lama tak makan bubut chacha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami jarang guna dan berdua je selalu. Bila ada, ambil banyak sikit lah. Sama la lama jugak tak buat bubur Cha Cha

      Delete
  4. sedap betul nie...berbuka makan nie sikit, tu sikit, dah kenyang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, makan sikit dah kenyang. Simpan untuk moreh, sahur kalau tak habis jugak esok lusa lah.

      Delete
  5. Terliur kue teow tuuuu...selamat beriftar utk 5 rmdn.lg 4 jam setengah

    ReplyDelete
  6. macam2 menu nya.. seronok tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah buat apa yang rasa sempat dan ada bahan,

      Delete
  7. Wah...rajin sungguh ni, macam-macam dimasak.

    Senang kan sejak ada santan pek comel tu, sesuai untuk kita family kecik. Sekali guna je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang senang dan selalu makan. Betul kita selalu berdua je. Bila ada, ambil banyak sikit lah. Guna tak banyak.

      Delete
  8. Wah, macam-macam ada.
    Tumpang jamu mata ye heheheee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada hari boleh buat, ada hari yang lebih2. Kak Amie pun selalu jamu kami jugak.

      Delete
  9. Cuya selaku Permaisuri daripada Kerajaan Kelapa Bersekutu berasa sangat bangga dengan rakyat beta
    kerana menggunakan bahan mentah keluaran Kerajaan Kelapa 🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelapa memang laris bulan Ramadhan ni Cuya

      Delete
  10. CCL pun guna santan kara packaging kecil tu ..kalau beli yang kotak kecil sayang kalau tak habiskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali guna, senang kan. Sebab jarang2 guna. Kalau selalu dan masak banyak memang beli yg besar sikit.

      Delete
  11. laiin mcm CKT tuuuu
    bak sepinggannn😁

    ReplyDelete
  12. tauhu bulat tu mkn mcm tu je ke? ke asa cicah sos or kicap.pedas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu Begedil, selalu makan dengan sambal kicap. Makan saja pun boleh.

      Delete
  13. Kueyteow cantonese tu sama mcm kueyteow ladna ke?
    Wahh bubur cha cha, menggamit memori ni. Selalu makan masa kecik2 dlu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak sama, Cantonese Style tu ada telur lebih kot.
      Bubur Cha Cha memang sedap.

      Delete
  14. Santan yang kecik ni memang kena ada stok kat rumah. Tak membazir macam versi besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sebab jarang2 guna. Sekali guna je senang tak perlu simpan.

      Delete
  15. Saya tak pernah buat kwetiaw Krn takkpandai. Tapi sukaaa sangat. Naah kalo macam yg kakak buat, ini biasa saya sebut kwetiau bun. Sebab basah. Issh betul2 teringin jadinya 😍😍.

    Santan kara tuh saya memang suka beli yg size kecil. Sebab jarang pakai santan. Ada yg besar, tp tak pernah beli. Lagipun jarang masak yg pakai santan 😄. Sesekali saja.

    Tahu isi itu nampak sedaaap lah kak. Teringat di kulkas saya ada tahu yg harus segera diolah. JD nak buat juga tahu isi begini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuetiaw masak apa2 memang sedap dan favorite kami. Boleh juga Kuetiaw sup. Yang ini agak pekat sebab terletak lebih bancuhan air dan tepung jagung 😄😄😄 tapi ok masih boleh makan dan sedap.

      Santan pek kecil lagi senang untuk masak sebab sekali guna tak perlu simpan kan.

      Tahu begedil itu sepatutnya disumbat dalam tahu bulat tapi leceh, terus dipotong dua dan sumbat saja 😆😆

      Delete
  16. Benda yang saya selalu makan dan beli di kedai, contoh kuetiau cantonese style dan tauhu begedil, Mulan boleh masak di rumah saja. Salute saya dengan Mulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuetiaw Cantonese Style tu belajar masa duduk Vietnam sebab sana mahal, bahan ada, buat je lah. Tahu Begedil kita shortcut. Potong dua dan sumbat, nak guna satu tahu leceh nak sumbat hehe,

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
Email : o-mulan@hotmail.com