Tuesday, March 18, 2025

SALAM NUZUL QURAN. PRAY FOR GAZA. PKP DALAM MEMORI.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

SALAM NUZUL QURAN 

Moga amal ibadah kita diterima Allah swt di bulan Ramadhan ini.


Doa berterusan buat saudara2 kita di P.A.L.E.S.T.I.N.E.


PKP DALAM MEMORI. 5 Tahun berlalu pergi.

17.3.2020 : Hubby ada follow up di KL selepas ACL surgery di lutut awal Mac. Ketika itu COVID makin naik kesnya. Call anak soleh di uni, ok katanya. Pihak uni tak kata apa2.

18.3.2020 : (7.30 am) Di Kedai Moksu Nasi Kerabu, anak soleh call kata pihak Uni benar/galakkan balik. Dah ada ura2 PKP. Balik rumah, hubby kata, drive terus ke Tronoh. Ma'am besar ni yang drive sebab lutut hubby baru op kan. Nasi Kerabu simpan dalam freezer. Bawak food yang senang makan dalam kereta dan beli roti di STESEN PETRONAS.

Sampai Tronoh tengahari, ambil terus drive balik Putrajaya. Bawa balik sekali anak kawan. Kakaknya tunggu di Putrajaya. Sampai dalam pukul 4.00pm. Anak solehah (cuti sekolah) ajak balik Kerteh terus, hubby kata esok lah kesian mummy drive dari pagi. 

Tengok live di TV jam 4pm lebih, PM TS Muhyiddin umumkan PKP start 12.00 malam. Apalagi, sumbat semua barang dalam kereta. Yang dalam freezer/fridge pun semua sekali. Nak cepat sebelum orang keluar office. Alhamdulillah sampai Tol Gombak pukul 6pm. Dah banyak kereta atas jalan. Sampai Tol Karak, anak soleh drive terus sampai Kerteh. Kena balik jugak sebab barang perubatan hubby lepas ACL surgery tu semua di Kerteh. Kalau tak lepas balik, memang haru lah. Stop solat Maghrib/Isya' pun, masih tak ramai. 10pm lebih sampai Kerteh rasanya, Alhamdulillah.

Ramai yang terkandas kan, termasuk anak kawan2 di Kolej/Universiti serata Malaysia. Ada yang lama, ada yang sekejap. Adik no3 kerja logistic, kesian dia kena pergi office di Port Klang tapi half day tiap hari. Best jugak kata dia sebab lengang jalan. Kalau tak PKP, super sesak jalan ke Port Klang tu. Hubby dapat MC sebulan, tapi sebab semua mostly work from home, macam tak MC pun.



Kenangan selamanya. 

You all 18.3.2020 tu, macamana pula ceritanya.

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.
>>>> Selamat Berpuasa <<<<

44 comments:

  1. Kalau boleh tak nak ulang PKP lagi. Seksa betul ya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun kesian mak tinggal sorang2 Alhamdulillah saudara mara ramai satu Taman.

      Delete
  2. 5thn dh berlalu ye zaman PKP

    ReplyDelete
  3. Kenangan yang x mahu diulang..

    ReplyDelete
  4. macam2 peristiwa dalam PKP semua menjadi kenangan

    ReplyDelete
  5. Tak nak dah PKP Lagi...seksa...work from home seronok la..tapi x leh keluar kemana- amna tu yang x best

    ReplyDelete
  6. Rasa macam baru jadi, dah 5 tahun berlalu...
    Tentu kelam-kabut Mulan sekeluarga masa tu kan, nak bergegas balik Kerteh.
    18hb tu saya tak ada cerita nak dikenang.
    Yang jadi kenangan bila kami perlu berpindah dari NS ke Penang pada penghujung Mei 2020.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kejap je masa kan. Memang kelam kabut. Alhamdulillah Allah ilhamkan semua dan smooth drive balik Kerteh.
      Oh Ujie pindah Penang masa PKP ya.

      Delete
  7. kenangan yg akan terpahat di memori sampai bila2...cukuplah hanya sekali PKP tuuuu

    ReplyDelete
  8. moga amal ibadan kita diterima di bulan yang suci ini

    ReplyDelete
  9. Allahu... 18 Mac 2020!
    Masa tu baru balik travel Bangkok pada 17 Mac. Nak sambung terbang ke Kuala Terengganu, tak lepas dari airport. Terpaksa beli tiket baru balik ke Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah lepas balik Sabah Kak Amie.

      Delete
  10. Ngeri kalo ingat awal 2020 itu. Saya bersyukur dah sampai jakarta, sebab baru balik dari Myanmar. Tak lama langsung ditutup semua akses bandara. Tak terbayang lah kalo sampai stranded Kat Myanmar 🤣🤣.

    Tp nilai plus dari PKP, memang jalanan sepi. Saya belum resign. Ke kantor yg biasanya hrs berangkat jam 5 pagi, supaya tak kena jammed, jadi bisa berangkat jam 7 pagi itu pun lancar sangat 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh kalau stranded di Myanmar, memang tak dapat dibayangkan. Alhamdulillah Fanny sampai Jakarta.
      Ya ketika PKP memang jalanraya lengang sangat.

      Delete
  11. Kitorang kat kampung masa announcement tu. Esok paginya terus decided balik Gombak. Ada kawan2 yg stranded dekat kampung sbb tak boleh rentas negeri kan... Apapun kenangan sungguh la PKP tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah PH lepas balik Gombak. Memang sejarah kan.

      Delete
  12. semuanya dalam ingatan kenangan raya PKP dulu kan, sedih dan sebak dengan kisah terbaharu dari bumi Gaza berdarah semula di hujung Ramadan nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. PKP dalam kenangan. Doa berterusan buat Gaza.

      Delete
  13. 2 thn beraya dgn mak cik kat KL. thn berikutnya raya kt kg jd raya terkejut😁

    ReplyDelete
  14. Eh, sama macam suami saya. Suami saya operate ACL, MCL dan PCL.
    Memang semua kelam kabut lepas announce PKP tu. Saya dan family pun on the road, dari kampung suami di Kelantan balik ke Perak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama cuti kan kalau buat ACL ops ni. Alhamdulillah lepas balik Perak.

      Delete
  15. tapi kan kalau pkp berlaku lagi sy x sanggup daa... cukuplah sekali...

    ReplyDelete
  16. PKP usah kau dtg lagi! Kenangan pahit warded selama 10 mlm sbb kena Covid 19 tahap 4 semasa Ramadhan 2021...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya ke AK. Alhamdulillah sihat sepenuhnya.

      Delete
  17. Replies
    1. Moga amal ibadah kita diterima Allah

      Delete
  18. Teringat pahit manis PKP.. Dalam sedar tak sedar sudah 5 tahun berlalu..
    Semoga kita semua dipermudah urusan dan sentiasa dilindungiNya selalu.. Not to forget, pray for Palestine as always..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Doa berterusan buat saudara2 di sana.

      Delete
  19. Rindu juga zaman PKP...seronok juga sebab tak perllu keluar rumah tetapi susah sebab tak dapat ke masjid dan rapatkan syaf

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak yang rindu sebab anak2 ada bersama.

      Delete
  20. 5 tahun dah ue pkp...dlm kenangan sungguh. Mohon dijauhkan...aamiin

    ReplyDelete
  21. Sekejap udah 5 tahun ye kita lalui fasa PKP. Sebab KSarie kerja bahagian air ada masa kena kerja di site masa PKP sebab banyak pula kes pencemaran sumber air masa tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kejap je masa kan. Oh KSarie kerja bahagian air ya. Memang kena ke site kan. Adik yang kerja dengan kontraktor pun kadang kena ke site.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
Email : o-mulan@hotmail.com