Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Moga amal ibadah kita diterima Allah swt di bulan Ramadhan ini.
11 Ramadhan, Rabu. Iftar semalam.
Mi Sanggul Wantan. Wantan Goreng. Jelly Honeydew Nona. Temosa Ikan Pusing. Soya Cincau. Sagu Merah + Susu Sejat + Gula Melaka (leftover Selasa)
Plan pagi2 nak masak lain. Pukul 5 tiba2 rasa nak masak Mi Wantan. Bersilat lah sikit di dapur. Bahan ada, terus buat. Mi Wantan/Siput/Wonton tak ada, ganti dengan Mi Sanggul yang ada.
Krup krap puas makan buat sendiri. Alhamdulillah.
1/2 (sebelah) isi dada ayam,
4 ekor udang dibuang kulit,
1 shitake mushroom,
1 carrot saiz sejengkal,
Segenggam daun sup,
4 ulas garlic,
Garam & lada putih.
Kisar dalam food processor. Boleh juga ditumbuk ayam dan udang. Yang lain diracik halus atau disagat. Kulit Wantan beli di Mydin lama dulu, Alhamdulillah masih elok dalam freezer.
Sahur tadi. Khamis pagi. Ada balance wantan semalam, dibekukan. Tumis garlic cincang, masuk air hingga menggelegak. Letak sawi dan wantan frozen. Ada mihun goreng leftover dalam freezer. Reheat. Hubby makan roti dengan leftovers daging kerutuk kelmarin. Ada 2 temosa dari iftar semalam. Alhamdulillah cukup dan kenyang. Sahur, dengan periuk atas meja haha.
Iftar 10 Ramadhan, Selasa.
Lama tak makan Mi Kari. Tapi guna Kuetiaw.
Kuetiaw Kari. Sagu + Susu Sejat + Air Gula Melaka. Murtabak Frozen. Jus Epal + Grape yang tak dimakan.
Jeruk Bawang untuk Murtabak. Bawang, cuka & gula.
Sagu Merah hari Selasa.
3/4 cawan sagu direndam 15 minit. Tapis. Masak 1 cawan air atau 3/4 cawan dalam periuk. Masukkan sagu bila air menggelegak. Kacau hingga warnanya cerah transparent, bukan lagi putih. Campurkan 1/2 suduteh esen vanilla, pewarna merah & 1 sudubesar gula. Kacau hingga gula larut, transfer ke dalam loyang, cara saya. Dalam apa2 bekas pun tak apa. Kalau letak gula lebih, boleh digaul dengan kelapa. Macam foto di bawah.
Kuih Bronok/Sagu Merah
Sumber Foto : Che Nom
Kenapa lah mood macam nak ke laut, malas nak update blog. Tapi nak simpan untik reference dan memori. Bila buntu, bila rindu, ke sini lah selalu.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.
>>>> Selamat Berpuasa <<<<
sedapnya menu akak... rajinnya masak masa sahur... ni blog kedua sy jumpa puding honey dew, ni petanda nk kena buat jugak ke? teringin plak nengoknya
ReplyDeleteTu la first time jumpa jelly Honeydew ni, terus beli memang sedap. Wantan sup, tumis bawang putih je, masuk air lepas tu masuk wantan dan sawi.
DeleteWantan tu buat sendiri mmg puas hatikan kak. Kalau beli 5 ketul kadang2 dh rm8
ReplyDeleteKalau beli memang mahal. Puas hati buat sendiri Alhamdulillah
Deletesedapnya mee wantan tu..terliurrrr. salam 12 ramadan utk mulan sefamili
ReplyDeleteLama tak makan, buat lah sebab ada bahan. Salam 13 Ramadan MZ,
DeleteMood ke laut pun macam2 ada. Hehehehehe..
ReplyDeleteMood nak update blog hehe.
DeleteSaya pula dah tak tahu nak beli apa kat bazar, kalau boleh memang nak makan masakan di rumah sahaja.
ReplyDeleteKalau kerja memang tak sempat nak masak.
DeleteMenu macam ni masih di darat Kak ahahaha 😆
ReplyDeleteTadi ke blog Ily pun hidang puding honey dew Nona...
Nak kena pegi cari sagu la, terliur pulak tengok kuih sagu tu
Alhamdulillah 😄 tapi mood nak update blog yg ke laut.
DeleteFirst time jumpa jelly Honeydew terus beli.
Sagu ni senang je masak nya.
Mood ke laut pun berderet lagi...
ReplyDeleteAlhamdulillah 😊
Deletesentiasa meriah menu kak mulan....
ReplyDeleteAlhamdulillah mood tinggi bulan puasa ni 😊
Deletesedap2nya...puas hati homemade wantan..digoreng & buat sup...oo..kuih bronok namanya..
ReplyDeleteWantan ni memang puas hati makan kalau buat sendiri. Goreng atau sup dua2 suka. Kami panggil bronok kuih sagu tu.
DeleteBiasa la tu, saya pun kadang rasa malas juga nak update blog. Itu yang rehat sehari dua.
ReplyDeleteSedap tengok wantan goreng. Best, buat sendiri boleh dapat banyak.
Sekarang ni buat apa2 ikut mood hehe. Wantan buat sendiri memang puas makan kan.
Deletebuat sendiri baru puas mkn wantan ni! sedapnyaaaa!
ReplyDeleteAna pun sama kdg tu mood kelaut tp berenang semula hehe
Buat sendiri memang puas makan Alhamdulillah.
DeleteYa betul kita berenang semula ke pantai bila mood ke laut.
Aduh sedapnya menu-menu tu. Walaupun mood ke laut tapi hasilnya macam-macam ado.
ReplyDeleteHasilnya pun ikut mood hehe.
DeleteMacam ni ke laut?
ReplyDeleteDah berenang semula ke pantai haha.
DeleteWantan kalau buat sendiri memang sedaaap dan puas. Isiannya bisa banyak 😄👍👍. Mee kari kakak juga kliatan sedap. Pakai mee Tiaw biasanya jadi lebih cepat kenyang 😄
ReplyDeleteSaya sampai skr tak bisa makan cuka bawang begitu 😅🤭. Memang tak tertelan. Bawang merah saya suka kalo dimasak. JD kalau mentah, walau pakai cuka sekalipun tak bisa masuk 😅.
Waaah kuih sagu merah nya menggoda kak , 😍👍. Memang sesuai utk bukaan puasa.
Ya Fanny puas makan wantan ini kalau dibuat sendiri. Isi pun boleh letak banyak.
DeleteSebenarnya mi kuning tiada, dan kami cuba kurangkan mi kuning.
Dulu pun begitu tapi suami kata, banyak khasiatnya dan macam2. Slow2 belajar 😀
Kuih sagu merah memang sedap apalagi di bulan puasa kan. 😍
Kalau tengah malas update, saya rehat blogging beberapa hari. Nanti datanglah rindu tu, hadap blog semula 😀
ReplyDeleteTapi yang pasti Mulan tak pernah malas memasak kan? Meriah sentiasa hidangan di meja.
Blog ni macam diary. Simpan kenangan dan macam2. Update memang ikut mood, masa, ikut angin 😀😀
DeleteMasak ni memang suka, ikut angin jugak nya 😍😍
wah! Mcm2 ada kat atas meja tu. Selamat berpuasa n bertarawih...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Selamat Berpuasa dan Bertarawih juga.
Deletesedapnya sagu merah nyior tu...lama tk mkn ...kuehtiaw kari tk pernh lg cuba
ReplyDeleteSagu Merah ni memang ramai suka kan. Saya memang suka Kuetiaw.
Deletekuih plg sng nal buat
ReplyDeletetp laa ni kelapa mahaiii
Betul lah tu.
Deletetang sahur ni ada kala kita mkn ringkas pun dah cukup mengenyangkan kann
ReplyDeleteBetul, atas masing2
DeleteKuih Bronok tu arwah mama selalu buat. Makan sejuk2 sedap tu.
ReplyDeleteSedap kan kuih Bronok ni.
DeleteSama la...mood SA pun dah mula ke laut dalam...sedap betul me wantan tu..walaupun bukan guna wanton mee...
ReplyDeleteKadang2 macam tu lah, tapi sikit lagi mesti rindu blog kan. Alhamdulillah puas hati makan buat sendiri.
Delete