Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Moga amal ibadah kita diterima Allah swt di bulan Ramadhan ini.
Iftar Isnin, semalam.
MIANG PLA PAO NO KEPALA
Belek2 freezer, jumpa ikan besar hubby tangkap tahun lepas, belum pun siang. Nak cepat defrost, rendam dalam sink. Hubby siang ikan. Bab ikan besar ni, memang kerja dia, tak kuat la tangan kita ni. Sisik pun tebal. Kepala ikan, simpan dalam freezer untuk buat Kari bila2 nanti. Miang Pla Pao kita tak ada kepala. Guna badan je. Ikan ni besar & tebal, hubby potong fillet. Satu bertulang, satu lagi isi saja.
Sepatutnya ikan digoreng tapi malas. Goreng lagi sedap. Air fry ikan sebelah2. Gaul garam kunyit saja. Serve dengan lettuce, timun, tomato, suhun dan sambal cili (kisar 3 cili api, 1 suduteh sos ikan, 1-2 genggam daun sup/ketumbar, 4 sudubesar gula/gula melaka, 3 garlic, jus 3 limau nipis). Sambal cili perasakan ikut suka, ada masam manis pedas masin, sos ikan kena ada kalau nak sedap.
Sambil air fry ikan, rebus Pulut Hitam dengan daun pandan dalam Noxxa HP15. Siap tu, guna mode stir fry, tambah santan, gula melaka dan garam. Rebus 1 cawan je. Santan 1 pek kecik triangle tu.
Murtabak frozen, panaskan separuh je. Tapi dah dibawa keluar awal. Hampir lupa, dah nak berbuka baru perasan belum dipanaskan. Makan dengan bawang besar dihiris kasar + cuka + gula. Hubby suka bawang cuka buat sendiri. Rasa rangup bawang tu.
Miang Pla Pao ni sepatut dimakan macam wrap. Lettuce tu diletak ikan, tomato, timun, suhun dan sos, dibungkus lalu dimakan. Saya pulak, suka makan macam salad. Gaul dalam mangkuk.
Alhamdulillah sedap sebab ikan fresh walaupun dalam freezer.
Ada Cincau dalam fridge, jadilah Bandung Cincau.
Selasa. Sahur tadi. Bolognese Sandwich.
Ada leftover Sos Bolognese dalam freezer.
Sapu butter pada roti, baru dia rangup. Atau cairkan butter dalam kuali (angkat dulu roti tu).
Iftar Ahad.
Ahad baru ni, lepas Zohor, drop anak solehah di campus nya, terus drive balik Kuantan. Memang tak sempat masak, sampai Kuantan 5.30pm. Singgah Bazar Ramadhan area Kg Padang, lepas Tol Kuantan. Pesan banyak kali pada hubby dan anak soleh, beli cukup2 je.
Mihun Sup Tetel & Lemak Daging. Kongsi dengan hubby. Anak soleh beli Kuetiaw goreng talam. Sedap keduanya. Air Tembikai, blend sendiri di rumah sebab ada Tembikai dalam fridge.
Ayam Bakar Madu ni memang favorite kami di bulan puasa. Beli 3 ketul je, first time beli untuk tahun ini.
Asam Gumpal memang sedap di bulan puasa. Favorite kami.
Selalu isinya kacang hijau. Tapi kacang merah ni pun sedap. Isi/filling banyak memang ok, kalau sikit, sedih tau. Terbeli 2 plastik ada 6 ketul sebab hubby tak perasan anak soleh dah beli. 3 ketul masa iftar, 3 ketul lepas Terawih. Habis dan sedap.
Ada 2 extra cinnamon rolls dari semalamnya. Hubby beli juga daging kerutuk sikit, beli extra kuah. Cicah roti untuk sahur. Macam ngam2 sebab daging kecik je 3 ketul, tapi tak habis. So masuk freezer. Alhamdulillah atas semuanya.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.
>>>> Selamat Berpuasa <<<<
Jauh2 menu akak..pusing dunia ni....
ReplyDeleteAda ikan dalam freezer, buat lah miang pla ni.
DeleteAlhamdulillah...bulan puasa nie, makan sikit2 je...tpai berat tak turun jugak...nie linda lah...hihihi
ReplyDeleteInsyaa Allah turun lah kita nanti.
Deletemenu miang plak sodap tu....lamanya tk mkn bubur pulut hitam..nk plak kalo ltk santan pekat ats bubur tu...yummyyy
ReplyDeleteMiang Pla favorite kami lepas buat tahun lepas. Bubur pulut hitam memang sedap.
DeleteBaru tahu yang bawang cuka makan dengan murtabak tu, bahannya cuma cuka dan gula selain bawang besar, yek. Lain kali, boleh buat sendiri, sebab yang dibeli rasa macam tak cukup.
ReplyDeleteSenang je kan. Buat sendiri krup krap rangup bawang tu.
Deletealhamdulillah, pelbagai betul menu nya tu! semua pun sedappp :) terliur asam gumpal tu :)
ReplyDeleteAsam Gumpal memang sedap kan.
Deletealhamdulillah..sedap2 menunya
ReplyDeleteAlhamdulillah, menu Mummy Ayu pun sedap2.
DeleteAsam gumpal? This is new...
ReplyDeleteKuih Pantai Timur ni.
DeleteAneka menu yang nampak menyelerakan.. Salam Ramadan.
ReplyDeleteAlhamdulillah dan Selamat Berpuasa
DeleteWah ke Thailand pulak kita 😁
ReplyDeleteBubur Pulut Hitam suka makan tp tak pernah buat sbb takde geng nak makan ...
Asam Gumpal tu first time Sy tahu kewujudannya.
Hehe ada ikan dalam freezer 😊
DeleteSedap kan bubur pulut hitam ni.
Asam Gumpal tu kuih orang Pantai Timur.
Asam gumpal tu sejenis kuih ya Mulan?
ReplyDeleteYa kuih Pantai Timur.
DeleteWah! Mulan keliling banyak negara untuk juadah berbuka puasa.
ReplyDeleteBest kan. Menu yang berbeza. Sudah tentu semuanya menambat selera keluarga.
Hehe tukar2 Kak Amie nanti boring kan. Alhamdulillah.
DeleteMiang pla Pao ini saya belum pernah coba. JD tak tahu rasa. Tp kalo lihat deskripsi kakak, nampaknya saya pasti suka juga. Asam segar gurih. Pandai suami kakak fillet ikan yaa. 👏👍. Jarang2 .. suami saya tak bisa hahahaha.
ReplyDeleteMenu2 lain yg saya blm pernah coba asam gumpal. Ini rasanya memang asam kah? Tp isiannya manis yaa. Penasaran
Miang Pla Pao ni macam ikan goreng dengan garam kunyit saja. Kemudian dimakan dengan lettuce dan sayur lain, makan bersama sosnya yang masam manis pedas. Sedap tau Fanny.
DeleteAsam Gumpal tu dessert traditional di Pantai Timur. Intinya kacang hijau atau merah, luarnya sagu. Sedap tau.
balut ke x balut ke... janji ngap smpi kenyang😁
ReplyDeleteAlhamdulillah
Deletesusah nak jumpa pulut hitam tp santan tu diasingkan. kat kg sy santan utk pulut hitam tu dipanggil tahi burung🤣
ReplyDeleteMalas nak hidang asing2, campur je semua
DeleteSA first time nampak asam gumpal tu...dah lama jugak x buat bubur pulut hitam...rasa nak buat jugak la
ReplyDeleteRamai ya tak kenal asam gumpal. Bubur pulut hitam memang favorite kami.
Delete