Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Salam Jumaat Penuh Berkat. Moga amal ibadah kita diterima Allah swt di bulan Ramadhan ini.
5 Ramadhan.
Laksa Penang, Karipap, Tahu Begedil, Kek Lapis, Puding Prunes, Laicikang & Barli.
Nampak banyak tapi mostly leftovers hari2 sebelum ini, kecuali Laksa Penang, masak tadi dan Puding Prunes tu, adik no2 bagi. Singgah rumah adik di USJ lepas drop hubby di KL, dia ada meeting pukul 2. Drive dari Kuantan pukul 10am.
Kami datang balik Putrajaya, meeting yang dicancel, dijadikan pulak. Selasa kelmarin, dah balik Kuantan. Alhamdulillah smooth pack n go. Agaknya tol di LPT dan Karak bosan tengok kami. Asyik2 muka ni yang lalu. Tuntutan kerja. Moga dipermudah kan urusan kita semua, di mana jua. Sekarang dah bahagi2 baju seluar dll letak di Putrajaya jugak, so tak perlu pack baju lagi. T-shirt duduk rumah boleh kongsi2 hubby punya je haha.
Puding Prunes ni mak selalu buat dulu2. Kenangan lama potluck, suka buat Puding Prunes ni.
600-800ml air dikisar dengan 1/2 (atau lebih) cawan prunes,
10gm agar-agar serbuk
3-4 sudu besar gula atau secukup rasa
400gm/ml susu sejat
Beberapa titik esen vanilla
Lama tak masak Laksa Penang. Isi ikan banyak dalam freezer. Tak tau lah ikan apa. Tak susah nak buat sebenarnya. Kena tengok angin ni ke mana halanya hehe.
Rebus telur. Sambil tu rebus ikan, tak perlu lama. Siap rebus telur boleh rebus/masak laksa. Guna Noxxa lagi senang kalau rebus laksa. Atau beli yang pre-cooked. Hari ni guna laksa leftovers dulu, yang disimpan dalam freezer.
Tadi guna isi ikan saja, jadinya tak ada tulang. Kisar isi ikan + bawang besar/kecil dengan air rebusan. Masukkan ciliboh, asam keping, bunga kantan, daun kesum, garam, gula. Suaikan lah rasa dan banyak mana kuahnya. Awal2 jangan letak banyak air. Kalau tercair, parah pulak nak kisar ikan lagi. Ada juga yang letak belacan, udang kisar. Ok je. Kita yang makan. Makan dengan hirisan salad, bawang besar dan timun. Pergi Mydin cari otak udang, sayu hati sebab habis.
Alhamdulillah cukup Barli dan Laicikang, leftovers kelmarin, simpan dalam freezer.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.
>>>> Selamat Berpuasa <<<<
sedapnya laksa penang tu apatah lg dgn kuah yg sarat dgn isi ikan selayang....
ReplyDeleteAlhamdulillah
Deletefuhhhhh sedapnyaaaaa laksa penang! semua menu menggoda betul sis Mulan ni hehehe
ReplyDeleteMasak ikut bahan yang ada Alhamdulillah :)
DeleteSaya pun terpikat dengan laksa Penang.
ReplyDeleteHendak makan laksa, nanti kenalah rajinkan diri ke dapur hihihiii.
Laksa Penang ni memang favorite kami. Sebenarnya senang tapi banyak bahan.
DeleteTadi pergi market ada customer minta laksa dekat penjual tu. Sy pandang je sbb belum sampai seru nak makan laksa ahak!
ReplyDeletePuding prune tu, boleh tukar dgn kurma Kak? Byk pulak stok kurma hehe
Insyaa Allah sampai lah menu laksa nanti.
DeleteBoleh je guna kurma, rendam air panas bagi lembut baru blend dulu kot.
sedapnya laksa penang...biasa makan kek prune..puding prune tk pernah lg try
ReplyDeleteLaksa Penang memang ramai yg suka kan.
DeletePuding Prunes memang dah lama mak buat.
Sedapnya, saya dah lama tak makan laksa penang.
ReplyDeletePuding prune tu, pertama kali saya tengok. :)
Alhamdulillah bahan ada, terjadi lah laksa.
DeleteMak yang ajar buat, dari kami sekolah. Try la, sedap.
Sedapnya menu akak....
ReplyDeleteAlhamdulillah campur2 leftovers jugak
Deletelaksa ni mmg malan sedap tp nak buat tu waduhhh sy laa tu🤣
ReplyDeleteBeli je
Deletepuding prune tu ada lebih x?🤣
ReplyDeleteHabis dah
DeleteTakdela membazir lauk leftover kan, cuma tambah2 bahan je. Semua nampak sedap
ReplyDeleteAlhamdulillah hubby dan anak2 boleh makan leftovers
DeleteNampak simple tapi pasti sedap.
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteLama pulak tak makan Prunes tu. Dulu pernah beli Sunsweet tu.
ReplyDeleteSedap kan makan saja prunes ni.
DeleteYa Mulan, kalau prunes sahaja pun dah sedap....inikan pula puding prunes. Mesti rasanya sedap juga.
DeleteElok untuk digestion jugak, doctor suruh makan. Tapi selalu lupa. Kek Lapis Prunes pun sedap.
DeleteSedapnya laksa Penang kak 😍😍😍. Saya kalau ketemu laksa Penang yg sedap, memang sukaaa sangat. Di KL waktu itu ada yg jual sedap. Tp tuhlaah, saya nih suka lupa dengan suatu tempat. Kdg harus didatangi berkali2 baru ingat lokasinya 😂
ReplyDeleteLaksa Penang memang favorite kami. Buat sendiri boleh letak banyak ikannya. 😍😍
Delete