Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
KEDAI EDA YASSIN
Suatu pagi sebelum brisk walk. Kami breakfast di sini. Pernah datang sekali sebelum kedai ini terbakar dua tahun lepas kot atau tahun lepas, masuk TV rasanya.
NASI DAGANG dia memang sedap. Seperiuk besar lauk nya.
Banyak juga juadah yang lain.
Ruang makan.
Punya seronok makan dengan anak solehah, lupa snap foto Nasi Dagang. Pukul 7am memang tak ramai orang. Lepas pukul 8am akan panjang la line beratur.
TAMAN GELORA
Dah kenyang kena jalan2 kata hubby.
Tasik kecil di Taman Gelora ni dulu memang banyak teratai. Kalau berbunga elok, memang penuh.
Alhamdulillah ada lah sikit beberapa yang mekar.
Ada jugak hidupan lain di dalam nya.
BUKIT PELINDUNG
Ahad baru ni, wahh pagi2 dah penuh parking. Park seberang jalan lah.
Membebel anak solehah tak nak naik bukit, alih2 dia yang laju.
KUANTAN tak banyak bangunan tinggi.
Alhamdulillah dah lepas 1km bila nampak pencawang ni.
1.4km COMPLETED
PANTAI PELINDUNG. Bawak anak solehah yang belum sampai. Hubby tukar gear pikap dia, tak perlu jalan jauh atas pasir. Park di entrance resort lama. Penat sebab dah naik bukit.
Cuaca memang agak mendung, masih monsoon.
Cuaca terang menghala ke Utara.
Sayup2 matahari di sebalik awan.
MURAL PENYU yang pernah viral dulu.
Jalan lain ke PENYU NO2.
Pasir masih cantik bersih walaupun kurang putihnya. Laluan kapal2. Hala pulang, makin ramai pengunjung apa lagi cuti sekolah dan hari Ahad.
Pantai di Kuantan ni memang panjang bersempadan dengan Johor dan Terengganu. Kegiatan ekonomi, laut dan darat, antara faktor cantik bersihnya keadaan pasir dan pantai di mana jua. Yang juga utama, kesedaran sivik pengunjung.
JAGA LAH KEBERSIHAN DAN BAWA PULANG SAMPAH KALIAN, DI MANA JUA.
Sekolah Rendah dulu.
PASAR TANI (edited, thanks Uncle Gedek). Tak beli banyak.
WARUNG BREKPES @ SENJA CAFE
Dah hampir pukul 12, terus ke sini. Masih menu makan pagi tapi tak apa.
NASI KERABU. NASI MINYAK. NASI GULAI IKAN.
Alhamdulillah semua sedap. First time makan di sini. Baru buka beberapa bulan.
Beli dessert lupa nama, sedap sebab kurang manis.
TAMAN KERANG
Ahad ada Pasar Karat. Saja2 jalan tengok2.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.
Cantik2 pemandangan gambar2nya
ReplyDeleteTerima kasih Wak.
DeleteJeles dgn org Kuantan, hari² boleh pergi pantai 😁
ReplyDeleteTak ramai org dah ke Kak pergi tgk mural penyu tu?
Bab kebersihan ni t/jawab setiap orang, kena ada mindset begitu barulah persekitaran terjaga.
Tak jugak PH hehe. Tapi betul lah kalau nak tengok pantai, anytime boleh pergi. Mural Penyu tu lawa belah petang. Masa nak balik, makin ramai datang. Pantai situ bersih.
DeleteBetul sangat bab kebersihan ni, memang tanggungjawab semua.
subhanallah, cantiknye tempat ni...
ReplyDeleteMemang cantik Subhanallah
DeleteNak ke Kuantan juga bulan Februari nanti.. thanks infonya..
ReplyDeleteSama2, enjoy Kuantan nanti ya.
DeleteCantik pokok teratai..seronok nih JJCM di bdr Kuantan..
ReplyDeleteMemang cantik kan apa lagi merah dan tengah mekar. Banyak tempat kami sendiri belum explore.
Deletecantiknya bunga2 teratai tu :) ... best kalau dpt JJCM kuantan :) bln august nanti (lmbt lagi), my faculty ada nak buat family day kat awana kijal, kiranya tak jauh dari kuantan kan... anyway, selamat beristirehat sempena cny ari ni :) MZ ni tgh pulun update slides sbb mlm ni ada online class (masters class)
ReplyDeleteCantik kan teratai, lama tak tengok yang tengah mekar. Kami pun masih explore sebab lama tinggalkan Kuantan ni. Kuantan on the way ke Kerteh je. Nak cuti pun ada kelas ya. Take care tau.
DeleteBreakfast kedai first tu terbakar dah? Eh sayangnya cantik tempat makannya tu. Senja tu pun nampak menarik.
ReplyDeleteKedai tu terbakar 1@2 tahun lepas, ,asuk TV sebab kedai ni famous. Dulu kurang cantik, sekarang makin cantik. Senja tu kedai baru, sedap yang kami order.
DeleteCaption tu memang Pasar Tan atau typo Pasar Tani?
ReplyDeleteHahaaaa typo tu, thanks uncle.
DeleteCantiknya pokok teratai tu!
ReplyDeleteSaya kalau singgah blog kak mulan slalu drolling tgok gmbar makanan sedap2
Memang cantik kan. Hehe kita suka makan dan tengok makanan.
DeleteKedai Eda Yassin tu nak cuba lah minggu depan ke kuantan. Bukit Pelindung tu kalau the kids boleh la naik insyallah :D
ReplyDeleteSedap kedai Eda Yassin tu. Kalau anak2 tak larat, kendong je lah hehe. Ada je yang bawak anak.
DeleteOrang Kuantan hadir 🙋🏻♂️ tapi saya tak pernah nak review tempat sendiri..
ReplyDeleteKita tinggalkan Kuantan 24 tahun, tu yang nak explore selagi boleh hehe.
DeleteSeronok kalau sekeluarga suka briskwalk dan jjcm.
ReplyDeleteMrs. A pun suka nasi dagang dalam kuah kena selit seketul dua cili tu sambil makan sambil gigit sikit-sikit hehehee
Insyaa Allah, memang seronok. Alaaa pedas la ada cili tu, sebab tak kuat pedas.
DeleteSubhanallah.. cantiknya pemandangan pantai & awan.. rasa tenang walau dgn tgk gambar..
ReplyDeleteMemang cantik kan Subhanallah.
Deletebanyak makanan yg sedap di Kuantan...kena gi JJCM jugak la camnie.
ReplyDeleteDatang lah nanti AK
Deletelast gi kuantan 3 tahun lepas rasanya.. heheh ntah bila bole repeat lagi ni..
ReplyDeleteDatang lah lagi nanti ya Ako 😍
DeleteCantik2 ya kak, tempat di kuantan ini. Saya belum pernah kesana. Kalo nak kesitu, ada bus kan yaa? Nak juga lah sesekali kesana. THN ini saya tak banyak traveling Krn sedang saving sesuatu. JD utk destinasi saya hanya pilih yg dekat dan tak menghabiskan banyak biaya. JD teringin pula ke kuantan juga
ReplyDeleteBas ada tapi lama sikit perjalanan nya. 4 jam atau lebih sikit. Flight pun ada Fanny dari KLIA T1. Wahh Fanny mau ke mana tu, excited ni. Datang lah Kuantan kalau kelapangan ya, bagitau nanti ya 😍
Deletewaaahhhh cantiknyaaa bunga teratai mekar elok! waduhhhh nasi kerabuuuuuu!
ReplyDeleteMemang cantik kan teratai tengah mekar. Nasi Kerabu tu memang sedap.
DeleteCantik-cantik tempat di Kuantan. Makanannya pun macam-macam ada. Kalau KSarie udah rambang tu😅Cantik bunga teratai warna terang macam tu. Semoga ada rezeki juga untuk JJCM di Kuantan satu hari nanti
ReplyDeleteMemang cantik teratai tengah mekar tu kan. Kalau dah macam2 menu memang rambang mata. Datang lah Kuantan nanti ya.😄
Deletetercari2 kot2 terselit gambar kat Kula Cakes
ReplyDelete;-)
Hehe belum sampai
Deletesedap2 je makanan kat Senja tu...
ReplyDeletebuka setiap hari ya?
Yang kami order memang sedap Alhamdulillah. Tak sure pulak bukak tiap hari ke tak.
DeleteTerima kasih akak bawak SA jalan- jalan tepi pantai..ya allah rindunya nak lepak2 kat area pantai banyak batu- batu ni...sesuai untuk healing....lepas tu singgah pulak makan- makan ye...bestny dapat stay area Kuantan ni...nak pindah sana la..tapi company xde cawangan plak area sana
ReplyDeleteSama2 kasih SA. Alhamdulillah memang seronok dapat jalan2 tepi pantai ni. Datang lah nanti tau. JJCM Kuantan ni.
DeleteTengok mural penyu tu sayu je muka dia.
ReplyDeleteSekarang banyak pantai letak signboard untuk bawa pulang sampah sendiri.
Ada tempat letakkan tong sampah tapi tidak diselenggara. Sampah bertaburan. Kalau tidak letakkan tong orang main campak je merata. Harap orang ramai bertambah sedar akan tanggungjawab sendiri untuk menjaga kebersihan alam sekitar.
Penyu memang muka sedih kan. Betul seeloknya bawa balik sampah sendiri. Jadi lah rakyat dan insan yang bertanggungjawab.
DeleteCantik gambar mural penyu tu.
ReplyDeleteBagusnya, lepas sarapan, pergi brisk walk, pergi naik bukit. Cayalah!
Mural Penyu tu dah semakin pudar. Tapi still cantik. Kena makan dulu, baru ada tenaga hehe, kena paksa dengan hubby.
Delete