Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
KEDAI KOPI ATOK, KUANTAN.
Sabtu. Macam biasa weekend, isi perut dulu sebelum brisk walk. Lalu banyak kali, macam ramai je customer. Sampai kedai, adik tu kata buka 7.30am. Tak apa kami tunggu.
Vintage.
Tak sempat nak order sebab lambat sikit je siapnya. Next time Insyaa Allah.
Ada jemputan kenduri kawin. So tak boleh makan kenyang sangat. Order ROTI BAKAR PEANUT BUTTER. Rupa roti begini ada kacang tumbuk. Alahai kita peminat tegar peanut butter. Mengandung 2 kali di Ho Chi Minh City dulu, memang kuat makan roti dengan peanut butter. Alhamdulillah tak mengidam yang pelik2 sebab jauh. Tapi makan je lah, roti tu garing dia memang best. Hubby order ROTI TELUR GOYANG.
MANTOU + SAMBAL BILIS. Sedap walaupun bilis agak hancur dan cuma sambal tu sikit. Boleh mintak lebih kot next time. Kopi O ATOK tu, hubby kata sedap. Pagi tu minum Teh O panas sebab perut kurang enak.
Memang nak repeat sebab tengok customer lain order Mee Goreng atau Kuetiaw Goreng panas2. Bau semerbak sedap sangat.
Hujan gerimis. Sejuk sangat pagi Sabtu.
Mendung cuacanya.
Tak ramai sebab hujan maybe.
Kami bawa payung.
Selesai kenduri kawin di Kuantan, terus drive balik Putrajaya. Singgah GERAI TEPI JALAN UNITEN. Dah banyak kali lalu tapi tak singgah.
Beli MURTABAK FROZEN. Belum cuba, dalam freezer lagi. Resepi PAHANG + KELANTAN kata adik yang jual tu. Nampak bendera kiri kanan tu hehe.
Beli jugak.
Memang banyak gerai nya. Rambang mata.
UBI REBUS + SAMBAL BILIS. Sedap. Hubby beli.
PUTU BAMBU PB PANDAN. Sedap jugak cuma gula melaka berketul2 bila digigit.
POPIA CHE ABANG. Sedap. Boleh repeat. Dinner kami lah tu petang Sabtu.
AHAD pagi. RESTORAN ZNI BANGI. Gugel lepas Subuh nak makan pagi.
Sumber Foto : FB Restoran ZNI
Serius banyak betul menu nya. Lama betul nak pilih.
Tak sempat snap foto semua makanan. Bayangkan lah berapa banyak nya menu.
Hubby makan NASI DAGANG. Sedap katanya kuah pekat.
Saya ambil BOTOK BOTOK. Sebab first time jumpa. Nak jugak rasa. Makan dengan nasi putih. Sedap. Macam OTAK2 PANTAI TIMUR cuma dimasak dengan banyak jenis daun dan dibungkus dalam daun Pisang. Ikan pula seketul2, bukan dihancur kan seperti OTAK2 PANTAI TIMUR.
Memang tak tau. Rupanya RESTORAN ZNI ni berdekatan sangat dengan RESTORAN MAK KIMBONG yang viral jugak. Banyak outlet nya berdekatan. Ok Insyaa Allah next trip. Best ni jumpa port breakfast.
Siap makan, ke TAMAN TASIK CEMPAKA.
Mendung cuaca.
Hubby terjumpa kawan sekerja dulu.
Dari sini, langitnya nampak kebiruan di sana.
Nama CEMPAKA diambil dari tanaman pokok CEMPAKA yang banyak ditanam ketika awal pembinaan Taman Tasik ini.
Dari tasik, kami ke DEWINA HOLDINGS, Bangi. Nak borong sikit ready to eat (RTE) food ni. Sebelum travel memang selalu borong di sini. Cuma sebelum ke Taiwan tahun lepas, terlepas pandang cuti umum 1 January memang tutup. Dibuka tiap hari Isnin hingga Ahad kecuali cuti umum. Lamb Curry packing warna cokelat tu, produk baru yang kami beli. Katanya makanan untuk warga tentera negara Timur Tengah, Oman kalau tak silap.
Beli untuk kiriman ahli keluarga yang nak travel. Harga memang murah dari pasaran luar.
AHAD lepas Zohor, ambil anak solehah yang baru mula cuti semester. Singgah TAJ HADRAMAWT Taman Melati untuk lunch. Memang lama betul tak masuk restoran Arab.
HUMMUS favorite anak solehah. Makan dengan roti Arab.
FAHSA. Stew daging berempah yang dikatakan berasal dari Yemen. Dimakan dengan roti Arab. Sedap. Favorite kami.
NASI MAQLUBAH. Hubby punya. Nasi ni katanya berasal dari PALESTINE, juga dari beberapa negara ARAB lain. Sedap tak berminyak. Nasi banyak, tapau separuh.
Mummy punya. CHICKEN GRILL with CHEESE. Terpaksa tapau ayam ni sebab kenyang. Tak berusik pun. Siap makan, terus drive balik Kuantan. Ayam ni masuk freezer.
Sampai rumah, hadiah 3 TOP COMMENTATOR dari BLOGGER UJIE dah sampai. Alhamdulillah dan Terima Kasih Ujie. Moga dimurahkan rezeki selamanya.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.
SA dah sarapan kat Restoran Mak Kimbong tu 2 kali dah...Restoran ZNI x pernah explore lagi..boleh la pergi nanti
ReplyDeleteNext time kami pulak nak try Restoran Mak Kimbong, banyak outlet berdekatan nampak banyak menu.
Deletebelum pernah masuk lagi kedai kopi atok...dulu kedai cendol gula kabung selalu juga singgah
ReplyDeleteTiap kali lalu, ramai customer. Tu yang stop baru ni. Nak repeat lagi Insyaa Allah.
DeleteBanyaknya makanan! Hehe...
ReplyDeleteAlhamdulilah atas segala nikmat yang Allah berikan. Moga Allah limpahkan rezeki berlipat ganda buat akak sekeluarga Aamin...
Alhamdulillah syukur. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
DeleteDoa yang sama buat Cuya jugak.
Botok botok tu makanan Jawa. Arwah Bapak saya suka makan, mak/kakak selalu buat.
ReplyDeleteAlhamdulillah selamat sampai hadiahnya. Sama-sama 💙
Dengar banyak kali, jumpa je terus nak rasa, sedap.
DeleteAlhamdulillah suka semua hadiahnya, ❤️
sedapnya menu-menu kampung , kedai pun bertema klasik menarik sangat dik :)
ReplyDeleteMemang sedap menu kampung kan. Kedai tu memang klasik dan menarik.
DeleteUncle lebih tertarik dengan deko2 dalam kedai tu... mana la diorang dapat papan2 tanda tu kan?
ReplyDeleteMai datang Kuantan lah tengok kedai tu. Rasanya Kuantan ni ada Pasar Karat hujung minggu. Situ kot diorang beli.
Deletekafenya nuansa vintage
ReplyDeleteenak sepertinya ngopi disitu
Betul, vintage kan cafe nya dan memang enak ngopi di situ.
DeleteSukanya ada tulisan jawi dekat kedai kopi tu 👍🏻
ReplyDeleteBanyak betul pilihan makanan dekat kedai tu, mmg rambang mata
Macam best je Restoran Arab tu... Dekat boleh pi try :)
Ada few kedai di Kuantan ni guna tulisan Jawi. Ada kedai China pun guna tulisan Jawi.
DeleteRambang mata sangat nak pilih breakfast sebab banyak betul menu.
Dekat area PH kan, boleh try Taj Hadramawt tu.
Skrool.... skrool......
ReplyDeleteRamainya gambar makanan
Alhamdulillah
Deletebyk2 tu i terliur nasi maqlubah :) kdg2 ada jer nasi ni time mkn2 kat my office sbb memang ada staff aikol org palestine dan org negara2 arab.so diaorg rajin bwk potluck nasi2 gini
ReplyDeleteMemang sedap nasi Maqlubah tu kan.
Deletepernah sekali makan botok2...mcm pais ikan, byk sayur....nasi arab..sedapnya....hummus x pernah makan...
ReplyDeleteBetul botok2 macam pais ikan tapi banyak sayur dan ulam, sedap.
DeleteHummus tu dari kacang kuda, sedap cicah roti Arab.
Pandai atuk design kedai kopi dia ya....Roti peanut tu saya dan Dania tak makan sebab ada peanut. Kalau suami dia suka la peanut tu.
ReplyDeleteHehe pandai Atok kan. Dalam menu tak perasan pulak kacang tumbuk tu. Kalau peanut butter spread biasa, memang suka sangat.
DeleteAnak solehah suka hummus ya. Samalah macam aunty. Kita gang lah hihihii.
ReplyDeleteAlhamdulillah, rezekidapat hadiah.
Sedap kan hummus. Nak buat tapi belum sampai seru nak try :)
DeleteAlhamdulillah seronok:)
ada popia big mac dijual kat situ?
ReplyDeletehehehe kan skrg tgh viral balik popia tu
Next time boleh try.
Deletealhamdulillah...mcm2 hadiah drpd blogger uji...
ReplyDeletesemestinya dr jepun tu yg mahal ;-)
Alhamdulillah
DeleteSaya sukaaa segala yg berbau vintage. Nyaman soalnya. Makanan pun mostly sedap. JD penasaran nak coba cakoi viralnya. Isssh samaaa kak, saya pun sukaaaa kalo dah peanut butter. Memang fav. Tambah butter pula.
ReplyDeleteLihat aneka gerai tepi jalan, ini yg bahaya, selalu buat kalap nak beli semua 🤣🤣
Botoknya agak beda dengan botol Indonesia. Kalo Indonesia seru deng kelapa dengan sayuran dan petai China.
Restoran Mak kimbong itu saya beberapa kali denger. Nampaknya memang hrs dicoba juga 😄
Cantik vintage kedai nya kan. Memang jadi seronok untuk duduk makan. Ya Fanny, peanut butter spread lagi sedap.
DeleteAneka gerai, sangat bahaya. Sebab rasa mau dibeli semua. Oh di sana ada botok juga ya.
Restoran Mak Kimbong memang ramai sudah pergi, memang famous kedai nya.
Klasik deco kedai kopi tu.
ReplyDeleteBanyaknya gambar makanan, nampak sedap-sedap belaka. Port untuk brisk walk pun cantik, di Kuantan dan di Bangi.