Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
AHAD 29/12. Baru ni weekend sampai new year balik Putrajaya. Hubby habiskan cuti. Lepas Subuh macam biasa hubby akan kerah keluar rumah brisk walk etc. Dan macam biasa ma'am dia mintak nak makan dulu isi tangki kan. Baca dari blog Sis FZY FUZZY yang pernah ke WARONG DATO.
Menu di belakang kaunter. Ada juga di meja kaunter.
Ruang yang luas dan selesa. Belum ramai sebab baru pukul 7am lebih.
Ramai jemaah singgah makan dan tapau.
Antara menunya, banyak pilihan.
LONTONG DARAT.
Sedap sangat. First time makan.
Sudut bergambar.
LEMPENG PISANG + SAMBAL. Pun sedap.
Boleh repeat Insyaa Allah. Nak try menu lain.
TAMAN RIMBA ALAM PRESINT 15.
First time sampai sini, padahal lalu lalang dengan kereta selalu ke kedai area P15 ni. Blogger Ezna pun dah sampai brisk walk sini.
Besar betul. TAMAN CANSERI juga dalam perkarangan yang sama.
Hubby ni kan, sunyi route ni tapi katanya takpe takpe.
Langsung sampai jalan yang berdaun kering, umpama tak di lalu orang.
Sampai sini baru lega.
Pusing2 jalan balik lalu NEXUS INTERNATIONAL SCHOOL.
Lalu juga TAMAN CANSERI.
ISNIN, 30/12. WARUNG BUNIAN, SG. MERAB.
Nasi Lemak Telur Bungkus.
Warung Bunian ni memang viral kan, aunty di Sg Merab memang selalu ke sini. Sedap tapi sambal pedas sikit. Menu di sini tak banyak. Tapi ramai datang.
Hari hujan tak dapat nak snap foto kedai. Cer gugel. Parking susah sikit sini. Tapi ada je. Kawasan agak berbukit.
SABTU 4/1. COFFEE VILLAGE.
Yang ni pun satu, lalu lalang bila ke Sg Merab tapi tak pernah singgah. Try singgah Alhamdulillah buka awal.
Oh ada tempat memancing di belakang nya.
Belum ramai, kedai ni dibuka hingga malam rasanya.
KARI KAMBING tu RM8 semangkuk, banyak jugak.
Tak habis kami kalau seorang makan. Antara menu yang dijual, belum banyak lagi makanannya.
ROTI CANAI BAWANG. Sedap, boleh repeat.
Best view ni makan pagi.
Siap isi perut, langsung mencari port brisk walk.
TANGGA PUTRAJAYA. Hubby bawak ke sini.
Jom naik tangga.
Belum pernah explore sampai sini. Selalu naik tangga terus turun.
Ini lah dia. PLAZA MERCU TANDA.
LAMAN MEGALIT
Batu Megalith ialah batu pra-bersejarah yang besar yang telah digunakan untuk membina struktur atau monumen, baik bersendirian atau dibina bersama dengan dengan batu-batu yang lain. Perkataan "Megalith" ini pertama kali digunakan pada tahun 1849 oleh Algernon Herbert dari Britain untuk merujuk kepada monumen Stonehenge. Perkataan ini berasal daripada bahasa Yunani Kuno (Mega bermaksud besar dan lithos bermaksud batu). Sebilangan besar batu megalith yang didirikan adalah di antara zaman Neolitik (walaupun contoh Mesolitik sebelumnya diketahui), Chalcolithic dan Zaman Gangsa.
Di Malaysia khususnya, terdapat beberapa buah negeri yang mempunyai tapak megalitik antaranya ialah Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Perak, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Taburan yang paling banyak adalah di sekitar daerah Kuala Pilah, Tampin dan Rembau di Negeri Sembilan dan juga daerah Alor Gajah (Melaka Pindah, Cherana Puteh, Taboh Naning, Melekek, Lubok Kepong, Gadek, Tanjung Rimau Dalam, Pulau Sebang dan Padang Sebang) dan daerah Jasin (Kg. Chabau, Simpang Bekoh, Nyalas, Chohong & Terentang) di negeri Melaka. Di Negeri Sembilan, terdapat banyak kawasan atau tapak megalitik dan salah satunya terdapat sebuah batu megalith yang masih kukuh berdiri dan berketinggian 3.35 meter yang terletak di Repah, Tampin, Negeri Sembilan. Batu Megalith ini dinamakan sebagai Makam Datuk Nisan Tinggi dan merupakan batu megalith yang tertinggi di negeri ini.
(Sumber : Wikipedia)
Menarik.
Megalit atau lebih dikenali sebagai Batu Hidup oleh penduduk tempatan (Malaysia) hanya terdapat di daerah Alor Gajah, Melaka dan di daerah Kuala Pilah, Rembau dan Tampin, Negeri Sembilan. (Sumber : muziumnegara)
View dari MEGALIT.
Jalan lagi, pusing2. Dah siap maintenance MASJID PUTRA. Hubby memang parking berdekatan. Antara masjid dan tangga Putrajaya.
KEDAI MAKAN SINGGANG BUDU IKAN BEKOK, KAJANG.
Lunch di sini.
Ikan Singgang, Telur Dadar, Tempoyak, Budu, Petai, Ulam2.
Sedap Alhamdulillah ngam2 untuk berdua.
IKAN BEKOK. Menu customer lain.
PERUT BAKAR.
Juga menu customer lain. Boleh repeat Insyaa Allah nak try menu customer lain ni. Nampak sedap sangat.
banyaknya pilihan makanan .
ReplyDeleteSemua sedap Alhamdulillah :)
DeleteWarung dato tu kedai family kawan sekolah saya. Haritu try sarapan roti dgn kari kambing kat situ. Sedap n portion banyak. Kami datang pukul 10 am, banyak menu dh habis. Kena datang pagi2 lah baru best sikit
ReplyDeleteCantik juga taman rimba alam tu. Nampak lawa ambil gambar kat route yg sunyi tu, boleh posing sakan sebab takde orang lalu lalang hehe
Oh ya ke, memang sedap la lontong darat dan lempeng kami order. Next time boleh try menu lain.
DeleteHehe tak reti nak berposing dah la dalam hutan sunyi sepi. Memang cantik taman tu.
batu megalit tu dipindahkan dari tempat asal ke Putrajaya ke kak?atau tu cuma replika?saya baru tau ada di Putrajaya
ReplyDeleteBukan replika, yang original dibawa ke Putrajaya.
Deletelontong darat tu sgtlah menyelerakan. terliurnyaaaa
ReplyDeleteMemang sedap tau.
Deletenampak lempeng pisang terus terasa laparrrr
ReplyDeleteYumm sedap tau
Deletesedapnyaaaa singgangggg
ReplyDeleteKami pun lama tak makan Singgang, memang sedap.
DeleteSA rasa nak buat trip JJCM la kat Putrajaya ni Sabtu ke Ahad ke..nak bawak Pak Zain..tapi pakai baju senaman dari awal pagi la...boleh briskwalk terus dan boleh explore tangga Putrajaya tu...
ReplyDeleteKami pergi makan memang berbaju sukan sampai lunch pun sama sebab tak balik rumah lagi.
DeleteBangi memang syurga makanan kan, macam-macam ada kat sana :)
ReplyDeleteBetul tu Kak Ana.
DeleteTerpikat selera tengok semua makanan terutamanya lempeng pisang.
ReplyDeletePerut bakar tu saya belum pernah jumpa, apalagi merasa. Tentu sedap ni.
Lempeng Pisang memang sedap tapi first time tengok makan dengan sambal.
DeletePerut bakar tu macam makanan dari Kelantan kot atau Thailand, memang sedap.
Wah Warung Bunian ya nama kedai? Teringat pula orang ada share, dia pergi kedai satu kedai rupanya kedai tu tak wujud... hahaha seram en
ReplyDeleteHehe yang ni memang dah lama rasanya Warung Bunian ni. Tapi macam pernah dengar cerita yang Cuya cakap, kedai Bunian tak wujud. Mau tak seram.
DeleteMakan, jalan... makan, jalan.... fuh!
ReplyDeleteKena heret uncle, ikut je lah.
DeleteBelum sampai lagi Tangga Putrajaya tu, nampak menarik Kak...
ReplyDeleteLontong Darat tu lama dah sy teringin tapi tak jumpa lagi kat area rumah ni aduh...
Memang menarik Tangga Putrajaya ni. Kat atas macam2 ada.
DeleteLontong darat tu Alhamdulillah dapat juga makan akhirnya. Sedap.
Ramainya menu
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
Alhamdulillah
Deletetk pernh mkn lontong darat...nasi lemak telur bungkus tu mmg femes tp tk pernh merasa
ReplyDeleteSedap lontong darat tu tau. Macam biasa je nasi lemak tu tapi unik sikit sebab berbungkus. Hubby suka sambalnya.
Deleteblm pnh mkn lontong darat.. wow megalit tu menarik! ada terbaca mcm ada juga di kwsn Kampar Perak..
ReplyDeleteSedap lontong darat tu. Betul di Malaysia ada beberapa negeri yang mempunyai tapak megalit ni, antaranya Kampar, Perak pun ada.
DeleteMakan dan Makan dan Makan huhuu... Area Bangi Kajang memang syurga makanan..
ReplyDeleteTaman Megalit tu mcm kena pergi lepas ni.. Bab sejarah ni saya suka hihii :D
Alhamdulillah nikmat Allah bagi. Bangi Kajang memang banyak tempat makan best kan.
DeleteNanti pergi Laman Megalit tu bawak wife dan anak2, best jalan2 situ.
Nasi lemak unik.. ada ikan goreng... bestnya jjcm area bangi-kajang... dlu time en husb keja di sana syok la dpt makan di kedai best² area situ
ReplyDeleteUnik kan, memang banyak tempat makan area Bangi Kajang ni.
DeleteWarung DATO ini tampak asri dengan berbagai bunga-bunga dan tanaman hias ya Mbak.
ReplyDeleteSuasana asri demikian pasti membuat pengunjung betah dan memberi rasa lebih nikmat juga pada menu makanan yang disajikan.
Salam,
Salam Pak, betul suasana nya sangat rasa nikmat dan seronok untuk makan di situ.
DeleteBelah2 Putrajaya/Kajang tu byk betul tempat makan best. Harga pun tak semahal di KL.
ReplyDeleteBetul harga masih berpatutan di area ni.
DeleteKak, semua tempat di atas ini dekat dengan Putrajaya berarti yaa?
ReplyDeleteSaya ada buat plan, kalo nanti ke KL lagi, saya nak stay di area Putrajaya. JD benar2 eksplor sampai puas daerah sana. Krn selalunya saya stay di KL central kan. Dah bosan pula 😄😄. Apalagi tiap liat tulisan Kaka dan kak ezna, nampak di Putrajaya dah makin bagus dan banyak kuliner tak kalah sedap.
Suami saya pun baru sekali kalo tak salah ke sana. Saya pula trakhir ke Putrajaya zaman kuliah 🤣. Numpang sholat di mesjid yg pinky itu 😁
Ya Fanny, semua berdekatan Putrajaya. Nanti datang Malaysia, cuba duduk area Putrajaya. Roger2 ya.
Delete