Sunday, January 26, 2025

KENCANG KITCHEN



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.


PINEAPPLE UPSIDE DOWN CAKE

Anak solehah request. Tiap kali cuti, kek ni memang naik nama kek ni. Kencang dapur kalau anak2 balik, mak pun mood lain macam, seronok di dapur.



Tak cantik sebab ada insiden. Tak apa lah sebab kena terbalikkan nanti. Siap adun kek, rupanya oven silap adjust. Tak panas langsung. Terus lah panaskan maximum 2 minit, kemudian adjust to 170'C macam biasa. 


Alhamdulillah elok jugak lah jadinya. Favorite anak solehah dan sekeluarga.


Resepi dari IG PandanGulaMelaka


KIMCHI. Stok dah habis. Buat batch baru. 

RESEPI KIMCHI :

1/4 Kobis Panjang yg besar

- Potong sebesar 3cm x 3cm. Basuh & rendam dgn air garam yg separas saja (guna 5 sudubesar garam) selama 4 jam. Basuh & perah 3 kali.

1 bawang besar dipotong kecil
1 epal merah dikupas kulit & dipotong kecil
2 sudubesar serbuk cili
1 sudubesar Sos Ikan
1 sudubesar gula

- Kisar halus semua bahan di atas. Tambah air sikit saja kalau perlu untuk mengisar.

1 carrot dihiris halus panjang 2 inci
Kucai dalam segenggam dihiris panjang 2 inci

- Gaul semua bahan di atas & simpan dalam balang plastik di dalam peti sejuk, bukan di tempat beku. Rasanya masam masin ada sikit manis macam jeruk asin sikit.


BIBIMBAP

Lunch. Bila berdua saja dengan anak solehah. Masak nasi beras Sumo. Sayur2 digoreng sebentar dengan sedikit minyak bijan dan garam. Ada telur mata macam dalam foto + GOCHUJANG PASTE. Tabur Aonori, seaweed flakes.


PUDING PISANG PEACH


Lagi satu wajib buat kalau anak solehah ni balik cuti lama. 

Resepi :

12 Pisang Emas atau Pisang jenis lain. Adjust kan size sama.
Goreng sekejap dengan api yang agak panas, hanya untuk bagi Pisang masak keemasan di luarnya. Jangan sampai lembik dengan minyak. Angkat, tos minyak. Susun dalam acuan/bekas dessert.

1 tin kecil peach dalam tin, tos an ambil sirapnya
1 tin susu cair
1 telur dipukul
1 sudu teh vanilla
2-3 sudu besar custard

Sirap dari peach, dimasak dengan semua bahan di atas, dengan api kecil sederhana. Kacau selalu.
Bila masak likat, curah atas Pisang. Susun peach atas custard. Sejukkan.


GUNKAN SUSHI

Gunkan secara literal bermaksud "Kapal Perang" dan terdiri daripada bebola bujur kecil nasi sushi yang dibalut dengan rumpai laut nori dan di atasnya dengan pelbagai bahan. 
Sumber : schoolofsushi.com


Jumpa Tobbiko (flying fish eggs) yang merah & Chuka Wakame yang hijau dalam freezer. Ada seaweed sheet (Yaki Nori) 3 keping. Buat scramble egg, gaul dengan mayonnaise. Siap lah lunch berdua dengan anak solehah tadi. Hubby ke Rompin, masuk laut cari ikan. Nanti update pasal ikan pulak. 

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.

40 comments:

  1. Meriah hah macam2 ada. Elok je kejadian kek tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah elok. Berdebar je sebelum terbalikkan.

      Delete
  2. waahhhhh ini memang betul2 kencanggggg kitchen! sedapnyaaaaaa! hehehe

    ReplyDelete
  3. nanti sy nak request laa juga kek nanas
    hahahaha

    ReplyDelete
  4. Aduh Kak, Sy ingat nama kafe hahaha...
    Dapur Kencang yg satu ni mmg tak pernah mengecewakan 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah mood kencang sebab anak solehah ada di rumah hehe.

      Delete
  5. sedapnyaaaa pudingggg
    dpt mkn sejuk2 yummyyyyy

    ReplyDelete
  6. terus terasa lapar la bila tgk mcm2 gmbr mknn niii!!! semua nampak sedap sgt2!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah 😁 sedap bila anak solehah ada di rumah.

      Delete
  7. Makanan macam ni CUya pon sukaa..sebab ada unsur jepun dan korea, favouriteeeeee

    ReplyDelete
  8. Salam. Cake nenas tu nampak menggoda sangat. Mintak izin ambil resepi ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam. Sila kan ambil resepinya. Terima kasih singgah blog ni.

      Delete
  9. Wah..wah..memang kencang dapur ni...merata negara pergi..korea, japan..hehehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah hehe sama kencang mood nya bila anak solehah balik rumah.

      Delete
  10. rajinnya Mulan, kek upside down ni memang cantikkan, tq for sharing resepi dik, mana tahu boleh try nanti, In Syaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mood masak2 ni bila anak2 ada di rumah. Alhamdulillah elok bila terbalikkan. Kak Ana buat lah nanti.

      Delete
  11. Kek tu nampak menarik, eh semua yang Mulan masak nampak menyelerakan la. Kimchi pulak kalau makan kat korea masa travel dulu sedap je rasa...tapi bila balik Malaysia tak suka pulak kimchi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kek tu sedap masam manis favorite anak solehah. Kimchi memang kena ada di rumah ni.

      Delete
  12. Lapar sentiasa tengok entri akak, seronok la akak dapat masak macam-macam. Mesti sedap kek nanas tu kak oi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dana pun sama masak macam2 siap ambik order. Geram je tengok. Sedap kek tu rasa masam manis.

      Delete
  13. Akak kena bukak cafe la macam ni...semua nampak sedap tu ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh jauh sangat SA ni hehe, masak2 bila anak2 balik rumah je.

      Delete
  14. ya Allah, sedap sungguh .... bestnye pandai masak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, masak campak2 tapi kalau buat kek kena ikut resepi nya hehe.

      Delete
  15. Makan pun nak kena terbalik?

    ReplyDelete
  16. Cantiknya kek tu. Boleh dah ni jual 😁
    Woww pandainya buat kimchi sendiri.. puas makan ni! Kalau saya suka buat nasi goreng kimchi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu2 suatu masa ada jugak jual kek. Stop bila anak2 sekolah. Kimchi kena ada di rumah ni. Macam2 boleh buat.

      Delete
  17. Wajarlah anak2 kakak selalu rindu masakan2 mamanya, memang pun kliatan sedaaap semuaaa 😄😄😄😍👍. Apalagi hasilnya selalu cantik dan naikkan appetite sangat kak 😍😍

    Yg cake nenas tuh, pastilah segaaar kan 😍😍😍.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kek Nenas memang favorite semua di rumah ni. Betul semua anak2 yang belajar atau kerja jauh, kalau balik rumah mesti mau kan masakan ibu nya kan. 😍😍😍

      Delete
  18. Wahhhhhh.....rajin dan pandainya Mulan masak. Baca post ni buat KSarie buat ngences. Lapo terus jadinya😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak yang biasa anak2 mintak hehe. Jadi tak jadi, semua makan je. 😄😄

      Delete
  19. Laaa... baca tajuk dan gambar awal ingat ada cafe nama Kencang Kitchen.
    Terbaiklah... yang nengok ni pun terasa2 kat tekak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe sebab anak solehah ada di rumah, maka kencang lah kitchen memasak dengan dia.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
Email : o-mulan@hotmail.com