Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Alhamdulillah cuaca elok ketika terbang ke Sarawak, 29/1/2025. Subhanallah suka sangat tengok awan putih, langit biru.
PRAY FOR SARAWAK.
Moga dipermudah kan semua urusan mereka yang terkesan dengan banjir.
TAHUN BARU CHINA. 29/1.
Airport Kuching meriah, menyambut rakyatnya pulang dan tetamu yang datang.
Memang hujan lebat setibanya di langit BORNEO. Keluar saja, kami terus ambil sewa yang telah pun ada. Hubby book awal. Bezza Biru. Lupa pulak ambil gambar kereta.
VIVACITY MEGAMALL.
Hujan lebat, check in pun pukul 2pm. Anak2 gugel cari Mall. Mesti ada food court kan. Boleh terus lunch. Tapi kena brisk walk dulu dalam Mall, arahan siapa lagi kalau bukan one and only dearest hubby.
LAKSA SARAWAK. Sedap walaupun pes atau rempah tak banyak sangat. Pernah makan, di Vietnam dulu ada kawan dari Sarawak selalu masak masak gathering2.
JAPANESE CURRY + NASI. Sedap kata anak solehah.
NASI GORENG DAGING LALAP, BRUNEI. Sedap jugak.
SIGNATURE TOUFUFA. Memang sedap do'oh. Tambah kacang merah, yumm.
Banyak lagi menunya.
HARBOUR VIEW HOTEL, KUCHING
Bilik dengan 2 Queen Bed. Besar luas, bersih kemas.
Tak expect dapat view ni, Alhamdulillah.
Seronok sangat dapat view ni. Hujan, memang hujan sepanjang masa kami di Sarawak.
Hujan reda sikit, kami turun jalan2.
JAMES BROOKE BISTRO & CAFE. Viral jugak tapi tutup.
THE BROOKE GALLERY AT FORT MARGHERITA.
Dari kejauhan, bangunan putih.
CAT STATUE, KUCHING. Tapi tak jumpa kucing. Sepanjang di sana, hanya dua kali nampak kucing.
Jom naik perahu. RM1 je tapi boleh je bagi lebih seikhlas hati.
Hujan, tapi rintik2 halus je. Tak basah pun baju.
DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK.
Ada bahagian dalam pemulihan dan pembaikan.
DARUL HANA BRIDGE
MOKTI'S AIS KRIM GULA APONG. Memang sedap.
MASJID INDIA KUCHING @ MASJID TERAPUNG.
MASJID India Bandar Kuching atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung menjadi salah satu tarikan pelancong di bandar raya Kuching. Menurut penulis jurnal Kisah di Sebalik Kawasan Masjid India Bandar Kuching, Haron Mustapha, tapak asal berdekatan masjid terapung ini ialah pasar ikan, pasar ayam dan bangunan Ban Hock setinggi tiga tingkat.
“Seberang jalan menghadap masjid ini pula menempatkan deretan kedai menjual rempah ratus milik masyarakat India dan kedai menjual pelbagai jenis kain serta keperluan asas harian. Masjid ini lebih dikenali sebagai “Masjid Tambi” dalam kalangan warga tempatan yang dibina pada 1834 oleh pedagang India, sekali gus direkodkan sebagai masjid tertua di Sarawak yang menjadi tempat ibadah sejak lebih 176 tahun.
Sementara itu, Masjid India baharu dibina di atas sungai berhampiran Tebingan Kuching dengan menelan perbelanjaan RM21 juta — siap dirasmikan pada 1 Mac 2019. Haron berkata, dahulu asal tapak masjid ini ialah tempat kapal nelayan berlabuh selepas memunggah ikan, bersebelah pasar ayam.
(Sumber : suarasarawak.my)
DARUL HANA BRIDGE & DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK
Gayat jugak lalu di jambatan ni.
KEDAI KEK LAPIS MAMA SU. Di deretan kedai di KUCHING WATERFRONT. Beli satu, Kek Lapis Chocolate Cheese, sedap.
MEE KOLOK & SATE AYAM @ WATERFRONT CAFE. Sedap. First time tengok cawan kopitiam sebesar mug. Jenuh nak habiskan kopi.
Kami makan di luar, ambil angin Sarawak.
Cantik kan bila malam.
On the way jalan balik ke hotel.
View dari bilik hotel. Tingkat 9. Harbour View Hotel.
Jalan2 kaki first day di Kuching.
Hari ke 2. Masa booking hotel di Bookingcom, sebelum buat bayaran, ada offer RM70 breakfast untuk 2 hari, untuk 4 orang. Apa lagi, rembat lah kan. Alhamdulillah.
Alhamdulillah sedap semuanya walaupun tak banyak pilihan, tapi banyak lah jugak sebab tak boleh nak makan semua pun, ketat perut. Mee Kolok Goreng dengan Ayam Kukus (untuk Nasi Ayam) memang padu. Mee Jawa pun sedap. Elok je diorang serve siap2 dalam mangkuk kecil2.
Siap breakfast, hubby drive ke sini. Plan asal nak ke BAKO NATIONAL PARK, FAIRY CAVE & SEMENGGOH WILDLIFE CENTER nak tengok Orang Utan, tapi sebab hujan lebat, maka kami tukar plan. Anak2 soleh solehah yang pilih ke sini.
Seriously tak sangka wujud nya batu2 seumpamanya di Malaysia.
Feeding time.
Beli makanan ikan di sini. RM2 sepeket rasanya, masukkan duit dalam peti kuning sebelah kiri. Ambil sepeket makanan ikan di kotak peti kanan. Kawasan ini dijaga oleh JKKK setempat.
Detail mengenainya, klik --> PAKU ROCK MAZE GARDEN
PAKU ROCK MAZE ini ialah bentuk muka bumi hutan batu yang terbentuk secara semula jadi yang terletak di belakang Kuil Shiwang. Sebelum 2021, ia merupakan hutan batu primitif yang belum dibangunkan yang ditumbuhi pokok renek. Taman maze batu Paku, sebagai tambahan kepada wakil "Golden Hoop", juga mempunyai mini "Five Fingers Mountain" berdiri di tengah. Ketinggiannya hanya separuh badan manusia, dan lima rabungnya yang terangkat serta lumut yang merebak adalah seperti model miniatur gunung dataran tinggi. Nama "Five Fingers Mountain" bukan sahaja berasal daripada bentuk lima rabungnya yang serupa, tetapi juga untuk menggemakan budaya "Raja Monyet" bersama-sama dengan akar "Gelung Emas".
(Sumber : mybarter.com.my)
Budak2 ni kalau tempat macam ni, satu hari pun tak cukup. Tapi memang amazed sangat lah, rasa macam di luar negeri.
TASIK BIRU, BAU, SARAWAK.
Turun sekejap saja, ramai jugak pengunjung. Boleh ke seberang ada bayaran. Ada temple rasanya, kena hiking sikit. Kalau cuaca terang, memang cantik warna tasik.
Bau terkenal dengan gua batu kapur yang indah, peristiwa bersejarah dan tasik. Salah satu yang paling popular ialah Tasik Biru atau Tasik Biru Bau.
Tasik Biru, tasik buatan yang indah di Bau, kira-kira 300 kaki dalam. Tasik itu dahulunya adalah lombong emas di mana pelombong Hakka menggali emas dengan alat mudah tetapi kemudiannya diletakkan untuk membentuk tasik daripada air hujan. Gold Rush melanda bandar Bau seabad lalu dan Tasik Biru menyaksikan kemasukan pekerja perlombongan dari China.
(Sumber : gabanmeow.com)
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.
Untungnya ada awk2 comel sambut kat airport.....
ReplyDeleteBest tau, cewah terasa macam artis.
Deletesemoga Alalh permudahkannya.. ameeennn
ReplyDeletecantiknya view
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin
DeleteBestnya pi Sarawak.
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteCantiknya Sarawak!
ReplyDeleteBangunan DUN tu lawa betul waktu malam kan...
Yg batu² tu mmg mempesona.
Memang Sarawak cantik. Betul waktu malam memang lawa bangunan DUN tu,
DeleteRindunya SA kat Sarawak....bila la nak buat kerja giler terbang Jumaat balik Ahad gara- gara merajuk dengan boss 5 tahun lepas...rindu Mee Kolok.....
ReplyDeleteOh ya ke. Kejap je flight kan. Jom kita pergi lagi. Mee Kolok memang sedap.
Deletewaaa bestnya cuti2 kuching!! i pernah lah sampai kuching ni twice tp many2 years ago
ReplyDeleteAlhamdulillah memang best. Cukup dah jelajah satu Malaysia.
DeleteJalan-jalan waktu malam di area Darul Hana Bridge tu memang sangat memukau pandangan.
ReplyDeleteSaya pulak tak sempat ke Paku Maze tu, cuma sempat ke Fairy Cave. Takpe, ada rezeki kita datang lagi.
Betul jalan malam2 di bridge tu memang cantik kan. Kami nak ke Fairy Cave tapi hujan.
DeletePaku rock maze garden ni sure banyak pucuk paku ni. Hehe. Awan memang lawa....kalau ke Sarawak kek lapis dan kek mita memang famous.
ReplyDeleteEh tak nampak pulak pokok paku. Awan putih langit biru memang cantik. Kek Lapis memang dari Sarawak lah kan.
Deletewahhh... anak beranak memang gemar aktiviti outdoor.
ReplyDeleteInsyaa Allah, outdoor aktiviti memang best.
DeleteBanyak2 negeri, negeri Sarawak la Cuya belum pernah pergi.
ReplyDeleteMoga ada rezeki la nak ke sana ^^
Insyaa Allah ada rezeki Cuya nanti
Deletewaahhhh cantiknya Paku Rock Maze Garden! moga dipermudahkan urusan semua di Sarawak
ReplyDeleteMemang cantik Paku Rock Maze Garden tu. Aamiin, moga dipermudah kan semua urusan mereka di sana.
Deletelast pegi sarawak 2023...urusan keje bkn holiday...patut arini fly ke sarawak juga urusan keje tp sbb kita dh nk cuti so dh inform bos tkdpt nk outstation....gmbr wajib dkt patung kucing bila ke sarawak..laksa sarawak kita tk bole mkn ..tk brp kena ngan tekak biasa mkn mee kolok
ReplyDeleteBetul kalau sampai Kuching mesti nak bergambar dekat patung kucing kan. Dulu masa mula bau Laksa Sarawak, dalam hati kata bau macam rempah orang dalam pantang, tapi bila makan, ok lah boleh makan. Mee Kolok pun sedap.
Deletedarul hana tu x sempat naik
ReplyDeletems sy datang tutup utk org ramai
so tgk dari jauh je
Oh ya ke, takpe boleh ambil gambar dari jauh.
Deletetampak sejukkkkk je kat paku maze tu...
ReplyDeletesekali pandang mcm binaan lama...
Sejuk jugak sebab hujan.
Deletesedap2nya makanan...ooo..kena brisk walk dulu, baru makan...paku rock maze garden..cantikkk....
ReplyDeleteAlhamdulillah memang sedap. Hehe memang camtu lah kena jalan dulu baru dapat makan. Paku Rock Maze Garden tu memang cantik. Seronok.
DeleteSelaat terbang ke Sarawak
ReplyDeleteTerima kasih Wak
DeleteYa Allah bucket list saya sangaaaaaat ke Sarawak ini kak 😍😍😍😍. Satu2 tempat yg saya pernah datangi di pulau Kalimantan hanya Brunei 🤣🤣. Even kota2 Kalimantan saja belum .
ReplyDeleteMakanya dah niat, kalo nanti ke Kalimantan, rute saya inginnya, pontianak, Singkawang, Sintang , baru eksplor Sarawak Sabah. Memang butuh waktu agak lama jadinya. Tapi sekalian lah kalau dah kesana, better lama supaya puas 😄
Nak coba langsung kuliner laksa sarawak dan mee Kolok LGS di tempat asal ❤️
Kami pun memang lama sangat mau ke Sarawak. Alhamdulillah diizinkan ke Kuching. Memang tak cukup, memang tak puas tapi tetap seronok dapat tengok bandar Kuching dan makan macam2 semua nya sedap.
Deletemeriahnya airport disambut oleh akak2 baju tradisional sarawak. heavennya sampai2 terus makan laksa sarawak! all makanan pun semua sedap!
ReplyDeleteeh cantiknya paku rock garden tu! boleh masuk dlm list ni.
Kami sampai pagi cuti CNY memang meriah la disambut dapat limau sebiji seorang. Seronok explore Paku Maze Rock Garden tu. Kami pun nak ke sana In syaa Allah sbb banyak tempat tak lepas pergi.
DeleteBanyak tempat menarik di Kuching ni rupanya. Paku Maze Rock Garden tuh cantik sungguh ye
ReplyDeleteBetul memang banyak tempat menarik di Kuching termasuk Paku Maze Rock Garden
DeleteBagusnya kopi dia dalam cawan besar, puas minum. :D
ReplyDeleteTeringin pula nak makan mee kolok, baca entri ni.
Cantik pemandangan Kuching di waktu malam, dengan lampu warna-warni.
Cantik sangat gambar di Paku Rock Maze tu. Wow. Tak pernah sampai tempat macam tu.
Alhamdulillah boleh habis, besar mug tu. Mee Kolok ada jual di KL jugak kan. Kena cari restoran Sarawak. View malam dengan lampu memang cantik. Macam di oversea kan Paku Maze tu.
Delete