Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Beberapa hari balik dari Jepun, hubby bagitau ada kawan offer tempat nya, untuk join monsoon ride di Kuala Terengganu, ride basikal dalam hutan lecak selut dan andaikata hujan, memang lagi suka kot diorang ni. Kawannya ada hal tapi dah bayar registration semua. Ikut je lah sebab tak ada hal pun minggu tu. Lepas kerja Jumaat, kemas barang & basikal, terus drive ke KT. Memang penat balik Jepun masih terasa tapi kesian pulak hubby nak pergi sorang2.
Book PAYANG HOTEL (bookingdotcom) sebab pernah lalu dulu, dan tepi PASAR PAYANG. Cantik kan lobbynya. RM150 rasanya untuk 1 malam. Area KAMPUNG CINA.
Hallway dia cantik kan. Lobby ke lif.
Level 2 kami berwarna biru.
Layoutnya unik. Kepala katil tidak di tepi dinding, ke tengah sikit. Ruang kosong hujung kepala katil dijadikan umpama bar untuk minum kopi. Ada safe deposit box juga. Katil mengadap tingkap.
Shower room, toilet dan sink di luar kedua nya.
Level 1 berwarna merah.
Keluar cari makan malam.
Hujan gerimis.
Dekat dengan hotel.
Kami pilih meja tepi tingkap.
End lot, tepi kedai ada space. Ada beberapa meja dan kerusi di luar.
Hubby makan nasi, dia perlukan carbo untuk kayuhan esoknya. Sedap. Nasi apa ya, lupa. KUNG PAO kot.
My COFFEE. Lupa order apa.
GRILLED CHICKEN. Sedap.
Ruang dan suasana UMAMI.
Hotel Reception dari pintu depan. Kami masuk ikut pintu belakang sebab dekat ruang parkir kereta.
Ada juga COFFEE SHOP. Tapi hubby takut tak boleh tidur sebab kena gerak awal esoknya. Tak jauh dalam 10km tapi takut parking susah.
Impian nak jalan sorang2 ke PASAR PAYANG tinggal impian. Malas. Golek2 nonton NETFLIX. Alhamdulillah bawa roti bun GARDENIA & snek2 jajan. Kenyang untuk sarapan sorang2 sebab malas keluar.
Bilik kami mengadap sungai.
Tu je PASAR PAYANG. Dekat sangat. Parking kereta di bawah je.
Hubby balik terus check out. Dapat late check out 2pm Alhamdulillah.
Ada beberapa ruang makan di hotel ni. Malam sebelum nya ada yang celebrate birthday. Kalau duduk lama boleh try food di sini.
Love sangat tengok deco di dinding nya.
Ruang menunggu di lobby.
Bye bye PAYANG HOTEL. Jumpa lagi. Suka lah hotel ni.
View dari belakang hotel, facing sungai.
PASAR PAYANG baru sudah dibuka. Lengang sikit maybe sebab ramai ke MAYANG MALL yang baru dibuka. Ada SOGO katanya. Wahh best tu.
Barang jualan macam biasa tapi lebih tersusun dan luas.
Kami cari makan dulu sebab lapar. Tapau SATAR. Order MI SUP AYAM TELUR PECAH. Sedap nya.
Nak ke parkir kereta kami lalu dalam Pasar lagi. Geram tengok barang dapur. Tapi malas lah. Kedai emas ada sederet.
Latihan di sana agaknya.
Eh lawa bergambar di sini.
Satu2 nya hasil dari PASAR PAYANG. Lama cari baru jumpa. Peeler yang kami suka. Hehe.
Petang sampai rumah, ini lah dinner kami. Puas makan. Sedap sangat SATAR ni Alhamdulillah.
Baru jumpa foto dalam hp hubby. Begini lah rupa nya dia. Aduii. Balik rumah, pening baju, kasut & basikal bau selut dan BERSELUT...!!!! 2 kali kena ulang cuci baju dalam mesin sebab berpasir. Dah bilas dulu pun masih berpasir. Aduiii.
Suka lah sangat ya. Main selut.
Moga ada rezeki lain kali untuk ke Pasar Payang.
ReplyDeleteAduusss... satar tu menggoda selera!
Insyaa Allah. Satar memang sedap kan Kak Amie.
Deletecantiknya hotel..suka vibe mcm ni...kita dah sampai jg di Pasar Payang di bulan Disember 2024, ada diskaun musim hujan...Mayang Mall pun dah sampai jg pd 1/12 tapi masa tu belum buka...ada site inspection...letih meronda..
ReplyDeleteMemang cantik hotel ni, dah gugel sebelum book. Mayang Mall baru bukak masa tu, tak sempat nak masuk.
DeleteHotel baru ke tu... Next time pergi boleh lah duduk hotel payang
ReplyDeleteAgak baru rasanya. Dekat dengan Pasar Payang.
DeleteWarna-warni, lawa la hotel ni...
ReplyDeleteSy ingat Akk nak shopping batik ke dlm PP tu, rupanya cari peeler 🤭
Memang lawa PH. Hehe tak ada mood nak membeli, Alhamdulillah jumpa peeler favorite.
DeleteCantiknya hotel tu. Tak pernah lagi pergi pasar payang baru ni.
ReplyDeleteMemang cantik hotel ni. Kami pun first time masuk Pasar Payang ni.
DeleteCantik betul Hotel Payang ni ... Boleh la try kalau terlajak ke sana suatu hari nanti :D
ReplyDeletePasar Payang ni dah lama tak jejak kan kaki. Dulu kerja sebulan wajib pergi sekali. La ni takde dah ..
Memang cantik Hotel Payang ni. Nanti boleh try,
DeleteNampak pasar payang ni dah banyak berubah.. Ya Allah Satar tu dah lama tak makan sedapnya :D
ReplyDeleteMee Sup Ayam Telur Pecah tu pun mengiurkan huhuuu
Pasar baru memang lagi luas. Satar memang sedap sangat. Mee Sup pun sedap.
DeleteUnik pula design hotel tu ya Mulan...
ReplyDeleteMemang unik cantik design nya.
DeleteTak sampai lagi hotel baharu dan pasar payang yang baharu ni
ReplyDeleteNanti Wak boleh datang bawa keluarga ya.
DeleteDah 14 tahun tak ke terengganu... Memang kena repeat nie.. Banyak bangunan baru.. Boleh lah masuk list payang hotel nie..
ReplyDeleteCuti2 nanti boleh datang Terengganu, banyak berubah dah.
DeleteKedai emas berderet? Larrriiikkkkk!
ReplyDeleteYa uncle, sederet.
Deleterate hotel tu sgt ok laaa sbb deko2nya :) wahhhh bagusnya ur hubby sgt fit tu..cycling tu very good exercise
ReplyDeleteBetul rate dia ok sangat. Deco design cantik. Hubby ni kalau free memang suka cycling jugak.
DeleteTerengganu ni mmg awesome serba serbi elok
ReplyDeletePantai pun cantik kan.
DeleteUnik dan cantik hotelnya.
ReplyDeleteKatil tu menghadap tingkap, senang golek-golek santai pandang luar 😁
Memang unik dan cantik kan. Tu yang tak jadi keluar, golek2 tengok tingkap 😄😄
Deletewahh cantiknya hallway hotel tu! cantik & lebih tersusun nye Pasar Payang.. sedapnya satar tu! meleleh air lior! hehe
ReplyDeleteMemang cantik hallway tu. Pasar baru lebih luas tak sesak dah. Satar memang sedap.
Deletecantiknya hotel payang.. pasar payang yang baru tu pun cantikkkk... mcm luas je
ReplyDeleteHotel Payang memang cantik. Pasar baru luas selesa sekarang.
Deletesuka pula sy tengok mozek lantai tu
ReplyDeletecantikkkk
Cantik kan.
Deletesatar ni kalau makan tak cukup 2 ketul. plg x 5 ketul hahaha
ReplyDeleteKami makan 8 ketul seorang
DeleteCantik la hotel Payang tu kak...berkenan plak..insyaallah nak bawak PZ jalan Trengganu nanti....Trengganu makan minum murah kan...Pasar Payang pun nak masukkan dalam wishlist
ReplyDeleteMemang cantik. Selesa bagi kami. Bawak lah PZ nanti. Makan minum di Pasar tu still ok harganya. Pasar Payang baru dah luas selesa.
DeleteUnik la deco pada dinding hotel tu... Sesuai untuk photoshoot dan aestatic punya gambar
ReplyDeleteMemang unik cantik kan.
DeleteSaya sukaaaa interior hotelnyaaa 😍😍😍. Hotel yg penuh mural begini memang fav saya kak. Sebab colorful. JD kesannya ceria kan 😍😍👍. Dan betullah unik bed dia. Kepala bed dijadikan meja bar 👍👍. Jadi teringin nak buat hahahahaha.
ReplyDeletePaling suka kalo tempat menginap Dekat dengan tempat makan. JD tak perlu jalan jauh. Terkadang pun saya malas terlalu jauh cari makan.
Satar itu apa ya kak?
Cantik kan interior nya. Design semua pun cantik. Katil juga unik sebab kepala nya tidak di dinding. Idea yang bagus. Hotel dekat Pasar atau tempat makan memang senang.
DeleteSatar itu daripada ikan. Ada bawang, kelapa parut, santan, lada merah rasanya. Dibungkus dalam daun Pisang dan dibakar. Sedap tau Fanny.