Thursday, January 09, 2025

DAPUR BERASAP


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Rindu dapur, rindu nak masak. Balik je dari Jepun, Alhamdulillah barang makanan dalam fridge masih ok. Dalam freezer memang elok Alhamdulillah. Yeyy dapur BERASAP kembali. 


Hubby pergi kerja, kita godek2 peti. Lunchtime, lapar. Jumpa sayur bayam. Ada drummet Ramly. Masuk dalam air fryer. Salut dengan Sos Gochujang Korea. Bayam tu, tumis garlic dengan butter, masuk susu sikit, bayam, garam, lada putih + cheese sikit pun boleh. Ratah lauk sorang2. Malas masak nasi, nak makan sorang je. Kenyang Alhamdulillah. 


CHEESY BUTTER GARLIC BAYAM & KOREAN FRIED CHICKEN 
Piring tu door gift wedding anak kawan. Alhamdulillah boleh guna.


SUP TULANG MERAH
Tulang daging ada dalam freezer. Keluarkan malam nya sebelum tidur. Pagi direbus dalam NOXXA HP45 dengan 4 sup punjut dan 3 asam keping. Air jangan banyak, ampuh sikit je tulang tu. Nanti air tulang dan daging keluar sama kan. Bila siap, tunggu seketika, buka penutup, masukkan bawang dikisar, ciliboh, sos tomato, sos cili, pes sup (seperti di bawah), garam, gula. Sambung HP10. Kalau kurang pekat, boleh guna mode STIR FRY, (tanpa periuk ditutup) sambung masak sampai sup agak pekat, terpulang masing2.

Resepi pernah share dulu tapi yang ni shortcut sebab malas. Tak ada tumis2, lebur semua dalam NOXXA selepas tulang direbus. Kepekatan sup atas masing2. Kami suka pekat. Sup ni berempah dan masam manis. Boleh makan dengan nasi atau cicah roti. Tak dan nak snap dalam pinggan, lapar dan lupa. Hehe. Yang putih2 tu rupanya campur bahagian lemak.


PES SUP favorite terkini. Senang sekarang tak payah nak menumis bagai. Campak2 je dalam periuk, done. Alhamdulillah.


Balik Putrajaya baru ni, teringat oven lama tak guna. Bancuh satu adunan.


Alhamdulillah elok jadi MARBLE CHOCOLATE CAKE.
RESEPI MARBLE CHOCOLATE CAKE. 
Memang suka resepi Layla Salikin ni.


LAKSA PENANG
Satu pagi, buka peti, jumpa ikan. Walaupun spesis besar, guna je lah bahagian isi. Bunga kantan, daun kesum frozen semua ada Alhamdulillah. Lupa snap laksa dalam pinggan, lapar kor, so snap sebelum simpan sebab ada lebih. Wink wink.


Baru ni hubby kata work from home. Pagi makan temosa dan toast. Buka freezer jumpa nasi putih frozen. Defrost kejap. Buat nasi goreng kampung sempoi & telur mata. Air fry DRUMMET RAMLY. Cukup untuk dia. Sebab suridapur ni buat kerja sambil makan macam2 ada roti, snacks jajan dll. Hhmm lepas tu komplen berat tak turun. 


Ada leftover SUP TULANG MERAH. Isi hancur2 seciput je. Macam biasa simpan dalam freezer. Defrost, bawa keluar awal2. Masukkan ke dalam sup, capsicum dan tomato dipotong dadu, oregano, black pepper. Adjust lah kepekatan, masam manis semua, tambah sos cili/tomato ke. Bila menggelegak, pecahkan telur. Tabur mozzarella. Yang dalam pinggan ni, hubby punya. Telur kuning terburai sikit.


Yang ni suridapur punya. Snap foto dalam periuk, lawa la sikit.


ALA SHAKSOUKA
Masuk dalam pinggan, huru hara sikit. Janji sedap kenyang Alhamdulillah. Cicah roti sedap. Andaikata ada sup lebih walaupun sikit, simpan je. Ada la kegunaan nanti. Campak sayur2 atau ayam itik unta, dah boleh jadi lauk, makan sorang2. Antara kisah2 memasak sebelum ni, yang sempat dirakam buat memori.


SAMBAL KENTANG
Legend ni. Dah lebih 6 tahun kot kami makan keluaran ini. First time jumpa di STESEN PETRONAS area KL. Tempat lain tak jumpa. Selalu di STESEN PETRONAS je. Tapi ada yang jual online keluaran HANISA ni.


Serius sedap. Cukup pedas, masin, manis tapi ada lebih manis. Kata orang nak tahan lama. Crispy betul. Ada brand lain tapi tak sesuai dengan tekak kami. Tapi bahaya start makan ni, susah nak stop.

Top commentators untuk 2024. Tunggu kumpul souvenir dulu. Belum cari dalam peti besi lagi. Harap menjadi. Tunggu dan nanti.

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.

50 comments:

  1. Wah, dapur kembali meriah.
    Sambal kentang kalau saya dapat memang meratahlah tak berhenti. Sedap kan Mulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu dapur. Tempat bekerja selama ni hehe. Betul Kak Amie sambal kentang tu memang sedap meratah.

      Delete
  2. wah Mulan, ni baikkkk punya berasap start up ni, macam-macam kejadiannya, Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. Meriah menu dapur kembali berasap tu. Sedap pulak tengok kerepek kentang sira tu teringat kerepek kentang sira arwah MIL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambal kentang tu memang sedap. Memang yang bersira kan. Arwah tok pun suka buat dulu, teringat jugak. Menu malasan tu. Hehe.

      Delete
  4. Ini macam balas dendam je sebab lama dah makan on the go...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya uncle, nak jugak masak sendiri.

      Delete
  5. Tudia..sesekali Kak Mulan beraksindi dapur..macam2 ada ha..geram plak tgok cake tu..SA suka marble cake

    ReplyDelete
    Replies
    1. Campak2 apa yang ada. Buat la senang je cake tu.

      Delete
  6. Semua pun sedapp.terliur kek marble tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tq tq MZ. Senang je buat kek tu.

      Delete
  7. Akk pass sini skill campak² tu...hasil semuanya superb!
    Kalau sy, bayam tu samada masak bening atau goreng je 😅
    Sup dgn telur tu win!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita yang makan PH, campak2 je ikut tekak. Sama jugak bayam kadang bening je tapi terasa nak makan pesen lain. Sup dengan telur tu sedap cicah roti.

      Delete
  8. Fuh.. bahannya biasa² tapi masakannya luar biasa gitu... ala chef dah pulak bila dapur lama x berasap ni kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Campak2 ikut tekak je Kakmim. Ikut bahan dan leftovers yang ada hehe.

      Delete
  9. Ni bukan takat dapur berasap, tapi berkepul-kepul asapnya 🤣
    Tukang masak hebat ni, jumpa apa dalam fridge/freezer semua jadi makanan yang wow 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak hebat mana lah, campak2 ikut apa yang ada dengan selera. Suka masak tapi tak suka masak yang renyah.

      Delete
  10. sedapnyaaaaa sup tulang merahhhhh
    dah lama tak makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat lah, sedap masam manis berempah.

      Delete
  11. sambal kentang ni lejen
    tak pernah yang tak sedap
    tp sy kan kalau mkn dan sambal kentang tu ada kacang,
    kacang sy tolak tepi hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap kan sambal kentang ni. Kacang tu hubby yang makan, tolak tepi jugak.

      Delete
    2. hahaha ada geng rupanya

      Delete
  12. Menyelerakan la semua ni Mulan. Nasib baik dah makan tengahari. Ternampak laksa pulak. Nyumsss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq tq masak campak2 je. Laksa tu memang rindu lama tak makan.

      Delete
  13. Baru perasan blog baru Mulan ni....Tenang je nampak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boring memang akan ditukar2 😄😄

      Delete
  14. ya Allah, tengok gambar ni mari teringat2 megi (mee segera).. mcm sama pada pandangan mata.. hihihi..

    ReplyDelete
  15. sedap belaka makanan yg dimasak tu. yummy....

    ReplyDelete
  16. Ah bahagianya kembali bisa memasak dan berkreasi jadi baik Mbak selamat membuat dapurnya berasap kembali...

    Salam,

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Bahaya betul entry makanan ni yg dibaca pagi sabtu hujan ni... Habis teliur kelaparan dibuatnya hahahaa...

    ReplyDelete
  19. bersilat betul sis mulan kat dapur hehe

    ReplyDelete
  20. Macam-macam menu ada. Sup tulang merah tu menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna leftovers dan bahan yang ada 😊 sup tu memang sedap cicah roti.

      Delete
  21. lain daripada yg lain pulak cheese butter garlic bayam tu! boleh cuba ni lain kali!
    sedap semua makanan ni, terutama sup tulang merah tu :9

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tukar2 selera masak bayam :) Alhamdulillah
      Sup tulang merah tu sedap cicah roti. Try lah nanti.

      Delete
  22. Kak datang rumah Cuya tolong masakkan.... kekekeke
    Rumah Cuya balik2 resipi sama je, takde kelainan XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuya boleh..!! Hehe campak2 je ikut selera.

      Delete
  23. sedapnya tgk smua menu tu...dugaan tgh puasa..lama ytk mkn sambal kentang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Sambal kentang memang sedap.

      Delete
  24. Bahaya betul bukak blog Kak Mulan ni, mcm2 idea masakan pastu diet pun kelaut 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila datang mood memang seronok masak ni, hehe diet tu sorok dalam cabinet 😄

      Delete
  25. Perghhhh... kejadian masak campak² tu kalah cef hotel😅
    Sedap sambal kentang yang jual kat Petronas. Few times beli tapi tu lah... sekali hadap boleh habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cef hotel campak2 ada qc 😁😁 kita campa2 apa yang ada, Alhamdulillah sedap kenyang.
      Betul kan makan sambal kentang tu sekali hadap boleh habis.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
Email : o-mulan@hotmail.com