Saturday, July 06, 2024

THROWBACK & TODAY. TAK JADI DAN JADI.



MOLTEN LAVA YANG TAK JADI.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

FROM THE RIVER TO THE SEA, 
PALESTINE WILL BE FREE. 


Sabtu lepas, tanya anak soleh, nak kek apa2 ke sebelum balik. Dia tak mau. Tanya lagi. Dia kata MOLTEN LAVA la mummy kalau senang. Buat lah kejap memang senang. 


Grease ramekins dengan butter & dust/tabur tepung dalam ramekins.


Pukul telur dengan gula.


Masukkan semua bahan lain. Kacau sebati dan jangan lama.


Begini lah rupanya.


Scoop masuk dalam ramekins.


Bakar 10-13 minit ikut resepi. 


Comot. Taraaaa TAK JADI aiihhh geram..!! Derhaka resepi, padan lah muka. Patut bakar 10-13 minit tapi lebihkan masa. Overcooked lah kalau untuk MOLTEN LAVA CAKE ni. Suhu pun patut 200'C. Tapi masak dan boleh makan cuma lava dah kering keras. Makan 2 dengan anak soleh. Dengan ice cream masa panas2 memang sedap. Foto tak sempat snap. Lebih tu simpan dalam peti nanti kita jadikan menu lain In syaa Allah. 



Pagi Ahad chilling healing tepi laut. PANTAI BATU HITAM.




Sunrise. Subhanallah. 


Isnin petang ke KL ikut hubby ada meeting hari Selasa. Kena vertigo pagi nya. Huyung hayang rasa. Tapi Alhamdulillah manageable. Memang kena rest duduk tapi sekujur badsn ni jenis tak boleh sangat duduk tak buat apa.


Selasa lepak bilik je sebab malas keluar juga nak baik vertigo cepat2. Lama tak tengok sunset dari PNB Hotel ni. Dah tukar nama banyak kali. Perdana Hotel kot sekarang. Favorite hotel biarlah hotel lama pun.


Rabu Subuh sepi'e gelap gulita gerak balik Kuantan. Hubby kena masuk kerja. 


Khamis lepas Subuh junpa kuetiaw frozen dalam peti. Try buat char kuew tiaw la. Tumis bgarlic cincang dengan ciliboh. Masukkan udang & fish cake. Ayam habis.


Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap manis, minyak bijan, sedikit sos ikan, daun kucai, tekur, air secukupnya (ikut banyak mana kuah yang nak). Kacau. Tak perlu garam gula dah.


Last masukkan kuetiaw.


Tunggu hubby lambat turun makan, kuah char kuetiaw dah kering, tapi kan, MEMANG JADI & sedap tau. Hehe. 


Patut buat dari dulu tapi tak tau kenapa tak buat.


Khamis lunch time hubby balik sebab afa meeting di bandar. Dia whatsapp awal mintak masak kan nasi nak makan dengan durian fresh tapi disimpan frozen dalam freezer. Microwave 1.5 minit bagi lembut. 


Nasi panas, durian dan air garam. Yumm sedap sangat Alhamdulillah. Durian memang banyak JADI kali ni dengar nya ramai cakap.

Petang Khamis tunggu anak soleh sampai, kami drive ke KL.


Pagi2 tadi Jumaat kami 4 beranak terbang sekejap. Alhamdulillah JADI PERGI.
Semoga dipermudahkan segala urusan.

27 comments:

  1. Safe travel!! Sedapnya kue teow tu..my fav🤤🤤🤤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq tq, sama lah kita suka Kuetiaw 😃😃

      Delete
  2. Sedap bangat nampaknya kue tiau tu Kak ..
    Sy pun suka Perdana Hotel tu, bilik besar & staff dia baik²
    Alhamdulillah rezeki tahun ni kan, durian menjadi
    Dapatlah beli selalu sbb harganya lebih murah bila buah byk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alh sedap kat tekak ni hehe.
      Besar kan bilik Perdana Hotel sebab apartment.
      Betul durian banyak yang murah2.

      Delete
  3. Oh, begitu rupanya kisah jadi dan tak jadi.
    Harap adalah durian 'singgah' di LD. Teringin nak makan puas-puas.
    Selamat terbang ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe begitu lah kisahnya.
      Insyaa Allah durian banyak ke LD nanti.
      Tq tq Kak Amie

      Delete
  4. Macam tu la kehidupan, ada yg terjadi seperti dirancang dan ada yang tak 😄 Safe travel Kak Mulan. Ke mana pulak tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kan, kena redha. Tq tq jeng jeng hehe 😄😄

      Delete
  5. hehehe kisah JADI & TAK JADI.. tp tetap nampak sedap molten lava cake tu! safe journey utk sis sekeluarga hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe begitu lah harapan kita kan selalunya. Redha semua nya.
      Molten Lava dah jadi kek tak ada lava haha.
      Tq tq 😊😊

      Delete
  6. Mkn nasi ngan durian...teringat arwah ayah, feveret dia...safe travel sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap nasi panas dengan durian. Tq tq 😊

      Delete
  7. tak pe next time buat kompem jafi punya siap boleh jual punya!

    ReplyDelete
  8. balik kampung vietnam ke tu?

    ReplyDelete
  9. Kuay Tiaw tu nampak menyelerakan. Lama pulak tak masaknya....Jadi....pergi ke mana tu Mulan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedap kat tekak ni hehe. Jeng jeng ke mana ya..

      Delete
    2. Cepatan updatenya. Hehe...

      Delete
  10. Walo tak menjadi, tapi yg penting tetap sedap kak kue lava nya 😄👍. Saya sukaaa kue ini. Apalagi kalo coklatnya meleleh dan wangiiii. Biasanya pesan dari teman. Suka rasa coklatnya yg creamy 😍. Jadi teringin lagi nak pesan 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Fanny Lavanya sudah keras 😄😄😄 aduh kena buat lagi next time. Memang kami satu family pun suka LAVA CAKE

      Delete
  11. molten lava tu tak jadi pun kira jadilah juga. kalau keras kejung tak boleh makan tu baru kategori tak jadi haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe betul tu, Alhamdulillah makan dengan aiskrim memang sedap walaupun tak jadi

      Delete
  12. SA okey ngan kuew tiow cumana tak berapa fav la..SA suka mee kuning lagi..hehhe...wah...terbang aje ni..jeles kita...buku merah x renew lagi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka jugak mee kuning, mee goreng mamak, mee kari, mee rebus, rojak mee kena guna mee kuning.
      Insyaa Allah SA akan fly jugak nanti.

      Delete
  13. sedapnya tgk morten lava tu trus tringat dessert tu yg sedap kt chilis...kueytoew tu terliurrrrrrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Molten Lava tak jadi tu haha. Chili's punya sedap kan. Makan bertahun2 dulu. Kuetiaw memang favorite kami.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com