Wednesday, July 10, 2024

DAY 1 : MEDAN - KOLAM ABADI. BERASTAGI. SINABUNG.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

FROM THE RIVER TO THE SEA, 
PALESTINE WILL BE FREE. 


Pagi Jumaat baru2 ni, kami berempat beranak fly sekejap, tak jauh. 55 minit saja flight nya. Alhamdulillah cuaca cantik terang benderang. View yang sangat2 suka.


KUALANAMU AIRPORT MEDAN
Flight 8.55am dari KLIA1. Sampai 8.55am waktu MEDAN.

Sampai je, Pak Entong dah tunggu. Kami book semua dengan SIBAYAK EXPLORE. Hotel + breakfast, kereta + driver dll hampir semuanya. Tak termasuk lunch, dinner. Nanti share details.


KOPI KENANGAN menyambut kami.


Zaaaasss terus ke destinasi pertama. 


KOLAM ABADI. Dibuka sejak 2010.

Sebab dah set itinerary nya, maka mummy dan gegirl fly pakai long sleeve sport t-shirt hitam. Sampai KOLAM ABADI, tukar jeans je, pakai track bottom/swimming pant. Tudung pun memang jenis tudung sarung je pakai siap dari Malaya. Nak ber-shawl lilit2 tak lah. Kesesuaian masing2, nak jugak bershawl naik flight tapi sat lagi sendiri stress susah nak pakai, nak tukar dll. 


Baru sampai dah kena hiking. Adoi.


Alhamdulillah bawak kurma & chocolate. Untuk tenaga.


Tapi kan, tengok lah air tu.


Apa lagi. Terjun terus lah. 


Alhamdulillah masa sampai, tak ramai lagi. Ada 4 orang je.


Subhanallah cantik jernih nya air.


Anak soleh nak terjun.


Suka sangat masing2 main air. Sejuk, serius.


Ada 2-3 kali terjun.


Jernih air. 


Third group yang sampai, family mat saleh. Baik2 semua. Cuma aurat nya lah.


Memang seronok. Guide yang bawak pun energetic sangat. Asyik suruh posing je. Hp kita dipegang nya untuk snap foto. Tapi baik dan bagus service nya.


Siap dah puas main air, kena lah hike balik ke atas. Nak tengok yang cantik, kena lah sacrifice tenaga. Nangis lah dalam hati je. Haha. Tengah2 kebun durian orang. Nampak buah durian tak?


Anak solehah tu, merengek tak larat tapi laju. Senang tempat ni. Ada bilik air, tempat tukar baju, musolla. Walau tak canggih mana, asalkan ada, pun sangat cukup.


Tepi jalan nearby ada kedai makan. Stop terus lah memang lapar. Lupa dah AYAM apa, GEPREK atau PENYET. Sedap.


AYAM BAKAR. Sedap.


Semua sedap lah.


Ruang di bawah.


Kami makan di bahagian atas.


Cantik persekitaran rumah makan (RM) ni.


Terus kan perjalanan. 


Cuaca mendung tapi view memang cantik. Melewati banyak perkampungan dan view bukit gunung.


Naik bukit, jalan bengkang bengkuk memang banyak tak terkata. Dah keadaan geografi memang sebegitu. Tapi view sangat cantik. Jaga kepala jangan asyik pusing2 nanti pening.


Banyak perkuburan KRISTIAN, betul2 di tepi rumah atau sawah/kebun. Katanya supaya anak cucu tak akan pergi jauh. Akan sentiasa berada dekat, menyambung kerja2 kebun/sawah dan pertanian yang diusahakan oleh generasi sebelumnya. Juga mempusaka rumah peninggalan.


Sampai sini. Kebun Lavender yang kecil saja.


First time tengok dekat2 LAVENDER ni.


Di pintu masuk. 


Ruang makan di dalam.


Salah satu cornernya.


Menu. Saya minta HOT SARUNE BON BON. Suka.


THE MENU.


Nun di sana. GUNUNG SINABUNG.

Gunung Sinabung ialah stratovolcano Pleistocene-to-Holocene. Ia terletak di kawasan yang agak sejuk di dataran tinggi yang subur dengan pergunungan yang bersempadan dengan utara. Kawah puncak gunung berapi mempunyai bentuk yang kompleks dan lebih panjang disebabkan oleh lubang-lubang yang berhijrah pada garisan NS.


3 intan payung.


Nachos & coffee.


MOLTEN LAVA CAKE 

Order jugak, sebab mummy buat tak jadi baru2 ni.


Ruang di luar.


Banyak kerusi meja nya.



Cantik banglo ni. Dijadikan bersebelahannya kedai kopi. 

Teruskan perjalanan ke BERASTAGI. 


MEE REBUS

Tiba di BERASTAGI. Pak Entong nak bawak check in hotel baru keluar dinner. Kami kata dinner dulu baru check in. Senang begitu. 


Sampai aje, dah Maghrib. Memang lapar. Serius sedap MEE REBUS ni.


KEDAI TIGA PERWIRA, BERASTAGI


Menu minuman.



Saya order JAHE KASTURI. Serius sedap.


KOPI SUSU TELUR. Anak soleh & hubby punya.



Ni stall MEE REBUS nya. Sedap. Stall di depan KEDAI TIGA PERWIRA. Rasanya tauke kedai ni, jalankan business minuman dan simple dessert.


Siap makan, kami terus ke hotel.

SINABUNG HILLS RESORT, BERASTAGI.


Tak dan nak snap banyak foto sebab penat gila. Keras peha dan kaki kekdahnya. Mau tak nya, hala balik KOLAM ABADI, kena hike naik dengan air dalam booties di kaki. Heret sedaya supaya. Begini lah kalau trip dengan hubby, mesti ada hiking2 sikit katanya elok untuk jantung lah, itu ini lah, siap pakej tazkirah kesihatan. Sabar..!!

To be continued........

41 comments:

  1. Betul dah cara incikhusband tu... Hihihi... Sebab bercuti banyak makan2.. Sekali burn kalori lah tu... Jernih betul airnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul, tapi tu la tak nak terima kemyataan haha. Air kolam tu memang jernih sangat.

      Delete
  2. MasyaAllah cantik airnya, warna turquoise 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik jernih kan Subhanallah 😍😍

      Delete
  3. subhanallah cantik jernihnya air! kopi sedapnyaa! betul lah tu baik untung jantung tp nanges dlm hati lah hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cantik airnya jernih. Haha memang lah begitu tak nak terima hakikat. 😍😍

      Delete
  4. airnya cantik sgt!! jernih!! dan bestnya dapat pergi kebun lavender tu...suhu kat sini sejuk nyaman mcm cameron highlands ker? lovely holiday laaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan air kolam tu. First time tengok pokok lavender memang cantik. Suhu kat situ sejuk jugak tapi tak macam CH.

      Delete
  5. Patut sepi je kat sini hehee rupanya dia pegi holiday 😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tak puas ke Jakarta hari tu 😍😍

      Delete
  6. Dalam mee rebus yang warna pink tu apa Mulan? Keropok yang dah lembik masuk mee rebus ke?. Curious pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keropok yang warna pink tu, bila dah tenggelam memang lembik jadi nya. Tapi sedap.

      Delete
  7. kalau tau sy beritahu yg sis ada ke medan kat seorang blogger tu...

    ReplyDelete
  8. Sukanyaaaa tengok lavender tuuuu rasa tenang je tengok warna unguuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tenang tengok lavender tu cantik je warna purple

      Delete
    2. tu laaa
      meh kite g france tgk ladang lavender?😁

      Delete
  9. Mak ai! Jernih teruk air dia!

    ReplyDelete
  10. jernih betul airnya. geram rasa nak terjun sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik jernih air nya. Baju siap boleh terjun hehe

      Delete
  11. Jernih dan biru sungguh airnya, memukau!

    ReplyDelete
  12. wahh.. senyap2 dah terbang ke Medan lak ye. cantik sgt la waterfall dia. air dia dasyat sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti singkat, cari yg dekat2 je. Memang cantik kan waterfall tu.

      Delete
  13. Salam perkenalan.. tq singgah blog Sha..
    Cantik betul air sungainya.. Pergh!! memang kena berkerja baru boleh menikmati ini..
    Dua kedia yang sempoi dan cantik.. Sukanya tengok pemandangan tu semua.. Ohsem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal. Tqs singgah sini. Memang cantik air kolam tu, bersusah dulu utk keindahan kemudian hehe.

      Delete
  14. Masyallah, crystal clearnya air..
    Kalau saya dah pancit naik bukit lepas mandi tu..tertanggal kut lutut..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik jernih kan air nya. Pancit jugak tapi tak nak dengar tazkirah, gerak jugak pelan2.

      Delete
  15. seronoknya jalan2 seisi keluarga. tp kenapa muka ahli keluarga selalu ditepek sticker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang seronok. Hehe kami semua pemalu AK.

      Delete
  16. Kiranya memang sudah ada penetapanlah kalau ke satu-satu destinasi mesti ada aktiviti seperti hiking. Kalau saya memang tak laratlah hihihiiii.
    Menariklah pula minuman jahe kasturi tu Mulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dgn suami memang macam tu lah Kak Amie hehe. Sikit2 boleh la tengok keadaan.
      Jahe Kasturi tu memang sedap.

      Delete
  17. Masya Allah! Birunya air sungai tu! Tapi nak sampai situ kena hiking la pulak ye. OK boleh masuk Medan dalam travel bucket list ni 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik air nya. Tu lah kena hiking sikit. Yes yes pergi lah MEDAN. 😍

      Delete
  18. Kak mulaaaaaan, saya saja belum pernah kesana loh 🤣🤣. Kakak malah sudah .. haiiish nanti kalo saya mudik ke Medan, minta adik ajak kesini jugaaaak. Sukaaa sangat lihat airnya.

    Ini mengingatkan saya dengan air terjun dwiwarna Sibolangit. Airnya 2 warna, turkoise dan biru. Tapi memang track nya beraaat. 3 jam jalan kaki dengan akses kasar dan berbatu 🤭😂. Saya cukup sekali, dah tak sanggub hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fanny kena pergi nanti 😍 memang cantik. Airnya jernih sejuk.
      Cantik sangat AIR TERJUN SIBOLANGIT tapi tak sempat nak pergi semuanya.
      Moga ada rezeki ke Medan lagi. Insyaa Allah

      Delete
  19. SA suka hiking dan percutian ke sini memang sesuai dengan SA kak..cantik sungguh airnya..biru...jernih...klau SA la...memang x lepaskan peluang..biarpun suami SA bukan jenis suka aktiviti lasak macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun jenis kalau travel memang akan ada aktiviti outdoor. Suka tengok alam semesta ciptaan Allah.

      Delete
  20. hijau air kolam nya tu...seronok dpt mandi tu....makanan pelbagai dpt di cuba ...sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang hijau airnya cantik sangat. Lama tak berendam dalam air seronok jugak. Makanan semua sedap Alhamdulillah

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com