Bye bye Medan. Jumpa lagi Insyaa Allah. Paksa, kuatkan semangat untuk habiskan post untuk trip MEDAN ni. Hehe.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
FROM THE RIVER TO THE SEA,
PALESTINE WILL BE FREE.
Actually on the way ke Medan, saja2 gugel dobi express or DIY di Medan. Kot2 boleh basuh baju, bawak balik baju bersih hehe. Saja2 wsap, wahh diorang boleh pick up dan hantar for free. Rider ambil pukul 7pm, hantar balik pukul 10 malam. 11kg dalam RM24. Alhamdulillah.
Breakfast last day. Pintu masuk ke cafe hotel.
Macam2 ada, memang banyak makanan tapi malas nak snap. Lapar kot haha.
NASI PERANG. Menyesal pulak tak try.
Last2 ini yang diambil. Dengan buah. Semua sedap, cubit2 jugak food hubby dan anak2.
Check out. Best SWISS BELINN HOTEL ni. Puas hati. Memang ramai Malaysian duduk sini jugak nampaknya.
GEDUNG BATIK DAN TELEKUNG PERDANA
Pak Entong bawa kami ke sini. Kami first customer. Berkenan tapi hubby tak. Last2 dia pilih sendiri. Biar lah. Oh tapi dia dah beli 2 helai di THAMRIN PLAZA malam sebelumnya.
Kebaya, kurung, telekung semua ada. Beli 3 telekung travel je. Memang tak plan nak membeli. Actually masa di BERASTAGI, dah beli 1-2 seluar batik & blouse cotton, murah. Kain sejuk. Tu je.
Next ke BOLU MERANTI. Ramai di dalam. Berkotak2 jugak ada yang membeli. Kami beli sikit je.
Beli 1 BIKA AMBON. Buat ole ole.
Beli 1 GIFT PACK. Cukup.
Antara mercu tanda di MEDAN.
ISTANA MAIMUN MEDAN.
Istana Maimun ialah sebuah istana diraja Kesultanan Deli dan mercu tanda terkenal di Medan, ibu kota Sumatera Utara, Indonesia, dengan warna kuningnya (kuning merupakan warna kerajaan Melayu) dan khas gaya seni bina Melayu di pesisir timur. Hari ini, ia berfungsi sebagai muzium. Nama itu adalah perkataan Arab untuk "berkat".
Ketika ini istana tersebut masih didiami oleh keluarga–keluarga sultan. Ruangan pertemuan, foto–foto keluarga kerajaan Deli, perabot rumah tangga Belanda kuno dan pelbagai senjata, terbuka bagi masyarakat yang ingin mengunjunginya.
Ia adalah istana Melayu terakhir yang masih hidup, selebihnya telah dimusnahkan dalam revolusi sosial 1946. Tentera British yang berdekatan melindunginya.
(Sumber : Wikipedia)
Meriam Puntung, yang merupakan peninggalan sejarah daripada kerajaan Deli.
Meriam Puntung (menyala; meriam terpisah); ia dipercayai meriam kuat yang digunakan oleh Kesultanan Deli untuk mengalahkan Kerajaan Aru .
(Sumber: Wikipedia)
MASJID RAYA MEDAN
Masjid Besar Al Mashun adalah masjid yang terletak di Bandar Medan, Indonesia. Masjid ini dibina pada 1906 dan siap pada 1909. Awal tubuhnya, masjid itu merupakan sebahagian daripada perkarangan Istana Besar Maimun. Gabungan ciri seni Mamluk, Mughal, Andalus. Masjid punya ukuran segi lapan dan mempunyai sayap di timur, utara, selatan dan barat.
Sultan membuat masjid menurut aturan dirinya bahawa ia harus lebih penting daripada istana besarnya, Istana Maimun. Pembinaan masjid oleh Kesultanan Deli, Deli Maatschappij, dan Chong Ah Fi, usahawan terkaya di Bandar Medan.
(Sumber : Wikipedia)
SUZUYA MALL
Masih banyak masa, kami ajak Pak Entong singgah mall yang berdekatan. Plan nak lunch di food court Mall tapi tak banyak choice. Maka kami sambung shopping sikit2 rempah ratus, jajan2 dll. Lagi banyak pilihan dari THAMRIN PLAZA.
Ini hasilnya. Lompat Bintang.
Sebelum ke airport Pak Entong bawa kami ke PONDOK TELAGA IKAN. Menarik tempat nya.
Besar tempatnya, ada sebahagian di atas air.
Besar kolam ikannya.
One for the album.
Malas nak duduk bersila, kami pilih makan di meja dengan kerusi.
Wajib la order AVOCADO JUICE. Sedap.
Feeding time. Besar sungguh ikan. ARAPAIMA rupanya.
Memang panjang lebih 1 meter.
AYAM PENYET
AYAM BAKAR
Bye bye Pak Entong. Terima kasih melayan kami.
Flight delay 20 minit. Cuaca di KL tak elok.
Besar luas area boarding nya.
Jumpa lagi.
Love sangat view ni.
Subhanallah.
Alhamdulillah syukur. Moga diizinkan lagi menikmati indahnya alam ciptaan Ilaihi.
Kami guna servis SIBAYAK EXPLORE. Last minute plan, cari di IG & TIKTOK. Baca review bagus. Alhamdulillah puas hati dengan servis nya. Whatsapp je nombor tertera di atas tu.
Ye ke beli sikit...? Macam tak caya je?
ReplyDeleteSila lah percaya hehe. Betul tau.
DeleteMenarik betul baca pengalaman Kak Mulan bercuti2 ke Medan ni. Terima kasih share contact tour agency, mana tau asben saya bagi green light boleh la try contact dieorang hehe
ReplyDeletebika ambon untuk saya ada simpan, kan? kannn🤣🤣🤣 gurau je
Deletekalau dah sampai medan mmg wajib pergi istana maimun ni... sukaaaa hiasan dalamnya... citarasa org dulu mmg 👍👍👍
DeleteCarneyz : Alhamdulillah smooth walaupun last minute sikit. Sama2 kasih, kalau nak pergi try la contact tour agency tu. Bagitau specific macam nak hotel dengan view ke, bilik macamana dll dia akan tolong dapatkan. Kami mintak connecting room atau bilik sebelah, semua dapat Alhamdulillah.
DeleteAnies : Habis dah Bika Ambon tu hehe. Banyak kisah sejarah Istana Maimun ni, memang elok ziarah. Senibina pun cantik, berlatarkan adat budaya sejarah dll dari sana.
DeleteBestnya dapat masuk BOLU MERANTI.
ReplyDeleteComel-comel keknya. Boleh dijadikan oleh-oleh.
Saya suka Bika Ambon. Sedap.
Inilah yang buatkan saya suka berkunjung ke negara jiran. Selain kaya budaya, makanannya pun sangat menarik dan pelbagai.
In syaa Allah ada rezeki hendak juga singgah di Medan. Gang kaki jalan saya sudah sampai sini. Saya jew yang tertinggal sebab waktu mereka ke sini, saya pergi India.
Memang ada dalam itinerary. Macam tempat wajib semua tour agency bawa pelancung datang ke situ. Macam2 jenis bolu ada, memang menarik. Betul Kak Amie, Indonesia ni kaya budaya dan makanan, seronok ke sana, lebih kurang negara kita jugak. Insyaa Allah sampai sana nanti.
DeleteWaw saya orang Indonesia belum pernah ke Medan, pulau Sumatra pun belum pernah. Coba ke kota Semarang hehehe
ReplyDeleteYa nanti Nova akan sampai ke Medan. Kota Semarang, ya Insyaa Allah
DeleteBanyaknya shopping rempah ratus tu Kak!
ReplyDeleteCantik masjid dan istana tu.. dan dijaga dgn elok 👍
wahh, bestnye jalan2 makan2 terbang2 ke medan., hehe x gi danau toba ke makcik ;p
ReplyDeleteAlhamdulillah memang best. Wak dah miss banyak keretapi haha Alhamdulillah mesti la ke Danau Toba.
Deleteok dh save contact number tour agent tu siap2 hahah cuma tak tau la bila nak perginyaaa
ReplyDeleteInsyaa Allah MZ sampai sana nanti
Deletewaahh save dulu contact number! i cant say no to Batik Indo! cantiknyaaa!
ReplyDeleteSave save. Batik Indonesia memang cantik kan.
DeleteSyu pun nak save contact number tu, mana tahu tahun depan boleh pergi.
ReplyDeleteSave la Insyaa Allah tahun depan sampai Medan nanti
DeleteSeronoknya jalan-jalan Medan. Bika ambon … terliur….Favourite tuh!
ReplyDeleteAlhamdulillah memang seronok. Sedap kan Bika Ambon tu.
DeleteTudiaaa...dia punya sikit tu...hehehehe...apapun SA nak simpan contact travel tu la..mana la tau tiba2 nak ke Medan plak...
ReplyDeleteHehe sikit2, simpan lah contact tour agency tu. Insyaa Allah SA sampai sana nanti.
DeleteCantik Istana tu....dalam tu pun perabot semua wahhh....
ReplyDeleteMemang cantik, design lama2 penuh sejarah nya.
DeleteSUZUYA Mall tu meriah borong remnpah ratus....cantik posing di istana tu....kolam tmpt pondok telaga ikan tu nyaman tmptnya
ReplyDeleteKalau ke Indonesia memang itinerary last sekali cari bahan makanan, rempah ratus dll. Istana tu memang cantik, sama dengan kolam dan perkararangan Pondok Telaga Ikan tu.
Deletetq kak... bole try cari contact numbr tu kalau tercapai hajat ke medan hehehe
ReplyDeleteWelcome, try la contact nanti. Hehe request je apa2 diorang akan usahakan.
DeleteUishhh ada rider pickup baju kotor.. dalam 3 jam siap hantar semula.. ini perkara baru hihii.. senang la balik travel tak yah basuh baju lagi.. Bolu Meranti tu kalau masuk mmg seronok tapi membelinya satu dua cukup.. hihii.. Brkfast di hotel tu meriah betul.. macam ada2.. mmg berbaloi check in situ..
ReplyDeleteBest kan baju siap cuci ada rider pick up dan hantar. Bolu tu kami beli sikit je buat ole2 sendiri. Breakfast di hotel Indonesia memang meriah penuh meja buffet nya,
DeleteBeberapa kali ke Medan tapi tak pernah sampai ke Istana Mainun dan Masjid Medan tu.. Byk betul membelindi Suza Mall tu.. restock brg kat pantry rumah tu hihii..Pondok telaga ikan tu cantik sgt.. jus avacado tu tak pekat sgt ke hahaha.. mcm kena tak boleh hirup pakai staw jer.. ;p
ReplyDeleteSantai2 last day sebab flight petang, kami jalan2 Istana dan masjid. Best SUZUYA MALL dapat shopping barang dapur. Pondok Telaga Ikan tu best kan tempat makan di keliling kolam. Jus avocado nampak pekat tapi ada ais, senang je guna straw.
DeleteMesti sayu nak meninggalkan Medan. Menariknya Medan, banyak tempat menarik. Bagus ya ada servis basuh baju macam tu. Senang bawa balik baju bersih. Sangat berbaloi.
ReplyDeleteSeni bina masjid tu sangat cantik dengan latar belakang cat putih. MashaAllah.
Fuhh..besar sungguh ikan arapaima tu.
Jus alpukat ni dah jadi signature Indonesia kan. Memang wajib cuba.
Cantik sungguh permandangan dari aras tinggi dalam flight.
Betul rasa jugak sedih, sebab best trip ni. Banyak tempat menarik, makan halal dan sedap, dobi siap cepat, pick up foc semua, masjid cantik, Istana penuh sejarah, jus avocado yg sangat sedap dan murah.
DeleteBesar kan ikan arapaima tu. Ya view dari atas flight memang cantik sangat Subhanallah.
KL - Medan hanya 40-46 menit. Sementara JKT - Medan 2 jam 10 menit hahahahahahah. Pantaslah harga mahaaal sangat ke Medan dari sini 🤣🤣.
ReplyDeleteKalo laundry di sini memang rata2 begitu kak. Bisa pick up dan hantar. Malah yg self laundry aedikiiiiiiit sangat. Susah cari. Di JKT pun tak banyak. Tapi saya LBH suka yg sistem memanjakan begitu hahahahaha. Paling laku saat lebaran. Krn kebanyakan asisten rumah tangga mudik kan. Saya pun kalo asisten saya mudik, pasti pakai laundry di luar. Tinggal telp, lalu hantar. Atau kalo dekat, saya yg kesana . Dah siap ironing pula.
Trakhir kali ke istana Maimun saat study tour junior high school hahahahha. Dah lama sangat 🤣.
Dah lupa pun dalamnya seperti apa 😅
Saya kaget membaca Suzuya mall msh ada????? Ya Allah perasaan terakhir kesana macam hidup segan mati tak mau 😂. Jangan2 dah mulai bangkit lagi yaa.
Seruuuu sangat baca cerita travel kak Mulan ke Medan. Mengobati rindu saya nak balik kampung halaman. Next time Kaka mungkin bisa ke Tarutung . Masih beberapa jam dari danau Toba. Di sana ada kolam air soda. Benar2 air soda yg keluar. Dan itu hanya ada 2 di dunia. Indonesia dan Venezuela. Rasa airnya seperti air soda.
Eh btw, saat di danau Toba kakak tak melihat patung Yesus yg baru selesai kah? Itu jadi patung Yesus tertinggi sedunia. Tadinya kan Brazil. Sekarang dah yg di danau Toba ini. JD Brazil no 2, dan Timor Leste no 3.
Medan - KL dekat kan 😍. Kalau dari Penang lagi dekat. Syukur sangat ads laundry service yang boleh pick up dan hantar, dalam masa 3 jam saja. Basuh, kering, lipat, juga gosok.
DeleteCantik Istana Maimun, senibina penuh tradisional dan sejarahnya. Ya Fanny, Suzuya Mall masih ada. Banyak barang dapur memang seronok shopping.
Ya Medan banyak sangat tempat cantik. Insyaa Allah ada rezeki nanti kami akan ke Medan lagi. Patung Yesus tu kami nampak sewaktu dalam perjalanan ke Bukit Holbung. Memang besar.