Wednesday, July 17, 2024

DAY 3 : MEDAN. BYE BYE DANAU TOBA. BAH DAMANIK. PATEN. THAMRIN PLAZA.


Subuh sepi'e di DANAU TOBA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

FROM THE RIVER TO THE SEA, 
PALESTINE WILL BE FREE. 


Subhanallah cantik. Foto2 dari hubby. Dia kan rajin jogging pagi2. Kami bertiga jogging guling2 atas katil je. 


Tenang.


Berdua dengan anak solehah keluar awal jalan2 ronda resort. Wah ada bilik tepi pool. 


Samosir Villa Resort ialah tambahan Villa Resort baharu kepada Tuk Tuk - Pulau Samosir. Terletak di salah satu kawasan paling dinamik dan strategik betul-betul di sebelah Tasik Toba. 
(Sumber : samosirvillaresort dot com)


Serius besar resort ni.


Sunrise.


Ada yang sudah main jetski.


Best bilik2 sini, betul2 tepi lake. Kami tak dapat, sebab lambat booking nya. Time ni cuti sekolah rendah, menengah, kolej, university untuk satu Negara Indonesia kata Pak Entong. Fully booked.


Tempat makan, di atas sana, kena naik tangga.


View dari atas.


Cantik kan senibina nya. Pastinya mengikuti ciri2 adat setempat. 


Another pool tepi restoran.


Full kerusi meja di bawah, kami naik atas. Berdua di sana, berdua di sini.


Yumm sedap SOTO, dengan bubur2 tu. Satu bubur kacang, satu lagi macam butir nangka kot. Yang putih tu santan pekat diasingkan. Sedap2. Banyak pilihan makanan, lapar & lupa. Hehe. Snap yang ni saja.


Best breakfast ni, dengan view DANAU TOBA.


The boys.


One for the album. Relax dulu.


Cantik Subhanallah macam di Switzerland.


Bye bye SAMOSIR VILLA RESORT. Walau tak dapat view lake, namun dapat kami nikmati semua di sini. Actually memang book tepi lake, tapi tu lah, reception kata itu ini. Redha je lah.


Design nya RUMAH ADAT BATAK, rasa lah. Sudah digugel. Cantik kan.


Cantik.


PELABUHAN SIMANINDO. PORT CROSSING.


Nak cross ke mainland, MEDAN. 


Ticket dibeli awal oleh tour company. Asalnya pukul 10 tapi penuh, so dapat pukul 11 Alhamdulillah. Kalau tak dapat, mau kena pusing patah balik lalu jalan berliku bengkang bengkuk naik turun bukit. Tapi view lawa. Sikit je kereta boleh naik ferry ni. 10 kot.


Tenang airnya. Ferry lengkap ada life jacket, dah perati awal2. 




Dah nak sampai. Sempat lelap sekejap di dalam nya, ada seat banyak. Tapi ramai suka berdiri di luar tengok view.


Bye bye LAKE TOBA. Jumpa lagi Insyaa Allah.


Ferry kami dari SIMANINDO PORT CROSSING ke TIGARAS HARBOUR 


Teruskan perjalanan.


Lunch time. Kedai banyak tutup sebab hari Ahad, juga awal Muharam. Nak cari yang halal, agak payah. Jumpa je walau kedai kecik, stop terus. Alhamdulillah sedap. AYAM BAKAR & SAYUR NANGKA.


Nasi lauk IKAN & SAYUR KACANG.


Banyak lauk pauk nya.


Percaya tak, nasi + lauk protein (ayam/ikan) + sayur RP8,000 saja...!!! Serius murah. Moga murah rezeki tuan kedai.


Next destination, tapi pekena ais krim roti dan kon dulu. Area parking.


PEMANDIAN ALAM BAH DAMANIK. 

Ahad kan, cuti sekolah2 dan university pulak. Memang padat..!! Kami tak lepas masuk asalnya ada orang jaga. Tapi kami kata nak ambil foto saja. Memang tak ada bawak beg apa2 pun, so dia percaya lah. Ramai tengah beratur nak masuk. Kami, takat depan tu je lah. Jauh ke belakang lagi tempat ni. 


Memang cantik BAH DAMANIK (AEK MANIK) ni. Gugel lah.

Lokasinya yang berada di tengah-tengah kebun milik PTPN ini membuat masyarakat di luar Kabupaten Simalungun masih asing mendengar namanya. Meskipun demikian, pemandian yang tidak begitu luas ini sering dipadati masyarakat sekitar Pematangsiantar dan Kabupaten Simalungun. Saat memasuki areal pemandian Aek Manik, kita dapat melihat dinding kolam seperti ada bebatuan alami ukiran relief menghiasi sisi dinding yang terlihat sudah kusam berlumut.Ada pancuran aliran air dari atas membawa air bersih dari pegunungan terlihat begitu segar

Aek Manik merupakan pemandian yang terbentuk secara alami tanpa sentuhan manusia. Bahkan konon menurut warga setempat, sangking bersihnya, air itu dapat diminum tanpa di masak terlebih dulu. Pemandian Aek Manik dulunya tempat mandi Raja Damanik dan keluarganya. Kemudian, kolam ini menjadi sumber irigasi sawah masyarakat setempat, hingga menjadi tempat wisata/pelancungan. 
(Sumber : sumut.idntimes dot com)


Ramai masih menunggu giliran untuk masuk. So kalau nak pergi, tunggu weekdays lah. Tak jauh dari MEDAN ni, Insyaa Allah boleh datang lagi.


Pak Entong bawa ke sini. Kedai jual snacks. Macam2 ada. Ralit testing semua, lupa snap foto. Beli lah sikit2 je. 


Sumber Foto : tobamuslimtour dot co dot id.


Ehh ehhh ada orang nampak durian tepi jalan. Dua beranak ni kan, boleh je diorang. Tak berani nak makan kala travel.


Durian kampung kot. Sedap kata hubby.


SWISS BELINN Jalan Surabaya. 

Alhamdulillah sampai ke hotel terakhir di Medan. Tinggi betul ceiling nya.


Bilik berdua dengan anak solehah.


Yes.. Alhamdulillah nampak gerai SATE PADANG tepi hotel. 


Sedap2 semuanya.



Anak solehah nak tapau bawak balik Malaysia. Kalau ada freezer boleh lah kan. 


Semua sedap. Penuh gerai ramai datang makan.


Ajak Pak Entong ke THAMRIN PLAZA. 

PASAL = PASANGAN IDEAL. 


KOPI KENANGAN. Kena beli. Sedap.


Naik ke FOOD COURT. Banyak dah nak tutup sebab dah malam. Order AVOCADO JUICE je lah. RM4.40 satu mug ni. Murahnya. Sejengkal tinggi mug tu. 

Kami ke grocery store di basement tapi lupa snap foto. Beli rempah2 dll sikit. 


Perjalanan setelah 3 hari 2 malam. 
BAH DAMANIK tak cukup nak tag dalam maps.


Zoom kecik. Alhamdulillah smooth semuanya. To be continued.... 

36 comments:

  1. Pernah makan sate padang di malaysia... tentu kat sana lebih sedap kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap jgk tp yg di Padang paling sedap. Ada jgk di Klang yg sedap.

      Delete
  2. Danau toba ni dulu pernah jadi salah satu wish list tapi tak tau la kenapa tak sampai2 lagi ke sna hhahaha

    ReplyDelete
  3. cantiknyaaa pemandangan dari laut tuuu...

    ReplyDelete
  4. Bila baca entry Kak Mulan ni, rasa teringin pulak nak ke Medan. Akak ambik tour agency ke utk trip ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi la memang best. Memang guna tour agency sana. Nanti share kat post lepas ni ya.

      Delete
  5. Permandangan di resort tu memang cantiknya Mulan.

    ReplyDelete
  6. best dan cantiknya view kat tmpt tu...teringin nak dtg sana jugakkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. View memang cantik macam kat Switzerland. Insyaa Allah MZ sampai sana nanti

      Delete
  7. Cantik senibina resort.
    Luas tasiknya dah macam lautan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul senibina traditional mewarisi budaya dan adat di sana.
      DANAU TOBA memang luas macam lautan.

      Delete
  8. lawanya. tiba tiba terigin nak ke sana . resort pun lawa sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resort memang lawa, besar. Insyaa Allah LM sampai sana nanti

      Delete
  9. cantik bangat pemandangan di sana. Pasti akan coba ke sana bila ada rejeki nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah memang cantik pemandangan di sana. Insyaa Allah AK akan sampai sana nanti

      Delete
  10. Saya pernah makan sate Padang di Padang. Memang sedap. Apabila makan di jambi, lain pula rasa sate Padangnya.
    Biasanya sate Padang dihidang dengan ketupat. Saya tanya tour guide, adakah semua peniaga sate Padang hidangkan dengan ketupat menggunakan daun kelapa. Benar katanya, tapi mereka gunakan daun kelapa tua. Daun kelapa muda hanya digunakan sewaktu hari raya sahaja. Kalau hari-hari gunakan daun kelapa muda untuk anyam kelongsong ketupat, habislah daun kelapa di Padang, katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sate Padang memang paling sedap di Padang yang pernah kami rasa. Lain tempat, lain sikit rasanya. Kuah sate pun kuning warnanya. Ohh ketupat nya guna daun kelapa ya, tak sempat nak tengok hari tu. Betul lah kalau guna daun kelapa muda memang habis lah daun kelapa di Padang nanti hehe.

      Delete
  11. biru betul air kat bah damanik tu ya. patut laa ramaiiiiiii yg datang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang biru turquoise cantik warna air nya. Tempat nya senang sampai, tak perlu naik turun bukit, antara sebab memang ramai pergi.

      Delete
  12. Sate padang tu SA pernah makan sekali tapi kat Jakarta la...ni kena pi Medan ni..nampak lagi banyak pilihan tu ha...Bah Damanik tu pun cantik biru airnya ye...ni kalau pergi bukan cuti sekolah lagi best agaknya ni kan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sate Padang di Padang paling sedap rasanya. Hehe tapi pernah makan di Klang, sedap jugak. Bah Damanik tu memang lawa sangat airnya. Ya betul jangan pergi weekend jugak sebab locals pun ramai pergi.

      Delete
  13. cantik view resort tu...dgn poolnya...tasiknya....danau toba ni dlu2 parent pernah pegi..anaknya blum pernh smp lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik resort tu, dengan view Danau Toba. Insyaa Allah sampai nanti.

      Delete
  14. Berjoggin dalam mimpi je la.. guling2 atas katil hahahaha...

    ReplyDelete
  15. Resort nampak mewah tepi tasik.. cantik.. tapi masih nampak ala ala kmpung.. terbaikk sgt.. Makan byk tu 8 ribu jer.. murah sgt tu ... Mandian Alam Bah tu ... Wlaau ramai org tpai air jernih biru.. kenapa kat malaysia tak mcm tu yer huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resort ni resort lama memang besar, cantik binaan berkonsepkan ciri tradisional setempat. Murah kan makan RP8,000. Bah Damanik tu memang cantik air jernih, tak tau kenapa tempat kita tiada, kesan lava gunung berapi kot. Tapi semestinya berkaitan geografi.

      Delete
  16. Menarik sungguh resort ni. Lagi best kalau dapat view tepi laut tu kan. Tempat cantik mesti cepat je orang booking awal. View dari mana-mana sudut pun nampak cantik. Kalau saya pun sama, nak duduk di luar ferry tengok view luar.

    Cantik air di Aek Manik tu. Huisshhh ramai betul orang yang datang ye. Memang kena weekdays lah macam tu dan bukan waktu cuti. Sana pun meriah juga dengan durian ye.

    Lain pula logo kopi kenangan di sana dengan di Malaysia. Tapi memang sedap. Saya dah jadi peminat kopi kenangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik menarik Alhamdulillah kami request hotel view cantik.

      AEK MANIK memang kena pergi weekdays, sebab weekend pun mesti ramai local yang datang,

      Ohh lain ya logo KOPI KENANGAN ni, tak perasan pulak. Tapi sedap kopi nya,

      Delete
  17. Saya dulu pernah membayangkan, macam mana saat gunung Toba masih berdiri dan belum meletus yaaa.. lalu tiba2 BOOM... Dunia pun berubah. Dengar2 salah satu kepunahan dinosaurus akibat ledakan gunung Toba juga. Sampai ada danau sebesar itu. Dan danau Toba ini bisa dilihat dari 3 kota saking besarnya. Tak terbayang kalo sampai meletus lagi, Krn kawah apinya masih aktif di bawah. Nauzubillah min Zalik ...

    Resort Samosir ini memang full booked kalo musim liburan sekolah kak. Indonesia itu libur sekolahnya pertengahan Juni sampai pertengahan July 😄. Itulah kenapa saya selalu ke Malaysia di bulan itu Krn anak2 libur 😅.saya lihat anak tangganya, langsung terbayang, dari lapar, menjadi kenyang, turun ke bawah lapar lagi hahahaha. Tinggi sangat yaa 🤣

    Bubur yg bulat2 itu namanya bubur biji salak . Krn bulatannya sebesar biji buah salak 😄. Fav saya itu.

    Makanan di daerah Sumatera Utara ini memang masih muraaaaah. Kalo JKT tak mungkin lauk nasi, ayam dan sayur dapat 8k 🤣🤣🤣.

    Ya Allah pemandian bah Damanik itu saja saya baru tahu loh 🤣. Tapi memang di daerah tinggi begini ada banyak pemandian dari mata air alami. Selain di Sumut, ada lagi di Klaten kak, itu banyaaak kolam pemandiannya. Tp kalo warna air biru toska begini tak semua.. tergantung lokasi memang.

    Sate Padang di Medan memang banyaaak yg enak. Langganan saya sate Padang Afrizal amir. Kalo kuahnya memang ada 2 macam. Sate Padang kuah kuning, dan sate Padang coklat dan kemerahan.

    Kalo kuning itu dari Padang panjang. Saya justru tak suka yg ini 🤣.adalah selera saja.

    Kalo kemerahan warna kuahnya itu dari Pariaman.

    Sementara kalo coklat itu dari wilayah Lima Puluh Kota.

    Yg paling banyak masuk yg coklat. Krn memang itu yg favorit juga. Saya suka yg coklat dan kemerahan. Di jakarta rata2 yg begitu. 😄.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kalau dicerita, kawahnya Danau Toba masih aktif. Moga semuanya dilindungi. Memang besar sangat Danau Toba ni kan.

      Resort SAMOSIR memang ramai, tapi tak nampak padat sebab resortnya besar. Selesai. Makanan untuk breakfast sangat banyak, best..!! Ohh bubur biji salak, sedap sangat. Memang murah makanan di Sumatera Utara ni kan. Sedap2 jugak.

      Ohh Fanny belum tau Bah Damanik ya, cantik sangat airnya. Ada lagi di tempat lain ya. Wahh banyak betul pemandian lain di Medan.

      Sate Padang memang sedap. Di Klang, adik ada belikan dari kedai Indonesia, memang sedap sangat. Oh lain tempat, lain warna kuah nya ya.

      Delete
  18. paket tour danau toba murah menyediakan berbagai paket wisata medan danau toba ,paket wisata medan,paket tour taman simalem resort.

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com