TAMAN GELORA, KUANTAN.
Lama betul tak ke sini.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
FROM THE RIVER TO THE SEA,
PALESTINE WILL BE FREE.
SABTU. Wedding saudara. Mak dan sepupu rapatnya.
Venue : TITIK TEMU VILLA, INDERA MAHKOTA, KUANTAN.
Asalnya banglo mewah milik usahawan.
Photo booth.
Pukul 11 kami sampai memang panas tempat utama pengantin, tapi pukul 1 dah teduh.
Alhamdulillah setelah sekian lama tak makan LAUK OPOR DAGING PEKAN PAHANG. Sedapnya Alhamdulillah. Wedding orang PEKAN, mesti ada LAUK OPOR.
Alhamdulillah lembut daging cukup rempah ratusnya. Kalau dulu2 wedding aunty2 seangkatan, dengan wedding kami adik beradik, saudara mara dari PEKAN datang masak. Buat khemah belakang rumah. Masak ramai2 seronoknya, cuma wedding adik bongsu semua dah tak larat. Catering lah.
AHAD. Berdua kami.
KUANTAN PICKERS. Buka awal 7am lebih sikit.
K untuk KERANG. NASI LEMAK KERANG. Sedap.
Dulu2 memang panggil NASI KAPIT. Sekarang NASI IMPIT.
Tengok foto ni baru perasan lupa tapau POPIA BASAH yang sedap tu.
Suka sebab macam2 jenis kuih ada. Mostly yang beli semua sedap.
7.40am makin ramai yang datang. Kalau lepas pukul 8, mau kena beratur.
Siap breakfast, charge bateri dan energy, apa lagi kalau tak kena brisk walk.
TAMAN GELORA. Subhanallah cantik sunrise.
Dah ramai.
Ala comelnya baby monyet digendong.
Alhamdulillah pihak Majlis Bandaraya Kuantan upgrade laluan dan lain2 nya.
Lama tak datang. Pokok2 besar dah dipotong sikit, dapatlah tengok laut. Berangin sangat. Walaupun dipotong, MBK tanam semula untuk lanskap yang semakin cantik. Sebelum ni nampak serabut.
Antara bahagian pantai yang ditambak. Projek hingga ke Tanjung Lumpur. Pembaikan pemulihan untuk lebih baik.
Berdua bersama selamanya.
Kami pun Insyaa Allah. Laju nau jalan nya.
Musim agak panas, teratai banyak kering. Antara lokasi yang memang banyak teratai dari dulu.
Alhamdulillah cantik terang cuaca.
Alhamdulillah 9,000 steps.
Ajak hubby drive ke belakang MASJID TANJUNG API.
Wahhh nampak SWISS -BELHOTEL TANJUNG LUMPUR.
Nama je orang Kuantan. Lebih 20 tahun tak singgah JETI TANJUNG LUMPUR ni.
Berdekatannya, TAMAN ESPLANADE TANJUNG API dalam pembinaan.
On the way balik rumah, singgah PASAR TANI UTC. First time jumpa MATOA LONGAN BRAZIL ni. Sedap manis jugak, tebal isi. Lebih kurang laici.
SALAK ni favorite hubby.
PULASAN kot.
Hubby ni jaga betul pemakanan dia, jaga gula. Tapi kalah dengan TAPAI. Sekali sekala.
Ada yang kata PASAR TANI mahal sikit. Ada yang betul, tapi hasil yang dijual segar2. Mau tak beli, betul tak. Frust, tak jumpa JERING REBUS favorite. Objektif utama ke sini....
Tengah berkira2 untuk next weekend trip nak ke Kuantan atau repeat ke Kemaman. Husband cakap dia dah rindu kopi dengan teh kat situ..hehehehehe..
ReplyDeleteMai mai datang Kuantan hehe
Deletewahhh weekend yang berwarna warni Mulan naa :) meriah dan ceria alhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah :)
DeleteTaman Gelora tmpt wajib pergi kalau ke Kuantan.. bawa anak jalan jalan situ.. Kuantan Pickers tu nanti nak try la..
ReplyDeleteFood court Taman Gelora pun sedap2. Nanti try Kuantan Pickers ya
DeleteDah banyak list ni nak menyerbu ke kuantan nanti.. bila la dapat jumpa .. asyik ke kuantan tapi kejar masa kl semula huhuu
DeleteYes sayur kat pasar tani mmg mahal sedikit sebab kualiti dia mmg baik dan segar.. Jarang dtg ke Kuantan waktu weekend tak tahu ada pasar tani di UTC tu..
ReplyDeleteKan, sayur segar elok2. Dah lama jugak pasar tani UTC ni.
DeleteWalaupun padat tapi diisi dgn aktiviti bersama keluarga dan jalan-jalan melihat pemandangan alam yg cantik sambil bersenam 👍🏻
ReplyDeleteAlhamdulillah :)
Deletesuka tengok semua gambar, dari majlis pengantin, aneka menu kuih muih tu di kedai makan..jenjalan di pasar dan pemandangan bersenam tu. Padat aktiviti akak
ReplyDeleteBest pergi wedding ada OPOR hehe
Deletekat resto2 biasa mmg x ada jual ke opor daging ni? mesti dtg ke ke duri kahwin ke baru ada? mcm mn tu?
ReplyDeleteAda tapi susah nak cari resto jual lauk opor ni.
Deletesama laa sayaaaaa
ReplyDeletemana boleh katakan NO kepada tapai?
🤣🤣
Tapai sedap kan.
Deletearwah kawan ammi pernah poskan rempah opor yang arwah mak dia buatkan sbab ammi suka sangat makan opor kalau dia bawak balik hostel dulu.
ReplyDeleteAl-Fatihah buat kedua ibu dan anak ini
Suka opor ya, sedap kan.
Deleteteringat kecik2 dlu mmg suka mkn nasi kapit cicah sambal nyoq haha
ReplyDeleteNasi kapit cicah sambal nyor memang sedap kan.
Deletelawa decorasi dewannya..
ReplyDeleteeh matoa dah musim ye? teringin nak cari la
Cantik kan, banglo jadi wedding hall. Saya first time jumpa matoa. Sedap.
DeleteMenariknya tema wedding tu. Makanan pun digambarkan sangat sedap rasa dia. Alhamdulillah dan tahniah buat pengantin.
ReplyDeleteLama juga rasanya tak pergi Kuantan ni. Geram pula tengok hidangan kuih muih yang dijual tu. Memang jadi tumpuan ramai. Mujurlah datang awal kan. Seronoknya dapat beriadah di tempat menarik. Sihat dapat, terapi mata pun dapat.
Alhamdulillah smooth wedding nya, deko cantik, lauk sedap.
DeleteDatang lah Kuantan, macam2 ada.
Lama sudah saya tak jejak Kuantan. Last tahun 2016. Kuantan memang best macam-macam ada dan banyak tempat menarik. Harap ada rezeki sampai sana lagi.
DeleteTaman Gelora ni femes ye Kak... Selalu dengar org sebut tapi tak pernah sampai. Seronok juga dapat beribadah di sini
ReplyDeleteSwissbell tu kami pernah stay, ikut husband outstation. Best, hotel barulah kiranya kan...
Buah longan Brazil tu teringin nak try tapi belum pernah jumpa lagi :(
Taman Gelora ni dah lama sangat ada nya, memang famous.
DeleteSwissbelll tepi laut, cantik kan.
Kami pun first time tengok matoa.
zharfan dah habis foundation study so tak tau bila lagi lah kami akan repeat ronda2 kuantan, tanjung lumpur etc
ReplyDeleteBila2 otw balik Kelantan, singgah la Kuantan 😊
Deletemakan kat Pickers sentiasa penuh.. rezeki kak datang kurang org.. best nyaaa... !! ok terbyg karipap taman gelora,,.n yummmm
ReplyDeleteBetul memang selalu penuh Kuantan Pickers ni, itu lah sebab kami pergi awal, memang dah lapar pun time tu hehe. Oh yes karipap Taman Gelora.
DeleteAwal grup pak haji sampai bersarapan tu... terus dari surau la tu....
ReplyDeleteBelakang blok Kuantan Pickers, MASJID NEGERI, memang dekat.
DeleteBanyaknya kuih! Sedap-sedap belaka nampaknya.
ReplyDeleteLama saya tak makan lauk opor.
Jering rebus? Aduhai.... tiba-tiba saya rasa teringin pula. Jom kita cari sampai dapat Mulan.
Betul Kuantan Pickers memang banyak kuihnya. Sedap pulak. Opor sedap kan Kak Amie.
DeleteJommmm cari JERING REBUS.
Sukaaaa liat pelaminannya pinkish cantiiik 😍😍👍.
ReplyDeleteSaya belum pernah rasa nasi lemak kerang. Nantilah nak cari kalo ke Malaysia lagi. Mungkin hrs cari di trmpat2 seperti itu yaa. Kemarin tak nampak pula sambal kerang tiap beli nasi lemak.
Melihat aneka kuenya langsung terliur juga. Rindu nak makan popiah 😂
Tamannya cantiik betul kak. Memang asyik buat jogging pagi yaa. Haiiish melihat ibu monyet dan anaknya langsung terharu pula 🥹🥹.
Naah samaaa. Saya kalo tapi, agak susah menolak. Apalagi kalo manis kaan. Untunglah agak susah cari tapai di sini. Kalo tak, bisa bablas 😂
Saya juga sukaaaa jering atau jengkol sini sebut. Biasanya dibuat rendang atau balado. Yg pedaaas 🤣😄. Baru mantap
Ya Fanny cantik pelaminnya. Nasi Lemak Kerang memang sedap. Kueh dan popiah semua pun sedap. Taman rekreasi tepi laut memang cantik, berangin sangat. Seronok dengan bunyi ombak. Tapai tu kalau sekali2 tak apa makan, sebab manis, takut juga kandungan gula nya. Ada juga jering dibuat rendang atau balado ya, belum pernah makan, mesti sedap. 😍😍
Delete