Sunday, July 14, 2024

DAY 2 : MEDAN - BERASTAGI, DANAU TOBA, SAMOSIR


GUNUNG SIBAYAK 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

FROM THE RIVER TO THE SEA, 
PALESTINE WILL BE FREE. 


Subhanallah cantik view nya sebelum terbit matahari.


Seawal sebelum Subuh 4am, hubby dan anak soleh dah gerak untuk join group hiking GUNUNG SIBAYAK. Subuh di atas sana. Foto2 semua ni diorang yang share. Mummy dan anak solehah hiking atas katil je haha.


2212 meter dari paras laut. Next time lah kita join.

Gunung Sibayak ialah stratovolcano yang menghadap ke bandar Berastagi di utara Sumatera, Indonesia. Sibayak adalah istilah daripada bahasa Batak Karo yang merujuk kepada komuniti pengasas. Gunung Sibayak agak mudah untuk didaki dan menjadi tarikan pelancong sejak zaman penjajah.

Walaupun letusan terakhirnya lebih daripada satu abad yang lalu, aktiviti geoterma dalam bentuk bolong wap dan mata air panas kekal tinggi di dan sekitar gunung berapi. Bolong menghasilkan sulfur kristal, yang dilombong dalam skala kecil pada masa lalu. Rembesan gas sulfur juga telah menyebabkan perubahan warna asid pada tasik kawah kecil. (Sumber : Wikipedia)


Alhamdulillah ok je anak soleh naik. Walaupun tak training macam daddy nya.


Dua intan payung.


KISAH GUNUNG SIBAYAK


Team di hotel pulak. Sejuk sangat2. Aircond sah2 tak ON. Tingkap pun tutup. Sejuk amat. Gigil jugak awal2 Subuh.


Dapat view dari bilik kami di penghujung hotel.


Turun breakfast dulu berdua. Team hiking lambat balik.


Semua sedap2.


Siap makan kami berdua ronda2 keliling resort. Seakan tempat kami tidur di Hasliberg, Switzerland dulu. 


Besar resort nya, banyak bilik. Ketika ni, cuti sekolah satu Negara Indonesia. Memang resort ni almost fully booked. Request view gunung memang tak dapat.


Ada pool besar, matahari dah keluar sikit. Ada yang sudah berada dalam pool.


Cantik, anak solehah snap foto ni.


Resort ni antara yang lama. Tapi yang lama2 ni lah, yang dapat tanah besar bina hotel dengan view yang lawa. 


Sabtu. Lagi ramai yang keluar bersuka ria dengan keluarga.


Banyak kuda2 boleh dibayar untuk dinaiki dan dibawa jalan2 berdekatan pusing Kota. Juga antara mercutanda BERASTAGI.


Foto : jewerlytrip dot com

Actually PASAR BUAH BERASTAGI ni kami dah singgah semalamnya. Tapi lupa nak snap foto. Hubby beli banyak buah. Sedap manis masam. Salak, orange, markisa. 


Cantik view on the way ke AIR TERJUN SIPISO PISO 


Sampai je di parking lot, nampak kedai jual makanan gorengan. Beli goreng Pisang. Sedap. Beli untuk alas perut pun ya. Sebab tak ada bawak snacks apa pun.


Macam di Switzerland pun ya. 


Aihhh menapak turun lagi. Pak Entong kata 5000 anak tangga. Tak tau betul ke tak. 


AIR TERJUN SIPISO PISO.


Nun di sana, LAKE TOBA.


Sipiso -piso ialah air terjun terjun di dataran tinggi Batak di Sumatera , Indonesia . Ia dibentuk oleh sungai bawah tanah kecil dataran tinggi Karo yang jatuh dari gua di sisi kaldera Tasik Toba , kira-kira 120 meter (390 kaki) ke paras tasik. Sipiso-piso ialah tarikan pelancong yang terkenal dan sudut pandang berhampiran menawarkan pemandangan air terjun dan tasik.

Air terjun Sipiso-piso terletak di Kabupaten Tanah Karo di Sumatera Utara , di hujung paling utara kaldera Danau Toba, berhampiran perkampungan nelayan Tongging. Perbandaran terdekat ialah bandar Kabanjahe , kira-kira 25 km (16 bt) jauhnya.
(Sumber : Wikipedia)


Kami baru 1/3 perjalanan, untuk complete perjalanan ke bawah sana. Dah lah. Hubby dan anak soleh pun baru turun Mt. Sibayak. 


Uihhh seriau nya.


Turun tadi tahan la jugak. Ni kena menapak naik untuk ke parking lot. Kus semangat, heret kaki lutut peha nafas semua.


Baca.


Jumpa kedai makan halal. Fyi, sepanjang perjalanan ni, memang sukar sikit nak cari kedai halal. Memang Muslim kurang sikit. Alhamdulillah, sebelah grocery mart belakang KARINA RESTO ni ada musolla, boleh terus solat.


AYAM PENYET. Sedap.


Teruskan perjalanan. Jalan memang bengkang bengkuk. Alhamdulillah tak mabuk.


Jalan pun tak besar. Kalau selisih dengan kenderaan lain, seriau je rasa.


Next. AIR TERJUN EFRATA.


Asal nama "Efrata" tidak kurang menariknya. Kisahnya bermula dengan kedatangan sekumpulan pelancong asing dalam perjalanan ke Sosor Dolok.

Mereka kagum dengan keindahan alam yang terbentang di hadapan mereka. Kemudian mereka berteriak, "Efrat Falls!" Sejak itu, penduduk setempat menamakan air terjun ini dengan nama Samosir Efrata.

Tarikan pelancongan Samosir ini dikenali sebagai air terjun Tele, kerana terletak berhampiran dengan Tasik Toba dan Menara Tele Viewing. Air terjun ini bersama dengan beberapa tarikan pelancong lain termasuk dalam siri tarikan pelancong Samosir yang paling terkenal. 
(Sumber : gotravelaindonesia dot com)


One for the album. 


Teruskan perjalanan lagi. Memang padat trip ni.


Suka view ni.


Memang payah nak jumpa masjid atau surau sepanjang perjalanan.


Siap parking kereta, kami jalan kaki lagi. Menyusuri view cantik ini.


Macam di Europe kan. Walau cuaca mendung tapi cantik sangat.


Hhmm heret kaki lagi kita ni.


BUKIT HOLBUNG.

Pulau Samosir mempunyai banyak kampung. Huta Holbung adalah salah satu daripadanya. Holbung berusia lebih daripada 200 tahun. Antara keunikan ialah Bukit Holbung. Pelancong datang ke sini untuk menikmati pemandangan dari atas. Selain itu, mereka dapat menikmati potensi alam semula jadi yang lain dan kehidupan penduduk tempatan. Kampung ini cukup tenang dan menyamankan. Ia juga sesuai untuk berehat semasa berundur percutian.

Malah, penduduk tempatan memanggil lokasi ini sebagai Bukit Teletubbies. Ia adalah kerana persamaan dari segi kecantikan dan saiz. Bukan sahaja ia menyediakan pemandangan yang menakjubkan, bukit ini menawarkan suasana yang menyegarkan. Dari sini, anda boleh melihat Pusuk Buhit dan Tasik Toba yang megah. 

(Sumber : toba.indonesia-tourism dot com)


Laju anak2 soleh solehah ni.


Subhanallah.


Alhamdulillah masa kami sampai, tak ramai orang lagi.


Ada camper dah pacak tent. Memang ramai yang camping di BUKIT HOLBUNG ni. Tahan sejuk betul diorang. Katanya, kalau angin kuat, memang ada yang balik. 


Kalau zoom, boleh nampak ada beberapa khemah dah siap pasang. Nak snap foto hubby tengah hiking naik ke atas sikit, tapi tak nampak. Dia kata nampak kami di bawah ni. 


Terasa titik2 hujan.


Tapi tak rasa nak balik.


Tak puas tengok view ni.


Asalnya nak tunggu sunset tapi titik hujan macam lagi besar.


Dah ramai jugak yang datang, kami bangun dulu, mintak tolong snap kan family photo.


Samar2 nak sunset nya.


Kami gerak dulu lah. Actually ada another jalan berupa anak tangga. Lagi cepat tapi lagi steep. Tak kuasa lah.


Sambung lagi perjalanan. 64km tapi dekat 2 jam perjalanan sebab jalan bengkang bengkuk naik turun bukit.


Lama betul tak makan burger. Sedap. Yang lain makan apa ya, lupa. Lapar tak ingat nak snap foto. Ada yang order pasta, kuetiaw goreng, ayam bakar rasanya.


RESTO ni sekali dengan cottage penginapan. Tapi kami check in tempat lain.


SAMOSIR VILLA RESORT.

Alhamdulillah sampai akhirnya. Penat jugak duduk dalam kereta. Apa lagi jalan turun naik bukit. Alhamdulillah hubby & anak soleh tough. Resort ni antara resort yang lama, tapi besar kawasannya.


Ini lah perjalanan untuk 2 hari. Alhamdulillah smooth semuanya.

34 comments:

  1. Subhanallah!
    Indahnya alam ciptaan Yang Maha Esa!
    Kagum sungguh dengan kesungguhan para pendaki! Terakhir saya daki Gunung Kinabalu (kali ketiga) pada 2014. Masih terasa lenguh kejang betis lutut semua!
    Syukur Alhamdulillah. Dengan memanjangkan langkah sejauh perjalanan ini Mulan pulang membawa banyak rakaman kenangan! Kayanya negara kiran kita dengan budaya hidupnya, dengan pelbagai jenis makanannya yang enak-enak belaka! Harap suatu masa nanti Kak Amie pun dapat peluang untuk selalu jalan-jalan ke negara orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Subhanallah. Wahh Kak Amie dah naik 3 kali best nya. Saya belum pun. Sebelum umur2 begini, smemang nak sangat2 naik tapi banyak kekangannya. Biarlah suami je yang teruskan. Kita buat mana mampu Insyaa Allah.

      Memang Indonesia kaya dengan adat dan budaya nya. Juga dengan alam sekitar yang cantik, makanan sedap2. Insyaa Allah Kak Amie sampai sana nanti.

      Delete
  2. tengok jalan ke bukit tu mcm kat jeju plak ehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya ke, kami belum sampai Jeju. Moga sampai sana nanti

      Delete
  3. Tu sebab menteri pelancangon Indonesia giat promosi Indonesia. Memang banyak tempat wisata yang menarik..kalah luar negara..Malaysia pun apa kurangnya..baru2 dalam TT diaorang share air terjun kat Selama, Perak..lawa gilaaa..tapi kita mampu tengok sahaja atas alasan sakit lutut..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Indonesia dan Malaysia sama2 promosi kan pelancungan di negara masing2. Cuma negara kita kecil jadi tempat nya limited berbanding Indonesia yang besar dengan banyak kepulauan nya.

      Selama, Perak kampung suami memang banyak tempat cantik. Kami pun tak sempat nak pergi.

      Delete
  4. bestnya cuaca sejuk dan view gunung ala2 swiss tu...bolehlah i masukkan tmpt ni dlm my wish list ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berastagi memang sejuk. Yang bertani pun pakai baju sejuk.

      Delete
  5. Cuaca sejuk, pemandangan cantik. Menarik betul trip ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang cantik2 di BERASTAGI ni

      Delete
  6. Assalamualaikum, Aameen atas doanya MashaAllah indah permandangan, air terhunnya, permai dan nyaman. Tak tau la bila boleh sampai sini hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Memang Indah semuanya Subhanallah.
      Insyaa Allah sampai nanti. Thanks singgah sini.

      Delete
  7. subhanallah cantiknya view! psstt~ Ana pon selalu hiking atas katil je hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Subhanallah.
      Hehehee kita geng.

      Delete
  8. MasyaAllah cantik panorama alam 😍
    Padat sungguh acara jalan-jalannya, penat tapi berbaloi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Subhanallah alam Ilaihi ni.
      Betul memang padat tapi ok je sebab kita boleh plan sendiri jugak.

      Delete
  9. Masyaa Allah cantiknya bumi ciptaan Tuhan, rezeki Mulan untuk menikmatinya sendiri.. leka kak ana skrol sampai ke bawah tq for sharing dek :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang cantik Subhanallah. Alhamdulillah kami diizinkan ke sana.
      Sama2 Kak Ana, nanti singgah lagi ya 😊

      Delete
  10. Aduuh cantik dan magestic nya!

    Jangan suruh uncle bersiri kat tempat seriau tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik kan.
      Ehhh memang seriau kat situ.

      Delete
  11. dah sampai medan air terjun sipiso-piso memang wajib singgah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena singgah, cantik nampak air terjun dan Lake Toba jugak.

      Delete
  12. tak try naik bot untuk bersiar-siat kat tasik tu?

    ReplyDelete
  13. Saya pernah ke sini dulu (masa sekolah rendah) dan ke Pulau Samosir tu. Ada perkampungan orang Batak. Zaman dahulu katanya penjahat disiksa dengan menghiris badan mereka kemudian akan diletakkan air limau nipis ke kulit yang ditoreh itu....Kus Semangat. Kerbau pendek pun banyak juga di bawah rumah.

    Ya Allah permandangan kat sana cantiknya....Bukit Teletubbies tu pun view dia Subhanallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang ada perkampungan nya tapi kami tak pergi sebab tak cukup masa.
      Memang cantik kan pemandangan di sana Subhanallah

      Delete
  14. Baca ini, saya sedih sebenernya, rindu nak balik kampung 😂😄. Dah lamaaa sangat tak mudik. Daerah Sumatera Utara ini memang mayoritas Kristen kak. Jadi bisa dibilang keluarga saya Batak, tapi minoritas Krn kami muslim . Marga yg saya pakai, Pasaribu itu juga mayoritas Kristen. Cuma nenek saya dah masuk Islam makanya dah banyak kluarga kami yg muslim. Walo ada juga yg masih kristen.

    Agak sulit memang cari makanan halal di daerah Parapat (danau Toba). Kota2 di sekitarnya pun masih mayoritas non muslim. Palingan kalo yg muslimnya banyak, itu di Sibolga, masih 7-8 jam lagi dari danau Toba 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa Allah ada masa nanti Fanny boleh balik kampung.
      Betul macam kata Pak Entong, Muslim tak ramai di Sumatera Utara.
      Banyak church dan perkuburan orang Kristian.
      Tapi masih senang cari makanan halal nya.

      Delete
  15. mmg byk obyek wisata disono ye makcik.,
    ps. mmg nasi ayam penyet dorg xde sup kann., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang banyak obyek wisata nya.
      Ya mostly ayam penyet di sana tiada sup.

      Delete
  16. Subhanallah...pemandangan sangat- sangat cantik..keindahan alam semulajadi kan kak...berdoa jugak ni semoga ada rezeki SA ke sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik kan Subhanallah. Insyaa Allah nanti SA akan sampai sana.

      Delete
  17. berastagi & air tejun sipiso biasa tgk org share tmpt ni....subhanallah cantiknya view yg di share

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Subhanallah, tak puas tengok semuanya

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
Please email me for any inquiries.
>> o-mulan@hotmail.com <<