SALAM JUMAAT PENUH BERKAT.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Simpan untuk reference nanti.
Last week ustazah/jiran ajak visit Kak Huda/jiran baru balik dari mengerjakan Haji. Sambil2 di dapur prepare breakfast hubby, mesin kain, kita buat KEK PISANG lah. Sebab tau ada Pisang over masak ranum dalam freezer. Defrost masuk microwave kejap buah pisang beku tu, bancuh buat kek. Resepi ni masuk blender je memang senang, tengok di column side bar kanan ya. Add on, chocolate chips dan hirisan badam. Buat 4 bekas kecil2, bagi ustazah, 2 untuk Kak Huda dan kami sebekas.
Klik sini pun senang -->>> RESEPI KEK PISANG
Suatu lewat petang. Jumpa frozen SUP TULANG dalam freezer. Keluarkan malam sebelum tidur. Boleh makan untuk breakfast nanti.
Esoknya tumis bawang besar mayang dengan daun kari, masuk rempah kari daging, tumis sampai naik minyak, masukkan leftover sup tulang. Nak letak santan pun boleh, tak nak pun tak apa.
KARI TULANG DAGING.
Makan dengan prata. Senang ada frozen prata dalam freezer, boleh makan bila2.
Suatu pagi yang hening. Ada beberapa ketul frozen ayam. Tumis bawang putih cincang, masukkan ayam, air, sup punjut, rempah sup serbuk kalau nak/kalau ada, sawi, garam gula. Sebelum tutup api, pecahkan telur. Tutup periuk. Tutup api dapur. Biar telur masak 3/4.
MIHUN SUP RAJIN
Tabur daun sup dan bawang goreng. Siap breakfast hubby.
Improvised. MOLTEN LAVA CAKE
Ni MOLTEN LAVA CAKE yang tak jadi hari tu. Lava dia dah keras. Tapi boleh je makan.
Nak makan, masuk microwave kejap. Curah chocolate sauce + sugar free BLUEBERRY JAM, tabur edible gold flakes. Blueberry jadi merah dalam foto. Abaikan. Anak soleh makan dengan ice cream which is paling marvelous lah.
MEE REBUS SOS CILI + TOMATO
Tumis bawang merah kisar dan ciliboh. Masukkan udang & potongan kecil ayam/itik/unta ikut suka hehe, sos cili, sos tomato, garam gula ikut citarasa. Sebelum tutup api, pecahkan telur dan tutup periuk supaya telur masak 3/4. Kuah ni pekat sikit, tak ada tepung jagung. Yang di atas ni, leftover kuah saja dengan udang. Telur dah habis dimakan, maka goreng telur 3/4 saja.
KIMCHI PANCAKE.
Sos tu, guna garlic chili oil yang sedia ada + kicap, cuka, gula, sesame oil.
Kisah suatu petang sebelum Maghrib, hubby nak makan cepat ada game bola untuk warga umur lanjut. Ni yang paling cepat. Tepung + kimchi + telur + air.
KIMCHI yang buat beberapa ketika yang lepas.
JJAJJANGMYEONG.
Jumpa cooked spaghetti dalam freezer. Lama tak makan Jjajjangmyeong.
1 bawang besar potong dadu
1 sudu besar ciliboh
1 cawan isi ayam potong dadu
1 Zucchini potong dadu
3 sudu besar Taucu dikisar
Kicap Pekat
Kicap Masin
Sos Tiram
Minyak Bijan
Garam Gula
Tumis bawang dan ciliboh. Masukkan ayam, air sikit dan zucchini. Masak sebentar. Masukkan bahan2 lain + air sikit. Kuah ni pekat, sebelum tutup api, masukkan sikit bancuhan air tepung jagung. Macam MEE HAILAM tapi ada Taucu.
Makan dengan KIMCHI, Telur Goreng Mata 3/4, potongan seaweed & hirisan Timun selalunya tapi guna lettuce leftover je.
Alhamdulillah syukur untuk semuanya. Memang suka masak tapi kena la ada yang makan. Mostly kat atas ni masak masa anak soleh ada di rumah. Balik weekend. Hubby jarang makannya, sebab itu dapur hibernate. Dia kata kat office ada meeting banyak makanan. Wife dia makan leftover dalam freezer atau makan roti haha.
Take care and stay safe semua.
Macamana nak sebut JJAJJANGMYEONG....heheheee.
ReplyDeleteNampak macam sedap tu.
Saya memang suka makan kek pisang. Dulu rajin buat kek pisang tapi sejak tinggal bertiga saja, jaranglah mengekek. Betul Mulan, kita suka masak tapi kenalah ada tukang makannya.
Hehe kena keras kan sebutan J. Memang sedap Alhamdulillah.
DeleteBetul Kak Amie, kalau masak tapi tak ada yang makan, tak ada mood nak masak, kan.
sedapnyaaa kek pisang, molten lava cake! jjajangmyeonn sedapnyaaa! me rebuss aaa sedapnyaa semuaa waduhhhh!
ReplyDeleteAlhamdulillah makan anak beranak.
DeleteTerus teringat dalam freezer saya pun ada pisang yg terlebih masak saya simpan sbb taknak busuk. Konon2 nak buat milkshake pisang tapi kek pisang pun menarik jugak ideanya. Tak terfikir pulak boleh ubah resipi dari sup tulang jadi kari tulang. Bagus idea Kak Mulan ni 😃
ReplyDeleteSama la plan asal nak buat banana milk shake tapi punya lama tersadai dlm freezer, last2 buat kek.
DeleteAlhamdulillah, dapat ilham buat Kari.
sedap semuanya resipi kali ini. Kena cuba buat kat rumah ni. Thanks for sharing...
ReplyDeleteSama2 AK.
Deletesaya kalau pisang lebih suka roti pisang
ReplyDeleteApa2 pun makanan Dadi Pisang, memang sedap kan.
DeleteSpecial blog..makanan atau sajian yang sihat ..salam kunjung ke blog awal pagi ya
ReplyDeleteInsyaa Allah. Terima kasih singgah blog ni.
Deletehebat semua home made ye...kekk pisang yg menarik, sup tulang tiba2 jadi kari bleh cicah roti prata...tahniah ibu!!
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat ilham nya.
DeleteSemua masakan special dan nampak sedap belaka ni.....
ReplyDeleteAlhamdulillah makan anak beranak 😍
DeleteKak Mulan ini serba bisa masaknya yaa 😍😍😍😍👍. Dari cake, makanan lokal, sampai kimchi pun kliatannsedaaap 😄👍👍👍. Pastilah anak2 kakak selalu senang tiap balik rumah Krn makanan mamanya sedap2 😊. Itu yg saya rasain tiap pulang ke Medan soalnya. Kangen masakan mama 😄
ReplyDeleteLiat kek pisang, JD teringin pula nak buat.
Alhamdulillah masak2 untuk makan sama anak2 saja Fanny. Semua pun mesti mau masakan mama masing2 kan. 😍😍
DeleteTak tahu nak comment yg mana satu hahaha.. kalau kat kedai ni mau tak reti nak order hahahaha.. apa pun Molten Lava Cake tu.. uishh ngacammm.. hahahaha
ReplyDeleteMasak yang ahli rumah makan, kalau tak jadi pun kena makan. Improvised sikit2 hehe.
DeleteWahh..cantik betul kejadian kek pisang tu Puan Hajah. Dengan gebunya dan menarik dengan hiasan atasnya. Aduh, terasa-rasa rasa kimchi yang sedap tu. Suka campur kimchi dalam kuah maggi kari.
ReplyDeleteSenang, guna blender je buat kek tu. Kimchi memang sedap makan dgn maggi kan.
Delete