Thursday, February 29, 2024

HUTAN BATU BANGKOK - Brisk Walk Part 2

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa. 

FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE.


Sambung kisah trip brisk walk di Bangkok. Hiking dan brisk walk di dalam & di celah2 hutan batu.


Ahad lepas Subuh hubby dan anak soleh pergi jogging ke mana entah la. Pesan beli breakfast kalau jumpa. Mummy dan anak solehah penat jalan semalam Sabtu nya. Haha. 20k steps tu. Hubby kata jumpa masjid kecik so dia beli apa yang ada. Yang jual tu macam orang Indonesia kata hubby. Yang ni macam rojak, sedap.


Beli jugak popia sebab tu je yang tinggal kata hubby. Takpe janji kenyang. Sebab tak mau pergi kedai semalam tu. Jauh jugak dan dah rasa, so cukup lah. Lagipun dah stock up roti, bun dll dari 7E tepi hotel ni. Alhamdulillah memang cukup sangat. 


Siap makan bermula lah exercise kita. Dah pesan hubby, kata holiday santai2 so jangan la banyak jalan. Haha dia kata duduk hotel lah. Aisshh. Haha.


Hotel ni memang dekat THE MARKET ni. Sebelah nya BIG C.


Masuk PLATINUM. Nak intai2 duffel bag. Sebab ada barang belian. Tak apa sebab hubby dah target, duffel bag lama dah sedekah. Macam2 ada di PLATINUM MALL ni.


Baju, seluar, bag, souvenir dan segalanya lah.


Keluar PLATINUM, lalu jejantas nampak THE MARKET dan BIG C jugak.


Turun nak tunggu GRAB. Nampak ada orang jual buah. Strawberry tu memang tau tapi Cape Gooseberry tu first time jumpa. Sebab nak jalan, malas pulak nak beli.


Ok sampai ICONSIAM ni. Adik no 3 yang suggest. Dia pernah pergi dulu. Ya lah, trip ni kan hiking & brisk walk di dalam hutan batu, sesuai lah tu hehe.


Cari toilet dulu. Sementara di dalam mall besar2 ni, toilet memang awesome lah. Ada pulak gambar besar seakan mural di dinding berdekatan toilet. Tak nampak info mengenainya, curious jugak. Sebab ada gambar mereka yang berserban dan bertudung.


Serious besar.


Cantik deco nya.


Keluar ke belakang ICONSIAM, hubby ajak naik river cruise. CHAO PHRAYA RIVER CRUISE. Dalam mall bukan nak beli apa2 pun. Jalan2 jeling2 cukup lah sambil sejukkan badan. 


Ada banyak operator river cruise ni rasanya. Kami naik dari ICONSIAM senang dah sampai situ. 


Cantik bot tu.


WAT ARUN. 

Wat Arun Ratchawararam Ratchawaramahawihan atau wat arun , ("Temple of Dawn") ialah sebuah kuil Buddha di daerah Bangkok Yai di Bangkok, Thailand, di tebing barat Thonburi Sungai Chao Phraya. Kuil ini mendapat namanya daripada tuhan Hindu Aruna, sering dipersonifikasikan sebagai sinaran matahari terbit. Wat Arun adalah antara mercu tanda Thailand yang paling terkenal. Cahaya pagi yang pertama memantul dari permukaan kuil dengan rona mutiara. Walaupun kuil itu telah wujud sejak sekurang-kurangnya abad ketujuh belas, prang (puncak) yang tersendiri telah dibina pada awal abad kesembilan belas semasa pemerintahan Raja Rama II. 
(Sumber : tourism Thailand org)


Kami tak turun, tengok dari bot ferry je. Tengahari terik, combo dengan tourist yang super ramai. Tapi memang lawatan ke temple, tak ada dalam itinerary kami yang padat ni.


Maybe next time kot.


Anak solehah kami. 


Sampai ke JETI PHRA ARTHIT. Yang paling hujung belah sana. Turun jalan2 dan ada kedai halal berdekatan. Boleh lunch terus.


Macam area backpackers.


Oh best nya dapat minum Kopi sini. Tapi sebab lapar, kena cepat jalan,


Cantik eh.


Sampai akhirnya Alhamdulillah. Nama kedai AYEESAH RODDEE, THANON TANI. Ada juga nasi tapi kami nak makan mi. Tak ingat dah nama apa tapi semua sedap. Dalam kedai ni, macam ada 3-4 penjual berlainan. Ok sangat, variety makanannya. Tapi sebab sampai lewat, ada yang dah habis.


Anak solehah punya ni pun sedap. 


Foto pada dinding kedai. Lupa pulak snap foto kedai. Murah kedai ni. Kedai biasa2 tapi asal halal kan. 


Tak tau dessert apa. Dah kenyang, jeling je la sebab tak ada yang volunteer nak bawak kalau tapau haha. 


Patah balik ke jetty, jalan2 dulu.


Jumpa kedai ais krim, coconut milk based ice cream katanya, sedap.


Macam2 ada.


Sambil jalan2 ternampak ada pintu istana lama. Sunyi sepi ada anjing besar di dalam tu.


Malas dah snap foto. Naik river cruise dari PHRA ARTHIT terus ke jetty paling hujung satu lagi.


ASIATIQUE


Waahh besar betul anchor ni.


Alhamdulillah ada tempat solat biarpun tak besar. Depan sikit je. 


Siap solat, dahaga nak cari minuman. Wahhh ada food court di dalamnya banyak makanan HALAL.




Dah lunch tadi so time for dessert lah. Apa lagi. Memang sedap. Bunga tu je jangan makan ya.


Manis lah krim putih tu. 


Beli ecard untuk bayar. Diorang akan refund balik duit lebih. Memang selesa makan dalam ni. Kerusi meja banyak. Sejuk ada aircond.


ASIATIQUE FERRIES WHEEL


Daddy & anak2 naik. Mummy nya takut kena vertigo nanti. 


Ada jugak kedai2 jual macam2.


This time malas membeli. Jeling je.


Hubby kata baik dinner terus since kedai halal banyak di ASIATIQUE ni. River cruise dinner, malas lah. Lama dan lambat. Sedap ni yang hubby order. Clam chilli ke apa namanya.


Grilled Chicken ni pun sedap especially sos dia.


Pulut Mangga lagi. Pad Thai anak2 order. Pad Thai ni macam kuetiau goreng kan, sedap.


Part ni, memang suka sangat. Moga kita semua sama2 lah jaga.


Nak balik, hubby ajak tunggu sunset kejap. Memang ramai pun sama tunggu. 


Subhanallah cantiknya.


Ok bye bye ASIATIQUE.


Hubby book Grab balik area hotel. 


Area CENTRAL WORLD.


Masuk sekejap.


Last but not least sebelum balik kena masuk supermarket cari jajan dll dulu.


Masing2 cari masing2 punya.


Jalan balik ke hotel. Singgah 7E untuk beli roti, bun dll bekal esok pagi ke airport.


Selang beberapa lot saja. Same building. Google dan search nama hotel ni di Bangkok, memang di kelilingi mall dan hotel 5 star, tapi hotel ni murah. RM622 untuk 2 bilik, untuk 3 malam, untuk 4 orang. 


Esoknya lepas solat Subuh terus turun check out. Grab dah tunggu, dah book awal malam nya. Flight 8.30am rasanya. Bye bye DON MUEANG AIRPORT.


Sunrise. Subhanallah cantiknya.


Phone lama.


Ke boarding gate. Seat banyak kosong. Ada few cafe kecik2. Duduk Dan makan alas perut, bun2 yang beli di 7E malam sebelumnya. Atas flight memang dah order nasi ayam dll. 


And fly to the sky. Subhanallah memang suka tengok langit biru dan awan putih. 


Pilot announce dah nak sampai. Alhamdulillah smooth short vacation, smooth semuanya. 

Terima kasih singgah sini. Take care & stay safe ya. 

36 comments:

  1. seronoknya melancong ke Bangkok... sy yg dok Kelate ni cuma mampu seberang sungai golok aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe AK Insyaa Allah sampai nanti

      Delete
  2. dah sampai bangkok wajib naik river cruise
    best kan?

    dulu sy sangka sungai chao phraya tu kecik je
    sekali dah tgk dpn mata....
    fuhhh
    sambil membayangkan kalaulah KL ada sungai bsr mcm ni
    kompem tak jammed
    hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la tak sangka besar betul sungai nya, saja nak rasa naik river cruise tu hehe

      Delete
    2. wajib naik... sy suka tgk view sepanjang sungai... cantikkkk
      ikan ikan punya banyak
      gerammm je tgk🤣

      Delete
    3. Betul view sepanjang sungai mmg cantik

      Delete
  3. Asiatique pun dah banyak berubah
    ms sy dtg dulu
    ada kawasan yg tutup
    sebab under construction...

    cuma ICON SIAM tu je tak sempat singgah
    tak jumpa artis2 pemes kat ICON SIAM tu?
    heheheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asiatique ni tak besar sangat tapi ada ferris wheel kan. Sunset cantik kat situ. Icon siam kami lalu je nak tengok mall besar kata orang.

      Delete
    2. yap mmg x bsr tp lama jg laa bertenggek tepi jeti tu🤣🤣 healing katanya...
      mana lg bsr? icon siam ke... pavilion?😁

      Delete
    3. Tak sure mana besar sbb tak explore habis pun. Main lalu2 haii haii bye bye ke Iconsiam & Pavilion tu

      Delete
  4. Serunya sis jalan-jalan ke Bangkok, mudah juga ya cari halal food di sana..mungkin hanya di tempat tertentu saja ? Kalau saya ada di sana barangkali saya bakalan terpesona dengan keindahan kuil Wat Arun dan rugi ya kalau tak coba naik river cruise..surganya tempat berlibur ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya di Bangkok agak mudah dengan makanan halal. Kalau ada lebih masa, kami juga akan ke Wat Arun dan lain2 nya, river cruise memang seronok juga.

      Delete
  5. bestnya holidayyyyyy moga tercapai perancangan MZ nak holiday jugak thn ni (autumn nanti insya Allah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa Allah yes yes. Ehh kita pulak excited MZ nak pi holiday. Moga smooth semua. Aamiin

      Delete
  6. Ratchawararam Ratchawaramahawihan.... Nasib baik la panggil Arun je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn, last2 Wat Arun je, senang sebut.

      Delete
  7. Cantiknya Bangkok. Makanan dia pun nampak sedap betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedap food sana. Cantik jugak, Malaysia pun lagi cantik :)

      Delete
  8. cantiknya bumi Bangkok ! what a memory! the foodies looks so good!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangkok cantik. Yes food sana memang sedap, tomyam etc.

      Delete
  9. Area minum kopi tu nampak menarik dengan pokok memanjat. Nampak redup je. Boleh la masukkan dalam wishlist tempat travel.

    ReplyDelete
  10. Cape gooseberry..macam buah letup2 version besar..

    ReplyDelete
  11. ya Allah, best tengok.. pemandangan indah.. makanan sedap.. pelbagai seni kraf jualan.. paling jauh ldy pergi adalah Patalong.. lepas ni kalau pergi mungkin ke bangkok.. yang pasti naik ford.. haha.. xleh nk byg jauhnye tu.. :D :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best Alhamdulillah. Makanan sedap2 kan. Woowwww naik ford ke, hubby nak try tapi saya kata ikut orang yang dah biasa dulu lah.

      Delete
  12. SA dh lama x ke bangkok ..iconsiam tu tempat fav...hahaha..skrg mesti dh banyak tarikan baru kat sana kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami first time pergi, memang rasa nak pergi lagi. Seronok Alhamdulillah

      Delete
  13. Seronoknya jalan-jalan ke Siam. Saya dapat ke Hatyai yang dekat dengan negara kita pun dah cukup meriah dengan segala makanan. Ke Bangkok pula macam-macam ada kan Mulan. Makanan di Siam ni memang cukup rasa masam, masin, manis pedasnya. Kalau boleh hendak cuba semuanya, dan banyak pula yang halal. Saya ke Bangkok Mac 2020, sampai KL 17 Mac, esoknya terus masuk Fasa PKP 0.1.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang seronok sebab last pergi dulu ke Koh Samui tahun 2011. Makanan memang sedap kan pastu halal. Ohhh masa Kak Amie pergi dah nak PKP ya

      Delete
  14. Bestnya dapat explore banyak tempat. Cape Gooseberry kalau di Malaysia macam tumbuhan liar kan. Seram juga kalau nak makan. Pulut mangga tu sedapnya. Siap ada hiasan bunga lagi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap pulut mangga tu. Ohh cape gooseberry tu liar ya, first time jumpa.

      Delete
  15. Tuhlah kenapa Bangkok selalu JD fav, Krn makanan halal mudah didapat. Dan sedap2 pulaa 😍😍.

    Saya ada pengalaman berkesan pas naik boat di choi Praya river tuh. Saya terpisah dari 2 teman, masalahnya dompet dan tas semua di pegang dia. Dan kemudian saya panik Krn mereka dah turun di Jetty sebelumnya. Saat itu tak beli tike terusan, jadi kalo berhenti patah balik saya mesti beli tiket baru.

    Tak bisa hubungi teman Krn saya tak bawa mifi dan tak aktifkan roaming. Lagi panik, tiba2 ada monk remaja mendekat, dia ternyata tahu saya terpisah. Sayangnya dia tak bisa bahasa inggris. Tapi kamu saling paham pakai sign language. Dia kasih saya 20 bath utk beli tiket baru. Ya Allah terharuuu sangat. Dia tak kenal saya, tapi mau menolong sampai segitunya. Krn itu Bangkok selalu jadi kota paling berkesan, terutama karena ketulusan monk remaja itu.. pada akhirnya saya bisa ketemu lagi dengan temen2 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Fanny diketemukan dengan insan yang baik. Memang panik sangat kalau terpisah dgn teman2, especially kalau handphone tidak dapat digunakan. Ya di Bangkok banyak makanan halal senang kan.

      Delete
  16. tu dia.. 20k step kalau mama dh bengkak kaki dah ni hihi. cantik bangkok esp sunset tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah petang rasa macam heret kaki dah keadaan nya haha

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com