Saturday, February 03, 2024

DAY 9 - SUN MOON LAKE. CYCLING. WALKING. BEST.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

DOA BERTERUSAN BUAT PALESTINE DAN YEMEN.


SUN MOON LAKE ialah sebuah tasik di Perbandaran Yuchi , Daerah Nantou , Taiwan . Ia adalah badan air terbesar di Taiwan. Kawasan sekitar tasik adalah rumah kepada puak Thao , salah satu puak orang asli Taiwan . Tasik Sun Moon mengelilingi sebuah pulau kecil bernama Lalu . Bahagian timur tasik menyerupai matahari manakala bahagian barat menyerupai bulan, oleh itu namanya. 

Tasik Sun Moon terletak 748 m (2,454 kaki) di atas paras laut . Ia sedalam 27 m (89 kaki) dan mempunyai keluasan permukaan kira-kira 7.93 km 2 (3.06 bt persegi). Kawasan sekitar tasik mempunyai banyak laluan untuk mendaki.
(Wikipedia)


Uihhhh sejuk nya pagi tu. 10'C. Siap solat Subuh, reheat pek Nasi Beriyani Ayam Brahim. Minum Kopi. Makan siap2 sampai kenyang. Bawak bekal roti, peanut butter, choc spread, biskut, kopi, Ovaltine dll.


Terus drive ke kedai nak sewa basikal. Senang area ni, parking lot pun banyak. Keliling tasik ni, pilih je mana2 tempat nak sewa basikal, ada Route yang dah digazetkan untuk berbasikal. Nak start dari mana2 pun ikut suka. Semua ni hubby dah recce. Ikut je lah. Hehe. Yang belakang anak solehah tu lah basikal kami. Rasa nak bawak sebiji. 


Tunggu tour guide setting Strava dia.


Syok aiihhh.


Baru beberapa meter dah stop nak snap foto.


Cantik sangat, mau nya tak stop kan.


Bak kata Kak Amie betul lah warna hijau zamrud kan, atau turquoise ke. Semua nya sama memang cantik.


Jangan tak ikut rules, Pak Guard ada di mana2.


Stretch ni, kena heret basikal. Tak boleh kayuh atas papan kayu ni. Sebab mungkin tak lebar sangat, takut ada yang terpeleok jatuh atas rumput, ergolek terus masuk ke tasik. Haha tak curam pun. 


Bila mommy momster suruh stop untuk snap foto, sila lah patuh. Haha.


Cantik.




Subhanallah cantiknya kan.



Kalau ikut kan hati, nak share semua foto. 





SUN MOON LAKE ni, boleh day trip je dari Taipei. Public transport pun sangat efisien.




XIANGSHAN VISITOR CENTER 

Taiwan memang bicycle/cyclist friendly. Di mana2 pun ada saja struktur atau monument kecil juga signboard dll.




Coffee break. Lepak sebentar. Sos Lingham pun ada. 


Alhamdulillah mudah buat kita.


Prihatin mereka.


Tarik basikal lagi.


Suka stretch ni. 




Best sangat sebab tak ramai, aman damai je. 


Foto dari hp hubby. Di luar building XIANGSHAN VISITOR CENTER.



Cantik sangat view dari platform ni.


Pulangkan basikal. Ok done for Day 9. Alhamdulillah smooth semua, seronok sangat.


Next to SUN MOON LAKE ROPEWAY/CABLE CAR.


Dapat tengok lake dari jauh. Cantik sangat.


Cable car ni, kami stop halfway je. Kalau sambung trip cable car ni, akan terus ke Formosan Aboriginal Culture Village + THEME PARK. Harga tiket nya lain. Boleh beli awal atau beli later di station pertama ni.


One for the album lah, couple warga purba. Hehe.



Awesome view Subhanallah. Sampai bawah, terus ke parking lot dan terus balik. Solat, sambung makan dan rest.


Walaupun jam 3 lebih tapi cuaca sangat sejuk. Hubby sorang2 je kental duduk luar. Bercawan2 kopi panas. Best resort hotel kecik ni. Parking lot pun luar bilik je.


Kopi O Hang Tuah panas2. Pecah2 biskut kering 4 segi tu. Campak dalam kopi. Nikmat nya. 

Selamat Berhujung Minggu. Alhamdulillah hari ni dah pos gifts untuk 10 TOP COMMENTATORS untuk TAHUN 2023. 


Satu alamat je tak dapat lagi. Takpe lah pos dulu alamat yang ada. 

Take care and stay safe.

20 comments:

  1. bestnya..dapat cycling tepi tasik, view cantik, udara nyaman...sejuk2 pekena kopi panas + biskut..mmg layannn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang best, memang seronok. Cantik semuanya.

      Delete
  2. Nice pics. Best cycling sbb cuaca sejuk, tak berpeluh ketiak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Ya betul MZ, tak peluh ketika hehe.

      Delete
  3. Subhanallah memang cantik betul tasik ni...
    Tenang je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang tenang, cantik tasik ni Subhanallah

      Delete
  4. bestnyer dpt jalan2 taiwan tuuh., mesti sejuk sangat kann.., hehe
    menara Taipei 101 tu dh naik blom? ke wak yg lambat ni., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang best dan sejuk Wak. Haaa ya Wak lambat, takpe kita cerita lagi, tak naik sebab hujan :)

      Delete
  5. Oh bisa saja day trip dari Taipei yaa kak. Terkadang saya lebih suka stay di 1 kota, tapi boleh lah wisata ke kota lain asal tak jauh2, jadi bisa balik lagi ke tempat pertama. Biar tak pindah2 hotel 😄.

    Cantiiik memang, tapi saya penasaran juga dengan themepark dia. Kalo lanjut naik cable car.

    Secara saya themepark lover sangaaat, trutama kalo ada rollercoaster 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Fanny boleh day trip saja ke sini. Betul stay satu kota juga senang. Tak perlu pindah2. Wahh Fanny suka rollercoaster ya, saya penakut hehe.

      Delete
  6. Cantiknya lake dia. Sukanya dapat cycling dengan cuaca macam ni....sejuk je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Subhanallah. Seronok dapat cycling dengan cuaca sejuk, tak peluh :)

      Delete
  7. Seronok bila kita travel tmpt yg frindly muslim ni ada musola disediakan ..

    ReplyDelete
  8. MasyaAllah cantik memukau Sun Moon Lake tu 😍. Harus bergambar banyak-banyak buat kenangan.
    Alhamdulillah…bagus Taiwan mesra Muslim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sun Moon Lake mmg cantik Subhanallah. Beratus2 gambar di lake tu je. Memang bagus Taiwan ni Muslim friendly kan

      Delete
  9. Pulau-pulau / daratan (?) dekat Sun Moon Lake tu macam pemandangan yang dapat dilihat dari atas bukit Pulau Bohey Dulang, Semporna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya rasanya, belum ke Bohey Dulang. Pernah tengok kawan2 yang dah pergi, memang cantik.

      Delete
  10. sy punya lah degil
    siap berkayuh dan bunyikan loceng ms lalu atas laluan kayu tu
    hahahahhaa
    nasib baik tak kena marah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time kami ada group warga emas, ada pak guard. Lagipun boleh santai2 heret beskal tu. Penat kayuh.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com