Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE..!!
Beberapa hari lepas, check stock dalam freezer. Ada ikan banyak jugak lagi. Nanti habis monsoon, part timer kat rumah ni akan rajin masuk laut Insya Allah. Tiba2 teringat Laksa Penang. Pagi tadi, Jumaat, terjadilah, Alhamdulillah.
Alhamdulillah mood membakar kembali lagi.
Semalam pagi2 lepas basuh kain, bukak freezer lagi. Jumpa pisang masak, frozen sebulan dah agaknya. Cari resepi favorite.
Chocolate chips tu tambah je. Bagi ummpphh sikit.
Alhamdulillah elok kejadiannya.
Sambil update post ni, terbau2 lagi KEK PISANG ni padahal satu loyang dah bagi kawan, satu lagi dah makan, separuh hantar ke mak pagi tadi.
Lama tak guna Bundt Pan. Keluarkan. Jangan pandai beli je.
Alhamdulillah tak melekat. Chocolate chips tu, jangan gaul dulu dengan adunan. Letak adunan separuh, tabur choc chips. Kemudian habiskan adunan, tabur lagi choc chips. Takut melekat je. Loyang wajib gris dulu. Kalau Bundt Pan ni, eloknya guna spray.
BAHAN A (DIKISAR)
3 biji telur
1 cawan minyak jagung atau minyak masak
5 biji pisang berangan
1 cawan gula perang
2 sudu teh susu pekat
2 sudu teh susu tepung
Esen vanila secukupnya
Secubit garam
BAHAN B (DIAYAK)
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
CARA MEMBUAT
1. Satukan BAHAN A dalam bekas besar.
2. Ayak BAHAN B. Masukkan bahan ini ke dalam bekas BAHAN A tadi.
3. Gaul adunan sehingga semuanya sebati.
4. Bakar pada suhu 170 darjah selama 50 minit atau bergantung pada oven masing-masing.
Tepuk bahu sendiri banyak kali. Rasa tak percaya masak LAKSA PENANG lepas Subuh Sepi'e pagi tadi. Last sekali masak, bertahun2 dulu rasanya.
Favorite hubby so dia makan banyak.
RESEPI CAMPAK BUANG
Sekeping ikan tenggiri, rebus, buang tulang, blend dengan air rebusan.
1/2 bawang besar merah, blend dengan air sikit.
1 sudubesar ciliboh instant
1 bunga kantan, potong 4
Segenggam daun kesum
1 sudi teh pes asam jawa (asam keping habis)
1/4 suduteh belacan (tak tau kenapa letak)
Garam. Gula (tak pernah guna msg)
Masuk semua dalam periuk hitam atau putih, mahal atau murah,
bulat atau bersegi ikut lah. Janji periuk. Atau buyung tanah liat tu.
Masak dan perasa ikut suka citarasa.
Alhamdulillah siap tak sampai satu jam. Rebus laksa dalam Noxxa HP10. Defrost ikan 1 minit dalam microwave. Rebus ikan. Tungku satu lagi, rebus telur. Siap ikan direbus, terus start masak.
Opss, yang sampingan tu, macam biasa lah, daun salad/lettuce, timun, bawang besar, limau nipis, cili padi. Frust otak udang dah habis rupanya. Kasi kick kalau ada. Arwah mak mertua letak udang hidup kisar dengan ikan. Sedap. Tapi kita malas. Guna ikan tenggiri, sebab kalau ikan kembong dll, tak tau jadi ke tak laksa ni, renyah kan kembong tu. Hehe :) nak rajin kena ada strategi. Untuk makan sendiri, sekala sekali.
Alhamdulillah, gemuruh jiwa, semangat membara....
semuanya super dumur yummy ni!! saya pernah masak laksa penang sekali or dua kali jer kot hahah tu pun folo resepi yg kawan bagi..memang tak reti sgt la masak kuah laksa tuuuuuu
ReplyDeleteHaha ni pun gugel resepi tapi campak2 apa yang ada dalam peti then kita rasa2 lah sendiri
Deletepisang tu mcm kes ldy punye je.. semalam dah selamat jadi cucur pisang.. jeput pisang.. :D..
ReplyDeleteJemput Pisang memang sedap. Tapi malas nak goreng hehe
DeleteSedap plak SA tengok kek pisang tu ha..nak buat x pandai...
ReplyDeleteSenang je sebab blend, kalau kena putar2 tu leceh sikit kan.
DeleteWah semuanya sedap²...
ReplyDeleteKek pisang tu nampak perfect betul 👍
Alhamdulillah elok jadinya, tapi pisang tak cukup lah hehe
DeleteAlhamdulilah Cuya haritu kerja bawa bekal laksa... takdela kempunan nak makan laksa xD
ReplyDeleteAlhamdulillah 😍 sini nak beli jauh2 kedai nya, bukak pun lambat sikit so kena buat sendiri.
Deletecampak-campak siap!
ReplyDeleteBetul betul Alhamdulillah guna je bahan yang ada hehe
DeleteTiba-tiba nampak laksa. Memang suka sangat laksa penang ni. Kek tu pun aduhhhh cantik je....
ReplyDeleteLaksa Penang memang favorite ramai kan. Alhamdulillah kek tu keluar elok.
Deletelaksa penang ada extra telur sedap....wah lama frozen pisang tu...lama tk mkn kek pisang
ReplyDeleteLaksa lebih telur mmg sedap kan. Kami pun lama tak makan kek Pisang :)
DeleteNampak gebus gebas kat situ. 😁
ReplyDelete😄😄😄 Alhamdulillah
Deletetolongggggg
ReplyDeletesaya kecurrrrr tengok laksa tu
tolongggggggg
helpppppp
mana nak cari laksa niiiiiii
Hehe gi kedai ada banyak jual jugak, kalau rajin sikit buat lah. Ni pun buat setelah bertahun tahun2 tak buat. Laksa Penang mmg sedap kan.
Deletelaksa penang memang favourite saya juga...kalau beli di kedai selalu kurang kick..nak buat macam malas..hehehehehe..
ReplyDeleteMemang malas nak masak tapi sebab rasa nak makan sangat high hari tu, maka terjadi nya Alhamdulillah
DeleteBanana cake 😍😍😍😍😍. Papa saya punya bakery shops di Medan, dan salah satu menu jagoannya banana cake ini. Tiap kali mudik Medan, pasti saya beli banana cake nya 😄. Paling sedap jadi teman teh atau kopi kan.
ReplyDeleteLaksa Penang, awal2 dulu saya tak suka kak. Krn kuahnya ikan. Tak bisa makan samasekali. Tapi ntah kenapa di ajak teman ke salah satu mall di gurney, lalu cobain laksa Penang dia Krn terlihat sedap. Dan ternyata memang enak ❤️.dari situ akhirnya saya tau laksa Penang ini agak hati2 cari yg sedap, yg tak amis kuahnya 😄.
Kemarin coba laksa Penang terkenal di Penang road, itupun saya tak cocok. Pdhl dia dah sering sangat masuk TV dan sering ada di reels IG.tapi Bagi saya LBH sedap laksa Penang yg di gurney waktu itu.
Woaahh papa Fanny punya bakery, boleh visit nanti ni. Mesti sedap ya Fanny.
DeleteWaktu kecil saya pun kurang suka laksa Penang tapi lama2 jadi suka, favorite sangat2. Ada tempat sedap dan ada yang kurang. Kalau buat sendiri boleh di adjust supaya sedap kan 😍
kejadian laksa penang dgn kek pisang tuh mmg sempurna je., sedap jee tuh., hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah, kena cakap sedap sebab buat sendiri haha.
DeleteHebat kak, pagi pagi dah melaksa. Cantik kejadian keknya. Cantiklah acuan tu, bertambah seri kek pisangnya. Ohh begitu ye. Saya biasa campur je coklatchip tu. Tapi tak melekat sebab alas guna baking paper.
ReplyDeleteHehe Alhamdulillah mood melaksa datang pagi2. Kalau loyang biasa boleh letak baking paper tapi sbb loyang tu tak boleh letak baking paper, takut pulak choc chips lekat susah nak keluar.
DeleteAlahai cantik nyer hasil kek pisang tu.. tgn kalau berseni mmg cantik hasil nya huhu
ReplyDeleteDalam loyang je tu, Alhamdulillah elok keluarnya tak melekat :)
Deletelaksa penang tu yg membuatkan sy kecur air liur...yummy...
ReplyDeleteMemang sedap laksa Penang tu sbb pekat banyak ikan hehe Alhamdulillah
DeleteCantik kejadian kek pisang tu Mulan.
ReplyDeleteOoo namanya bundt pan ye.
Hasil resipi campak buang tu menggoda selera...kuahnya nampak sedap sangat!
Kalau kek keluar elok tak melekat memang cantik Alhamdulillah. Hehe campak2 apa yg ada, ikan banyak Insyaa Allah sedap :)
Deletesekali tgk macam makan kat kedai. punya cantik presentation mesti rasa nya oun sedap ni
ReplyDeleteCamera trick tu hehe
Delete