Thursday, February 22, 2024

MI CALONG SUBUH SEPI'E, LEMPENG LAGI & WEDDING.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE.


Buntu kadang nak prepare breakfast untuk hubby. Teringat ada tenggiri lagi. Maka Selasa kemarin, awal2 pagi lepas Subuh sepi'e, kita bersilat di dapur. Tapi actually kalau plan betul2, kejap je Insya Allah.

MI CALONG
Mi Sup Bebola Ikan. Favorite kami sekeluarga. Asalnya dari Beserah satu mukim di Kuantan, antara tempat naiknya ikan2 dari laut ke jeti sejak bertahun2 dulu.


Yang putih tu homemade fish ball. Tapi tak ada la bentuk ball sebab nak cepat, sudukan aje hehe. Ada tahu, fish cake, fish ball instant tak ada. Ada keropok lekor rebus dipotong2, yang warna kelabu tu. Pernah letak keropok keping tapi malas kali ni.


Sekeping tenggiri, ambil isi, simpan tulang & kulit.
1 ulas bawang putih
1 suduteh tepung ubi
Lada sulah & garam.

°°°°°°°°°°°°°

-Tumbuk atau guna food chopper/processor. Kami punya kecik je, yang tarik2 tu, bukan bateri atau USB. Bentukkan jadi bebola, ketepikan. Saya, sudukan terus dalam sup hehe. Sebab tak dan. Tak cukup masa.


Tumis 7 bawang putih cincang/ketuk 2 kasar. Masukkan kulit & tulang ikan. Then masukkan 2 cawan air + 2 sup punjut. Rebus lama untuk bagi semua mesra. Masukkan garam dan lada sulah. Keluarkan atau timbok semua yang dalam sup tu. Atau tapis, untuk dapatkan sup sahaja tanpa ada bahan asing yang kasar di dalamnya. Teruskan merebus sup yang menggelegak. Masukkan bebola ikan. Atau macam saya, sudukan terus adunan ikan ke dalam sup yang menggelegak. Bentuk memang tak jadi bola lah. Boleh juga disumbat dalam tahu putih atau tahu goreng. Kalau makan kat kedai sekarang, banyak yang letak ayam & tulangnya, tak best lah macam tu kan. 


Agak2 bebola ikan dah masak, masukkan fish cake, potongan keropok lekor, keropok keping, tahu goreng, daun sup, bawang goreng, garam, gula. Nak letak poached egg atau pecahkan terus telur sebiji2 pun boleh. Makan dengan sambal kicap yumm yumm. Boleh guna mihun, mi kuning, kuetiau atau apa2 lah. Selalu nya dimakan dengan taugeh tapi tak ada dalam fridge maka kita habiskan salad yang dah nak tukar color tu.


LEMPENG SANTAN + SAMBAL SADIN. 


Sedap sangat lempeng tapau dengan sambal SADIN ni.


ANJUNG HIJAU LIN SWANDEE 

Weekend bermalam di Putrajaya. Ahad baru ni siap2 kemas baju, pukul 7 pagi terus ke Sg Merah. Ajak hubby breakfast di sini. 
Tengok blogger Sis FZY FUZZY makan DI SINI.


Nak makan LEMPENG.


Luas tempat nya.


Ada LONTONG, NASI LEMAK macam2 lauk.


Nampak sedap sangat tapi sebab nak ke kenduri kawin, maka kena hold perut dulu.



ANJUNG HIJAU LIN SWANDEE di SUNGAI MERAB.


Laaaa hubby pun order LEMPENG. Dah jadi 4 keping, sama pulak tu. Patut order LEMPENG lain.


Ada kari dan sambal. Pedas tapi sedap. Last2 kena tapau 1 1/2 lempeng sebab banyak dan kenyang. 


Dah nak balik baru lah sampai kuih muih ni. Macam2 jenis.



Nun di sana ada corner lain.


Ni menu nya,


Parking lot pun banyak jugak. Ada lagi di belakang2 tu.


Ada tangga, maybe ada lagi ruang di atas kot. Insya Allah nak repeat menu lain pulak.


Alhamdulillah sempat sampai ke dewan majlis di KUANTAN, pukul 12. Dapat jumpa adik2, mak dan sebahagian sedara mara.

44 comments:

  1. Aduhai...SA tengah demam ni...dapat hirup sup panas2 macam ni sedap ni...ooo mi calong ye namanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa kesian SA. Moga cepat sembuh ya. Memang sup sedap masa kurang sihat kan

      Delete
  2. Mi calong tu alahai nampak macam menarik. Masuk sekali keropok lekor tu yg uniknya mi ni. Bahan2 yang dimasukkan semua saya suka kecuali taugeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je tukar sayur lain tapi selalunya tak letak sayur pun hehe. Memang sup ni byk berasaskan ikan, ada keropok lekor rebus jugak.

      Delete
  3. ingat dulu-dulu kak saya selalu pergi makan mee calong medan feri sekarang dah tinggal kenangan tempat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Medan Feri tempat Cik Li kan, sekarang dah pindah ke Serambi Teruntum

      Delete
  4. FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE.

    Ameeennnn

    Mee calong tu mcm masakan Terengganu. Simple tapi sedap.

    Mulan orang mana ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mi Calong asalnya Kuantan, sempadan Terengganu kan. Mesti ada yang lebih kurang. Saya asal Kuantan :)

      Delete
  5. masak sdiri mi calong puas mkn tu,..pernah mkn time holiday kuantan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul masak sendiri puas hati sbb sekarang ramai yg jual letak tulang ayam. Tak best lah.

      Delete
  6. Nampak sedap, tambah lagi ada keropok lekor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang sedap sebab banyak rasa ikan.

      Delete
  7. rupa nya betul ada menu mee calung...
    linda 1st time dengar masa dalam cerita hantu, lepas tu tak pernah pulak dengar sapa2 sebut...
    sedap nya sup kuah jernih macam tu je...kalau rajen, boleh lah buat jugak nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe ya memang ada Mi Calong ni. Kalau banyak tulang ikan masa rebus sup, lagi sedap dan kuah jadi kelabu sikit.

      Delete
  8. Sedapnya pagi pagi hirup sup panas. Bagusnya buat bebola sendiri. Rupa bentuk tak bulat takde hal. Sama je masuk perut. hihi..

    Wahh menariklah tempat makan ni. Suka open macam ni. Banyak pulak tu pilihan makanan favourite kita. Datang sini confirm lama fikir nak makan apa tak tahu..Semua macam sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mi Sup pagi2 memang sedap kan. Hehe ya biarlah tak ada rupa asal ada rasa.

      Betul kedai makan yang open, rasa seronok lagi kan suasana nya. Kami pun nak repeat next time Insya Allah

      Delete
  9. Belum pernah makan sup ikan. Nampak sedap tu. Teringat pulak sup KFC dulu-dulu yang ada bebola.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedap hehe, ohh kfc ada sup ke dulu2.

      Delete
    2. Ada. Lama dulu. Sebab tu prefer makan kat KFC dari fast food lain sebab ada sup. Tapi stop production tak tahu sebab apa.

      Delete
    3. Ohh tapi betul jugak kalau ada sup, variety kan menu nya.

      Delete
  10. waduh waduhhhh
    org puasa hari ni
    hanya mampu ketap bibir je laa
    tgk mi calong yg fuhhhh👍👍

    ReplyDelete
  11. lempeng cicah sambal
    paduan mengasyikkan
    🤤🤤🤤🤤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lempeng memang sedap kan yumm cicah sambal

      Delete
    2. mkn tiap2 hari pun tak jemu
      janji sambal padu

      Delete
  12. semua pun sedap2 belaka...yg paling MZ terliur is mee calong tuuu..pandainya u buat sendiri homemade fishball...teringin nak buat jugak tp tak berapa yakin hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malas tumbuk. Ada food chopper/processor yg kecik tu, senang kerja. Masak memang tak yakin tapi buat je sebab untuk kita makan hehe. Kalau untuk jamu, aihhhh takutttt.

      Delete
  13. hasil air tangan isteri/ibu pasti akan membahagiakan suami dan anak2. meme letih memasak di dapur tpi rasa puas bila makanan habis belaka....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah. Aamiin. Terima kasih AK.

      Delete
  14. Naik turun, naik turun bijik mata antara gambar dengan description nak cari mana satu fish ball, mana satu keropok lekor, mana satu fish cake... Lain kali kena letak nombor senang sikit... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isshh baca lepas foto kedua tu uncle. Tak dan nak letak nama2 tu haha.

      Delete
  15. Eh kenapa macam meriah dan menarik jer Sup Bebola Ikan Tenggiri tu.. hahahah :D
    Dia punya simple tu out come fuhhh mengancam .. kita punya simple mmg jgn tgk la rasa jer.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa tu no shape fish ball warna putih, fish cake yg yellowish, keropok lekor kelabu dipotong2, tahu goreng warna oren. 4 tu je haha. Daun sup ada hijau2. Nampak lah meriah haha.

      Delete
  16. Anjung Hijau Swandee di Sg Merab.. eh boleh la sangap nak terjah ni dekat jer hihiii :D

    ReplyDelete
  17. Sup bola2 ikan itu, ya allah menggoda sangaaat yaa 😍😍😄. Di sini ada kulinernyg mirip sikiiit dengan sup itu, namanya Tekwan, makanan dari Palembang , Sumatera Selatan. Saya termasuk sukaaaa sangat. Tapi kuahnya dari rebusan kepala dan kulit udang, bola2 nya yang dari ikan tenggiri atau belida.

    Kedai kecil tuh pun rasa sedap. Cuma jauuuh lah ya dr KL. Saya agak susah ke sana kalo memang tak ada plan ke Kuantan 😄. Di KL yg jual lempeng sedap di mana kak? Saya masih penasaran dengan lempeng ini. Selama di sana tak pernah coba pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul Fanny, selepas dijamu Tekwan oleh kawan dari Indonesia di Kerteh dulu, baru saya tau Mi Calong rasanya hampir sama dengan Tekwan. Tapi Mi Calong ni hanya guna ikan sahaja.

      Fanny kena datang Malaysia lagi untuk makan lempeng 😍😍 mesti ada Lempeng di sekitar KL

      Delete
  18. Replies
    1. Lempeng memang sedap Alhamdulillah.

      Delete
  19. Homemade fish ball memang sedap kan Mulan.
    Tak kisahlah apa bentuknya, yang penting memenuhi citarasa.... terasa-rasa enaknya di lidah Kak Amie hihihii.
    Alaaalaaa... sedap-sedap semuanya makanan tu .. lempeng, karipap, keria...cek mek molek!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ni rasa susah nak buat fish ball tapi bila dah mula buat dulu baru tau tak la susah sangat.
      Sedap2 kan kuih semua tu.

      Delete
  20. yum yum sedapnya mulan masak

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com