Friday, March 08, 2024

HABLUM MINANNAAS & KUCING. ANTARA CINTA & PAHALA.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga sihat ceria gembira bahagia dan dimurahkan rezeki sentiasa.

FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE.

To all the incredible women out there: You are inspiring, you are powerful, and you are truly amazing. Happy Women’s Day..!!



Haaa..!! Ke mana tu. Bukan kucing kami. Comel dan gebu. Suspek utama ni..!!


Tiap kali balik PJ, stress sedih tengok laman kecik belakang dapur kami, dengan hasil buangan kucing. Pasang rumput tiruan dulu2 supaya lalang atau rumput liar tidak tumbuh melata. Takut haiwan menjalar tu juga. Tak nak susahkan tetangga.


Area sini banyak kucing. Stray dan berpunya. Ni antara spot yang dah dibuang.


Ahad baru ni, guna waterjet, kami tembak semua kasi cuci habis. Tawakal. Daun kering tu susah sikit tapi, takpe lah dulu.


Lepas tu tabur UBAT GEGAT. Pengalaman beli ubat halau kucing sebelum ni, bau nya seakan ubat gegat. Mahal sikit. Last2 borong ubat gegat biasa je. Adik ipar pun kata guna ubat gegat.


Tabur habis semua. 5 peket kot. Dah jadi macam deco rumput kan. Hehe.


Maybe suspek utama. Nampak kucing ni berlegar2 atas rumput, sehari selepas kami cuci guna waterjet. Seakan mencari port toilet dia kot. Cepat2 halau. 


Ada juga baca somewhere, guna CUKA KAYU untuk halau kucing. Memang busuk, tapi demi untuk memelihara kawasan rumput tiruan kami yang sekangkang keras itu, kami cuba usahakan juga. Doa dan tawakal. Order 2 botol terus di Shopee. Dilute dengan air, curah je atas rumput tiruan tu. Rumah orang lain bau wangi wangian, bau essential oil yang sedap2 baunya, tapi rumah kami bau gegat dan cuka kayu hehe. Doakan kami. 

Ada tips lain tak? Kami sayang kucing. Kami beri makan tapi jauhhhh jauhhhh. Harap jangan la berpesta membuang. Sedihhhhh tau.

30 comments:

  1. Mudah2an mereka tak membuang kat situ lagi

    ReplyDelete
  2. Ada org kata tanam pokok misai kucing atau serai wangi nak halau binatang yg dtg buat onar di kawasan kita hihii.. ntah la.. geram jugak kalau asa kucing jdikan tmpt kita toilet mereka.. boleh tembak pakai pistol getah ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke nanti nak try la. Kadang nak marah pun kesian, sbb kucing kan comel semuanya. Tapi geram la pulak.

      Delete
  3. memang stress bila kucing membuang kat laman rumah kita...MZ pun tak tau apa petua yg berkesan...moga berkesan lah petua ubat gegat dan cuka tu...Allahumma yassir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa Allah moga berkesan. Memang stress tengok najis tu.

      Delete
  4. aduhhla DakOyen tu buat hal plk dia..nampak tembok tu dah tinggi dia boleh lompat jg ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la tinggi tembok tu boleh je dia lompat.

      Delete
  5. Sama macam kes kat rumah NS kami. Sesekali balik kena bersihkan najis kucing kat depan rumah dan kencing kucing kat porch. Geram tapi tak boleh buat apa. Paling-paling saya letak ubat gegat je kat tempat dia selalu membuang.

    Moga berhasil usahanya ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik2 tengok banyak hasil buangan memang stress kan.

      Delete
  6. sakit hati kan.. kalau di rumah ldy ni, bile kami keluar ot.. berhari2, balik mesti merata2 kucing kencing.. kat tepi2 dinding.. Allah... sakit hati sangat2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la combo buangan. Moga tak ada dah lepas ni.

      Delete
  7. Kucing jiran rajin bertandang ..tapi xde plak kes membuang depan rumah SA ni...bau pun xde .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rumah SA tak jadi port membuang geng Oyen. Hehe.

      Delete
  8. W'salam.. Sebelum LZ menjadi pencinta kucing, memang sakit hati bila kucing membuang di laman rumah. Dia suka sangat dengan rumput carpet. LZ guna cat repellent jual di Daiso (pek merah di bahagian pet) agak berkesan, mungkin boleh cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah beli cat repellent di Daiso tapi tak jadi. Tak sure yang mana. Maybe kena try cari yg sama LZ guna tu.

      Delete
  9. Aduhai... nak nangis rasa membayangkan kucing melabur merata-rata. Baunya lagi alahai...saya sudah semestinya akan stress. Teringat kasut travel saya kena kencing kuncing, entah kucing siapa datang ke rumah. Terpaksa buang kasut sebab aromanya ya ampun!
    Harap ada kesanlah ubat gegat dan cuka tu untuk atasi masalah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak Amie kalau kasut dah kena kencing kucing, bau melekat memang macam tak akan hilang. Memang dah nangis pun baru ni. Stress sangat tapi kena redha lah. Sambil cari jalan lain.

      Delete
  10. Dulu ingatkan rumput tiruan kucing tak membuang situ tapi rupanya sangkaan ni salah. Dia membuang juga. Selalu haiwan dia suka tempat yang natural. Harap2 kucing tak membuang lagi kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dulu ada kawan cakap kucing tak suka rumput tiruan tapi ni berpesta haha

      Delete
  11. oyennnn!!!!!
    mana mau lari haaaa🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oyen buat2 tak nampak 😡😡

      Delete
  12. cuka kayu tu nak guna mcm mn?
    just tuang or renjis je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena campur dengan air tapi bila geram, curah je atas rumput tu :)

      Delete
  13. aduhaii..sedih kan. Depan rumah saya selalu ada je berak kucing. Dia dah mark tempat tu yang kat situ je beraknya. Macam-macam cara dah cuba, tak berhasil juga. Nak cuba ubat gegat tapi katanya macam membahayakan kucing. Jenuh membuang dan mencuci kawasan berak tu. Bau pun satu hal. pagi pagi buka pintu je dah terbau semerbak. huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la macam2 cara dah buat, harap nya ok lah lepas ni. Bau tu satu Hal tapi sebab najis tu, terpijak dan jalan sana sini atas lantai.

      Delete
  14. Kucing yg suka pup dan pee sembarangan biasanya Krn tak di steril. Jadi mau ga mau memang pakai cairan seperti di atas atau cat repellent yang lain. Saya sendiri punya kucing indoor. Tapi ada banyak kucing liat yg menumpang makan di teras rumah. Jadi supaya mereka tak pee sembarangan, saya semprot di sudut2 fav mereka dengan cairan cat repellent tadi. Mereka tak suka baunya. Ampuh sih, tak ada yg pee sembarangan jadinya 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam2 jenis kami beli cat repellent tapi tak berhasil. Cuma kali ini kami guna dengan agak banyak ubat gegat dan cuka kayu. Moga berhasil. Rumah di sana jarang2 pulang, itu yang agak susah untuk dijaga,. Moga kucing2 itu tak akan datang lagi.

      Delete
  15. part membuang mmg paling taknak. mama pun bagi makan kucing juga tapi masa nak bagi makan tu mama pesan kat dia jgn membuang kat sini. alhamdulillah ikut kata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la sebab ni stray cat. Datang dan pergi tak kami tau. Sedih betul.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com