Monday, February 05, 2024

DAY 10 & 11 - SUN MOON LAKE - TAIPEI. BYE BYE TAIWAN.

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa. 

FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE.


Bye bye Sun Moon Lake. Jumpa lagi Insya Allah.


Memang best lah bilik di hotel resort ni. Kereta boleh park tepi bilik je. Resort hotel yang bersih kemas simple, suka sangat.


Yang ni, kira bangunan utama. Check in, check out di sini. Bilik2 di sini semua untuk 2pax sahaja. 


Cantik senibina nya. Siap check out. Alhamdulillah smooth semua.


Hubby pesan nampak tempat cantik, nak stop bagitau. Alhamdulillah cuaca terang cantik. Besar kan SUN MOON LAKE ni.


One for the album. Seberang jalan, tersergam WENWU TEMPLE.


WENWU TEMPLE
Sebelum ini, dua kuil terletak di pantai Tasik Sun Moon. Pada tahun 1919, kerajaan kolonial Jepun membina empangan untuk menjana kuasa hidroelektrik , menyebabkan paras air tasik meningkat. Kedua-dua kuil itu kemudiannya dirobohkan dan disatukan di lokasi kuil sekarang pada tahun 1938. 

Selepas Jepun menyerahkan Taiwan kepada Republik China pada tahun 1945, kerajaan melabur dalam membangunkan pelancongan di sekitar tasik. Kuil Wen Wu telah dibina semula pada tahun 1969, meningkatkan saiznya dan membinanya dalam gaya istana Cina. (Wikipedia)


Teruskan perjalanan. Alhamdulillah cuaca cantik.

Dah sampai Taipei. Mencari kawasan yang dibenarkan untuk parking kereta.



Di mana saja. Asal ada tanah. Pokok Pisang pun ditanam di dalam kawasan tourist attractions. 


CHIANG KAI SHEK MEMORIAL HALL ialah monumen negara dan tarikan pelancong yang didirikan untuk mengenang Chiang Kai-shek,  bekas Presiden Taiwan.  Ia terletak di Taipei, Taiwan. Monumen ini, dikelilingi oleh taman, terletak di hujung timur Dataran Dewan Memorial. Ia diapit di utara dan selatan oleh Teater Kebangsaan dan Dewan Konsert Kebangsaan.

Dewan Memorial berwarna putih dengan empat sisi. Bumbungnya berwarna biru dan oktagon, bentuk yang mengambil simbolisme nombor lapan , nombor yang secara tradisinya dikaitkan di China dengan kelimpahan dan nasib baik. Dua set tangga putih, masing-masing dengan 89 anak tangga untuk mewakili usia Chiang pada masa kematiannya, menuju ke pintu masuk utama. Aras bawah tugu peringatan menempatkan perpustakaan dan muzium yang mendokumentasikan kehidupan dan kerjaya Chiang Kai-shek, dengan pameran yang memperincikan sejarah dan pembangunan Taiwan. Tingkat atas mengandungi dewan utama, di mana terletak patung besar Chiang Kai-shek, dan di mana upacara pemasangan pengawal diadakan secara berkala.
(Wikipedia)


LIBERTY SQUARE ialah sebuah plaza awam seluas lebih 240,000 meter persegi di Daerah Zhongzheng Taipei Taiwan . Ia telah berkhidmat sebagai tempat perhimpunan awam pilihan bandar sejak siap pada akhir 1970-an. Nama dataran itu mengimbas kembali peranan sejarah penting yang dimainkannya dalam peralihan Taiwan daripada pemerintahan satu parti kepada demokrasi moden pada 1990-an. 

 Dataran Liberty berfungsi sebagai tapak utama untuk perhimpunan awam di Taipei dan merupakan rumah kepada tiga mercu tanda utama serta taman sivik. Di hujung timur Dataran Liberty terdapat Dewan Memorial Kebangsaan Chiang Kai-shek . Dataran ini diapit oleh Dewan Konsert Negara di utara dan Teater Kebangsaan di selatan. Taman mengelilingi plaza dan dinding mengelilingi tapak. Dataran itu terletak di hadapan Bangunan Pejabat Presiden .(Wikipedia) 



One for the album.


LIBERTY SQUARE MAIN GATE
Kami tak lama di sini sebab lapar, belum lunch hehe. Dan kurang cukup masa. Bak kata blogger Ezna, memang ada guard changing dalam tu. Tak dan nak tunggu dan tengok.  Maghrib pula 5.15pm musim2 sejuk ni.


Alhamdulillah dapat parking sewaktu sampai. Di Taiwan ni, pengalaman kami, semua entrance ke parking area dah siap ada camera. Macam mostly mall besar, hotel di KL, Selangor kan. Sampai je dekat palang, skrin akan paparkan nombor kereta kita. 


Dalam gugel map senang nak cari parking area. Ada kosong atau tak je lah. Nama parking area ni, 168 PARKING.


Problem nak bayar. Machine accept EASYCARD saja. Macam TOUCH N GO CARD kita tu. Tak terima credit card. Patut boleh, maybe system down. Kami memang tak beli. Alhamdulillah there's a guy yang nak keluar, kami minta guna card dia, then kami bayar dia je lah. Baik dia, tolong kami.


LIBERTY SQUARE MAIN GATE. 


Bye bye.


Ok perut dah lapar. Layan request anak solehah.


Nak makan di sini lagi.


First kedai kami makan sewaktu sampai Taipei, Taiwan.



Nak solat pun boleh.





Original Soup favorite daddy nya.


PUMPKIN MILK HOTPOT favorite anak solehah, mommy tumpang sekali. Besar tau portion satu tu. 


Favorite mommy nya, yes yes, STINGKY TOFU. Haha. Memang busuk. Sebelah tu Fried Chicken, sedap sangat.

Tauhu busuk ( Cina :臭豆腐; pinyin : chòu dòufu ) ialah sejenis tauhu yang ditapai dalam bentuk Cina yang mempunyai bau yang kuat . Ia biasanya dijual di pasar malam atau gerai tepi jalan sebagai makanan ringan, atau di bar makan tengah hari sebagai ulam, bukannya di restoran. Secara tradisinya, hidangan itu ditapai dalam air garam dengan sayur-sayuran dan daging, kadang-kadang selama berbulan-bulan. Tauhu busuk keluaran kilang moden diperap dalam air garam selama satu atau dua hari untuk menambah bau.

Menurut legenda China, seorang ulama bernama Wang Zhihe (王致和) berasal dari Huang Shan di Wilayah Anhui telah mencipta tauhu busuk semasa dinasti Qing . Selepas gagal dalam peperiksaan empayar , Wang tinggal di Beijing dan bergantung pada penjualan tauhu untuk mencari rezeki. 

Pada suatu hari, mempunyai sejumlah besar tauhu yang tidak terjual di tangannya, dia memotong tauhu itu menjadi kiub kecil dan memasukkannya ke dalam balang tanah. Tauhu busuk yang dicipta Wang Zhihe mendapat populariti dan kemudiannya dihidangkan di istana Dinasti Qing empayar. Hidangan itu kini telah menjadi sangat popular di Taiwan.

Tauhu berbau busuk boleh dimakan sejuk, dikukus, direbus, atau, paling biasa, digoreng, dan selalunya disertai dengan sos cili atau kicap. Warnanya berbeza-beza daripada keemasan, goreng ala Zhejiang kepada hitam, tipikal tauhu busuk gaya Hunan.
(Wikipedia)


Dessert, ice cream free flow. Bayar food yang kita order je. Nasi, Mee, Black Tea, Green Tea, Ice Cream semua free flow.


Parking area yang berdekatan KUO ZANG HOT POT.


Bayar di sini sebelum keluar.


Masukkan nombor kereta.


Then keluar gambar kereta. Tekan YES kalau betul. Then keluar amount kena bayar. Masa ni banyak coins so hubby bayar dengan coins, nak habiskan.


Last hotel di Taiwan. DUKE BUSINESS HOTEL di TAOYUAN. Dekat sikit dengan airport, TAOYUAN INTERNATIONAL AIRPORT. Serious besar bilik ni. Best ada lift, tak yah angkat bag naik tangga. Siap ada partition untuk 2 king size bed ni.


Luas. Senang nak pack barang masuk bag. Macam biasa, ciri2 hotel yang kami book (filter) - lokasi, harga termurah, private bathroom, parking free (or ada parking), review 7+ macam tu lah. Selalunya booking com. Sebab mudah nak cari guna filter sebagaimana mentioned di atas. Hotel kami selalu nya 2-3 star. Apa pun baca review dulu, jangan la teruk sangat walaupun nak tidur je. Dia camni, kalau memang tak keluar hotel, nak spend dalam hotel je, memang la better cari yang ok. Worth paying kan. Ni setakat nak tidur dan mandi je, asal bersih kemas cantik selesa, more than enough untuk kami. 


Lepas Maghrib kami keluar. Wahhh ada machine cuci helmet motor..!! Patut lah lalu tepi machine ni bau wangi macam shampoo.


Jalan2 nak cari jajan nak bawak balik.


Ehh nampak signboard TAOYUAN NIGHT MARKET. Taiwan ni banyak night market.


Masuk kejap. Tengok apa ada. Jumpa dan beli strawberry, serious manis sedap sangat.


Ni apa nama tak ingat. Buah yang disalut gula tu. Eyyy sure manis kan.


Nak pergi Carrefour cari jajan & local Taiwan food nak bawak balik. Rempah ratus ke, biskut, chocolate ke, dll lah. Of course yang halal lah. Tapi jauh sangat. Jumpa PX MART. Masuk sini je lah. 


Dah bayar, tengok ada duit Taiwan lagi. Beli lagi Mochi. Sedap Mochi Taiwan ni. 


Siap semua, jalan balik hotel. Ohhh carrots..!! Dijual di tepi jalan. Fresh nya. Mesti baru petik ni. 


DAY 11. LAST DAY. Siap check out, hubby drive ke airport. Senang hotel dekat airport, tak la kalut sangat.






Dah nak sampai airport.


Penuhkan minyak kereta dulu. Policy nya begitu.


Bye bye RBY 7318. Thank you for being with us selama 11 hari. Sedih pulak. Dah rasa macam kereta sendiri.


Menunggu. Hubby tengah ambil gambar kereta luar dan dalam. Trip self drive sebelum ni, ada staff yang akan check condition kereta. Tapi yang ni, diorang minta kita WhatsApp ke staff company tu je. Kunci pun tinggalkan dalam kereta sebab diorang akan datang lambat sikit. Bila diorang dah check condition kereta, bila semuanya ok, tak ada lah extra charges nanti. Alhamdulillah diorang WhatsApp, kereta kami semua ok. Diorang puas hati. Kereta sewa ni tak perlu dicuci. Make sure tak ada sampah, alas kaki pun kami tengkuh2 untuk buangkan pasir.  Sewaktu sewa kereta di New Zealand tahun 2005 dulu, kereta kena cuci sebelum dipulangkan. Patut pun banyak kedai cuci kereta di luar airport. Sekarang tak tau lah macamana policy nya. 


Tolak lah trolley ke dalam terminal. Alhamdulillah luggage semua clear. Tak ada yang terlebih berat. Bab berat luggage ni, kadang tu atas rezeki masing2. Ada yang lepas je kalau sikit2 terlebih berat tu. Ada brother kat airport tu, rasanya kena bayar nearly RM1,000 sebab luggage lebih limit beratnya. 


Then kami ke food court. Lapar. Memang tau ada satu kedai halal. 


Alhamdulillah ada tempat solat. Tapiiiiii jauhnya. Lenguh berjalan. Dalam Terminal 1 je pun. Leceh sikit sebab tak ada tempat wuduk. Ke WC nya pulak, jauhhhh jugak. Next time bawak botol spray kecik lah. Isi air siap2.


Bersebelahan saja.


Botol ni, masa travel di negara bukan Islam memang penting. Kadang dalam airplane pun senang guna. Tapi kami buang di airport je sebelum boarding.


Unik DONATION BOX nya.


Balik KL, aircraft MAS besar. Seat 2-4-2. Kami pilih tepi tingkap. Anak solehah duduk dengan daddy. Mommy dengan female passenger.


KEBANGGAAN KITA. Kalau tiket murah, boleh lah naik. Kalau mahal sangat, cannot meh. Got bajet one oso. Hehe. 


Taipei - Shifen : 40 km
Shifen - Hualien : 160 km
Hualien - Taimali : 200 km
Taimali - Alishah : 270 km 
Alishan - Sun Moon Lake : 130 km
Sun Moon Lake - Taipei: 270 km

Taipei 2 malam (Shifen Waterfall tu singgah je). Hualien 2 malam. Taimali 1 malam. Alishan 2 malam. Sun Moon Lake 2 malam. Taipei 1 malam. Total 10 malam. 

Saya share roughly kos2 yang berkaitan dengan road trip Taiwan. Harga bergantung juga pada peak season, cuti umum dll nya. Kos di bawah, mungkin ada yang lebih rendah atau sebaliknya. 

Penginapan : dari RM 60/malam/seorang (booking.com)
Sewa kereta : dari RM170/hari (boleh google car rental company)
Insurance kereta extra : RM200 anggaran 
Minyak kereta : dari RM22 untuk tiap 100km
Flight : dari RM700/seorang (AirAsia)

Okey. Tamat lah percutian kami ke TAIWAN. 11 hari 10 malam. Terima kasih singgah dan baca. Take care and stay safe. 

FULL ITINERARY 11 hari 10 malam, SILA KLIK DI --> SINI..

33 comments:

  1. Chiang Kai Shek Memorial tu ada pergi dan tengok guard changing kat dalam tu. Guard tu berkawad dari hall sampai masuk bilik air......sun moon lake tu cantiknya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami tak sempat tengok tukar guard sebab tak cukup masa. Sun Moon Lake memang cantik

      Delete
    2. Rasa macam nak repeat je Taiwan sebab kat sana tak sangka la cantik cumanya masa kami pergi tu boleh kata setiap hari hujan.

      Delete
  2. bestnya baca ur trip to taiwan ni...lama betullll 11 hari tuu!! rezeki u dpt travel lama2...i kalau travel pun max seminggu jer termasuk perjlnn pergi balik sbb mr hubby susah nak dpt cuti2 lama2..setakat 3-5 hari tu ok lagi...anyway, i dh terima hadiah dari u! tq tau. love it so much!!! barakallah fiik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah & Thank You baca trip ni. Hubby simpan cuti hehe. Alhamdulillah dah dpt gift yg tak seberapa tu. Thanks selalu singgah & komen. :)

      Delete
  3. Tasik Sun moon tu mmg cantik tapi suka resort tu.. nampak best sbb mcm stay dlm budaya mereka :D
    Parking di taipei nampak mudah belum pernah lagi ke taipei. suka dgn tmple dan memorial mereka dan ia dijadikan sebagai pusat pelancongan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sun Moon Lake & resort tu mmg cantik. Senang jugak banyak tempat boleh park di Taipei. Mmg banyak temple & memorial di sana tp kami pilih nature dulu, ada extra masa baru pergi.

      Delete
  4. By the way makanan halal di taiwan dan china memang best2.. tgk gambar ni alahai sedapp nya.. mula la rindu nak cari tiket pi taiwan balik ni hahahah :D
    Dulu kita dtg pergi Kaohsiung dengan area selatan sahaja backpack tak sewa kereta.. nampak best pulak baca sini tai tu la anak2 tgh membesar ni susah nak travel pulak hahaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul local food kalau halal mmg best dapat makan. Mmg sedap hotpot tu. Kami pulak skip
      Kaohsiung & southern part sbb target north attractions dulu. Takpe In syaa Allah ada rezeki nanti Afif ke Taiwan lagi.

      Delete
  5. Seronok dan puas hati ni 11 hari, habis pusing satu pulau.
    Menarik…ada pulak mesin cuci helmet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah mmg seronok pusing Taiwan. Kami pun first time tengok mesin cuci helmet, menarik betul kan.

      Delete
  6. Seronoknya 11 hari memang puaslah jalan-jalan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, memang puas & seronok

      Delete
  7. bye bye... nanti kita jumpa lagi (Taiwan berkata2.. )

    Cantiknye taiwan sis.. lama sungguh melawat sana yer.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Taiwan kata tunggu giliran Ms Ladybird pulak datang nanti. In syaa Allah. Subhanallah. Taiwan memang cantik, seronok 11 hari di sana Alhamdulillah

      Delete
  8. sorry wak lmbt agaknye, nk tnye kete sewa ke siap pemandu ke drive sendiri tuhh? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe la lambat pun Wak haha kereta sewa tu suami yang drive

      Delete
  9. bila la nak dapat travel ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. In syaa Allah soon ada rezeki travel nanti Aamiin

      Delete
  10. saya boleh jamin
    siapa yg dtg SML ni
    pastiiiiiiii berat hati nak balik

    waahhh ada mi daging
    best nyaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul SML mmg cantik rasa tak nak balik. Hotpot tu prggh mmg sedap sangat :)

      Delete
    2. sy menangis ms nak balik tu
      sik baik laa blogger nina tak eprasan
      kalau tak kantoi
      hahahaha

      sy x tau laa apa yg mereka buat
      mi daging diorg betul2 buka selera
      kalau boleh tapau mmg dah lama sy buat kerja tu
      hahaha

      Delete
    3. Betul mmg sedap beef noodle diorg tapi hotpot tu mmg lagi sedap.

      Delete
  11. Wah...seronoknya Sis Mulan travel dengan anak dan suami..Taiwan antara negara yg SA nak sangat pergi..how i wish one fine day..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah SA akan sampai Taiwan nant. Alhamdulillah memang seronok.

      Delete
  12. Saya sukaaaa sangat warna danau sun moon ini ❤️❤️. Birunya ingatkan saya ama salah satu danau yg saya visit di georgia.

    Chiang Kai shek memorial ternyata punya banyak makna ya. Sampai tangga putih nya pun disesuaikan dengan usia Chiang saat meninggal. Salut dengan orang China, segala sesuatu ada makna bagi mereka.

    Masalah bayar sesuatu tp harus pakai kartu khusus yg di tap, ini memang agak susah 😅. Kemarin main di escape Penang, utk buka loker pun wajib pake kartu touch n go itu. Sementara saya ga ada. Untung ada orang lokal yg mau pinjamkan, saya bayar ke dia.

    Senaaang bangettt kalo ketemu restoran yg ada daging halal begini. Dan kliatan sedaaap kak 🤤🤤🤤. Saya suka jenis makanan berkuah begini. Pumpkin milk hotpot itu macam best sangatttt 😍😍.

    Dan sampai skr saya penasaran dengan stinky tofu 😂😍😍. Pengen sangat nak rasa. Penasaran baunya juga.

    Ntahlah akhir tahun ini saya bisa ke Taiwan atau tak. Tergantung kakak ipar saya juga. 😅.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Fanny warna lake ini sangat cantiknya warnanya. Ya betul Chiang Kai Shek adalah bekas askari dan negarawan yang punya jasa pada negaranya. Memang sedap pumpkin milk soup dan stinky tofu tu. Fanny mesti cuba. Insya Allah Fanny akan sampai ke Taiwan nanti.

      Delete
  13. Perjalanan 11 hari 10 malam tu memang puas betul kan Mulan.
    Selain dapat melihat cara hidup penduduk tempatan, keindahan alam semula jadinya, dapat pula merasa pelbagai jenis makanan yang berbeza dari tempat sendiri.
    Alhamdulillah.
    In syaa Allah akan direzekikan oleh-Nya untuk kembara lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, terima kasih Kak Amie. Alhamdulillah diizinkan Ilahi ke sana, memang puas 11 hari tu. Macam2 pengalaman kami dapat tengok, dapat makan dll.

      Delete
  14. buah salut gula tu tanghulu namanya..femes kt sini sekrg ni kan..sedapnya hotpot yg kaler putih tu....nampak bersih betul Taiwan..udara pun clear & crisp....Alhamdulillah, xie xie bawa kami jalan2 ke Taiwan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya tanghulu baru ingat namanya, viral kan hari tu. Hotpot tu mmg sedap. Taiwan memang bersih. Thanks Nohas selalu singgah sini & komen :)

      Delete
  15. Nak tanya sikit, berapa tu cost road trip 11 hari di taiwan ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya dah edit post. Saya tambah info seperti di bawah. Anggaran, maybe ada yang kurang dan sebaliknya.

      Penginapan : dari RM 60/malam/seorang (booking.com)
      Sewa kereta : dari RM170/hari (boleh google car rental company)
      Insurance kereta extra : RM200 anggaran
      Minyak kereta : dari RM22 untuk tiap 100km
      Flight : dari RM700/seorang (AirAsia)

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com